Thursday, September 29, 2011

Pokok Limau Purut


SEKARANG

Wah...besor betul pokok limau purut ni....pokok limau nilah yg tahan lama..tahan lasak selain pokok serai dan pandan...dulu2 kecik jer pokok ni skrggg amikkk koooo..tak terhabis youuuu...

DULU

Sotong Goreng Tom Yam

Selamat petang semua yer...hari ni menu sotong dan Cendawan Tumis...menu sotong ni lieza cari kat MyR...selidik punya selidik ramai org dan mencuba termasuk ler K.Nor Secubitgaram..lieza juga ketinggalan ketapi kan...takpelah janji menu ni sedapppp dan bole mempelbagaikan resepi utk sotong...tak gitu...

Sotong Goreng Tom Yam
Sumber : MyR dari ekha

Bahan-bahan ( 4 org )

  • 300gm / 5-6 ekor sotong sederhana besar
  • 1 labu bawang besar - mayang
  • 1 inci halia - mayang
  • 5 biji bawang putih - mayang
  • 3 batang serai - ketuk
  • daun limau purut
  • cili api
  • sos tiram
  • kunyit & garam
  • minyak masak

Cara-cara

  1. Sotong dibersihkan, dipotong ikut suka kemudian diperap dengan sedikit garam dan kunyit.
  2. Bawang besar, bawang putih, halia dan serai ditumis dalam kuali hingga layu dan naik bau. Masukkan sotong yang diperap tadi. Kacau sekejap, tutup kuali dan perlahankan api.
  3. Setelah dibiarkan selama 3 minit, kacau lagi. masukkan daun limau purut, cili api dan sos tiram. Kacau lagi. Apabila kelihatan agak masak, bolehlah diangkat dan dihidangkan.
  4. Kadang2 saya masukkan sayuran seperti tomato & carrot dlm masakan ini. Dan guna daun bawang utk hiasan. Terpulang pada citarasa masing2.

Wednesday, September 28, 2011

Bergedil Daging


Hari ni masak sup2 biasa jer...pas tu terpandang kentang yg ada 3 biji...tetiba nak makan bergedil pulak...buat ler dgn 3 biji kentang yg ada tu...resepi ni lieza dah pernah buat dah klik SINI yer resepi dari Diana MyR pastu kat dapur Mas Duniaku pun ada juga buat bebaru nih...tp takper meh lieza copy semula resepinya utk memudahkan sesiapa yg nak cuba...mmg sedap woooo...

Bergedil

Bahan-bahan ( 30 biji ) (lieza buat dpt 14 biji sbb dlm 3-4 biji kentang jer)

  • 1 kilo kentang, dikupas kulitnya dan dipotong bulat (lieza buat 3 biji kentang yg sedang2 besarnya)
  • 300 gram daging cincang - lieza letak segenggam jer
  • 2 biji telur, asingkan kuning dan putih (Guna 1 biji jer)
  • 3/4 cawan bawang goreng (agak agak)
  • secekak daun sup, dicincang (agak agak juga dlm 5 batang)
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 sudu teh serbuk lada putih
  • garam secukup rasa

Cara-cara

  1. Panaskan kuali dan goreng kentang yang telah dipotong bulat. Bila sudah masak angkat dan toskan. Kemudian ditumbuk lumat.
  2. Tumbuk bawang putih bersama garam dan serbuk lada putih. Kemudian tumis dengan sedikit minyak sehingga naik bau dan masukkan daging cincang. Masak sehingga daging bertukar warna dan airnya kering.
  3. Campurkan daging yang telah digoreng tadi ke dalam kentang yang telah ditumbuk lumat. Masukkan juga 2 biji kuning telur, bawang goreng dan daun sup. Gaul rata adunan. Kemudian bentukkan seperti bergedil. Bentuk ikut citarasa sendiri.
  4. Panaskan minyak, biar minyak betul-betul panas kalau tidak bergedil senang pecah bila digoreng. Celup bergedil yang telah dibentukkan kedalam 2 biji putih telur tadi dan kemudian goreng. Teknik supaya bergedil tidak pecah ialah jangan dibalikkan bergedil sehingga ia betul-betul garing. Insyallah bergedil tidak pecah, gorengnya pun lawa

Tuesday, September 27, 2011

Bila Muaz ke Dapurrrr...

