Tuesday, August 23, 2011

Biskut Coklat Chip K.Nor Secubitgaram


Siapppp...biskut ke 3 lieza Biskut Coklat Chip Puan Nor Azmihah nun jauh dipantai timur...sedap tauuuu.....ni kiranya kali ke 2 lieza buat, anak2 pun mmg suka sgt....seperti kata K.Nor lagi lama kita bakar lagi rangup tp jgn ler sampai hangus giler yer...agak2 ler...

Resepi ni lieza pernah buat dulu klik SINI yer...tp takpelah kot2 ada yg nak buat tp maleh nak selak2 jom lieza copykan semula yer....

BISKUT COKLAT CHIPS

Bahan-bahan ( bilangan bergantung pd saiz yg kita buat )
180gm mentega/marjerin
90gm gula castor
100gm gula perang
1 sudu teh esen vanila
2 biji telur
200gm tepung naik sendiri
160gm tepung gandum
1 sudu teh soda bicarbonate
1/4 sudu teh garam
100gm coklat chips - lebihkan sikit
120gm badam cincang / sunflower seeds / kacang tanah cincang - tak letak
#### Kalau dulu lieza guna tepung gandum + 1 tsp baking powder tp kali ni lieza betul2 ikut resepi K.nor menggunakan tepung naik sendiri hasilnya mmg ada perbezaannya..kali ni rasanya lebih rangup dan ringan..next time kalau buat lg lieza tetap akan menggunakan tepung naik sendiri..

Cara-cara
  1. Ayak kedua2 tepung bersama soda bicarbonate dan garam. Sekiranya guna badam cincang,goreng tanpa minyak sekejap (bakar dlm oven kejap pun boleh), tp jgn sampai hangus.
  2. Pukul mentega/marjerin dengan kedua2 gula hingga gebu/putih. Masukkan telur dan esen vanila dan pukul lagi hingga sebati.
  3. Masukkan bahan2 yg telah diayak td dan gaul hingga sebati. Masukkan pula coklat chips dan badam cincang dan gaul lagi hingga sebati.
  4. Sudukan ke atas loyang yg telah digris (untuk mendapatkan hasil yg lebih baik, alaskan loyang pembakar dgn baking paper). Jarakkan sedikit antara satu sama lain.
  5. Bakar dalam oven dgn kepanasan 180C hingga masak (brown) lebih kurang 20 minit (bergantung pd kepanasan oven masing2). Keluarkan dari oven dan biarkan seketika di atas loyang, pastu alihkan keatas rack (redai kuih) supaya lebih cepat sejuk. Bila dah sejuk baru masukkan kedalam bekas kedap udara.
  6. Terpulang pd masing2 jika nak letak badam cincang, sunflower seed atau kacang tanah yg telah dicincang (kena goreng tanpa minyak juga dulu ya) sebagai bahan tambahan.. tak nak letak pun tak per, cukup dgn coklat chips sahaja. Selamat mencuba ...

Happy Birthday Buat Izah Muufin Lover

Buat Izah..akak ucapkan Happy Birthday buat Izah...semoga Izah dipanjangkan usia..dimurahkan rezeki slalu yer Izah...dan sentiasa sihat dan ceria disamping si kecil Bais dan Muaz serta suami tercinta...semoga ikatan persabahatan alam maya ini akan terus berkekalan selagi hayat dikandung badan.
sekali lagi Selamat Hari Lahir Izah Si Pencinta Muffin


Monday, August 22, 2011

Biskut Oats Crips

Biskut ke 2 lieza ialah Biskut Oats Crips...biskut ni pun dah jd kegemaran anak2 lieza...mmg sedap ler tak tau nak dicritakan camner....asalnya lieza beli oats segera ni utk minum waktu bersahur tp kooooo nak dikata lieza ni jakun benor ker mmg tak pernah makan oats bagai ni bila minum jer tekak ni rasa loya tak leh masuk..kembang semacam jer...jdnya tak terusik ler nampaknya oatnya itu...lantas bila ternampak Dapur Diana Sky Blue's Kitchen ada buat biskut berunsurkan oats ni..lantas idea nak ngabihkan oats segera tu tetiba hadir hehehe..so jadi ler die biskut oats Crips..sekali dah jd biskut mmg sedapppppppp...makan satu nak dua dan dan lagi lagi lagi...


Bak kata Diana mmg ramai org dah cuba..umah Izah Mapin pun ada...umah kak Ummi pun da dan ramai ler lg...memula lieza buat satu adunan jer...pastu bila pas berbuka lieza rasa teramat ler sedapnya...esoknya lieza sambung buat lg satu adunan...jd ler byk sikit...sbb anak2 pun suka..aishh byk lak citenya yer...jom ler kita layan resepi ni yg lieza copy dari dapur Diana..

