Thursday, January 19, 2012

Ayam Blackpepper

Menu Ayam Blackpepper ni dah bukan menu hari ni yer...menu yg lieza buat minggu lepas dan terlupa nak letak dlm blog..Ayam blackpepper ni makan dgn nasi panas2..pastu kalau dimakan baru angkat dari kuali yg masih berasap asap tu fuhhhhh...tp jgn ler sampai melecur pulak yer...hehehehe...terima kasih kesekian kalinuya buat K.Nor..izinkan lieza tepek resepi ni pulak kat sini yer..K.Nor.

AYAM BLACK PEPPER

resipi : K.Nor@SecubitGaram

1/2 ekor ayam ~ dipotong kecil
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk kunyit
1 labu bawang besar ~ dipotong
3 ulas bawang putih ~ dicincang
1/2 in halia ~ dihiris halus
3 sudu besar sos blackpepper
2 sudu besar sos tiram
1 sudu teh serbuk lada hitam
bunga kobis
lobak merah
2 bj cili hijau ~ dipotong serong
minyak

Perap ayam bersama garam dan serbuk kunyit.
Goreng ayam hingga masak tp tak perlu sampai garing. Ketepikan.
Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih dan halia hingga wangi.
Masukkan bawang besar dan goreng hingga bawang hampir layu.
Masukkan sos blackpepper,sos tiram dan serbuk lada hitam.
Kacau hingga wangi dan masukkan bunga kobis dan lobak merah.
Masukkan juga ayam. Kacau rata. (boleh masukkan sedikit air jika kuah terlalu kering dan tidak membaluti bahan2 yg dimasukkan tadi)
Tutup kuali sekejap utk melembutkan sedikit sayuran.
Rasa dan tambahkan garam jika perlu.
Masukkan cili hijau dan kacau rata.
Padamkan api dan hidangkan panas2 dengan nasi puti

Wednesday, January 18, 2012

Kuey Teow Bandung

Jemu buat Mee Bandung..lieza buat pulak Kuey Teow Bandung yg sememangnya kuey teow bandung ni adalah menu kegemaran Mr. Hubby lieza...dah byk kali lieza buat menggunakan resepi yg sama..klik SINI utk resepinya yer...

French Loaf With Cheese and Tuna


Semalam lieza buat menu nih utk minum petang...utk kunyah2 anak beranak...simple jer nak buat pas tu sedap...tak sangka lieza roti keras kematu gitu bila dah diolah jd rangup..fuhhh best lah..roti yg panjang tu lieza guna separuh jer utk sekali makan...pastu hari ni pun lieza buat lagi utk mengabiskannya dan ada sebahagiannya liza letak jer sosej pas tu letak cheese(dpt kat eryna mkn sosej jer) ...next time lieza nak try guna sardin pulak...mesti sedapp juga kan...
Menu yg simple ni dah lama tertgk kat dapur K.Nor Secubitgaram dimana asal usulnya K.nor pulak ambik kat dapur K.Anymz My Kitchen...terima kasih buat kedua2 sister nih...izinkan lieza nak panjangkan juga resepi ni kat dapur lieza juga...

FRENCH LOAF WITH CHEESE AND TUNA
by- anymz-mykitchen
sumber: K.Nor@SecubitGaram


Bahan2:
1 batang french loaf(ala yg jual kat supermarket,roti panjang yg keras kematu tu)
1 tin tuna/sardin
1 biji buah tomato di hiris bulat2 nipis
1 sudu teh lada putih/lada hitam
beberapa keping cheese-kali ni akak guna mozarella cheese
butter

Cara:
French loaf di potong bulat2 atau menyerong
Tuna atau sardin di lenyek hancur
Ambil sekeping french loaf yang sudah di potong
Sapu butter di atasnya dan letak tomato
Letak tuna/sardin yang sudah di hancurkan di atas tomato
Tabur serbuk lada putih/hitam
Akhir sekali letak cheese yang sudah di potong kecil2
Sedia untuk di bakar.
Bakar hingga keperang2an.
Dah siap..

Hari ni lieza memandai mandai letak sosej...tp terlebih bakar..tp lg rangupppppp....dan kisahnya dah separuh jalan buat baru teringat tak letak hirisan tomato...jdnya hirisan tomato berada di atas yer bukan dibawah...heheheh...hentam sajer ler..janji rasa tak lari...kannnn..


