Tuesday, February 24, 2009

Sotong Goreng Tepung

Lauk ni dah agak lama juga aku buat...saje nak share resepi ni kat sini..rasanya sedap rangup dan senang jer...sumber dari che'iza seperti biasa aku copy n paste jer lah resepinya yer..maleh nak taip.



Bahan-bahan



  • 300 gm sotong
  • 1 cwn tepung gandum
  • 1 sk baking powder
  • 1 biji telur
  • sedikit garam
  • lada sulah

Cara-cara:

  1. Potong sotong kecil2, bersihkan dan toskan airnya biar sampai kering.
  2. Gaul sotong dgn sedikit garam dan lada sulah.
  3. Pukul telur setakat nak satukan yg kuning dgn yg putih jer. Masukkan sotong ke dalam telur. Ketepikan
  4. Gaul tepung dgn bp. Masukkan sotong yg telah digaul dgn telur dalam tepung, salutkan habis sotong dgn tepung. Kalu nak pedas boleh letak sikit serbuk kari dalam tepung.
  5. Goreng deep fry sampai golden brown. Goreng sotong kejap jer dalam 4-5 min kalau tak nanti sotong keras and liat pulak.

No comments: