Friday, October 28, 2011

Yorkshire Pudding + Salad Udang

Hari ni tercapai juga hasrat hati utk mencuba Yorkshire Pudding bersama salad udang...First time lieza tahu menu nih...first time juga lieza makan menu ni....bagaimana pula rasanya??? 2 thumbs up tauu...sedapppp sgt2...anak2 mmg suka..bukan senang nak menepati selera anak2 lieza nih..alhamdulillah semua suka termasuk ler Mr. Hubby...sedap sedap dan mmg sedap...menepati citarasa tekak kami semua....terima kasih buat K.Nor Secubitgaram dan tak lupa juga buat Diana Skyblue's kitchen yg sudi berkongsi resepi yg dah jd kegemaran kami semua...
Bersama2 dgn Yorkshire Pudding ni...lieza gandingkan juga dgn salad udang nih...perghhh mmg sedap wooo....mmg tak sangka rasanya salad ni pun sedap....sampai Mr. Hubby kata bole buat biz nih..huahuahua...ok lah K.nor lieza nak copy resepi ni dari k.nor yer...



YORKSHIRE PUDDING
Resipi Asal ~ Food.com (
Olahan oleh ~ Diana@Sky Blue's Kitchen ( dalam tulisan berwarna merah )
sumber : K.Nor@SecubitGaram


1 cup beaten egg
1 cup plain flour
1/2 cup milk _ ( Diana gantikan dengan 1 tbsp susu pekat manis )
1/2 cup water _ ( Diana bubuh 1 cawan )
Salt
Pepper
1 -2 tablespoon cooking oil or 1 -2 tablespoon dripping

Lieza buat ni ikut cara Diana dgn menggunakan susu pekat manis bersama 1 cawan air..adunannya juga cair mcm adunan kita nak buat roti jala tu..sukatan telur tu lieza guna cawan metrik mmg cawan khas utk sukatan..telur yg lieza gunakan sebanyak 4 biji atau sampai cukup secawan...kemudian telur tersebut dipukul dgn handwhisk sahaja, lieza pukul dalam 5 minit lebuh kurang..dibekas lain ayak tepung bersama garam dan pepper tu...buat lubang ditengah masukkan aduna telur sikit sikit dan whisk sampai sebati, kemudian masukkan air/susu whiskkan sehingga sebati. Tutup adunan dan biarkan selama 1 jam.
Sebelum bakar..lieza panaskan oven pada 240 selama 10 minit..kemudian panaskan muffin tray yg telah di letakkan sedikit minyak dan juga disapu sekellilingnya selama 5 minit. keluarkan muffin tray tuangkan adunan sampai penuh..kemudian lieza bakar dlm 25 minit ikut suhu oven masing2 ..dah siap boleh dihidang dgn salad udang..utk muffin tray yg macam lieza nih dpt ler menghasilkan 12 biji yorkshire pudding.
Utk melihat dengan lebih detail dan tip2 yg berguna bole ler klik kat dapur k.nor dan Diana. yg lieza dah backllink kan diatas.

p/s Diana & K.Nor kalau tertinggal dan tersilap tolong yer..

masa tgh membakar


DIRECTIONS:

1
Preheat your oven to 240°C, 475°F or gas mark 9. ( If you are cooking roast beef and/or roast potatoes, make sure the beef has been removed to "rest" before carving and that the potatoes are moved down to the bottom shelf and NEED browning still. ).
2
Pour a scant amount of oil or dripping into your Yorkshire Pudding tins. ( A large roasting tin can be used too. If you do not have a Yorkshire Pudding tin which has 4 wide and shallow cups of about 4" in diameter, then use a large muffin tin.).
3
Put the tin into the pre-heated oven about 5 minutes before you want to cook the Yorkshire Puddings.
4
Empty the flour, salt & pepper into a large roomy bowl.
5
Make a dip in the centre and add the beaten eggs bit by bit, mixing as you go along.
6
Add the water/milk mixture gradually and whisk in between each addition.
7
Keep whisking until all the liquids have been added. The batter may still be lumpy - this does not matter.
8
Cover and leave to rest for up to 1 hour.
9
Just before cooking, whisk thoroughly again to break down any lumps & add some more air.
10
Carefully take out the tin/s. Pour the batter into the tin/s and QUICKLY return to the oven.
11
Cook for about 20 minutes until well risen and golden brown. DO NOT open the oven in the first 10-15 minutes or they will DROP!
12
If you have two tins cooking, rotate the tins from top to bottom shelves after the 10-15 minutes so they cook evenly.
13
Serve with Roast Beef and lashings of gravy.

