Saturday, April 19, 2014

Masalodeh/Vadai

Selamat berhujung minggu yer kawan kawan....adik adik..makcik makcik dan semuanya....
Semalam adalah cuti Good Friday di sini, jadi Lieza merajinkan diri utk mencuba membuat kuih vadai ni..alhamdulillah menjadi dgn jayanya...rangup di luar dan lembut didalam...syiokkkk wooo bila gigit mengigit dan tergigit cili....perghhhh...sgt2 puas hati dpt dgn byknya..boleh la 4 kali mkn sama byk dengan kuantiti didalam gambar tu yer...yg lainnya liza goreng sekejap dan frozen kan..bukan movie Frozen yer.
Resepi ni Lieza ambil di Dapur Cendana Kasih sgt senang nak buatnya...campak campak jer.....haaaa apalagi pergilah beli kacang dal yer buat cpt...(bagi yg minat ler mkn kuih ni).
terima kasih Cendana Kasih

Bahan-bahan :
300gm kacang dal
1 bj bawang besar - potong dadu
1/2 sudu kecil jintan manis
1 tangkai daun kari - potong halus
2-3 tangkai cili kering - potong halus
Garam secukupnya
1/2 biji telur
secubit tepung ubi - liza tak letak
Minyak utk menggoreng

Caranya :
- Rendam kacang dal selama 4 jam atau 1 malam
- Tapis dan kisar halus 3/4 kacang dal didalam blender
- Masukkan bawang dadu, cili kering, daun kari, jintan manis dan lain2. Gaul hingga sebati.
- Basahkan tapak tangan, letakkan 2 sudu besar bancuhan, bentukkan seperti bebola dan leperkan.
- Goreng dalam minyak yg panas sehingga kekunigan.

Saturday, April 5, 2014

Thai Son In Law Eggs / Khai Luk Khoei


Menu lauk hari ni ..Nama nya Thai Son in Law Eggs atau Khai Luk Khoei...usah ditanya mengapa dan begitu tajuknya yer... dah sememangnya begitu lah yg lieza ketahui dari BLog Cik Manggis..
Menu yg serba ringkas tapi ada pelbagai rasa yg membuatkan tekak ni terpikat(sedapppppp tau) makan dgn nasi ataupun dimakan begitu sahaja pun sedappppp...
terima kasih buat CIk Manggis yg berkongsi resepi yg mudah...Lieza panjangkanl resepinya pulak disini....

Resepi sumber :Cik Manggis

Thai Son in Law Eggs atau Khai Luk Khoei

Resipi asal : Tummy

Bahan-bahannya:

6 biji telur-rebus hingga masak dan kupas kulinya.
3 ulas bawang merah-mayang halus.-jadikan bawang goreng.
3 ulas bawang putih-tumbuk halus.
3 tbsp gula melaka.
3 tabsp sos ikan.
5 tbsp air asam jawa.
1 tbsp kacang tumbuk.
1 biji cili masak .(jika suka pedas ganti denga 5-6 biji cili api)-cincang halus.
Sedikit tepung gandum.

Tabur.

Daun ketumbar .(tak letak sb tak ada) - lieza tak letak
Daun bawang.(ganti)



Cara-cara

  • Kupas telur dan golekkan ke atas tepung gandum ketika telur masih basah.Goreng telur sehingga perang (golden brown)-Telur dibelah dua dan susun dalam pinggan yang sesuai.
  • Satukan air asam jawa,sos ikan dan gula melaka.Kacau sehingga sebati.Ketepikan.
  • Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih sehingga perang.
  • Masukkan campuran air asam jawa  serta cili  dan kacau rata.
  • Masukkan kacang tanah dan gaul sebati .
  • Tuangkan ke atas telur tadi dan tabur dengan daun ketumbar ,daun bawang serta bawang goreng.

Friday, April 4, 2014

Sayur Midin Goreng Belacan


Midin Goreng Belacan la pulak yer....jemu dgn sayur2 kobis, kacang panjang, sawi, buncis, taugeh dan lagi lagi laahhh....sesekali masak midin la pulak...kat sini mmg org panggil midin... ni spesis pucuk paku la kisahnya....