Monday, January 16, 2012

Nasi Pilaf + Ayam Sosha Istimewa+ Kerabu Epal

Salam dipagi Isnin utk semua pengunjung yg di sayangi...pagi ni curi masa sikit utk update blog, rasanya hanya sempat utk letak N3 nanti kalau masa mengizinkan Lieza jejalan melawat dapur semua kengkawan..kala ini hanya sempat jeling2 dan intai kat tingkap jer dulu..rasanya masa tidak cukup jer...yelah kan jap lagi nak cepat2 masak pas tu kul 12 nak pergi ambik Enas dan Eryna..Enas setiap Isnin dan Selasa pukul 12.10 dah habis waktu...Rabu dan Khamis 12.40 pas tu Jumaat 11.40...Eryna biasalah 12.00-12.30 dah boleh ambil dari sekolahnya..jadi diwaktu pagi nih apa2 pun kena cepat2..belum lagi nak layan Muaz yg nak ngemping tido..haaaa...gitu ler citenya..org kata mana sempat nak rasa bosan dok kat umah nih..tak sempat pun nak rasa bosan..masa betul betul terisi...tup tup dah tgh hari..tup tup dah petang..tup tupppp dah menjelma pagi esoknya....huhhh cpt masa berlalu kalau sibuk2 nih...
Aishhhh..panjang lak citenya...ni la kan semalam lieza buat Nasi Pilaf, Ayam Sosha dan kerabu Epal...resepi pada mulanya lieza nampak ler kat Dapur K.Nor Secubitgaram...dimana resepi asalnya pula K.nor amik kat Dapur Sis Ayu Curlybabe...Utk menu ni Kerabu Epal lieza cuba resepi yg biasa K.nor buat dan Ayam Sosha tu dari menua asal Sis Ayu Curlybabe.
Next time bole dibuat lagi sebab...sedapppppp ini komen yg ikhlas tau...bukan main2..jadi terima kasih pada kedua2 sis ni yg tak pernah jemu utk berkongsi resepi yg sedap2..jom tgk resepi2 yg lieza cuba ni yer...


PILAF TOMATO
Sources:-From Mumtaj Begum Omar
@Asmah Laili Mintak Ampun sedapnya
Sources:-From Ayu@curlybabesatisfaction
Copy dari : K.Nor Secubitgaram

Bahan:-
1kg beras basmath, cuci bersih rendam selama 10-15 minit dan tos airnya - lieza guna beras biasa
air mengikut paras beras dan lebihkan 1 cawan lagi
5cm kayu manis
5 biji buah pelaga-(Ayu gunakan 4 biji aje)
2 helai daun bay-(Ayu gunakan 1 helai aje)
1 biji bawang besar dihirs halus
1 sudu makan pes halia dan pes bawang putih
2 biji lada merah, dibelah jangan putus
3 sudu makan pes tomato
1/2 cawan daun pudina ~ k.nor gantikan dgn daun ketumbar
1/4 cawan susu sejat
garam secukupnya + secubit serbuk perasa-(Ayu tambah)
secukup minyak atau ghee untuk menumis
sedikit kacang gajus goreng ~ k.nor tak letak - lieza tak letak juga

Cara:-
Tuang kedalam periuk nasi letrik, air, susu sejat dan garam. Ketepikan
Panaskan sedikit minyak atau ghee didalam kuali dan tumis kayu manis, pelaga dan daun bay sehingga meletup-letup dan wangi. Masukkan hirisan bawang dan lada merah. Tumis lagi sehingga bawang lembut dan wangi. Masukkan pes halia/bawang utih dan tumis selama 5 minit lagi, sehingga keharumannya dapat dihidu. Barulah dimasukkan pes tomato dan daun pudina.Biarkan sehingga keluar minyak.Matikan api.
Tuangkan semua rempah yang panas, kedalam periuk nasi letrik. Kacau sekali sahaja. Tutup periuk dan biarkan sehinga mendidih. Seterusnya buka tutup periuk, tuang semua bras yang telah dicuci dan toskan. Kacau sekali sahaja, tabur diatasnya kacang gajus goreng, gemburkan nasi dengan garpu sehingga kembang dan bergaul rata dengan gajus. Tutup periuk nasi.