Yg K.Nor buat:
3 bj telur A (tak cukup satu cawan ni jd K.Nor topup dgn sedikit susu fresh utk mencukupkan 1 cawan)
1 cawan tepung gandum
1 cawan susu fresh
1/2 sudu teh garam
2 sudu besar gula
minyak secukupnya utk disapu pd tin muffin

Link utk resipi2 Yorkshire Pudding yg boleh didapati kat blog Diana: (utk rujukan K.Nor dikemudian hari) Tq D :)
http://skybluemelleymey.blogspot.com/2011/10/yorkshire-puddings.html
http://skybluemelleymey.blogspot.com/2011/10/yorkshire-puddings-versi-2.htm

SALAD UDANG
sumber : Diana@SkyBlue'sKitchen
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bhn²
200 gm udang _ d kupas dan bersihkan _ cincang halus
1/2 tbsp minyak zaitun
1/4 tsp serbuk cili
1/4 biji bawang besar _ d cincang
2 ulas bawang putih _ d cincang
1 tangkai daun bawang _ d cincang ~ tak ada stok, k.nor gantikan dgn batang daun saderi
2 tsp jus limau kasturi
5 tbsp mayonis
1 tbsp susu pekat manis ~ tak ada stok gak, gantikan dgn 1/2 sudu teh gula
Garam
Serbuk lada hitam

Cara²
Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang putih dan bawang besar sehingga wangi dan sedikit garing.
Masukkan serbuk cili, serbuk lada hitam, garam dan udang.. masak selama 2 - 3 minit d atas api kuat.
Masukkan daun bawang cincang dan gaul rata.. Tutupkan api dan angkat.
Campurkan mayonis, susu pekat manis dan jus limau kasturi.
Gaul sebati dan jika suka boleh d sejukkan d dalam peti ais.
Makan bersama Yorkshire Puddings atau roti.

Thursday, October 27, 2011

Bebola Donut Keledek


Best ever donut yg pernah lieza buat...ringan cam kapas...gebus dan sedappppp...Mr. Hubby pun kata mcm yg kat kedai bakery....dah lama tgk org buat donut keledek ni yg versi asalnya donut kentang oleh Ros Jintan Manis dan telah diubah suaikan jadi Donut Keledek oleh K.Nor Secubitgaram..dah merata2 juga teman2 bloggers dah cuba..paling tekini pencinta muffin Izah yg juga penggemar donut..mcm2 donut beliau dah try..dek terliur dgn donut izah tu dan dah dinyatakan berkali izah buat dan digemari oleh anak2nya..maka lieza pun terajin nak cuba..hasilnya mmg benar youuuu...gebuuuu dan ringan..ok yer izah akak copy dari dapur izah yer...

RESEPI ASAL: DONUT KENTANG
Bahan-bahanya

250 gram tepung gandum
80 gram kentang yang telah direbus dan dilenyek ( lebih kurang 2 biji kentang saiz kecil)
2 sudu besar susu tepung/skim milk
1 biji telur ( dipukul sedikit)
80/90ml susu segar boleh ganti dengan air suam - lieza guna air suam
1 1/2 sudu besar marjerin
2 sudu besar gula
4 gram yis ( 1 1/2 sudu kecil)

( susu tu ros letak sikit-sikit klu 80ml tu dah memadai dan doh ok, kita guna 80ml je, klu rasa keras guna 90ml, sebab saiz telur yang digunakan lain-lain kan, di sini kena pandai agak-agak ye, doh jangan lembik sanngat, nanti donut meresap minyak bila digoreng.)

Caranya.
1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut, Uli selama 8 hingga 10 minit. Kalau guna BM, tekan ON dan tunggu je siap, kemudian boleh terus bentukkan.

2. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Masa perapan lebih kurang 40 minit atau 1jam.

3.Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada beberapa bahagian kecil dah lubangkan di tengah-tengahnye, seperti bentuk donut. Susun donut di atas dulang dan biarkan sehingga donut naik dua kali ganda.

4. Goreng di dalam minyak panas sehingga perang, dan salut donut kentang bersama serbuk gula ataupun coklat masakan. Sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba..

*Izah refer pada resepi ni di atas. Izah gunakan 100gm keledek diblender dengan 80 ml air. Tapi tepung perlu ditambahkan.
##### lieza pun ikut resepi diatasa dgn menggunakan 100gram keledek lebih kurang sebiji yg sedang jer saiznya..tetapi airnya lieza letak sedikit demi sedikit.

RESPI DIBAWAH NI YG TELAH DIOLAH OLEH K.NOR SECUBIT GARAM..bagi yg nak buat byk bole ler ikut resepi k.nor nih..


