Sunday, June 17, 2012

Apple Crostata



Weekend hari tu lieza buat ler Apple Crostata ni... dah lama perap resepi yg lieza amik dari dapur K.Dzana Inspirasiku.
Tiba2 terasa nak buat dan tiba2 tingat resepi ni yg pernah lieza dok usha2 dulu kat dapur k.dzana ni...Sebenarnya tak susah mana pun dan tak lama mana pun nak membuatnya..
So bagi penggemar2 yg suka mkn apple pie ke apple tart ke mmg tak rugi la utk mencuba...
Bagi lieza... tak tahu mcm mana nak komen sbb ini ler pestime lieza buat... nak kata tak sedap sekelip mata jer dah tinggal separuh tau...dok makan dgn enas dan muaz... so jawapannya sedap la tuuuuu... kan kan kan..( eryna mmg tak gemar.. die lebih suka mkn makanan yg berat).
ok la tak yah dok memanjangkan cite yg nanti tak kesudahan.. meh kita tgk resepi ni yer...terima kasih urk penyumbang resepi asal dan juga K.dzana. yg berkongsi resepi ni..

TIPS TO MAKE PERFECT PIE CRUST
(Source: TREAT & TRICK)
It is not difficult to bake one. Here are the tips to make a perfect pie crust:

  1. Butter and water should be ice cold
  2. Handle the dough as little as possible. Overworking the dough will make it tough.
  3. Gradually add enough water to form into a pliable dough. It must sticks together and not crumbly.
  4. Refrigerate the dough before rolling out
  5. Prepare the filling 10 minutes before removing the dough from the refrigerator.
The following recipe produces a flaky and tender crust that is so easy to handle. It turns out perfectly every time!

APPLE CROSTATA
Yield : 8 servings
(BY: TREAT & TRICK)
CRUST

2 C all purpose flour
2 tablespoons sugar
1/2 C butter cut into cubes
1/4 tsp salt
4-5 tablespoons ice water

FILLING
3 C peeled apples, sliced 1/4 in thick
2 tsp lemon juice
6 tablespoons brown sugar
3 tablespoon all purpose flour
1 tablespoon butter to dotMETHOD

Place flour, sugar and salt in a mixing bowl.

Using your fingertips, quickly rub in the butter until the mixture resembles bread crumbs.( saya guna Food processor)

Gradually add a tablespoon of ice water at a time, use your fingers to press the crumbs firmly together to form a ball of dough.

Wrap the dough in plastic, chill for 30 minutes-1 hour.

For filling, combine sliced apples and lemon juice. Add the rest of the ingredients except butter.

Roll out the pastry on floured board into 14 in circle. Transfer them onto baking sheet. Heat the oven @ 190C.

Mound the filling in center of the dough leaving 2 in border around the edges.

Fold edges of dough over apple filling, crimp edge slightly. Dot with butter.

Bake until crust turns golden brown for 30-35 minutes. Cut into wedges and serve warm.


Saturday, June 16, 2012

Nasi Goreng Ikan Masin + Sambal Belacan Epal



Terliur dgn tayangan menu nasi goreng ikan masin ni kat dapur K.Nor hari tu... hari ni lieza merealisasikan impian tekak ni...hehehe...sekali buat satu rumah dok bau ikan masin ni.. semerbakkkkk...2 jam selepas pun masih meninggalkan kesan bau yg membuatkan hati meronta2 laparrrrrr... ngeh ngeh ngeh..
Kalau diikutkan semua masakan yg lieza tgk mmg buat terliur... tp seperti biasalah buat yg paling mudah nak buat, malas ke apa tak tau ler... tp gitu ler...jom la tgk resepi ni yg lieza amik kat dapur K.Nor secubitgaram...

Apalagi jom la masak menu ni sedappppppppppp!!!!!!


