Tuesday, April 21, 2009

Ikan Siakap Kukus


Hari ni aku kukus pulak ikan siakap nih....asik2 goreng jer...jemu lak...resepi sumbernya dari Cik Mat Gebu...nak tgk detail korang pegi sini Ikan Siakap Kukus.....meh layan resepi ni yg aku copy pes ni..
Bahan2
  • 1 ekor ikan siakap (ikan merah/kerapu atau ikan bawal putih pun ok)
  • 1/2 camca teh garam
  • 1/2 camca teh tepung jagung
  • 1/2 camca teh lada sulah
  • 3 camca besar jus limau kasturi*
  • 1 1/2 camca besar minyak masak*
  • 1 1/2 camca teh gula*
  • 1/2 camca teh garam*
  • 5 - 10 biji cili padi, dihiris*
  • 2 batang serai, dihiris halus*
  • 1/2 kuntum bunga kantan, dihiris*
  • 1 helai daun limau purut, dihiris halus*
  • 1/2 inci halia muda. dihiris halus*
  • 2 ulas bawang putih, dihiris halus*
  • 1/2 camca teh tepung jagung*
  • 1/2 camca teh serbuk pati ikan bilis atau 1/2 kiub pati ikan bilis maggi*.
Cara2
  1. Ikan dicuci bersih dan lumurkan dgn garam, tepung jagung dan serbuk lada sulah. Ketepikan sementara membuat sosnya.
  2. Dalam satu bekas satukan kesemua bahan sos (yang bertanda '*") hingga sebati. Ketepikan.
  3. Panaskan kukusan dan sediakan bekas tahan panas. Letak ikan tadi ke dalam bekas tahan panas dan tuangkan sosnya rata termasuk bahagian dalam belahan perutnya. Kukus kurang lebih 10 minit bergantung pada saiz ikan atau apa bila daging ikan bertukar menjadi putih. Siap untuk dihidangkan dgn nasi hangat.
  4. Selok-eloknya dimakan segera selepas proses mengukus.

p/s aku kukus ikan ni bersama btg saderi..n tepung jagung aku tak letak sbb takder stok tp aku gantikan dgn tepung gandum jer...btw resepi ni mmg marvelousssss...sedap n nyaman gituuuu..

2 comments:

alhayi said...

Salam, semua masakan Sarawak dah dirasa. Insyaallah kalau akan datang ada panggilan dari UiTM lagi, kami nak makan roti arab, kailan dara ops baby, udang galah, ayam kurma, muffin, puding, ikan siakap kukus, aaa. bersambung nak tengok resepi dulu...

Eta LaZiM said...

hehe.. sedap nyer Siakap Kukus... Favorite mama tu... nyum nyum nyum!!!