RESEPI ADJUST BY KAK nOR

500 gram tepung gandum
200 gram keledek yang telah direbus dan dilenyek
4 sudu besar susu tepung
1 biji telur - dipukul sedikit
200 ml air suam - k.nor lebihkan air sbb guna 1bj telur jer
3 sudu besar marjerin
3 sudu besar gula
3 sudu kecil yis - lain kali nak kurangkan sket

Caranya.
1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut, Uli selama 8 hingga 10 minit. Kalau guna BM, tekan ON dan tunggu je siap, kemudian boleh terus bentukkan.

2. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Masa perapan lebih kurang 40 minit atau 1jam.

3.Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada beberapa bahagian kecil dah lubangkan di tengah-tengahnye, seperti bentuk donut. Susun donut di atas dulang dan biarkan sehingga donut naik dua kali ganda.

4. Goreng di dalam minyak panas sehingga perang, dan salut donut kentang bersama serbuk gula ataupun coklat masakan. Sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba..

Ikan Merah Stim 3 Rasa

Alahaiii...lauk yg dihidang ni dah habis yer..baru boleh lieza letak N3 nya..asalnya Bb Celcom ni ada problem hampir 2 minggu..heran sungguh..tetiba hari ni terlintas nak call careline Celcom..saje ler nak tahu kenapa dan mengapa..kot2 pemancar rosak ker...kualinya jatuh ker kan..siapa yg tahu kan...byk juga ler soklan2 yg tak masuk dek akal yg ditanya pada lieza...penyudahnya tetiba line internet dah ok..alhamdulillah...
Ok la resepi ni lieza dah pernah buat..tp yg sebelumnya lieza goreng kan ikan tu...tapi kali nih lieza cuba stimkan nya pula...sedappppp...resepi ni juga lieza amik kat dapur K.Nor Secubitgaram yg dah brapi kali buat menu nih...



SIAKAP STIM 3 RASA
- lieza guna ikan merah
resipi : Norzailina Nordin
sumber: K.Nor@SecubitGaram

Bahan:-
1 ekor ikan siakap - dalam 600 gm
100 ml air - boleh tambahkan air kalau nk kuah lebih
2 camb minyak - untuk menumis
garam secukupnya

Bahan Cincang Halus:-
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia muda
2 biji cili merah

Bahan Dihiris Halus:-
1/2 kuntum bunga kantan
2 helai daun limau purut
4 - 5 biji cili padi
1 btg serai ~ dihiris (ni k.nor tambah)

Bahan-Bahan Sos:-
2 camb cili kisar
1 camb sos tomato
2 camb sos plum ~ k.nor guna sos ikan - lieza guna sos plum
2 camb gula pasir
2 camb sos cili
1 camb jus limau nipis
1 camt kicap manis

Cara Memasak:-
Sediakan kukusan. Lumurkan ikan dengan garam dan biarkan selama 10 minit.
Letakkan ikan di dalam pinggan yang dilengser dengan sedikit minyak dan air.
Kukus hinga ikan masak.
Sementara itu, dalam kuali lain, panaskan minyak. Tumiskan bahan2 cincang selama 1 minit.
Masukkan bahan-bahan sos dan kacau rata.
Bila mendidih, masukkan bahan-bahan hiris, air kukusan ikan dan garam.
Masak hinga kuah pekat sedikit dan tuangkan ke atas ikan tadi.
Makanlah bersama nasi putih dan ulam-ulaman.

Monday, October 17, 2011

Cucur Kebabommmm Manis


Hari ni atau ptg nih...buat cucur bom manis ni...cucur bom manis asalnya angkara Anna Qawinna yg mengwar war kan akan kesedapan dan senangannya..dan ditambah pula kebuktian nya bila Cik adik manis Tun Telani pula yg menggoreng dan diikuti pula seorang pencinta muffin izah daut pula yg membuat bom manis yg pastinya dah meletop dikalangan teman2 sekelian..dan akhirnya lieza pula terpanggil utk membuat bebola yg sempoi ni...ternyata sedappp rangup di luar lembut didalam...kenyang youuu...lieza buat 2 adunan cam izah juga...semua ikut cara izah dan lieza copy pun dari umah izah....

CUCUR BOM MANIS


sumber: annaqawina

Bahan :

1 sdt yis
1 cawan tepung gandum
2 sdb gula
3 sdb susu pekat manis
secubit garam
air secukupnya
minyak untuk menggoreng

Cara-cara :
Campurkan yis, gula, susu & sedikit air.L arutkan *Ana biar sampai pekat berbuih.
Campurkan campuran yis tadi ke dalam tepung gandum, tambah kan sedikit air, agak2 macam nak buat jemput2 biasa tu le.
Perap adunan dalam 1-2 jam bagi mendapatkan sarang yang cantik & kuih jadi bulat masa menggoreng.
Panaskan minyak masak.
Sebelum menggoreng, tambahkan secubit garam ke dalam adunan dan goreng hingga keperangan.
*Izah tambah garam, gaulkan kemudian biar sebentar adunan nampak naik balik, baru goreng.
Hidangkan.


