Monday, November 28, 2011

Daging Goreng Kunyit


Tetiba nak makan Daging Goreng Kunyit...nak cepat buat ler Google..terjumpa resepi dari Kak Jee nih..maka itu jadi ler Daging Goreng Kunyit style K.Jee....mkn dgn nasi panas jer dah sedappppp...

Daging Goreng Kunyit
Sumber : Dari Dapur Kak Jee


BAHAN2NYA:


300 gms daging batang pinang (kalau daging lain rebus sampai lembut)
2 labu bawang besar (mayang bulat)
3 ulas bawang putih (dihiris)
2 sudu kunyit serbuk
2 biji cili merah (dihiris)
kacang panjang (potong kira-kira 1 inci)
garam secukup rasa



CARA:


Daging dihiris dan diperap bersama kunyit dan garam selama kira-kira setengah jam. Goreng daging seketika pastu tambahlah sedikit air dan masak hingga daging lembut. Kalalu daging dah direbus dan lembut, goreng hingga daging garing2 manja gitu. Pastu masukkan bawang besar, bawang putih, cili merah dan kacang hijau. Setelah kacang panjang setengah masak, padam api.

Prosperity Burger

Hari tu ada ternampak K.Anymz tayang Properity buger nih...lama sungguh tak makan..maklum ler kan Prosperity Burger di McD ni bermusim jer...jadi tertunai lah selera nak mkn Prosperity burger bila mencuba resepi yg mudah sedap nih..lenkali boleh buat jer sendiri....terima kasih pada penyumbang2 resepi...lieza copy yer k.Anymz..

Prosperity Burger
by
Sumber Resepi:HanaMemories


Bahan-bahan Utama
  • Roti Burger
  • Burger Daging
  • Bawang Holland-di hiris memanjang-nak goreng boleh/nak yang mentah pun boleh


Bahan Sos Lada Hitam
  • 2 cawan stok ayam- guna stok ayam (air+kiub ayam)
  • 1/2 cawan susu segar - aku ltk suku cwn jerk
  • 1-2 sudu besar lada hitam-di tumbuk kasar..agak-agaklah ..kalau nak pedas tambahlah byk sikit
  • 1/2 biji bawang besar - cincang
  • 2 sudu besar kicap manis - bergantung kehitaman yg dkehendaki
  • 1 sudu sos tiram
  • 1 sudu mentega/ marjerin
  • 2 sudu besar tepung jagung-bancuh dengan sedikit air
  • garam dan gula - jika perlu


Friday, November 25, 2011

Nasi Kuning + Kurma Ayam + Acar Timun Carrot

Nasi Kuning dah menjadi menu wajib bagi lieza sekarang ni...kali ni entah yg keberapa kali pun lieza tak ingat dah bole dikatakan dah byk kali kali kali kali dah....tu belum lagi yg tak masuk dlm blog dan tak ambik gambonya...mmg byk kali ler...mmg suka sgt buat nasi kuning nih...satu keluarga mmg gemar nak makan nasi kuning ni tau...terima kasih sekali lagi buat K.Nor Secubitgaram...kalau nak tgk yg N3 lieza yg lepas2 boleh jer klik kat menu NASI kat tepi belah kanan tu yer...mmg nasi kuning jer byknya.

NASI KUNING

resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
4 cawan beras (cawan sukatan rice cooker)
1 btg kulit kayu manis
5 kuntum cengkih
1/2 labu bawang besar ~ dihirs halus
3 ulas bawang putih ~ ditumbuk
1in halia ~ diketuk
2 helai daun pandan
garam
sedikit pewarna kuning
air **
1 sudu besar minyak sapi
1 sudu minyak

Cara:
Basuh beras dan rendam selama 10 minit. Toskan.
Panaskan minyak dan minyak sapi dlm periuk nasi (rice cooker)
Masukkan kulit kayu manis dan cengkih.
Masukkan juga bawang besar. Goreng hingga wangi dan bawang layu.
Masukkan bawang putih, halia dan daun pandan.
Bila bawang putih menjadi kekuningan, masukkan air dan biarkan hingga mendidih.
Masukkan garam dan pewarna kuning.
Masukkan beras dan biarkan seketika.
Alihkan periuk ke periuk nasi dan masak lah sehingga nasi masak.
Hidangkan bersama Gulai Ikan Aya, Acar Timun Mentah dan Sambal Belacan.