NASI GORENG IKAN MASIN
resipi : Che'Iza@Myresipi
sumber : K.Nor@SecubitGaram


Bahan-bahan ( 2 org )
3 mangkuk nasi
1/2 labu bawang besar dihiris
2 ulas bawang putih di ketuk
8 biji cili padi diketuk
Ikan tenggiri masin sebesar 2 jari dipotong kecil.
2 sb sos tiram
1 sb nampla (sos ikan)
2 helai kailan
1 btg kacang panjang dipotong kecil
lobak merah di potong kecil
sedikit garam (tu pun kalau sos tiram tak masin)

Cara-cara
Tumis ikan masin, tekan2 sikit dgn sudip biar dia hancur sikit2.

Bila ikan masin nak garing masukkan bwg besar, bwg putih n cili padi. Tumis sampai naik bau masukkan sos tiram n nampla.

Masukkan kacang panjang, lobak merah n nasi gaul rata. boleh letak garam sikit kalau sos tiram tu tak masin.Bila nasi dah nak masak baru letak kailan. Siap utuk dimakan....

Read more: http://www.secubitgaramnor67.com/2012/06/nasi-goreng-ikan-masin-ayam-ala-kepci.html#ixzz1xwZyQEUX



Bersama ni lieza mkn dgn sambal belacan epal hijau resepi dari dapur Izah Daut muffin lover yer... bukan izah ombak rinduuuuu ... hehehehe jom tgk resepi mudah yg mmg sedap bagi penggemar2 sambal belacan.... pestime juga tau lieza buat... mmg berbaloi mencuba...


SAMBAL BELACAN EPAL

1 biji cili merah*
6 ulas cili padi*
1 ulas bawang putih*
1 biji bawang merah kecil*
belacan sebesar ibu jari
epal hijau masam
garam & gula jika suka

Caranya:
Hiris bahan *. Panaskan sedikit minyak dan goreng sebentar bahan hiris sehingga layu dan belacan.
Angkat dan tumbuk sehingga hancur. Cincang nipis epal hijau dan ditumbukkan sedikit ke dalam sambal tadi.
Kemudian rasakan dengan garam dan gula jika suka.

Wednesday, June 13, 2012

Daging Kicap Sedap


Kali ni buat Daging kicap sedap resepi Kak Yatie memories.... mmg sedap amat sesuai dgn tekak lieza dan anak2...terutama Muaz...bawang pun die belasah makan juga.
Jom kita tgk resepi yer...oppps lupa..terima kasih buat Kak YAtie.. Lieza amik resepinya yer...


Bahan bahan

  • 1 kg daging batang pinang
  • 4 biji kentang- kupas kulit dan potong berbaji
  • 1/2 cwn kicap pekat manis
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 2 tangkai lada hijau ( di belah 2, pastu belah tnghnya tapi jngn sampai putus)
  • 1 labu bwng besar- di mayang
  • 1/2 cwn minyak untuk menumis
  • garam dan gula( jika perlu)
  • Air secukupnya-jika perlu.
Bahan Tumis (di hiris)
  • 1 labu bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 15 biji cili padi- ptng kecik2
  • 1 btng kayu manis, 2 kntm bnga lawang, 2 biji buah pelaga
  • 2 btng serai- di ketuk
Bahan Hiasan(hiris dan taburkan atas daging)-Yatie terlupa letak...he3..
  • 2 tangkai daun sup
  • 2 tangkai daun bawang
Cara-Cara
  1. Potong daging kecil2 dan rebus hingga empuk. Sekiranya guna daging batang pinang tak perlu di rebus dahulu.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis/hiris sehingga wangi.
  3. Masukkan daging dan kentang yg telah di potong berbaji. Masukkan serbuk lada hitam.
  4. Masukkan kicap pekat, sos tiram dan sedikit air. Biarkan daging dan kentang empuk.
  5. Masukkan lada hijau yg di belah 2 tadi dan bawang yg di mayang. Gaul rata.
  6. Sekiranya rasa dah ok, matikan api dan hidangkan....tabur bersama bahan hiasan.
  7. Angkat dan hidangkan bersama nasi putih.