*izah buat double adunan, tapi yis izah letak cume 1 1/2 sk dan air lebih kurang 250ml (50ml bancuh yis+200 bancuh tepung semua). lieza pun ikut cara ni.


Saturday, October 15, 2011

Karipap Tun Telani

Tercapai jua nak buat karipap Tun Telani ni tau...dah lama betul tak buat karipap sendiri..memandang si Muaz suka makan karipap sardin jadi Ibunya pun ter...ter yer Terrrrrrajin nak nak canai2 kelim kelim karipap..yg paling besh hasilnya mmg sedap wooo lama betul tak makan karipap rangup cam ni...mmg lieza suka..sekali geget terasa mcm takder gigi jer...fuhhh...hmmm nak kerrrr???? sory yer wes entek......pegi ler buat sendiri yer..rujuk resepi Tun ni haaa...ramai org dah cuba...Izah Mapin peh tu Mas Duniaku..lagi sapa yer...tp itu jer ler yg lieza ingat...

Untuk resepi lieza copy dari MyResepi Tun Telani sbb kat situ Karipap Inti Sardin dan Kentang

Bahan-bahan ( dlm 35biji )

  • 4 cawan tepung
  • 2 sudu besar marjerin (panaskan bersama minyak)
  • 1/2 cawan minyak (panaskan)
  • 3/4 cawan air
  • 1/2 sudu kecil garam
  • Untuk Inti: 1 tin sederhana sardin
  • 2 biji kentang besar- dadu
  • 1 labu bawang besar- dadu
  • 2 ulas bawang putih- hiris halus/ketuk
  • 1/2 inci halia- ketuk
  • 2 sudu besar cili giling
  • garam/gula secukup rasa
  • 1 biji limau nipis

Cara-cara

  1. Untuk doh: panaskan margerin dan minyak dlm periuk. tutup api. tengah panas2 tu, masukkan tepung dlm periuk td dan gaul guna garpu (jgn guna tangan, melecur nnti). dh sejuk siket, campur garam n air sedikit2. Uli sampai x melekat di tangan. sedia untuk digunakan.
  2. Untuk inti: tumis bawang besar, bawang putih, dan halia sampai naik bau
  3. masukkan cili giling dan tumis sampai pecah minyak
  4. masukkan sardin (sekali dgn sos dia)
  5. masukkan kentang dan air yg agak banyak (kene tunggu kentang empuk). sentiasa gaul2. jgn tinggal atas dapur, nnti hangus bahagian bawah.
  6. bila kentang dh empuk, perasakan garam n gula. masak sampai kuah kering. tutup api dn perah limau nipis..

Thursday, October 13, 2011

Muaz Tidur Gaya Bebas

Sebenarnya nak testing update n3 guna hp..lieza baru jer download apps utk blogger, yg mana kita bole letak n3 dan bole upload photo dari iphone..alkisahnya sebelum ni bole jer post n3 tp hanya ayat2 dan cerita2 jer..tak bole nak upload apa2 gambo walau pun kita nak browse file dari file gambo kat iphone..ni nak try sejauhmana kerberkesanan bila guna apps blogger ni.. nampak sempoi jer tak sama bila kita guna komputer..

sambil2 tu meh layan gambo posing maut muaz masa tido...

Monday, October 10, 2011

Akibat Antng2 Klip - Ingatan buat Enas

Anting2 klip

Beberapa hari ni Enas tak sihat batuk pas tu demam..yg herannya demamnya mcm tak kebah2 heran juga la..sbb biasanya kalau lieza rasa badannya ada dedar mcm nak demam bila bagi makan ubat terus kebah dan tak jd demam....tp kali ni mcm pelik ler juga...risau ler juga kan..hari sabtu tu asyik dok tonyoh pembaca suhu kat dahi tp tak surut dari 39 darjah....takpelah...dan pagi Ahad semalam masa nak buka baju Enas utk mandikan die terperasan telinganya merah...sekali bila buka anting2 nya haaaa amikkkk ko...kesan dari anting2 klip yg Enas pakai tu jadi macam gambo kat bawah nih...selama 2 hari berturut Enas pakai..selama itu lah lieza suruh die buka jgn pakai lg..tapi si anak dara ni suka hias2 dan tak mau buka..bila ditanya tak sakit ke??? dia jawab "tak sakit" jd lieza pun biar jer lah..tp kalau lieza paksa die buka mesti tak jadi mcm ni kan...ada sikit terkilan juga dihati.....jadinya semalam bawa pergi klinik...doktor check tekaknya tak de apa yg menyebabkan die demam...sekali tgk telinganya..haaaa mungkin disebabkan telinganya itu ler Enas Demam...terjawab sudah...sian pulak tgknya...luka juga cuping telinganya tu..mungkin darah tak jalan...tapi alhamdulillah dah beransur pulih lukanya dan demam pun dah kebah bila dibuka anting2nya dan bila luka kat telinganya dah kering...ishhh macam2 ler pulak bila si ayahnya takder tauuuu...