Saturday, November 19, 2011

Ayam Mentega Rangup


Masak ayam butter ni mmg lieza suka..sungguh selera makan dgn nasi ayam atau nasi putih pun sedap...ternampak resepi dikala buat BW kat dapur Nani Life is Beautiful tu..nampak betul2 menyelerakan...dan seperti biasa la kan kalau dah ternganga tgknya..mesti nak cuba juga kan...alhamdulillah sedap....tp kalau lieza tambah cilipadi pasti umphhh tp tak boleh ler ikut selera tekak sendiri jer kan..kena pk anak2 juga...ok la Nani..akak nak copy ler dari dapur nani yer resepi nih...terima kasih juga kat Diana dan k.nor yg berkongsi resepi ni...thanks to all of you...

AYAM MENTEGA RANGUP
Resipi : Diana@MelleyMay
Sumber : K.Nor@SecubitGaram/
Nani Life is Beautiful


Bhn²
2 keping dada ayam _ d hiris

2 tangkai daun kari _ d hiris

4 biji cili padi _ d cincang

60 gm mentega ( Boleh d tambah jika hendak kuahnya bersalut banyak kat ayam tu yer )
1/2 biji bawang besar _ d cincang

Tepung jagung secukup kegunaan
Minyak untuk menggoreng

Sedikit gula

Bhn² Perap
1/2 tsp perencah pati ayam Tumix

2 tsp gula
1 biji telur

1 tbsp tepung jagung

1/2 tsp serbuk lada hitam
1/2 tsp serbuk lada putih

Garam secukup rasa


Cara²
  1. Ayam d gaul bersama bhn² perap dan perap selama 20 minit.
  2. Saluti ayam tadi dengan tepung jagung.. Goreng.. Setelah ayam masak angkat dan ketepikan.
  3. Cairkan mentega dan masukkan bawang besar, daun kari dan cili padi.. Tumis sehingga naik baunya.
  4. Kemudian masukkan ayam dan gula.. Gaul sebati.
  5. Angkat dan hidang.

Thursday, November 17, 2011

Kek Pisang Bercoklat

Kek Pisang Bercoklat ni mmg serasi betul la...tak tau ler nak cerita camner...tp gabungannya itu mmg serasi dan sedap...naknya lepas bakar tu coklatnya masih leleh leleh cair...fuhhh..nikmat sungguh...anak2 pun suka...terima kasih yer K.Nor Secubitgaram utk resepi yg sedap ni...sampai skrg masih terasa2 kat tekak nih..terbau2..ishhhh..tak leh jadi nih...ok apa kata kita tgk resepinya yer...


KEK PISANG BERCOKLAT
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
250gm mentega
3/4 cawan gula caster
2 cawan tepung naik sendiri - lieza guna tepung gandum dan tambah 1 sudu teh baking powder
5 biji telur gred A
1 cawan pisang yg dilecek
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh esen vanila
150gm coklat masakan - diparut menggunakan pengupas kulit ubi kentang atau boleh juga dicincang

