Friday, September 3, 2010

Murtabak Segera


Hadoiiiii..mood sudah takder nak hapdet blog ni...mood dah nak raya dah..kuikuikui...mcm bebudak pulak yer...tu ler tu...pertamanya mood raya..keduanya suhu M tu meningkat lebih dari org yg sakit darah tinggi..apa tu M????...M tu Malassssssss lerrr...huahuahua...tp takper..demi blog ku tercinta...aku godek2 juga dikau yer..takkan ku biarkan sepi tanpa berita...fullamakkk...ada sesapa yg tersentuh jiwaaaa?? ooh tidakkk mungkin...mengarut sungguh ler pulak aku kali ni...ni gara2 nak raya la ni...huishh...

Arghhh...berbalik pada murtabak tu yer..ni menu kelmarin tp baru hari ni nak letak postnya..resepi nya ceduk kat MyR dari Minami senang jer nak buat..jom tgk resepinya yg dicetak semula dari MyR tu yer..



Bahan-bahan ( 6 keping )

  • 100 g daging cincang
  • 2 biji ubi kentang
  • 1 sudu setengah rempah kari
  • 1/2 biji bawang besar
  • 1 ulas bawang putih
  • daun sup
  • minyak
  • 1 sudu kecil garam dan secubit ajinomoto
  • kulit popia
  • 2 biji telur

Cara-cara

  1. mula2 buat inti utk murtabak. caranya ialah bawang besar dan bawang putih di potong dadu. tumiskan bawang.
  2. apabila bawang sudah layu, masukkan rempah kari yang telah dibancuh dgn air. goreng sehingga pecah minyak. kemudian masukkan daging cincang.
  3. apabila daging masak, masukkan kentang yang dipotong dadu.masukkan garam dan ajinomoto. jika terlalu kering, tambahkan air. masak sehingga kentang empuk. akhir sekali masukkan daun sup.
  4. pukul telur di dalam mangkuk. masukkan inti tersebut ke dalam telur. kacau sehingga sebati.

No comments:

Post a Comment