Masa ni baru dibuka anting2 klip tu..berdarah juga ler


Hari ni nampak dah ok sikit kurang merah dan bengkaknya.....cuma tinggal batuknya saja yg masih berbaki..dan Enas tak bersekolah hari ni...

Bila ditanya nak pakai lagi tak anting2 nih....Enas jawab tak mau dah...biar lah sebagai satu peringatan buat dirinya...yg selalu minta nak pakai anting2...dan peringatan juga buat Lieza kalau dah rasa mungkin tak berapa elok terus jer bertindak tak yah layan jer die nak ke taknak kan...sakit ke tak...tp mmg tak sangka ler jadi camgitu..apa pun hmmm...ingatttttt!!!!

Saturday, October 8, 2011

Puding Pelangi

Baru sampai seru nak buat puding nih...setelah tgk kat dapur Mas Duniaku peh tu jangkit kat Sam My homework...tetiba terasa nak buat walaupun resepi dah lama org cuba dan rata2 mengatakannya amat sedap..lieza baru jer nak buat dan ternyata mmg sedappp...kenapa yer...mungkin letakmentega kot..tp mmg sedap ler..anak2 pun suka ada rasa2 coklat...hmmm nyamannnn...resepi asal dari Alma MyR..terima kasih semua...

RESEPI PUDING PELANGI
Resepi : Alma myresepi
Sumber : Izahdaut dan Kak Nor dan Mas

Bahan :
  • 10g serbuk agar2
  • 650ml air
  • 200gm gula pasir (kalau nk kurang manis wat dlm 180gm pun ok) kak nor letak 100gm je, memang sedang2 elok jerk manisnya
  • 60gm mentega - 30 gm
  • 1 biji telur
  • ½ tin susu cair - lieza guna 100ml air + 2 sb susu tepung
  • 1 sudu makan serbuk koko - lieza guna 1/2 sb
  • 1 sudu makan tepung custard -lieza guna 1/2 sb
  • 1/2 sudu teh vanilla
  • pewarna merah dan kuning secukupnya ( kalau nak warna2 lain pun boleh )
#untuk dua adunan K.Nor guna gula sebanyak 200gm sahaja.. tu pun dah cukup manis bg K.Nor. So pada yg lain2 tu ejjas sendiri la banyak mana nak letak gula tu ya..



Cara membuatnya :
  1. Masak agar2, air dan gula hingga mendidih dan ketepikan.
  2. Pukul telur sebentar menggunakan whisker kemudian masukkan susu dan tepong custard dan kacau hingga adunan ini rata, kemudian ditapis.
  3. Setelah ditapis, satukan adunan telur dan agar2 dan kacau lagi hingga rata, serta masak semula sehingga adunan mendidih kemudian masukkan mentega dan vanilla dan kacau hingga rata. Then pastu tutup api.
  4. Bahagikan adunan kpd 3 mangkuk (sama byk). Then bubuh koko (campurkan sedikit air dulu) ke dalam salah satu adunan di dalam mangkuk dan kacau hingga rata , adunan yang dalam 2 mangkuk lagi masing2 leh letak kuning dan merah.
  5. Sengetkan loyang @ ape2 bekas puding sedikit ( yg Alma gunakan bekas square 7x7in ). Biar satu hujung tu tinggi ( lapik @ alaskan dngn ape2 untuk tinggikan ).
  6. Mula2 tuangkan satu senduk makan adunan warna merah ke dalam loyang @ bekas ( dihujung yg paling rendah tu ler ), kemudian satu senduk makan adunan warna kuning dan las skali satu senduk adunan warna coklat. Ulang buat cam ni sampai semua adunan habis.
  7. Bila dah siap, letakkan semula loyang @ bekas ke kedudukan asalnya. Then, masukkan ke dalam peti sejuk, bila dah keras leh ler ngappp....
##Nota sendiri...lieza buat setengah adunan...gula lieza letak 6 sudu besar...dan susu cair lieza gantikan 2 sb susu tepung bancuh dgn 100ml air...sbb 1/2 tin susu cair bersamaan 200ml..

