Tuesday, May 26, 2015

Congo Bar lagi




Lieza buat lagi Congo Bar utk Jamuan Hari Guru utk kelas Eryna...untuk Enas Lieza buatkan sandwich telur campur sosej bermayonis...semua ni diatas permintaan dorang sendiri..lain tekak lain kemahuannya...lain anak lain kehendaknya...jadi kita layankan aje lahhh kan...janji dorang gumbira...

Tetiba nak throwback kisah masa kecik dulu....mcm kita kecik2 dulu mak lah sentiasa masak utk kita yg kita tahu mesti dah ada atas meja terhidang kan...pepagi mak akan sediakan sarapan sebelum pergi sekolah walaupun hanya nasi goreng tapi mak akan sediakn juga....masa kecik2 tu yg kita tahu hanyalah ada makanan jer..tak terfikir kesusahan utk menyediakn segala keperluan untuk tmembesarkan kita...tapi massa tu apa yg dihidang itu lah yg dimakan sardin pun sardin lah...sambal pun sambal jer lah..telur pun telur jer lah...tak kisah pun tp semua mak yg sediakan...semuanya mak...itu ini mak...tapi bila kita semua dah besar panjang dan berkeluarga adakah mak juga yg kena masakkan utk kita? fikir2 lah kan..kederat org tua yg dari dulu dah masak kan utk kita apasalahnya kita pula masakkan utk mak kita pulak kan, bukannya slalu...sbb tu masa mak Lieza ke sini Lieza masakkan apa sahaja utk Mak, biarlah mak rasa hasil dari air tangan Lieza pulak almaklumlah kita dah berkeluarga kan......mmg tak sampai hati tgk Mak bersusah payah nak masakkan utk kita lagi...maklumlah org tua berdiri pun tak boleh nak lama2 terbongkok bongkok...mmg kesian...cuba bayangkan Mak kita masak susah payah lepas tu kita tidor terbongkang tak peduli pun...yg kita tahu mak dah siap masak dan nak makan jer...agak2 lah  kan patut ke camgitu yer...harap2 kita semua jgn lah ada sikap sebegitu rupa...fikirlah....

Arhhh panjangnya Lieza dok merapu...sesekali apasalahnya kan...bila dapat menekan  papan kekunci ni rasa syok jer nak menaip...
Oklah berbalik pada cerita Congo Bar ni..Lieza masih mengguna resepi yg sama yg pernah Lieza kongsi hari tu...resepi yg di ambil dari Anna Qawina


Congo Bar
Sumber Resepi : Annaqawina  Lieza guna loyang 10 x 14
Bahan-bahannya:

  • 2  3/4 cawan tepung serbaguna (all purpose flour) - saya guna gandum
  • 2 1/2 sudu teh baking powder
  • 1/2 sudu teh garam
  • 2/3 cawan butter- dilembutkan - saya guna 150gm
  • 1 lb. gula perang lembut(light brown sugar)- saya guna 310gm -
    Komen Anna di Fb - Alhamdulillah kak..sama2...tp kan..saya buat jual letak brown sugar tu 240g je kak..just nice x manis sgt & boleh potong x hancur. Lupa nk update..(lieza guna 240gm)
  • 3 biji telur
  • 1 sudu teh vanilla essence
  • 11.5 ounce milk coklat chip - saya guna 200gm coklat dicincang(kali ni liza guna coklat chip)
  • 1 cawan kacang pecan dicincang- saya guna kacang badam (lieza guna badam flakes utk taburan je tak boleh dicampur dlm adunan sbb anak2 tak suka)
  • segenggam kismis hitam- saya tambah - lieza tak letak


Caranya:


Menggunakan mixer:


  • Ayakkan tepung bersama baking powder dan garam ke dalam mangkuk yang besar dan ketepikan.
  • Satukan butter dan gula perang menggunakan mixer sehingga benar-benar sebati.
  • Masukkan telur satu persatu dan sebatikan dengan perlahan-lahan menggunakan mixer.
  • Masukkan pula essence vanila dan sebatikan.
  • Kemudian masukkan adunan tepung dan sebatikan. 
  • Akhirnya masukkan pula coklat chip dan kekacang, dan satukan.



