Monday, March 30, 2009

Roti John Special


Roti John nih..version aku ler..senang jer...amat sesuai utk kanak2 n mak bapak kanak2...hehehehe...bole buat utk bekpes...minum petang..bawa pegi berkelah pun boleh...cite pasal berkelah nih mmg dah lama tak p berkelah..dulu2 masa single dok bercintan cintun dgn Mr. Hubby ada ler juga pegi Templer Park..Ulu Yam..Sg. Congkak tp skrg sejak ada anak2 nih belum pernah lagi ler p ayor terojon ni bukan apa leceh sikit bawa budak kecik ni almaklum ler masuk2 utan ni risau juga den...tak per ler tunggu dah beso2 sikit nanti yekkkk...tak mau merapu byk..meh layan resepi nih...


Bahan2
  • 4 ketul Roti HotDong
  • 1/2 tin Sardin yg kecik - nak letak setin pun ok
  • 2 Biji telur
  • 4 kpg Slice Chese - dipotong 2
  • Daun Salad
  • Thousand Island

Cara2

  1. Keluarkan ikan sardin asingkan kuahnya, kemudian hancurkan sardin n masukkan 2 sudu besar sos sardin.
  2. Pecahkan telur n pukul dan masukkan sardin yg telah dihancurkan td. kacau sebati.
  3. Roti di belah tgh tanpa putus.
  4. Panaskan kuali bersama sedikit marjerin (dlm 1 sudu teh)
  5. Letak kan roti hotdog diatas kuali n sapukan dengan adunan telur td di permukaan roti dan terbalikan sehingga masak...buat sehingga habis.
  6. Semasa Panas letakkan kepingan chese ditgh roti td dan biarkan seketika.
  7. Salad dipotong halus dan dicampurkan thousand island.
  8. pas tu baru ler disumbatkan salad tu kedalam roti yg telah di letak chese td.
  9. Bole juga di letak sos cili jika suka.

No comments: