Tuesday, September 28, 2010

Tomyam

Hari ni kan...mood nak hapdet menu2 masakan dah dtg....setelah sekian berminggu2 dok mood raya kan...heheheh...bukan tak berasap asaaaappp dapur..sampai berapi2 dah....tp mood tu adak nak tepek2...masak pun ala kadar apa yg terlintas di kotak pikiran ni haaa..

Maka hari ni tinjau punya tinjau...jumpa ler menu Tomyam tanpa Perencah..dari Haniaz MyR
ok la jom ler kengkawan tgk resepinya...

Bahan-bahan ( sekeluarga makan )
  • 2 keping dada ayam
  • *2 biji tomato masak
  • *2 ulas bawang putih
  • *1/2 labu bawang besar
  • *2-3 hiris lengkuas
  • *3-5 biji cili padi
  • (bahan2 bertanda * dikisar)
  • 2 helai daun limau purut
  • 2 batang serai
  • 1 biji limau nipis (diperah airnya)
  • 2 keping asam keping
  • Sayur-sayuran : bunga kobis, tomato hijau, batang seleri, carrot dan sebiji bawang besar di mayang kasar). Ikut suka nak banyak mana, kalau suka sayur letak le byk sket
  • Lebih kurang seliter air,serta gula dan garam secukup rasa.

Cara-cara

  1. Tumis bahan kisar
  2. Masukkan air, ikut nak berapa banyak kuah, agak-agak satu family makan le
  3. Masukkan daun limau purut, serai dan asam keping
  4. Bila mendidih masukkan gula dan garam secukup rasa, kemudian masukkan perahan air limau nipis. Sesudah itu masukkan hirisan bawang besar
  5. Masukkan semua sayuran. Biar seketika.Bolehlah dihidangkan bersama nasi panas

No comments:

Post a Comment