Menggunakan tangan:


  • Ayak tepung, baking powder dan garam, ketepikan.
  • Satukan butter  dengan gula sehingga benar-benar sebati. Disarankan menggunakan belakang sudu untuk memudahkan kedua-duanya sebati.
  • Masukkan telur satu persatu ke dalam adunan butter dan gaul sebati setiap kali telur dimasukkan.
  • Masukkan vanila, kacang dan coklat.
  • Akhirnya masukkan adunan tepung. 
  • Griskan loyang 13x9 (saya guna loyang 11 x 11inc) dengan sedikit butter. Bakar pada suhu 170 C selama 30 minit.

 (rujukan diri sendiri  170 c bakar selama 20 minit dgn ketebalan yg begini dan mengikut kesesuaian Oven saya)





Monday, May 25, 2015

Puding Karamel Kak AzieKitchen


Panasnya cuaca hari ni....tengok gmbar Puding Karamel ni  aduhhh terasa nyamannya kalau dpt makan ketika ini...tapi nak buat mcm mana kan, semua dah berlalu...dah takde pun...puding ni Lieza sediakan utk diberi kepada guru2 di tadika Muaz utk jamuan hari guru hari tu cumanya Lieza baru berkesempatan utk post kat sini...takpelah gambar tidak akan basi mahupun reput kan...
Puding Karamel resepi dari Kak Azie Kitchen ni dah byk kali sebenarnya Lieza buat, cuma Lieza agak kemalasan nak update di sini...
Lieza mmg suka akan resepi puding karamel yg ni..mmg sedap je lalu kat tekak ni...rasa yg tidak ler terlalu manis...sedang2 jer...
Untuk resepi ni hasilnya jika di kukus menggunakan bekas2 kecil tu  akan dpt dlam 25 biji shj...jd kalau nak buat byk2 ganda ganda kan la yer...
Terima Kasih pada Kak Azie utk perkongsian ini.

Puding Karamel
 
(Lieza dpt 25 bekas sbb tak letak penuh2 sgt nanti tidak bole tutup)

Bahan bahan:
1 tin susu pekat manis (guna 3/4 tin, jika tak suka manis)
1 tin susu cair
1 tin air
5 - 6 biji telur - buang mata
Esen vanilla
Gula Hangus:
1 1/2 cawan gula pasir
3 cawan air

Cara cara:
Goreng gula hingga perang. Bila gula bertukar warna, baru masukkan air. Masak sehingga menggelegak dan gula hangus menjadi cair semula. 
Tutup api dan biarkan sejuk sebelum disimpan dalam peti ais. Esok pagi, masukkan ke dalam bekas bekas kecil, jika tidak mahu terus digunakan.
Tuang ke dalam bekas kecil yang telah diisi dengan air gula hangus.

Panaskan periuk pengukus sehingga air mendidih. Kukus selama 10 - 15 minit atau sehingga masak. Sentiasa di lap penutup pengukus supaya permukaan karamel menjadi cantik.

Friday, May 8, 2015

Roti Gula Bakar


Roti gula ni kalau buat sendiri mmg syiokkk puas hati bole letak marjerin byk2.. sebungkus roti mmg puas makan satu keluarga.

Bahan2

Subungkus Roti - dipotong 2 atau 4
Marjerin secukupnya utk disapu pada roti
Gula secukupnya utk ditabur 

Cara2
Panaskan oven 10 minit dgn suhu 180 c
Susun roti dlm loyang
Bakar 15 min - 20 minit
Suhu dan tempoh bergantung pada oven masing2 



Thursday, May 7, 2015

Wantan Goreng


 

First time buat wantan ni, lintang pukang kejadian bentuk wantan ni...tp takpelah janji sodap dan anak😉😉 suka sgt..lenkali boleh buat lagi..
resepi ni lieza rujuk di Dapur Tun Telani..sila sila lah bertandang ye.... utk lipatan wantan ni bole tgk kat Dapur Linapg ye..