Cara:
Panaskan oven 180C. Griskan loyang dengan mentega dan taburkan tepung.
Ayak tepung. Sekiranya tiada tepung naik sendiri boleh juga diguna tepung gandum biasa dan tambahkan 1 sudu teh baking powder.
Masukkan soda bikarbonat ke dalam pisang yg telah dilecek dan gaul sebati. K.Nor hanya menggunakan 1/2 sudu teh soda bikarbonat supaya kek tidak terasa pahit.
Pukul mentega dan gula hingga kembang.
Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil terus memukul hingga habis dan sehingga adunan betul2 kembang dan gebu. Masukkan esen vanila dan pisang lecek. Pukul hingga sebati.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis dgn kaedah kaup balik.
Masukkan coklat yg telah diparut dan gaul tapi jgn terlebih gaul nanti coklatnya menjadi hancur.
Masukkan ke dalam loyang dan bakarlah hingga masak, lebih kurang 45 minit.
Kek pisang ini lebih sedap dimakan ketika masih suam2 panas kerana masa tu coklatnya masih lg cair dan bahagian tepi/atas kek agak rangup

Tuesday, November 15, 2011

Roti John


Apa khabar teman semua yer...semoga anda semua ceria2 selalu bersama aktiviti2 harian kalian..almaklumlah kan cuti2 sekolah sudah mari ye tak....kemana kita semua agaknya yer...walau apapun pantau la anak2..dikala musim cuti dan juga musim hujan nih...wokey...
Alhamdulillah hari ni kita berjumpa lagi di arena blogging yer...sudah lama tak update..org kata mood ni sering jer ke laut...terkapai kapai..pastu berada diawang awangan....sbb apa??? MALAS tapi ada RAJIN juga akhirnya...kena juga letak n3 masakan yg dah dibuat kalau tidak nanti tak boleh nak rujuk dan lupa...bila?? ambik kat mana? dah buat ker belum...dan yg penting utk dikongsi dgn semua rakan2 dgn apa yg dah kita cuba dan rasa....
Oleh itu N3 Lieza ni ada lah n3 yg dah berlalu mengikut turutan hari yg lieza buat yer...aci la kan..nak buat camner...
Ok la bermula dgn Roti John ni...dah pernah lieza buat resepi dari Hana ni..klik SINI utk resepinya dan kali ni lieza gantikan dgn sardin dan letak slice cheese..nyum nyumnyum sedapppp...


Sunday, November 13, 2011

Lempeng Pisang

Lempeng pisang ni lieza buat utk minum petang beberapa hari yg lalu..kalau nak mintak tu mmg tak der maknanya yer...dah abih pun yg tinggal hanya pinggan yg kosong...sebenarnya lempeng pisang ni makan gitu jer tak yah bercicah2 pun tapi kebetulan ada kari...lieza makan ler dgn kari sedappp juga..makan begitu sahaja pun sedap...anak2 pun suka terutama Enas...oleh kerana die tak suka sgt makan nasi jadi menu yg mcm ni mmg die makan tanpa henti...dan Enas juga mmg suka cicah dgn kari...

Resepi sumber : Kak Fiza MyR

Bahan-bahan ( 4-5 Org )

  • 7 biji pisang emas
  • 5 sb gula
  • 11/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan kelapa muda (parut)
  • 1/2 st garam

Cara-cara

  1. Lecek pisang hingga halus
  2. kemudian masukkan gula,garam dan kelapa parut.
  3. masukkan tepung sedikit2 dan gaul rata.
  4. panaskan kuali dan sapukan sedikit minyak ,sendukkan adunan tadi dan leperkan di dalam kuali.
  5. Balik2kan hingga kedua2 bhgian masak.
  6. Angkat dan bolehlah di hidang sbgai sarapan @ minum ptg.

Saturday, November 12, 2011

Upsidedown Pizza

Pizza terbalik ni pun N3 tertunggak juga...menu sehari sebelum raya haji ari tu..masa lieza bakar pizza ni org yg paling tak sabar tunggu adalah Enas....bunyi tingggg ajer..cpt2 kata nak makan...bila kuar dari oben dalm masa 20 minit dah tinggal suku jer pizza ni...sedap katanya si Enas ni...sampai keesokan harinya die minta lagi...tp dah habis...cara nak buat senang bahan pun campak2 jer...yg penting rasanya sedappp sehingga menjilat pinggan...pizza ni lieza cuma letak sosej jer byk2 dan letak slice cheese jer...pon sedapppppp...
Ok la berbalik pada resepinya pula, lieza amik di dapur Tun Telani..terima kasih yer Tun...sesungguhnya mg dah ramai org buat dan cuba..mmg memuaskan tekak dan citarasa...lebih2 lagi tekak lieza dan anak2..mmg sedap...