* daun pudina k.nor gantikan daun ketumbar sbb tak ada stok daun pudina

Resepi Ayam Sosha Istimewa ni lieza ambik dari Dapur Kak Ayu Curlybabesarisfaction.

Ayam Sosha Istimewa
Sources:-From Hjh Fatimah Hj Ahmad
@Asmah Laili mintak ampun sedapnya
Sources:-From Ayu@curlybabesatisfaction

1 ekor ayam, buang kulit dan segala lemak dan potong 12
(lumur kepingan ayam dengan sedikit kunyit dan garam, goreng lembab 1/2 masak)
5cm kayu manis,
5 biji pelaga-(Ayu gunakan 4 biji aje)
3 kuntum bunga cengkih
3 sudu makan lada kering

*2.5cm halia
*5 biji bawang putih
*10 biji bawang merah
(*dikisar halus)

1/2 sudu teh kunyit serbuk
1 tin kecil tomato puree
1/2 cawan tomato sos
1/2 cawan hirisan dau pudina-(Ayu tak ada stok)
1/2 cawan hirisan daun ketumbar
sedikit madu atau gula pasir
2 biji tomato, setiap satu dibelah 4
1/2 kg bawang kecil dijadikan bawang goreng-(Ayu gunakan yang dah siap)
1/2 cawan kismis, digoreng dan diketepikan
1/2 cawan gajus digoreng dan ketepikan
1 biji tomato dihiris untuk hiasan
sedkit kacang peas untuk tabur
sedikit minyak untuk menumis
garam + perasa secukupnya

Cara:-
Panaskan sedikit minyak didalam kuali dan tumis kayu manis, pelaga dan bunga cengkih hingga wangi. Masukkan lad kisar dan tumis lagi hingga cantik. Masukkan bahan kisar dan tumis garing.Barulah dimasukkan serbuk kunyit.Kacau rata. Masukkan pula tomato puree dan tomato sos, balik- balikkan. Tabur 3/4 bahagian daun pudina dan ketumbar, tinggalkan 1/4 untuk hiasan. Tuangkan sedikit air. Masukkan hirisan tomato, madu atau gula dan sedikit garam. Renihkan dengan api kecil, sehingga pekat.

Jika terlalu pekat, tuang sedikit air. Masukkan kismis goreng, gaul rata. Masukkan bawang goreng.Barulah dimasukkan kepingan ayam goreng. Gaul supaya ayam dan rempah sebati. Renihkan lagi sehingga ayam empuk dan lembut dan rempah meresap. Akhir sekali masukkan gajus goreng. Gaul sampai rata.

Semasa menghidang, taburkan hirisan daun pudina/daun ketumbar, hirisan tomato dan kacang peas. Enak disajikan dengan nasi minyak mahupun nasi beriani. Sebaiknya- baiknya masak hari ini dan hidangkan pada keesokkan hari.(Ayu masak hari ini, hari ini juga makan..heheh)


KERABU EPAL HIJAU
resipi : K.Hanieliza
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
2 bj epal hijau
1/2 btg lobak merah
2 bj cili merah
2 bj cili hijau
1 kuntum bunga kantan
1 pokok daun ketumbar
1 bj lemon (diambil jusnya) - takder lieza ganti cuka
1 sudu kecil gula
garam secukup rasa
lieza letak 1 ulas bawang merah dihiris

Bahan:
Epal dan lobak merah disagat atau diracik panjang.
Semua bahan lain dihiris.
Gaulkan semua bahan dan tuangkan jus lemon.
Kacau rata dan rasakan masamnya
Sedia dihidangkan.

Thursday, January 12, 2012

Air Tembikai Laici

Untuk mennyegarkan tekak yg kehausan buat lah Air Tembikai Laici ni..kebetulan ada stok tembikainya dan laici tin nya...idea dan resepi ni lieza ambik dari dapur Jintanmanis.com terima kasih pada Ros..dimana skrg Jintanmanis telah menyediakan E.Booknya yg ke 5 utk dimuat turun secara percuma..iaitu RESEPI PALING POPULAR DI JINTANMANIS.COM klik jer situ utk melihat dan memuatturun yer.

