Saturday, December 31, 2011

Angel Hair Carbonara

Hari tu lieza buat bekpes Angelhair Carbonara menggunakan sos carbonara prego...fuhhhh sedapppp rupanya...jakun betoiiii lieza ni kan...utk menambahkan umphhh tekak melayu lieza p tabur hirisan cilipadi beb...lagi ler menyengat...next time kan kalau lieza pegi pizza hut atau kenny rogers kan...lieza nak bawa cili api potong ler...idak ler makan terkebil2 sbb tak pedas hehehe....hmmm sukahati ler kan...ciliapi bawa sendiri...
Eh berbalik pada pangkal crita ler pasal menu nikan...resepi mudah ni lieza amik kat dapur Kak Sofea after6 am tu....kenai tak??? mesti kenai ler kan...tgk post dari Kak Sofea terus rasa nak buat sbb senang sgt..heheheh terima kasih yer kak Sofea...lieza nak simpan sini dan share juga..

SPAGHETTI CARBONARA
BY : Sofea@after6am


Bahan-bahan:
1/2 packet spaghetti
1 tin sos carbonara Prego
3 ulas bawang putih ~ cincang halus
udang, sotong, ayam @ daging
3 sb olive oil
2 biji tomato cerry
1/4 cawan air
garam & serbuk lada hitam secukup rasa

CARA:
1. Rebus spaghetti according to the packet instruction, Toskan dan renjis2 kan sedikit olive oil utk mengelakkan pasta melekat.
2. Panaskan 3 sb olive oil dan tumis bawang putih hingga wangi, kemudian masukkan udang dan sotong.
3. Masukkan sos carbonara dan 1/4 cawan air. Kacau hingga mendidih dan masukkan spaghetti. Gaul2 kan hingga spaghetti bersalut dgn sos tadi. Masukkan garam dan serbuk lada hitam secukup rasa.
4. Akhir sekali masukkan tomato cherry dan siap utk dihidang.


Nak tgk rupa sos prego boleh ler pergi lawat dapur KSofea After 6am

Friday, December 23, 2011

Satay Goreng


Sebenarnya satay goreng ni dah lama abihnya...biasa la kan sejak 2 menjak ni line celcom pun macam tak suka aje kita pakai dorang punya line..takpelah selagi tiada apa yg menyusahkan sangat dan masih bole bersabar kita saborrrrrr jer lah...hehehehe
Huuuuuhhhh tgh mengeluh ni...sebenarnya lieza ni pun moodnya entah apa2 jap rajin jap maleh...eeeeee....kenape yer...dah jarang nak cuba menu2 baru...yelah masak beria ia kang lieza sorang jer yg makan...dgn anak2...penyudahnya masak sambal jer laaaahhhh...goreng ikan masin takpun telur mata...kicap ulam sayur terung takpun ulam cili padi...utk anak2 goreng jer ler nasi tu..mmg itu yg anak2 paling suka...
Bila rajin menjelma..ini ler menu yg jadinya satay goreng resepi dari Kak Fida MyR...sedapppp sgt mcm sate yg kat kedai...lepas ni buat jer ler sendiri...heheheh kalau rajinnnnnn....kalau maleh orderrrrrrr....tak gitu
Camner pun terima kasih kat Kak Fida utk resepi yg tak pernah terpk pun nak digoreng satay nih..(lieza jer laahh)


Satay Goreng
Sumber : Kak Fida MyR

  • 1 kilo daging kambing/lembu/ayam - cuci dan tos, dipotong nipis dan kecil.
  • 150 g gula pasir
  • 100 g gula merah
  • 100 g madu, 2 sk garam
  • Bahan berikut hendaklah dikisar tapi jgn terlalu halus :-
  • 3 sb ketumbar biji - sangar
  • 2 sk jintan halus - sangar
  • 1 sb lada sulah biji
  • 6 ulas bawang putih
  • 1/2 jari halia
  • 2 hiris lengkuas
  • 4 batang serai - hiris
  • 1/2 jari kunyit hidup

Cara-cara

  1. Gaulkan bahan2 kisar pd daging bersama gula,garam dan madu hingga rata dan perap 1 jam atau boleh disimpan dlm petisejuk semalaman.
  2. Panaskan minyak secukupnya dan goreng daging hingga empuk.Masukkan 1/2 senduk lagi minyak dan goreng lagi hingga kering(saya biarkan naik minyak dan basah2 sedikit).
  3. Hidangkan dgn kuah,timun,ketupat dan bawang.
##### SANGAR TU DIGORENG TANPA MINYAK YER...