:: Resipi oleh ~ Maklang Azie ( TQ )


Bhn
130g tepung gandum
30g tepung jagung
20g serbuk koko
½ sk serbuk penaik
Kesemua bahan di atas di ayak
¼ sk serbuk kulit kayu manis- ita tak letak
¼ sk garam
90g Quaker Oat Segera
200g mentega
120g brown sugar
½ sk esen vanilla
Badam nips - lieza tak letak (lieza cuma tambah koko crunch yg diremuk2kan)
Choc chips ( Diana tambah juga )

Cara
  1. Masukkan kesemua bahan yang diayak tadi dalam bekas.
  2. Masukkan garam dan Quaker Oats segera dan gaul rata.
  3. Pukul mentega, gula, vanilla sehingga gebu.
  4. Masukkan bahan yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit.
  5. Uli hingga kental. Canai doh di atas papan yg ditabur sedikit tepung.
  6. Potong atau terap dan letak atas dulang.
  7. Bakar dengan suhu 160 selama 12-15 minit ( saya bakar 18minit ) atau sehingga rangup

Biskut Bebola Cornflakes


Sana sini org sibuk mengukis lieza pun tak ketinggalan juga nak ngukis... tahun ni cam ada mood sikit nak ngukis sbb Muaz pun dah besar tak der lah nak ngemping jer kejernya...jadi inilah biskut pertama yg lieza buat Biskut Bebola Cornflakes bukan bola bola api yer...resepi yg mudah dan rasanya yg sedap dan rangup rangup gitu...bila makan krap krup krap gitu...wahhh mmg best la...terima kasih Kak Ummi Home Sweet Home kerna sudi berkongsi resepi biskut kesukaannya sekeluarga...ada ummpphhh...oppps klik SINI tgk rupa bebola ni kat dapur kak ummi yer..mmg menarik tau...dan lieza copy resepinya utk tepek kat sini..


BISKUT BEBOLA CORNFLAKES
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:- (anggaran 70 - 80 biji)
  • 1/2 cawan butter
  • 1/2 cawan gula kastor
  • 1 biji telor
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 2/3 cawan kismis hitam (jenama Lego elok halus sikit) - lieza tak letak sb anak2 tak suka
  • 1 cawan tepung naik sendiri (diayak)
  • 2 - 3 cawan cornflakes (ramas2 hancurkan sikit)
  • cawan kertas saiz kecil secukupnya
Cara Membuat:-
  1. Pukul mentega dan gula hingga kembang.
  2. Masukkan telor dan esen vanila, pukul lagi hingga sebati.
  3. Dalam bekas lain, campurkan tepung dengan kismis. Gaul rata.
  4. Kemudian masukkan dalam adunan dan gaul rata.
  5. Gunakan sudu teh, cedok adunan jadi ketul dan jatuhkan ke dalam bekas yang berisi cornflakes ramas tadi, golek-golekkan rata.
  6. Letak dalam paper cup (cawan kertas). Bakar pada suhu 180 C selama 12 - 15 minit/hingga kuning keemasan. Biarkan sejuk baru disimpan dalam bekas kedap udara.
###pesanan..adunan ni agak lembik sikit sbb tu ler cara2nya kena ceduk dgn sudu teh tp bila dah digolek2kan dgn cornflakes adunan bebola ni akan menjadi mudah dibentuk.

Friday, August 19, 2011

Lontong

Menu hari ni Lontong jer.....byk kali dah lieza buat guna resepi Kak Hanieliza ni mmg dah serasi dgn tekak kami nih...sedappp...klik SINI nak tgk resepinya yer...


Potato Masala

Menu ni adalah salah satu menu semalam utk berbuka...resepinya lieza amik dari dapur Love2Cook kat dapur love ada berbagai2 menu indian style...sedap tau..Mr. Hubby kata mcm kat kedai mamak ler...sedapppp..resepi asal ada letak carrot tp lieza tak letak takder stok..jd kentang masala jer jdnya...ok love...lieza nak copy resepi yer...thanks.