Tidurlah Eryna..




Mcm ni ler kisahnya sianak dara yg sorang ni..kalau ngantuk mcm mana keadaannya pun die tak peduli asalkan bole terpejam mata...ni kira ngantuk sgt la ni...selain suka menempel kat riba camni ler kisahnya si Eryna...

Thursday, October 6, 2011

Sardin Masak kicap Pedas

Sebenarnya ni lauk semalam..amik gambo guna Hp letak kat FB malas nak upload copy jer ler gambo yg dari FB ni ha...lieza tak duli nak juga letak resepi yg mudah dan sedapni ...lain dari kebiasaan yg lieza buat...tgk k.nor dok post kat FB...zasssss lieza terus ke dapur masak juga sardin gini....terus makan....maklum ler Big bos takder makan pun lewat..masak pun ala kadar jer...ok ler jom tgk resepi dari K.Nor Secubitgaram..lieza copy juga lah...

SARDIN MASAK KICAP PEDAS
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
1 tin kecil sardin ~ k.nor guna brand Pertima
2 ulas bawang putih ~ diketuk dan dicincang
3 ulas bawang merah ~ dimayang
1 sudu besar cili mesin
5 - 7 sudu besar kicap manis
5 biji cili api ~ diketuk
1/2 cawan air
1/2 labu bawang besar ~ dipotong bulat
1 biji limau kasturi
sedikit garam
minyak

Cara:
Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah hingga wangi.
Masukkan cili mesin dan tumis lagi hingga garing.
Masukkan pula kicap dan sos dalam tin sardin.
Masak sekejap dan masukkan air dan garam. Masak lagi hingga mendidih.
Masukkan ikan sardin dan cili api, biarkan merenih.
Masukkan hirisan bawang besar, kacau seketika dan padamkan api.
Perahkan limau kasturi ke dalam masakan dan kacau rata.
Angkat dan hidangkan.

Tau Sar Piah


Dah lama sungguh tak makan kuih ni...lieza ni mmg penggemar kuih nih..dulu2 masa kecik2 suka beli..seposen jer sebiji skrg mana nak dpt dgn harga camtu...pastu dulu2 yg lieza tau kuih ni kuih bulat jer..rupanya ada nama tersendiri...kuih ni susah nak dpt kat sini lebih2 lg yg HALAL mmg payah...tp satu hari lieza tgk Normakitchen aka cendanakasih dok post n3 kuih ni...why not cuba buat kan walaupun nampak cam rumit sikit tp lieza nak juga cuba sebelum ni pernah juga nampak kat dapur Kak Madiha tp resepi kak madiha tu cam byk sikit adunannya kalau lieza nak buat bahagi 2 kang takut tak jadi...tp kot2 sapa nak cuba dan tak paham camner nak buat boleh ler lawat dapur kak madiha ni...
Utk resepi ni lieza follow resepi dari Normakitchen sbb adunannya tak byk dlm 15 biji jer..kira ok ler tu kan utk tekak lieza ni...
Jom tgk resepi asal dari Skyblue MyR ni yg lieza copy dari Normakitchen.

Bahan-bahan ( 15 biji )
* Doh A:
* 120g tepung gandum, diayak
* 60g shortening

* Doh B:
* 120g tepung gandum, diayak
* 30g gula icing
* 30g shortening
* 60ml air

* Inti:
* 3/4 cawan kacang hijau yang tidak berkulit (rendam selama 2-3 jam, dikukus bersama sedikit air dan dikisar halus) kukus sampai lembut dlm 30 minit ler
* 3 sb minyak masak
* 1 sb bawang kecil yg telah dicincang
* 1/2 cawan gula halus (boleh ditambah atau dikurangkan)
* 1/2 sk garam
* 1 sk kulit oren yg telah dicincang

* Lain:
* 1 biji telur (untuk sapu)
* Biji bijan secukupnya (optional)

Cara-cara
1. Untuk Inti: Masukkan gula, garam dan kacang yg telah dikisar ke dalam mangkuk besar. Gaulkan sehingga sebati dan diketepikan.
2. Panaskan minyak dalam kuali, goreng bawang kecil sehingga harum dan warna keperangan. Keluarkan bawang dan diketepikan. Masukkan kulit oren dan campuran kacang ke dalam kuali. Gorengkan kacang sambil kacau sehingga kacang itu jadi agak kering (boleh buat bebola).
3. Matikan api. Masukkan bawang kecil tadi dan gaulkan sehingga rata. Setelah inti dah sejuk, bahagikan inti kepada 15 bebola yg sama saiz.