Ni la rupa sayur midin yg dijual dipasar pasar

Resepi Midin Goreng Belacan
Sumber : Ha Sue

Bahan2:
  • 1 ikat sayur midin segar-ambil daun dan pucuk hujungnya sahaja
  • 3 ulas bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih *
  • 1-2 tangkai cili merah* >kalau nak tambah cili padi ikut selera ya
  • 3 sudu makan udang kering*
  • 1 sudu makan belacan*
  • Garam dan perasa
Cara:
  1. Tumbuk bahan bertanda *
  2. Panaskan miyak dan tumis bahan yg ditumbuk hingga naik bau
  3. Masukkan garam dan perasa
  4. Masukkan sayur midin dan kacau goreng sehingga masak
  5. Sebatikan rasa dan padamkan api

Thursday, April 3, 2014

Pengat Ubi


Pengat pengat ni boleh dikatakan favourite Lieza juga la....tak kira la pengat apa pun..pengat pisang, pengat labu, pengat keladi dll la....termasuk la pengat ubi ni....sedap woooooo...
Rasa rasanya semua org pandai buat pengat kan...betul tak...tp tak pe lah Lieza letak kat sini juga la yer..

Sumber : Myresepi

Bahan-bahan ( 3 orang )

  • 3 ketul -- Ubi Kayu {dipotong dan rebus}
  • 2 mangkuk -- Santan
  • 3 sudu -- Gula pasir {ikut kemanisan sendiri}
  • 1/4 ketul -- Gula kabung
  • 1 helai -- Daun pandan
  • Secubit garam
  • 1/2 gelas -- Biji sagu {direndam seketika}

Cara-cara

  1. Masak santan bersama gula kabung, gula pasir, garam, daun pandan, dan biji sagu hingga gula kabung cair.
  2. Kacau kerap supaya santan tidak pecah minyak.
  3. Masukkan ubi kayu yang direbus tadi. Biar mendidih dan kuah agak pekat sedikit. Tutup api.

Wednesday, April 2, 2014

First Project Toaster Cover


Bila terasa nak asah skill menjahit cari la tutorial utk toaster cover ni kan...yg simple simple jer...org tak expert mmg camni la kan cari tutorial dlm google..follow jer la step by step insyaallah menjadi la...kan kan kan....utk rujukan Lieza dan pada siapa yg nak buat sendiri sila rujuk link dibawah ni...

Tuesday, April 1, 2014

Nasi Kuning K.Nor..


Nasi Kuning...nasi kuning...nasi kuning...sapa nak, angkat keyboard yer..ada???
Uishhh dah lama tak letak N3 nasi kuning ni tau... bukan lama tak buat tau lama tak masukkan dlm blog...yelah kan nanti org jemu pulak tgk asyik2 menu yg sama...tp nak buat camner dah mmg jd kegemaran kami sekeluarga....Nasi Kuning yg entah berapa kali Lieza buat pun tak tau dah..kiranya dah byk kali tp tak letak dlm blog....
Jadi hari ni Lieza nak letak juga...Nasi Kuning kali ni Lieza pairkan dgn Ayam mask madu guna perencah segera maggi...saja nak mencuba yg segera2 ni..mana ler tau kan kot kot sedap..
(kita cuma perlu tambah bawang besar dan halia shj)...tp bole dikatakan sedap la juga perencah segera Maggi ni...boleh lah tak mengecewakan tekak cumanya ada kurang pedas sikit...next time kalau guna bole ler tambah cili2 yg sepatutnya...
walau apa pun anak2 tetap suka...tu yg penting..

Resepi nasi Kuning Kak Nor

NASI KUNING
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
4 cawan beras (cawan sukatan rice cooker)
1 btg kulit kayu manis
5 kuntum cengkih
1/2 labu bawang besar ~ dihirs halus
3 ulas bawang putih ~ ditumbuk
1in halia ~ diketuk
2 helai daun pandan
garam
sedikit pewarna kuning
air **
1 sudu besar minyak sapi
1 sudu minyak

Cara:
Basuh beras dan rendam selama 10 minit. Toskan.
Panaskan minyak dan minyak sapi dlm periuk nasi (rice cooker)
Masukkan kulit kayu manis dan cengkih.
Masukkan juga bawang besar. Goreng hingga wangi dan bawang layu.
Masukkan bawang putih, halia dan daun pandan.
Bila bawang putih menjadi kekuningan, masukkan air dan biarkan hingga mendidih.
Masukkan garam dan pewarna kuning.
Masukkan beras dan biarkan seketika.
Alihkan periuk ke periuk nasi dan masak lah sehingga nasi masak.
Hidangkan bersama Gulai Ikan Aya, Acar Timun Mentah dan Sambal Belacan

Inilah Perencah Segera Ayam Madu Maggi
(gambar belas ehsan abg Google)