Sumber dari : Tun Telani

Upside-Down Pizza

loyang 9x9 inch

Dough

2 bj telur
1 cawan susu segar
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar minyak
1/2 sudu kecil garam

- gaul sebati (me guna mixer) semua bahan.
- sedia utk diguna

Filling

1 keping dada ayam- kerat2
3 sosej/hotdog- kerat2
1/2 tin cendawan butang- hiris
1/2 bawang besar- dadu
3 ulas bawang putih- hiris halus
2 sudu besar tomato puree
1 sudu besar oregano
garam

- tumis bawang besar dan bawang putih sampai layu
- masukkan ayam dan tumis sampai ayam masak
- masukkan sosej, cendawan, dan tomato puree. masak kejap.
- gaulkan oregano dan perasakan garam

Keju secukupnya

Cara2:

  • Panaskan oven 180 degree
  • Letakkan filling dlm loyang
  • tabur cheese atas filling.
  • cuahkan adunan 'dough' kat atas.
  • Bakar selama 25 minit, hingga keperangan.
  • Biarkan selama 5 minit sblm potong dan hidang.

Fluffy Pancake Lagiiiiii...


Sebenarnya dah beberapa hari berlalu lieza buat Pancake nih...cumanya baru rajin nak kluarkan kat blog nih...tak tau ler kenapa...sejak dua menjak bila Mr. Hubby takder ni segala mood lieza melayang layang entah kemana...nak update blog pun cam maleh...kalau org lain suam suam kuku..lieza ni dah sampai tahap bukan suam kuku jer lagi...sampai suam kepala otak tenaga perasaan semua ada ler...ngeh ngeh ngeh...tp demi blog tercinta dan utk tatapan kengkawan ku diluar sana yg sudi singgah terima lah Fluffy Pancake lagi nih..dah kali ke 2 lieza buat...mmg sedap dan gebus dan juga bertambah gebus ler body nih...Jom klik SINI ler kalau nak tgk N3 sebelumnya takpun scroll jer kebawah sikit yer..resepi yg lieza amik dari dapur K.Nor Secubitgaram nih mmg marbeles.

FLUFFY PANCAKE
source: Allrecipes
source : K.Nor@SecubitGaram

Ingredients
3/4 cup milk
2 tablespoons white vinegar
1 cup all-purpose flour
2 tablespoons white sugar
1 teaspoon baking powder
1/2 teaspoon baking soda ~ k.nor letak secubit jer
1/2 teaspoon salt
1 egg
2 tablespoons butter, melted
cooking spray ~ optional

Directions
Combine milk with vinegar in a medium bowl and set aside for 5 minutes to "sour".
Combine flour, sugar, baking powder, baking soda, and salt in a large mixing bowl. Whisk egg and butter into "soured" milk. Pour the flour mixture into the wet ingredients and whisk until lumps are gone.
Heat a large skillet over medium heat, and coat with cooking spray. Pour 1/4 cupfuls of batter onto the skillet, and cook until bubbles appear on the surface. Flip with a spatula, and cook until browned on the other side.

