Tuesday, November 9, 2010

Ayam Oriental Izah Muffin


Hari ni Lieza masak Ayam Oriental dimana resepi asalnya sotong masak oriental tp kali ni ayam yg dah diorientalkan oleh izah...so Lieza ikut cara izah masak...hmmm mmg sedap ler masak gini...next time nak cuba dgn sotong pulak...

Izahhhhhh....dgn tak malunya akak nak copypes resepi ni yer...sesapa rajin pegi ler umah Izah muffin lover ni yer...Ayam yg di Orientalkan Izah

Sumber asal Sotong Oriental klik SINI dan di SINI (dapur k.nor pun ada) dan terima kasih buat penyumbang resepi kerana sudi berkongsi resepi.


AYAM ORIENTAL versi izah

Bahan2
1/2 ekor ayam dipotong kecil-lumur kunyit garam
1 biji kentang dipotong baji

goreng ayam dan kentang sehingga masak, ketepikan.

sambal oriental:

1 tangkai daun kari
5 ulas bwg merah ~ hiris
3 ulas bwh putih ~ cincang
garam & gula secukup rasa
1 biji cili hijau ~ hiris (MaDiHaA tambah)
1 batang serai- saya tambah
Lieza tambah beberapa cili api kasi pedas

Bahan2 ini dicampur jadikan pes
2 s/b pes tom yam
2 s/k rempah kari ikan
1 1/2 s/b sos tiram
2-3 sudu mkan sos cili-saya tambah
2 s/k sos ikan -tak letak
6 s/b air panas -saya lebihkan

Cara Menyediakan
1. Panaskan minyak dan masukkan daun kari, bawang merah, bwg putih dan tumis hingga kekuningan.
2. Campurkan bahan2 pes tadi dan gaul rata & biar lebih kurang 3 minit.
3. Masukkan ayam goreng dan kentang dan cili hijau.. kacau rata. Masukkan garam (jika perlu) & gula & masak selama 5 minit atau sehingga ayam dan kentang mesra dengan sambal. Sedia utk dihidangkan.


2 comments:

izahdaut said...

jeng jeng..dah sampai sini dah ayam oriental..hehhee..jangan tuan resepi marah sudah.. kami dah mengorientalkan kat ayam dah..tapi best kan..

Ezadlieza said...

izah..pasti terkojot penyumbang resepi ni kita dok oriental kan ayam yer...tp yg pasti mmg sedap kan izahhhhh...mmg besh.