Sunday, June 29, 2014

Kuih Ketayap


Bulan puasa teringin pulak nak mkn kuih ketayap ni...memandangkan nak buat pun senang jadi Lieza meringankan masa  meringankan tenaga la juga nak buat ni...
Resepi ni dah pernah lieza share dulu..mmg senang mudah dan yg penting kejadiannya mmg kita suka..walau pun lieza sedikit derhaka cuma guna air sahaja. bukan santan tp hasilnya sedap di tekak lieza.


Kuih Ketayap
Lieza dpt 6 biji utk saiz frying pan 8"
Bahan-bahan ( 3-5 orang )
utk kulit
1 cawan tepung gandum
2 biji telur
2 helai daun pandan
1 1/2 cawan santan (boleh diganti dgn fresh milk)- lieza guna air jer
1 1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar minyak masak
Beberapa titik pewarna hijau

utk inti
1/2 biji kelapa parut
3/4 cawan gula merah (boleh dikurangkan)
1 helai daun pandan

Cara-cara

untuk inti;
 Masukkan kelapa parut dan gula merah tadi serta sehelai daun pandan. Kacau sehingga sebati sehingga inti kelapa tadi bercampur dengan gula merah selama 10-15 minit. Inti akan menjadi warna keperangan. Angkat. Buang daun pandan tadi.
Untuk kulit; 
Kelapa parut tadi di blend dengan daun pandan dan perah, ambil patinya. Jika u all guna santan segera, just blend dengan daun pandan dan tapis.(lieza guna air terus campur kedalam tepung jer) Ambil tepung masukkan ke dalam mangkuk letakkan secubit garam dan campurkan pati santan yang telah di blend dengan daun pandan tadi. Kacau sehingga sebati . Kemudian masukkan telur serta minyak dan kacau lagi. Jika u all nak warna original ketayap tak payah guna pencelup, sebab warna daun pandan tadi akan membuat adunan tadi warna hijau, jika u all nak tambahkan sedikit lagi perwarna, letaklah 2-4 titik ke dalam adunan anda.
Panaskan pan, letakkan sedikit minyak dan sendukkan 1 senduk adunan tadi dan layangkan pan agar adunan tadi bulat. Masak sehingga 2-3 minit, angkat jangan terlalu lama. Setelah angkat terus masukkan inti dan gulung. (Cara gulung; , lipat kedua dua tepi sedikit dan gulung melentang. Ulangi sehingga adunan tadi habis. Siap untuk disantap.

Ayam Berempah Kak Hanieliza - Pertama Ramadhan


Salam Ramadhan utk semua pembaca pembaca blog ini...Menu kat atas ni adalah menu berbuka pada hari pertama puasa hari tu Ayam Berempah, Lemak Pucuk Ubi, Kuih Ketayap dan sambal Ikan bilis tempe dan kacang...salah satu yg Lieza nak share ialah resepi Ayam Berempah Kak Hanieliza yg Lieza cuba dari Buku resepi beliau iaitu Satu Hari Satu Resepi.

 

 Bahan A
5 keping/ketul paha ayam - Lieza campur dgn dada
1 sudu makan rempah kari
1 sudu makan lada sulah
1 sudu makan serbuk cili 
Sedikit daun kari
Garam secukup rasa
Minyak Masak

Bahan B ( Di kisar)
5 Ulas Bawang putih
1 inci halia
3 batang serai

Cara2
  1. Gaulkan Ayam dengan semua bahan kecuali minyak.
  2. Perapkan selama 1/2 jam
  3. Panaskan minyak yg banyak dan gorengkan daun kari dahulu dan kemudian masukkan ayam sekali.
  4. Goreng ayam sehingga kekuningan dan masak.

Thursday, June 26, 2014

Ayam Buttermilk

               

Hari ni nak share resepi Ayam Buttermilk yg memenuhi citarasa Lieza...Resepi ni Lieza ambil dari Dapur Kasih Salina...terima kasih kerana sudi share resepi yg sedap dan mudah ni.
Bahan-bahannya: Resepi Ayam ButterMilk
  • Ayam (untuk 4 orang makan - ayam tu potong la kecik-kecik)
  • 1 sudu besar serbuk kari
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 2 sudu besar tepung gandum 
  • sedikit garam
  • sedikit gula
  • 1/2 tin susu cair (kalau nak kuah banyak - lebihkan susu cair) - Lieza guna 3sb susu tepung campur 1 cawan air nak byk kuah letak la byk air.
  • 3 sudu butter
  • Daun Kari
  • 3 biji bawang merah (- hiris atau potong dadu. aku guna setengah bawang holand)
  • 1 ulas bawang putih (ketuk2 jer)
  • 6 biji cili api hijau 
  • Minyak untuk goreng ayam
 Cara masaknya : 
  1. Gaulkan ayam dengan serbuk kari dan sedikit garam. Rata dan sebatikan dulu dengan serbuk kari baru masukkan tepung jagung dan tepung gandum ke dalam ayam.
  2. Goreng ayam sehingga masak (guna minyak biasa yer..)
  3. Dah masak ayam, panaskan kuali plak dan masukkan butter.
  4. Bila butter dah cair, masukkan bawang putih, bawang merah, cili api dan daun kari.
  5. Masukkan susu cair bila bawang dah garing sedikit.
  6. Biarkan susu cair tu mendidih sekejap dan kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Masukkan sedikit gula jika suka.
  7. Kalau suka dan nak kuah ayam tu pekat, masak la lama sikit supaya kuahnya pekat gituuu..
  8. Tapi aku suka kuahnya cair sikit. So, biarkan sekejap jer ayam tu. Bagi kuahnya pekat sikit2 jer. 
  9. Dan kalo terlajak pekat sangat, tambah jer air sikit.
  10. Dah siap, makan dengan nasi panas2..