Thursday, November 3, 2011

Kek Lapis Cheese Persona


lieza punya potongan tak ler secantik mana comot2...takper janji sodap belasah jer...org bukan pro camni ler kan


Sessi penambah lemak2 badan yer...meh ler kita sesama buat Kek Lapis Cheese Persona yg bukan sahaja persona dari pandangan tp juga rasanya mmg makan pun tak hengat...aduhhhh...lemak oh lemak jom dtg lagi...yg ado pun tak terpergi pergi...ni dok tambah lg yer...takperlah sesekali kan buat menu yg bercheese bagai nih...mmg dah lama tak buat sesuatu yg menggunakan Cream cheese nih..tapi kerana Kek Lapis Cheese Persona ni menjadi bualan hangat di persada bloggers ni..jadi lieza terpanggil juga utk mencubanya...lagi pun Enas mmg suka menu yg bercheese nih jd lg la semangat juga nak buat...


Dan hasilnya...mmmg ler sedappppp woooo dah namanya letak cheese mmg sedap diganding pula dgn biskut merrie nih...fuhhhh...makan sekali nak 2 kali dan seterusnya...tapiiiiii...controlllll beb...jgn terlebih sudahhhhh....resepi asal nya dari anak teruna tau...terima kasih pada Ryo @ RyoAzhar yg sudi berkongsi bersama resepi ni...bukan sahaja sedap malah nak membuatnya pun tak rumit..bahan2 pun tak byk melampau...utk resepi ni lieza buat separuh adunan jer...kalau rajin klik ler link2 kat bawah ni dimana teman2 bloggers yg sudah mencubanya mmg cantik dan menarik...

Penyumbang resepi asal RyoAzhar

K.Nor Secubitgaram
Izah Muffin Lover
K.Yatie Sinar Kehidupan
K. CT Delima
Hasue kakak kepada penyumbang resepi
K.Ummi Home Sweet Home
K. Anymz My Kitchen
AlongRoz HomeKreation
Mas Duniaku
K.Zana Inspirasiku

Jadi ini lah link2 teman2 bloggers yg dah mencuba...rasanya da lg kot tp ini jer yg lieza perasan sejak keluarnya resepi nih...jom kita tinjau resepi nya yer..liza copy terus dari penyumbang asalnya RyoAzhar...cumanay lieza guna 1 bungkus biskut Marie Munchys berperisa kopi sbb tu jer yg ada nampak kat kedai..dan yg lainnya semuanya separuh adunan jer.

Kek Lapis Cheese Persona
by : ryo@ryoazhar.blogspot.com

Bahan2: (Saiz 9x9)

A:
  • 2 bungkus biskut marie perisa coklat-lebih kurang 600 g (ryo guna jenama LEE)
  • 500 ml susu segar,dipanaskan
B:
  • 500 g cheese cream (Philadelpia/Tartura)
  • 10 ml susu segar
  • 1/2 cawan gula halus

Caranya :

  1. Satukan cheese dan gula halus,pukul sebati
  2. Masukkan susu segar sedikit demi sedikit,jangan sampai adunan terlalu cair
  3. Pukul lagi hingga kembang dan sebati,ketepikan
  4. Sediakan bekas yang di alaskan terlebih dahulu dengan plastik/kertas minyak/baking paper.
  5. Panaskan susu segar,padamkan api.
  6. Ambil sekeping2 biskut dan celup ke dalam susu (suam2 panas)..terus susun dalam bekas..(Celup 1 saat je taw)
  7. Pastu sapukan adunan cheese di atasnya,ratakan
  8. Ulang proses melapis biskut,kemudian sapukan lagi adunan cheese tadi
  9. Ulang proses melapis hingga habis,biarkan lapisan cheese di atas sebagai lapisan terakhir.
  10. Kemudian,kisar baki biskut yang ada,taburkan dengan cara menapis serbuk biskut tu dia atas lapisan cheese.(Kalau pakai jenama LEE,boleh ramas2kan je dalam penapis tu..jadi serbuk lah ia..)
  11. Tekan2 sikit permukaan tu..masukan dalam peti sejuk,biarkan selama 6 jam sebelum dipotong.