Bahan-bahanye
( kuantiti dlm 2 hingga 4 gelas)
1/6 biji Tembikai saiz sederhana (agak-agak je)
1 cawan air Laici dalam tin
8-10 biji laici

Caranya
1. Potong dadu tembikai dan buangkan bijinye kemudian blender bersama air laici tadi.
2.masukkan dalam gelas dan tambah kan buah laici serta beberapa ketul air batu. Ok dah siap. Sedia untuk diminum. Selamat Mencuba.

Wednesday, January 11, 2012

Ayam Masak Padang

Semalam lieza masak lauk Ayam Masak Padang...pestime buat..mmg sedap...Mr. Hubby pun kata sedap...si Enas ni pun jarang nak makan tetiba kesedapan Ayam Masak Padang ni menambat selera die rupanya...huishhh tp ternyata mmg sedap...resepi lieza korek2 kat dapur DayangJack Dapurku Sayang

Bahan-bahan :
  • 1/2 ekor ayam (dipotong ikut suka)
  • 300 ml santan (boleh tambah atau kurang)
  • 100 ml susu cair
  • garam dan sedikit gula
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 1 keping asam gelugur
Bahan-bahan kisar :
  • 4 tangkai cili merah
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 inci lengkuas
  • 2 batang serai
  • sedikit kunyit hidup
  • 10 biji cili api
Cara-cara :
  1. Panaskan sedikit minyak di dlm periuk. Tumis serai dan bahan2 kisar hingga terbit bau.
  2. Masukkan ayam dan sedikit air. Biarkan ia mendidih sebentar.
  3. Masukkan santan dan susu cair. Akhir sekali masukkan garam, sedikit gula dan asam gelugur. Kacau dan biarkan ia sampai masak.

Tuesday, January 10, 2012

Nasi Bawang + Telur Bistik

Dah lama menu ni lieza buat tp lupa nak post sini.. resepi ni lieza jumpa kat dapur kak Ummi Home Sweet Home...hasilnya mmg sedap...bole lah buat lagi bila jemu nak mkn nasi putih mmg tak mengecewakan menu nih...dan lieza gandingkan dgn telur bistik dan salad timun resepi telur bistik dari MyR boleh klik SINI juga sbb lieza dah pernah buat telur bistik nih......jom tgk resepi dulu yer..

Nasi BawangLink
Bahan:-
4 cawan beras basmathi - (cuci dan toskan)
4 cawan bawang besar - hiris
5 cawan air
4 ulas bawang putih - hiris
4 cm halia - hiris
Daun pandan
Buah pelaga
Kulit kayu manis
Bunga lawang
Margerin untuk menumis (ummi guna butter)

Cara Memasak:-
Panaskan margerin dan tumiskan daun pandan, bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga. Kemudian masukkan bawang putih, bawang merah dan hallia. Tumis lagi hingga bawang kekuningan dan naik bau. Masukkan beras, gaul rata dan tuangkan air. Gaulkan. Bubuhkan garam dan gula (optional) secukup rasa dan masaklah seperti biasa.


TELUR BISTIK

Bahan-bahan ( 4 org makan )

  • 3 biji telur - di kocok
  • sedikit daging ayam - dipotong dadu- lieza guna daging hancur
  • 1 labu bawang besar - dihiris besar
  • carrot - dipotong memanjang
  • 1 biji cili besar (merah) - buang biji dan potong memanjang.
  • sedikit kiub nenas - dalam tin
  • 2 s/b sos cili
  • 1 s/b sos tomato
  • secukup rasa
  • garam
  • sedikit tepung jagung - dibancuh dengan air.

Cara-cara

  1. gaul ayam dengan sedikit secukup rasa dah goreng separuh masak. satukan dengan telur yang telah dikocok dan dadar telur hingga masak. ketepikan.
  2. untuk kuah. panaskan minyak lbh goreng telur, masukkan bawang, sos cili, sos tomato dan sedikit air.biarkan sedikit mendidih.
  3. setelah mendidih, masukkan carrot, lada merah dan kiub nenas. perasakan dengan garam dan secukup rasa.
  4. setelah masak.masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.tutup api dan sedia untuk dihidangkan.
## lieza tambah cili beberapa cili padi dan 1 biji tomato.