Wantan Ayam Goreng
resepi: chef sarji, buku Resepi Ala Gerai Masakan Cina
sumber: tun telani

Bahan2:
  • 1 peket kulit wantan
  • 200 g isi ayam- kisar - tun guna bahagian dada, dadukan
  • 100 g isi udang - dadu
  • 1/2 bj bawang besar- cincang halus
  • 2 tsp tepung jagung
  • 1 tsp minyak bijan
  • 3 sudu makan kicap cair 
  • 1/2 tsp lada sulah - tun letak serbuk lada hitam
  • 1 btg carrot - sagat - tun tambah(lieza tak letak sayur)
  • 1 cwn kobis sagat - tun tambah (lieza tak letak juga)
  • garam secukup rasa
  • Lieza tambah daun sup dan bawang dihiris halus

Cara2 
  • Gaul sebati semua bahan inti dan perap dlm peti sejuk selama sejam.
  • letakkan 1 sudu kecil inti dlm kulit wantan dan bungkuskan. Basahkan bahagian tepi kulit wantan supaya dia melekat.
  • Goreng hingga kuning keemasan dan blh dihidang dgn sos cili.


Sunday, May 3, 2015

Heat Pump Tumble Dryer(Pengering) Model No. NH-P80G2 Panasonic


Assalammualaikum Semua...
Kali ni Lieza nak share tentang penggunaan dan kepentingan Dryer yg telah Lieza guna hampir 3 bulan. Dryer ni bukan lah Basic Need tapi sangat2 berbaloi bila kita menggunakannya.
Tidak pernah terfikir utk membeli Dryer ni tetapi bila pada musim hujan yg lepas dimana berturut2 pagi petang siang malam hujan selama berhari hari sehingga terpaksa pergi ke Self n services Dobi utk mengeringkan pakaian yg tak kering2 dan terpaksa menunggu giliran pulaknya..almaklumlah proses mengering mengambil masa lebih dan kurang 45 minit.. mmg mengambil masa la di situ...sbb begitu ramai org ketika 
musim hujan.
Maka itu kami nekad utk membeli Dryer dan sudah tentulah Panasonic menjadi pilihan.
Sekarang dengan menggunakan Dryer sgt2 memudahkan kerja2 seharian..
Bila2 masa sahaja bole basuh kain tak perlu nak jemur2 baju lagi, memandangkan Lieza akan mengambil anak2 pulang dari sekolah jadi tak perlu lagi tarik tolak penyidai baju..mana tidaknya setiap kali nak keluar rumah mesti nak tarik penyidai takut2 tiba2 hujan kan...skrg tak perlu lg, mmg sgt2 membantu tugas harian Lieza sebagai suri rumah..

Mcm nilah rupa Dryer ni bila dibuka, permukaan yg berlubang itu didalamnya adalah Filter utk menapis tiras tiras dari pakaian yg terhasil dari pakaian. Disebelah bahagian bawah tetdapat satu lagi penapis.
Dryer ini juga tidak mengeluarkan haba yg panas seperti mana venting Dryer. Ini adalah Condenser Dryer yg mengitar semula haba panas dlm proses pengeringannya.

Terdapat beberapa Setting program di sediakan. Boleh dipilih mengikut kesesuaian jenis pakaian., tapi kebiasaannya kami hanya menggunakan setting Cupboard Dry Plus. 
Dryer ini mengandungi twin sensor dimana tujuannya utk memastikan kadar pengeringan yg lebih efektif dan juga Dryer ini Model Inverter yg menjimatkan tenaga dan elektrik.
Tempoh pengeringan bergantung kepada jenis pakaian dan jumlah pakaian dimana Sistem akan menentukan tempoh masa secara automatik.
 
Ini pula adalah LCD Display yg akan memaparkan maklumat seperti tempoh masa, setting yg dipilih dan warning sign.

Dryer ini juga boleh digunakan utk mengering kan kasut2 tetapi perlu menggunakan aksesori yg di jual berasingan iaitu Drying Basket. Tempoh pengeringan kasut ini juga bergantung kepada jenis dan kelembapan kasut. Peringatan! kasut2 perlu di tos air nya sehingga tiada air yg menitis barulah boleh dikeringkan menggunakan Dryer. 
Utk mengeringkan kasut setting yg digunakan adalah Timed Programe Warm dan tempoh masa boleh di set mengikut kesesuaian, dimana jika kita set 30 minit tp masih lembab kita boleh Add time lagi begitulah seterusnya. Selain kasut, Soft Toy juga bole dikeringkan dgn menggunakan Drying Basket juga.

 
Mudah dan sangat2 membantu dalam urusan kerja2 rumah seharian.