Haruuuu...bila Muaz nampak ibu nak menumbuk mula lah die nak tolong skali...yg peliknya kan kakak2nya tak pernah terhingin nak pegang lesung...tp Muaz ni pantang betul dgr lesung kedapur ler die....

Tumbuk2..pecah juga bawang tu muaz tumbuk..

Tak cukup satu tangan..guna 2 belah tangan pulak..

Adehhhh dehhh..penat ler nyangkung..duduk ler...fuhhh


Thursday, September 22, 2011

Serunding Kelapa Berdaging

Ini menu dah lama lieza buat masa kat umah mertua hari tu...lieza buat sesama MIL utk hari raya....resepinya lieza amik dari MyR Kak Besah..cumanya hari tu terlebih sikit asam jawanya...tp rasa still ok...sedap dimakan dgn nasi...nasi impit juga pulut...

Bahan-bahan ( blh mkn & simpan.. )

  • 1 kg daging lembu - dipotong nipis.
  • 2 biji kelapa parut - putih nya saja.
  • 20 tangkai cili kering,11 bj bawang merah,7bj bawang putih,5 btg serai,3cm halia muda & 2cm lengkuas - dimesin halus.
  • 1 sudu mkn jintan manis, 1/2 sudu mkn jintan putih & 2 sudu besar biji ketumbar - dimesin.
  • 5 sudu besar gula.(blh kurangkn jika xsuka manis)
  • 1 sudu mkn air asam jawa & garam secukup rasa.
  • 1 senduk miyak masak.

Cara-cara

  1. dlm kuali, satukn kelapa parut,daging & bahan2 yg dimesin halus. ramas hingga sebati.kalau tkut tngan pedas,gaul je lh ngn sudip.
  2. masak dgn api sderhana.bila mendidih & air daging tlh keluar, tutup kuali smbil kecilkn api.biar daging merenih.
  3. bila airnya telah kering, tambahkn 1 senduk minyak masak.pada tahap ini,serunding kena dikacau selalu spya x hangus.
  4. masukkn pula rempah ketumbar,jintan yg tlh dimesin td, gula & garam. suaikn rasanya smbil dikacau selalu.
  5. bila serunding telah kering, daging tlh empuk & warnanya agak gelap bleh lh diangkat.bleh lh dimakan bersama pulut, nasi impit & jgk lempeng...

Tuesday, September 13, 2011

Hari Raya 2011

Selamat Hari Raya utk semua rakan2 yer...aduhhh...jari jemari ni dah agak lemau nak menaip...kederat pun semakin M...utk hapdet blog nih...lama benor tak online blog nih gitu ler gamaknya...semakin hari semakin byk malasnya...kes byk mkn kuih raya pun ada nih....fuhhh...tak pelah..jom panas2 kan enjin blog ni...kita layan dulu gambo2 sepanjang cuti beraya di kampung..ehhh ye ke kampung...apa2 jer lah...

Masa ni si ibu dok mandi lg...heheheh

Bersama2 makcik..nenek..mak n abah



Muaz di rumah PIL kinrara

My sister n Brother In Law Yusri..welcoming

Bersama2 Mertua menziarahi sedara mara mertua di Bkt Gambir dan Gersik Johor

Byk Tau kuih muih kat umah wak limah




Kat Parit Pelampong bersebelahan Parit Bengkok(Muaz tgh demam ulser bagai)

Kat Masjid Gersik

Kat rumah Dengkil Tmn Desa Jenderam - Mak n Abah

Aktiviti Akhir....Sunway Lagiiii...