Friday, December 16, 2011

Cinnamon Sugar Pull Apart Bread


Hari ni tetiba mood meroti dtg pulak.. nak tau kenapa tetiba dtg haaa.. ni gara2 teracun dgn K.Nor Secubitgaram dan juga penggemar rempah kayu manis Tun Telani(patut ler manis sbb suka kayu manis)
Peghasilan CSPA ni nampak cam rumit tp sebenarnya senang jer rupanya dan hasilnya mmg sedap sbb dpt mkn panas2...masa membakar harum semerbak baunya...
Oleh kerana lieza update n3 ni guna iphone so lieza tak dpt nak buat backlink nanti kalau celcom berukbsndnya dah ok lieza akan backlink kan dari dapur ke dapur.. buat masa ni lieza copy jer resepi ni dari dapur K.nor secubitgaram...takpun sapa nak tgk detail bole pegi dapur K.Nor Secubitgaram
nak tgk step by step cuba pegi dapur Tun Telani
Jom tgk resepi yer...

CINNAMON PULL APART BREAD
Recipe: Joy the Baker
source : Shidah & K.Nor

For the Dough (in BM)
2 3/4 cups plus 2 tbs tepung
1/4 cup gula kasar
2 1/4 sudu kecik yeast
1/2 sudu kecik garam
4 tbs butter
1/3 cup susu penuh krim
1/4 cup air
2 biji telur (size A)
1 sudu kecil Vanilla extract

For the Filling
1 cup gula kasar ~ next time k.nor kena kurangkan sket gula - lieza letak 1/2 cup jer
2 sudu kecil serbuk kayu manis (cinnamon) ~ k.nor letak 1 sudu kecil jer - sama ikut k.nor
1/2 sudu kecil serbuk buah pala (nutmeg) ~ k.nor skip sbb tak ada stok - pun tak letak
4 tbs butter - dicairkan sehingga menjadi brown

Cara:
Dalam mangkuk yang besar, campurkan 2 cups tepung, sugar, yeast, and salt. Ketepikan

Pukul telur, ketepikan

Dalam small saucepan, campurkan susu dan mentega, panaskan sehingga mentega cair. Ketepikan dan masukkan air dan vanilla extract. Biarkan seketika sehingga mixture menjadi suam2 kuku.

Tuangkan mixture susu dan mentega tadi kedalam bahan kering, kacau dengan senduk. Masukkan telur dan kacau lagi. Add 3/4 cup tepung, dan uli sehingga sebati. The dough will be sticky. Masukkan dough kedalam mangkuk besar yang telah di gris dengan butter/minyak. Tutup dengan kain atau cling wrap, biarkan sehingga dough naik 2 kali ganda.

note : dough yang the naik, boleh disimpan di dalam peti semalaman, dan diguna keesokan hari. (I skipped this)

Sementara menunggu dough naik, campurkan gula, serbuk kayu manis dan serbuk buah pala di dalam mangkuk.

*utk kaedah membentuk roti ni sila rujuk/klik pada link Joy OF Baker atau Shidah.

Bila dough dah naik 2 kali ganda, bolehla dimasukkan kedalam oven yang telah dipanaskan.

Place a rack in the center of the oven and preheat to 350 degrees F. Place loaf in the oven and bake for 30 to 35 minutes, until the top is very golden brown. The top may be lightly browned, but the center may still be raw. A nice, dark, golden brown will ensure that the center is cooked as well.

Remove from the oven and allow to rest for 20 to 30 minutes. Run a butter knife around the edges of the pan to loosen the bread and invert onto a clean board. Place a cake stand or cake plate on top of the upside down loaf, and carefully invert so it’s right side up. Serve warm with coffee or tea.
* Kaedah K.Nor bila guna BM: lieza pun guna kaedah ni Masukkan bahan cecair dulu (bancuhan susu dan mentega, air, telur dan vanila) Masukkan bahan2 kering (tepung, yis, gula dan garam) On kan BM dan biarkan ia menguli spt biasa.

Tuesday, December 13, 2011

Stir Fried Bok Choy With Crispy Garlic

Resepi asalnya menggunaka baby kailan tapi lieza ikut juga cara k.dzana dgn menukarkan kepada sayur Bok Choy..hmmmm sedappppppp terasa kerangupan garlic tu...terima kasih Along Roz Dan K.Dzana Inspirasiku kerna berkongsi idea ini.