Wednesday, November 2, 2011

Fluffy Pancake

Dah minum petang ke teman2 sekalian?..mesti la sudah kan...dah ptg sgt dah pun kalau kat sini dah dekat nak maghrib dah...ptg ni lieza nak share resepi Fluffy Pancake yg amat2 gebus..lembut dan sedap dimakan dgn apa2 jenis manisan pun...utk pancake yg lieza buat ni lieza makan dgn coklat peanut dan kaya juga...uishh sedap la..anak2 pun suka...paling besh teksturnya yg lembut...tak tau nak kabo camner....cuba ler try....
Seperti biasa la kan..resepi2 ni mana pernah lieza reka atau org pertama yg buat...mesti lieza rujuk dekat dapur2 bloggerkan..mana ler reti lieza ni kan...utk resepi yg lieza cuba nih lieza rujuk kat dapur K.Nor Secubitgaram atas nama Fluffy Pancake...dah lama lieza nak buat baru hari ni tercapai hasrat..tapi kan kat dapur K.Nor nih kan ada 2 version tau..satu lg version Fluffy Butterscotch Pancake dimana version yg telah diolah oleh K.Nor..sapa nak tgk pergi godek dapur k.nor yer klik jer kat nama yg lieza linkkan tu..ok lah k.nor lieza nak copy resepi asal dan yg k.nor olah tu yer...utk rujukan lieza kot2 nanti terjumpa butterscotchnya nanti bole guna resepinya pulak...terima kasih yer k.nor sbb berkongsi rasa dan resepi yg sedap nih.


FLUFFY PANCAKE
source: Allrecipes
source : K.Nor@SecubitGaram

Ingredients
3/4 cup milk
2 tablespoons white vinegar
1 cup all-purpose flour
2 tablespoons white sugar
1 teaspoon baking powder
1/2 teaspoon baking soda ~ k.nor letak secubit jer
1/2 teaspoon salt
1 egg
2 tablespoons butter, melted
cooking spray ~ optional

Directions
Combine milk with vinegar in a medium bowl and set aside for 5 minutes to "sour".
Combine flour, sugar, baking powder, baking soda, and salt in a large mixing bowl. Whisk egg and butter into "soured" milk. Pour the flour mixture into the wet ingredients and whisk until lumps are gone.
Heat a large skillet over medium heat, and coat with cooking spray. Pour 1/4 cupfuls of batter onto the skillet, and cook until bubbles appear on the surface. Flip with a spatula, and cook until browned on the other side.



#############################################

FLUFFY BUTTERSCOTCH PANCAKE
resipi : K.Nor@SecubitGaram
olahan dari resipi FLUFFY PANCAKE

Bahan:
1 1/2 cawan susu
4 sudu besar cuka/jus lemon
2 cawan tepung serbaguna/gandum biasa
3 - 4 sudu besar gula castor
2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonate
1/2 sudu teh garam
2 biji telur A
2 sudu besar butterscotch essence
4 sudu besar butter ~ dicairkan

Cara:
Masukkan cuka/jus lemon kedalam susu. Kacau sedikit dan biarkan lebih kurang 5 minit (kaedah ni menghasilkan buttermilk)
Dalam satu mangkuk yg besar, ayakkan tepung, baking powder, soda bikarbonate dan garam.
Masukkan gula dan kacau hingga rata.
Pukul sedikit telur dgn garfu, masukkan butter dan butterscotch. Kacau.
Masukkan pula bancuhan susu tadi dan kacau hingga sebati.
Tuangkan bancuhan cecair kedalam mangkuk berisi bahan2 kering tadi.
Kacau hingga adunan sebati.
Panaskan nonstick frying pan dgn api yg sederhana panas dan tuangkan sesenduk adunan, biarkan dlm keadaan membulat dan masak hingga keluar buih2 pada permukaannya dan balikkan.
Masak hingga pancake masak dan angkat.
Hidangkan pancake dgn jem/butter/sos coklat/madu/golden syrup atau apa2 yg disukai. (K.Nor suka makan dgn susu pekat hehe)

KLIK SINI nak tgk rupa butterscotch