Carrot-Potato Masala

Ingredients :~
  • 1 carrot ~ diced
  • 2 potatoes ~ diced
  • 3 garlic cloves ~ chopped
  • 3 shallots ~ sliced
  • 2 green chillies ~ sliced
  • 1 sprig curry leaves
  • a pinch of cumin seeds
  • a pinch of mustard seeds
  • 1 tbsp chilli powder
  • 1/2 tbsp garam masala or curry powder
  • 1/2 tsp turmeric powder
  • sufficient water
  • salt
  • cooking oil


Method :~
  1. Heat oil in wok, saute cumin and mustard seeds till they pop! Add garlic, shallots, green chillies and curry leaves. Stir till fragrant.
  2. Add some water, chilli powder, garam masala, turmeric powder and salt. Give it a boil.
  3. Add diced carrots and potatoes, mix together and let it simmer under low flame for about 10 minutes or until potato is cooked.
  4. Now, stir once again and leave it for another 5 mins. Dish out.

Tuesday, August 16, 2011

Pecal oh Pecal



Mengidam Pecal buat ler Pecal nih...sedapppp wooooo buat pedas2 mmg berapi2 mulut...sayur sayurnya ikut suka ler nak makan sayaur apa kan...tp kali ni lieza celur kangkung..taugeh..kacang panjang..goreng tempe n tauhu dan tak lupa hirisan timun...resepi ni lieza ambil dari Fidadaud MyR tp seperti biasa ler kadar byknya bahan2 tu lieza tak ikut sepenuhnya...byk tu wooo..jd lieza agak2 nya bahan2nya itu....ok la jom tgk resepi fidadaud nih..

Bahan-bahan ( Boleh dimakan untuk seisi keluarga )

  • 300 gm kacang tanah
  • 10 biji bawang merah
  • 10 biji bawang putih
  • 6 biji cekur @ kencur
  • 30 gm asam jawa
  • 1 1/2 inci persegi (@ sebesar ibu jari) belacan
  • 100 gm cili api
  • 150 gm gula
  • 1 sudu besar (rata) garam @ secukup rasa pilihan masing-masing
  • Minyak masak untuk menggoreng

Cara-cara

  1. Terlebih dahulu : Goreng kacang tanah sehingga keemasan (betul-betul masak) dah kisar sehingga benar-benar halus. Ketepikan dahulu
  2. Goreng pula asam jawa bersama belacan sehingga belacan masak. Angkat dan ketepikan
  3. Sekali lagi, goreng pula cili api, cekur, bawang putih dan bawang merah sehingga layu. Angkat dan ketepikan
  4. Selain kacang tanah, tumbuk kesemua bahan yang digoreng tadi bersama-sama gula dan garam sehingga halus dan sekata. (Jgn lupa! Buang terlebih dahulu biji asam jawa)
  5. Gaulkan kesemua bahan ini bersama kacang tanah yang telah dikisar tadi sehingga keluar minyak (berkilat)
  6. Ambil sebahagian adunan dan bancuh bersama air 3/4 panas. (Air bergantung kepada kepekatan pencicah yang diinginkan. Tp, kalau cair, rasanya kurang dan begitulah sebaliknya)
  7. Akhir sekali, simpan adunan selebihnya ke dalam bekas kedap udara dan tempatkan di tempat sejuk tp kering (peti ais ler). Boleh dikeluarkan bila-bila masa untuk bancuhan seterusnya.
  8. TIPS: Sambal pecal ini biasanya untuk dicicah dengan sebarang ulam-ulaman seperti timun, pucuk ubi rebus dan kacang panjang.
### utk sekali makan lieza skip cara2 yg ke 4 tu dan seterusnya..dimana lieza blend kacang dan bahan2 yg digoreng tu sekali dan campur air masak sedikit..dan juga pati asam jawa..gula dan garam..blend sampai halus..kalau pekat bole tambah air panas sikit..
ni kes nak cpt dan utk sekali makan jer.

Ikan Kembung Sumbat Kelapa

Lauk hari ni ikan kembung bakar sumbat kelapa..nyumnyumnyum mmg menyelerakan..sedap sedap..sebenarnay lieza tak pernah buat pun gini...sbbnya nak cari kelapa parut tu payah sikit..tp skrg dah tau kat mana nak cari kelapa parut..resepi lieza amik dari dapur Nieza Finland..terima kasih nieza yer...akak nak tepek resepinya kat sini juga.