Friday, January 6, 2012

Happy 4th Birthday Eryna

Alhamdulillah harini 6 January 2012 genap lah sudah Eryna 4 tahun...
sebenarnya hari ni hampir2 terlupa 6hb adalah besday Eryna...lupa hari bulan daaaa...bz giler lepas anak2 bersekolah nih...cewaahhhh...
4 tahun usia Eryna kami mengambil keputusan utk menghantar Eryna ke Tadika, biarlah dia belajar menyesuaikan diri dgn rakan2 dan org luar selain Ibu, Ayah, kakak dan adiknya..kalau diikutkan mmg kesianlah...tapi biarlah dia belajar supaya tak takut dgn org sbb Eryna ni teramat ler payah nak sesuaikan diri dgn org, ambil masa sikit berbanding dgn Enas yg tak kisah pun dgn sesiapa...apapun Ibu terasa sunyi bila Eryna takder tapi takpelah hanya separuh hari jer dari jam 8.00 sehingga 12.30 tgh hari jer...





Eh baru terperasan tgn Muaz yg sibuk nak ambik belon tu...


Pagi- pagi hari ke2 persekolah Eryna sembang2 dgn Eryna supaya die mahu ke sekolah: -

Ibu : Adik nanti pergi sekolah yer...
Eryna : Adik tak nak pergi sekolah(sambil peluk tubuh tanda protes)
Ibu : Alah adik sekolah la...dok rumah pun Ibu takder nanti..Ibu kerja lahhhh...(sajer jer)
Eryna : Ibu kan perempuan dok rumah lah (sambil jerit)
Ibu : huhhhhhhh...ada2 jer jawapannya...


Dah besar ni ada jer ayat2 yg kluar tanpa disangka2...

Monday, January 2, 2012

Daging Goreng Ala Kaprau



Daging Goreng Ala Kaprau ni minggu lepas lg lieza dah masak tp terlupa nak letak N3 disini cuma sempat letak kat FB jer...walaupun lieza ni tak pernah dgr dan lagi takpernah makan ala kaprau ni...why not kalau lieza try uji test akan kerasaannya kan tul tak...tapi setiap kali masakan daging yg di tayang oleh K.Nor Secubitgaram mmg tak pernah mengecewakan perasa lidah dan tekak lieza ni..pendek kata mmg sedappppp...tp terpulang ler kan pd org lain bagi lieza mmg enak bangat...terima kasih pada K.Jee dan juga K.Nor....


DAGING GORENG ALA KAPRAU

resipi : K.Jee
sumber : K.Nor@SecubitGaram

BAHAN2:
250 gms daging batang pinang dihiris nipis (atau ayam)
2 sudu besar paste tomyam (Kjee guna paste Adabi)
cili api diketuk2 (ikut kepedasan. resipi asal mesti pedas)
2 labu bawang besar (dibelah lapan dan dicerai2kan)
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos cili (Kjee guna sos cili Thai)
daun selasih (Kjee tak bubuh sebab tak ada. Ada daun selasih sedap sangat)

CARA:
Perap daging yang telah dihiris bersama 2 sudu paste tomyam selama ½ jam. Kemudian tumis 1 labu dulu bawang besar yang telah dikerat 8. Kemudian masukkan cili api yang telah ditumbuk kasar. Setelah agak garing, masukkan hiriisan daging yang telah diperap dan goreang hingga daging kecut.

Kemudian masukkan kicap manis dan sos cili dan terus goreng. Masukkan daun selasih yang telah dipetik2, dicuci dan ditoskan. Kemudian masukkan juga baki 1 labu bawang besar. Setelah bawang besar layu, padamkan api dan hidang.

* K.Nor guna 1 biji bawang besar jer dan tumiskan dulu 2 ulas bawang putih (sebab dah terbiasa bila masak mesti nak tumis bawang putih sket. Bawang putih kan banyak khasiat hehe)
* K.Nor tak guna daun selasih tp guna daun limau purut.

### lieza pun guna daun limau purut jer dan ikut juga cara yg diguna pakai oleh k.nor