Tuesday, June 10, 2014

Ayam Masak Kicap Paling Sedap Didunia





Usah di tanya ngape Tajuknya gitew yer dah mmg begitu pun nama menu ni tau..
Tak kira lah mcm mana pun kan yg penting menu ni mmg sedappppp sgttttt anak2 pun makan nasi bertambah tambah. kelainan resepi masak kicap ni ialah di tambah mayonis ke dlmnya..
Resepi lieza ambil dari Dapur Izah The Muufin Lover terima kasih Izah berkongsi resepi serta penyumbang asal resepi yg marbeles ini... akak panjangkan kat sini pulak yer.




AYAM MASAK KICAP (MAYONIS)
resepi : thunderkitten
by: izahdaut


Bahan-bahannya


1 ekor ayam - izah guna 1/2 ekor ayam
- izah gaulkan dengan sedikit kunyit dan garam dan goreng dengan minyak penuh dan api yg besar utk mengeluarkan air ayam. Goreng sekejap sahaja sehingga luarnya kekuningan.


bahan tumbuk/blend

1 biji bawang besar (purple)
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 batng serai - izah tambah


bahan rempah tumis

1 Kulit kayu manis
5 biji Cengkih - izah tak letak
2 biji Buah pelaga


1 Bunga lawang
8 biji Lada hitam biji - ketuk sedikit



3 biji Lada kering - potong sahaja


bahan perasa


6 sudu besar Kicap MANIS cap kipas udang
1 sudu besar mayonis lady's choice
Serbuk lada sulah ajishio
Garam ( tapi biasanya kicap dah cukup masin)

CARA MEMASAK


Ayam digoreng dulu sampai keemasan.pakai api besar & minyak yang banyak.tujuan menggoreng untuk garingkan kulit dan bahagian luar ayam dan menyingkirkan air dalam ayam yang boleh sebabkan ayam masak kicap anda berbau tak best. Angkat ayam dan ketepikan.

Panaskan minyak dalam 5 sudu besar.Tumiskan bahan rempah hingga berbau. Kemudian masukkan bahan yang ditumbuk/diblen tadi. Tumis sampai garing dan berbau wangi.

Masukkan ayam yang dah di goreng.
Tambah kicap secukup rasa.
Masukkan air sampai tenggelam semua ayam. Air aras ayam sahaja. Jangan terlalu banyak,

Buka api sederhana dan renehkan (masak slow2) kalau api kuat memang air cepat kering tp kuah tak meresap dalam ayam.. kalau masak api perlahan kicap akan meresap sampai tulang..

Bila mendidih, masukkan mayonis..serius...sedap sangat bila korang tambah mayonis..ayam masak kicap korang akan ada rasa BANDAR...moden sikit la.. kan orang muda kena kreatip..
Keringkan kuah sampai jadi pekat..kalau tak mayonis tadi akan nampak berketul2..
Rasa dulu..tambah la lada sulah ajishio dan garam secukup rasa..

Bila semuanya ok.. angkat dan hidangkan.






Monday, June 9, 2014

Fried Potato


Resepi Kentang Goreng mEnu breakfast yg simple dan sedap ni lieza cuba dari Blog masakan dari dapur Pn Shahriah Abdullah seorang Novelis dan peserta Masterchef Malaysia musim pertama itewww...The Writer's Cooking..Menu ni asalnya Fried Potato Rosmary tp derhaka sikit sbb takde daun rosemary so liza campakkan jer mix herbs je.

Resepi yg yg mudah dimana hanya beberapa bahan je tak susah mana pandai2 kita la nak olah yg pentingnya anak2 kesedapan bila menikmatinya.

Bahan2

kentang, bawang besar, bawang putih, cili kering, bawang putih, parmesan cheese dan rosemary.

Goreng Kentang dulu ketepikan, Kentang tu tak perlu di kupas kulit just potong baji dan goreng 
Kemudian  panaskan sedikit butter dan tumis bawang putih, bawang besar dan cili kering dah tu masukkan kentang taburkan cheddar cheese je dan taburkan juga mix herbs. Siap...

Kalau nak tgk resepi asal bole klik The Writer's Cooking byk lagi tau resepi2 yg di kongsi