Bahan-bahan
2 ekor ikan cencaru yg dibelah bahagian belakang - lieza guna 2 ekor ikan kembung
50gm kelapa parut - lieza agak agak

Bahan mesin
30gm udang kering
2 ulas bawang merah
2 batang serai
3 biji cili merah - lieza guna cili kering
1 inci belacan
3 biji limau kasturi - lieza letak pati asam jawa
garam dan gula secukup rasa

Cara membuat
1. Masukkan udang cili merah,bawang dan udang kering, serai kedlm blander....kemudian masukkan belacan dan garam..dan perahan air limau dan blenderkan sehingga lumat.
2.Campurkan kelapa parut bersama bahan-bahan yg dikisar halus tadi. Gaul sehingga sebati.
3.Kemudian sumbatkan ke belakang ikan yang telah dibelah.
4.Kemudian panaskan oven dan setelah panas masukkan ikan dlm oven....kalau tak nak bakar nak goreng pun boleh..
5.Bakar sehingga masak dan nampak kekuningan...sedia dihidangkan.


Sunday, August 14, 2011

Koktail Custard Istimewa



Dah lama nak koktail2 camni..tp memandang nak makannya 2 org jer jd biar dulu ler...kebetulan semalam teman2 Mr. Hubby join berbuka puasa, lieza buat ler koktail ni...lieza tgk mcm2 cara dan pelbagai resepi utk koktail2 ni..salah satunya resepi ni yg lieza ambik dari dapur K.Nor Secubitgaram resepi asal dariMrs Shieza MyR...psssttt skrg puding keluaran dari K.Nor iaitu Puding Tauhunya itu tgh hangat dan dah femes wooooo....niat dihati nak cuba juga nih...asyik ternampak2 jer...tp bila tu lieza...takpe2 lieza nak link resepi dari umah K.Nor nih..supaya nanti lieza senang nak cari....bole yer k.nor...LINK PUDING TAUHU

KOKTAIL CUSTARD ISTIMEWA
resipi :Mrs Shieza MyR
sumber : K.Nor@SecubitGaram



Bahan:
1 tin buah2an koktail campuran
1 tin nata de coco
1 tin nenas kiub
ceri merah dibelah dua (optional)
agar2 merah ~ yg ni k.nor tak letak

utk kuah custard:
1 tin susu cair
2 sudu besar tepung kastard (larutkan dlm sedikit air)
6 sudu besar gula (kalau tak suka manis kurangkan sbb air koktail tu dah manis)
2 sudu kecil esen vanilla
~ k.nor letak 1 sudu jer

Susu cair dimasukkan ke dalam periuk dan di masak atas api yg sederhana. Kemudian masukkan gula, larutan tepung kastard td dan esen vanilla.
Kacau hingga pekat. Jangan berhenti kacau sbb takut kastard tu bergentel.
Bila campuran susu dan kastard td tu dah bertukar warna kekuningan dan pekat, boleh la tutup api. Ketepikan dan sejukkan.
Satukan campuran buah2an koktail, nanas kiub, agar2, ceri dan nata de coco td ke dalam mangkok besar. Masukkan sekali air di dalam tin buah2an koktail dan nanas td.
Kemudian masukkan 3 - 4 sudu kuah kastard yg dimasak td ke dalam campuran koktail td atau ikut suka nak letak banyak mana, nak pekat ke nak cair. Gaul sebati dan kemudian sejukkan.
Kalau suka bolehlah dihiaskan dgn ceri merah. Lagi sedap kalau ditabur kacang tanah yg dimesin kasar.

tambahan bahan2 dr K.Nor
epal merah
epal hijau
buah pear
buah lai
oren
kiwi
anggur
strawberi
kiwi
kesemua buah2 ni dipotong dadu kecuali anggur dan strawberi
## utk koktail ni lieza hanya menggunakan buah buahan dlm tin jer



Gambo kat bawah ni..inilah teruna2 yg berbuka puasa bersama lieza dan Mr. Hubby semalam...bujang n available..heheheh


Udang Lemak Jintan Lagiii...


Kenapa lagiii? sbbnya dah acap kalai lieza masak menu nih...sedap tau..sapa tak pernah cuba jom ler cuba..tak rugi pun..sedapppp...resepi kak Ummi Kuantan nih...

Gambo2 ni lieza amik siaran langsung dari periuk jer...tak sempat dan maleh nak letak kat mangkuk...heheheh...utk resepi meh ler lieza tepek buat kesekian kalinya yer..DULU pun lieza dah buat...

UDANG GALAH LEMAK JINTAN
resipi : Ummi Kuantan
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
1/4 bj nanas muda ~ k.nor guna 7 bj belimbing buluh
sedikit minyak masak
2 cawan santan cair
4 ekor udang galah/udang besar ~ k.nor guna udang biasa - lieza pun guna udang biasa
sedikit garam
1 cawan pati santan
4 bj cili padi ~ dibelah dua
6 biji cili merah ~ dibelah

Bahan ditumbuk halus:
2 sudu teh jintan manis
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 batang serai
2 cm kunyit hidup

Cara2:
Potong nanas kecil2 dan ketepikan.
Panaskan sedikit minyak di dalam kaserol dan tumis bahan tumbuk di atas api perlahan. Kacau hingga wangi.
Masukkan santan cair dan masak hingga mendidih.
Bubuh nanas dan udang galah, kacau.
Masukkan garam bersama pati santan, cili padi, cili merah dan kacau hingga mendidih.
Angkat dan hidang.