4. Untuk Doh: Doh A dan doh B disediakan berasingan TAPI degan cara yg sama. Satukan bahan2 untuk doh, gaulkan sehingga rata dan canaikan sehingga mendapat doh yg agak lembut. Tutup doh degan kain lembab atau plastic wrap dan biarkan selama 30 minit. Bahagikan setiap doh kepada 15 bebola yg sama saiz. (15 biji doh A dan 15 biji doh B)
5. Ambil sebiji doh B, leperkan dan letak sebiji doh A ditengah2. Balut doh A degan doh B untuk satukan doh A dan B.
6. Canaikan doh tadi kepada saiz 15 x 3 cm (approx.), lepas itu gulungkan doh dari bahagian yg pendek. Ulang langkah ini sekali lagi.(ni kiranya buat 2 kali gulung ler...bila dah satu kan doh A dan B, roll kan seperti yg dinyatakan pastu gulung dan roll kan sekali lagi pastu gulung, akhir sekali canai dan letak inti)
7. Canaikan doh kepada bentuk bulat (10 cm diameter), letak sebiji inti kacang ditengah2 dan balutkan. Ulang langkah 5 - 7 sehingga habis.
8. Sapukan setiap tau sa piah degan telur, taburkan sedikit biji bijan diatas.
9. Panaskan oven kepada 180degC. Bakar tau sa piah selama 20 minit atau sehingga warna kuning keemasan.

### Kalau tak faham nak tgk gambo step by step bole rujuk dapur k.madiha tu yer###




pada sesiapa yg tak pernah tgk kat bawah ni ler rupa kacang hijau tanpa kulit



yg gelap ni tak guna flash

Wednesday, October 5, 2011

Fruit Jelly


Jelly ni lieza buat tak byk hanya 2 biji jer sajer nak try kena atau tidak dgn selera anak2...tp alhamdulillah mmg anak2 suka sgt2 sampai tak cukup...resepi ni lieza ikut dari resepi asal dari yani sbb lieza buat tak byk..tp cara mengumpil buah limau ni dan cara2 nak masak jelly ni lieza follow cara2 yg k.nor buat...klik Dapur K.Nor Secubitgaram utk melihat gambo cara2 mengumpil isi buah limau orange tu yer..dan K.Nor, lieza copy semua resepi yg k.nor dah edit ni utk rujukan lieza dimasa akan dtg...thanks Yani n K.Nor...


FRUIT JELLY
by Yani MyR
Bahan-bahan ( 2 orang )

2 biji limau- large size
4g serbuk agar-agar - 1 tsp
500ml air + jus limau
50g gula - lieza guna 4 sudu besar
secubit garam

Potong bahagian atas limau. Dengan kedua belah tangan, picit sedikit untuk keluarkan jusnya. Kemudian tarik keluar isi dengan tangan.
Isi limau tadi diperah untuk ambik jusnya.
Masukkan air dan jus limau, agar-agar, gula dan garam ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih.
Tuangkan ke dalam kulit limau tadi. Biarkan sejuk dan jelly keras. ( Kalau guna limau pastikan kulitnya tu tebal)

* kalau nak tengok step by step yg Yani buat boleh tengok kat SINI ya..


** k.nor ada edit sket bahan2 tu:
k.nor buat 2 adunan jd bahan yg digunakan kena la di ejjas sket kan dan gula lak spt biasa k.nor mmg kurangkan sbb kurang suka manis2

5 biji limau- large size
10g serbuk agar-agar
1000ml air + jus limau
7 sudu besar gula
secubit garam
2 sudu besar sunquick oren ~ utk beri kaler jelly lebih menyerlah (ni yg k.nor tambah) - lieza letak juga 1sb

# k.nor sukat dulu jus oren. katakan dpt dlm 400ml. ketepikan
# utk sukatan air cuma perlu sebanyak 600ml jer lagi
#masukkan semua bahan2 kecuali jus oren dan sunquick.
#bila semua dah mendidih, padamkan api biarkan sebentar baru dimasukkan jus perahan oren dan sunquick
#bukan apa, tak nak sia2kan vit C dlm jus oren, kang kalau dimasak sampai mendidih, kut2 hilang vit C tu.. sayang gak kan.. :)

####lieza pun ikut cara2 yg k.nor buat###


Apam Mentega K.Fiza aka K.Sofea After 6am


Apam Mentega ni turut dihidang utk Tun dan asbennya hari tu...resepi ni sudah ramai org mencubanya dan dah lama lieza teringin nak buat dan rasa..alhamdulillah hari tu tercapai ler hajat nak buat dan turut dirasai oleh Tun...mmg sedap apam mentega ni....kan Tun....
Ok la resepi apam mentega ni dah lama dok usha2 kat Dapur Izah Mapin Lover tu...tp resepi ni juga nak merata2 dapur ada cuma lieza yg ketinggalan agak jauhhh sekali bari kini nak cuba...tp tak per mmg sedapppp tak rugi cuba...terima kasih juga buat Kak Sofea After 6 am yg empunya resepi.....izah akak copy resepi tau...