STIR -FRIED BABY KAILAN WITH CRISPY GARLIC
By: Roz@HomeKreation

BAHAN2:
Sayur Baby kailan/saya guna bokcoy
1 bj Cili Merah - hiris
6 ulas Bwg Putih - cincang halus
2 sb Sos Tiram
saya tambah udang
Minyak

CARA2:
1. Panaskan sedikit minyak & goreng bwg putih sehingga garing.
Angkat & ketepikan
2. Tumis cili merah /udang dlm minyak selebih nya tadi selama seminit.
Masukkan sayur kailan & sos tiram.
Kacau sekejap sahaja, jangan sampai sayur terlebih layu.
Hidangkan & tabur bawang putih rangup.


Sunday, December 11, 2011

Ayam Percik


Firsttime lieza buat ayam percik nih...rasanya mmg memenuhi citarasa tekak kami...utk resepi ni lieza hanya menggunakan 2 ketul peha ayam jer...jadi bahan2nya tu lieza adjust ler sikit2 dgn mengurangkan kadar hanya utk keperluan 2 ketul ayam yer...dan ayam ni lieza bakar atas frying pan..kalau nak bakar dalam oben pun bole juga...
ok lah resepi ni lieza follow dari Sajiemas MyResepi dan terima kasih kerana berkongsi resepi yg sedap nih.

Bahan-bahan ( Anggaran 2 ekor ayam )

  • 500 gm bawang besar
  • 50 gm halia - diblender
  • 50 gm lengkuas - diblender
  • 50 gm bawang putih - diblender
  • 5 batang serai - diblender
  • 2 cawan gula
  • 3 sudu stok ayam serbuk
  • 5 senduk cili mesin
  • 5 senduk cili sos
  • 1/2 kg santan

Cara-cara

  1. Campurkan semua bahan dan dimasak sampai mendidih
  2. Apabila sudah mendidih, masukkan ayam hingga separuh masak
  3. Asingkan ayam dan siap untuk dibakar, kuah yang lebih disimpan untuk dicurahkan di atas ayam nanti
  4. Bakar dan siap untuk menjamu selera

Saturday, December 3, 2011

Daging Black Pepper

Siapa yg dah cuba menu nih???? angkat tangan...hmmm dah lama simpan resepi nih...jumpa kat MyResepi dari K.Nor...selaku empunya dapur Secubitgaram nihaaa...walllaaaaaa mmg sedap woooo..memenuhi citarasa sepenuhnya tekak kami...so dimana lieza jumpa resepi ni dari situ juga ler lieza copy n paste yer....sila sila sila tgk resepinya.

Bahan-bahan ( 4 - 5 org makan )

  • 500gm daging batang pinang
  • 1 sb serbuk lada hitam yg ditumbuk kasar - lebihkan jika ingin lebih pedas
  • 1 biji lada benggala hijau
  • 1 biji lada merah
  • 3 sb kicap manis
  • 2 sb sos tiram
  • 1 cawan air
  • 1 sb tepung jagung yg dibancuh dgn 2 sb air
  • 1/2 sudu garam halus dan 1 sb gula
  • minyak utk menggoreng

Cara-cara

  1. Potong daging nipis2 dengan cara melawan urat supaya daging tidak liat. Bersihkan dan toskan selama 1 jam atau lebih supaya daging tidak mengeluarkan air yg banyak ketika menggoreng.
  2. Potong panjang kedua2 lada. Sebelum itu hendaklah dibuang dulu butir2 lada
  3. Panaskan minyak. Sebolehnya digunakan minyak yg banyak dan menggunakan api yg kuat spt yg ditunjukajar oleh chef asal supaya daging itu tak perlu digoreng dgn lama. Goreng daging lebih kurang 3 - 4 minit sambil dikacau supaya rata masaknya dan angkat.
  4. Keluarkan minyak dan tinggalkan lebih kurang 3 sudu besar shj. Masukkan serbuk lada hitam dan kacau hingga berbau wangi dan masukkan lada merah. Lepas itu masukkan kicap manis, sos tiram, garam dan gula. Kacau sebati. Peringatan: garam tak perlu letak banyak2 kerana dah pun masin - dari kicap dan sos tiram
  5. Masukkan daging dan kacau sebati dan masukkan air. Sekiranya ingin lebih berkuah, lebihkan sukatan air. Biarkan mendidih, barulah dimasukkan lada benggala dan bancuhan air tepung jagung. Biarkan mendidih. Bila dah agak pekat boleh lah di padamkan api dan hidangkan panas2 dgn nasi putih.