Monday, May 25, 2015

Puding Karamel Kak AzieKitchen


Panasnya cuaca hari ni....tengok gmbar Puding Karamel ni  aduhhh terasa nyamannya kalau dpt makan ketika ini...tapi nak buat mcm mana kan, semua dah berlalu...dah takde pun...puding ni Lieza sediakan utk diberi kepada guru2 di tadika Muaz utk jamuan hari guru hari tu cumanya Lieza baru berkesempatan utk post kat sini...takpelah gambar tidak akan basi mahupun reput kan...
Puding Karamel resepi dari Kak Azie Kitchen ni dah byk kali sebenarnya Lieza buat, cuma Lieza agak kemalasan nak update di sini...
Lieza mmg suka akan resepi puding karamel yg ni..mmg sedap je lalu kat tekak ni...rasa yg tidak ler terlalu manis...sedang2 jer...
Untuk resepi ni hasilnya jika di kukus menggunakan bekas2 kecil tu  akan dpt dlam 25 biji shj...jd kalau nak buat byk2 ganda ganda kan la yer...
Terima Kasih pada Kak Azie utk perkongsian ini.

Puding Karamel
 
(Lieza dpt 25 bekas sbb tak letak penuh2 sgt nanti tidak bole tutup)

Bahan bahan:
1 tin susu pekat manis (guna 3/4 tin, jika tak suka manis)
1 tin susu cair
1 tin air
5 - 6 biji telur - buang mata
Esen vanilla
Gula Hangus:
1 1/2 cawan gula pasir
3 cawan air

Cara cara:
Goreng gula hingga perang. Bila gula bertukar warna, baru masukkan air. Masak sehingga menggelegak dan gula hangus menjadi cair semula. 
Tutup api dan biarkan sejuk sebelum disimpan dalam peti ais. Esok pagi, masukkan ke dalam bekas bekas kecil, jika tidak mahu terus digunakan.
Tuang ke dalam bekas kecil yang telah diisi dengan air gula hangus.

Panaskan periuk pengukus sehingga air mendidih. Kukus selama 10 - 15 minit atau sehingga masak. Sentiasa di lap penutup pengukus supaya permukaan karamel menjadi cantik.

1 comment:

  1. Salam sis...
    Juz nk tny biasanya klau jual 1bekas kcik tu brp RM....?

    ReplyDelete