APAM MENTEGA

Resepi: Sofea@after6am

&


Bahan-bahan ( +-50 biji )

  • (A) Bahan2 utk gula hangus:-
  • 11/2 cawan gula pasir
  • 1 cawan air
  • 250 gm mentega
  • (B)
  • 1 cawan gula castor ~akak ltk 3/4 cawan - lieza pun guna 3/4 juga
  • 4 biji telur
  • 3 cawan tepung gandum ayak besama
  • 2 sudu teh soda bikarbonate
  • 1 tin susu cair
  • 1 sudu teh esen vanila

Cara-cara

  1. cara buat gula hangus: masukkan gula dlm periuk,masak dgn api perlahan hingga gula larut dan berwarna perang.
  2. padamkan api dan masukkan air.nyalakan semula api dan kacau hingga semua larut dan masukkan mentega,kacau rata dan ketepikan.
  3. Putar gula, telur dan esen vanila hingga kembang dan masukkan gula hangus yg masih panas tadi.
  4. kemudian masukkan susu selang selikan dgn tepung.gaul semua hingga sebati.
  5. perap selama 1/2 jam.
    1. panaskan pengukus dan acuan lompang.tuangkan adunan ke dlm acuan.adunan ni jika dituang penuh kedlm acuan pun x mengapa sbb semasa masak dia x akan melimpah.
  6. Jika guna acuan lompang kukus selama lebih kurang 15 min - 20 min.tutup pengukus dgn kain supaya wap tidak jatuh ke bawah.
  7. selamat mencuba.......
# ## lieza guna acuan loyang jer...cpt sikit dan lieza kukus dalm 1 jam lebih kurang sbb tebal...utk pengetahuan dan ingatan diri sendiri juga adunan ni mmg cair yer tak pekat likat..masa lieza buat tu cam cuak juga tp bila dah siap alhamdulillah...apam ni pun tak ler naik melimpah kira ok sgt la.sedappp.

NasiTomato dan seangkatannya..


Menu ni lieza masak masa Tun dtg berkunjung mlm minggu hari tu...Nasi Tomato..Ayam masak Merah dan juga pajeri nenas...resepi nasi tomato ni dah berkali kali lieza buat klik SINI nak tgk resepi yer....maklum ler siaran ulangan dan menggunakan resepi yg sama.

Ayam Masak Merah


Pajeri Nenas

Tuesday, October 4, 2011

Pertemuan Dgn Bloggers TunTelani

Sabtu hari tu penantian yg dinanti utk bertemu dgn teman Bloggers Tun Telani Life is Constant Battle menjadi kenyataan jua....fuhhhh berdebar2 hati ni..maklum ler setelah sekian lama sembang2 kat blog..FB tetiba dpt berjumpa 4 mata..laga laga pipi..opppss dgn Tun jer tau bukan dgn asben die sekali..heheheh...
Ternyata seronok sgt dpt berjumpa bila sembang 3 jam pun cam tak cukup masa tu...walhal baru jer jumpa tp mcm dah kenal bertahun2...tu la kan Cik adik manis Tun ni tersangat ler manis orgnya dan peramah..tak cukup sembang kat ruang tamu sampai ke bilik tau kan Tun....suka sgt sbb Tun ni jenis tak kisah...I likeeeee...begitu juga asben Tun sportingggg peramah...
Sambil menjamu selera Nasi Tomato...Ayam masak Merah...Pajri Nenas..Apam mentega...itu jer ler yg sempat akak jamu utk Tun dan asben..next time dtg tido umah akak pulak yer Tun.




Tgk tu si manis Tun Telani.....menjadi model biskut raya...sian Tun akak hidang dgn balangnya sekali..hahahaha..

Tun akak minta ampun ya..akak amik gambo ni kat blog Tun yer..nak tepek sini buat kenangan....

Aktiviti esoknya bawa Tun jejalan soping2 pasu...dan kawasan yg sewatu dgnnya...akhir sekali terima kasih tak terhingga buat Tun Telani dan suami yg sudi singgah di rumah akak yer...harap2 tak serik dtg tau...nanti bebila senang dtg lagi yer Tun....tido umah akak pulak boleh kita sembang sambil main massak masak sesama kan....Muahhhhhh....