Kailan Ikan Masin

Kailan Ikan Masin nih lieza rujuk resepi dari bayu Myr ni..mmg besh sedap....dan senang..utk ikan masin tenggiri tu lieza guna yg biasa tu dan bukannya yg dalam botol..kat sini tak pernah jumpa yg dalam botol..

Bahan-bahan ( untuk 2 org )

  • sayur kailan-dipotong
  • 1 keping ikan tenggiri masin(yang dijeruk dlm botol)-potong kecik2
  • 1 sd(k) air dr botol ikan masin td
  • 1 bj bwg besar-dimayang bulat
  • 1 inci halia-diketuk
  • bwg putih-diketuk
  • 1 sd(b) sos tiram
  • 1 sd(b) sos ikan
  • sedikit air asam limau nipis
  • myk untuk menggoreng

Cara-cara

  1. panaskan myk.tumis ikan masin tenggiri td hingga naik bau
  2. kemudian tumis bwg putih,bwg besar dan halia.masukan sos tiram.
  3. masukkan sayur dan tambah air dr botol ikan masin td,masukkan sos ikan kacau rata.
  4. masukkan sdkt air-2 sd(b).biarkan seketika.angkat
  5. dlm pinggan tabur sdkt lada sulam dan perah air asam limau td

Ikan Kembung Masak 3 Rasa

Ishhh banyak kan Ikan tu...ni salah satu menu semalam utk berbuka...memandangkan semalam ada teman2 Mr. Hubby berbuka puasa bersama kami sekeluarga jd lieza masak ler lebih...seronok juga makan ramai2 nih...selain Menu Ikan 3 rasa nih lieza masak juga Udang Masak Lemak Jintan, Kailan Ikan Masin dan sebagai dessertnya lieza buat Koktail Custard Istimewa..

Resepi ni lieza rujuk dari Sunkist MyR ..resepi asal ikan kerapu tp lieza guna ikna kembung nak buat camnerkan dah mmg penggemar ikan kembung...pastu utk resepi ni lieza tambah hirisan daun limau purut..alhamdulillah selera betul makan..

Bahan-bahan ( 5 orang )

  • Seekor ikan kerapu- lieza guna ikan kembung
  • 2 biji bawang putih - dicincang halus
  • 5 biji bawang merah - dicincang halus
  • 8 biji cili merah - dicincang halus (kalau suka pedas boleh gandakan cili ataupun guna cili api)
  • 2 biji tomato - dipotong dadu
  • 2 kerat nenas - di potong dadu
  • 2 sudu cili boh
  • 3 sudu sos tiram
  • 2 sudu sos ikan
  • Sedikit daun ketumbar
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • serbuk kunyit, garam, gula & serbuk perasa
  • Minyak

Cara-cara

  1. Ikan dibersihkan dan dilumurkan dengan garam, serbuk kunyit, cili boh & tepung jagung. Goreng ikan tersebut sehingga garing. Angkat & toskan.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali lain dan masukkan bawang putih yg dicincang & goreng sehingga separuh kekuningan. Kemudian masukkan bawang merah & goreng lagi sehingga naik bau.
  3. Masukkan lada merah yg telah dicincang tadi & goreng seketika. Kemudian, masukkan pula nenas.
  4. Masukkan tomato cincang, sos tiram, sos ikan, gula, garam, bahan perasa & tepung jagung yg telah dibancuh dgn air.
  5. Apabila sudah masak, tuang kuah tadi ke atas ikan dan hiaskan dengan daun ketumbar.

Friday, August 12, 2011

Ikan Pari Masak Hijau

Ikan Pari Masak Hijau ni pun menu semalam...hmm tp lieza punya ni tak ler hijau sgt...cuma yg nampak cili hijau itewwww.....rasa ikan pari masak hijau ni sedap banget tau ngak...mmg tak rugi juga masak gini...lebih2 lg bila kepedasannya tu...fuhhh...resepi menu kali nih lieza jenguk kat dapur K.Yatie Sinar kehidupanku..lieza minta izin nak copy juga resepinya ni yer k.yatie.


Ikan Pari Masak Hijau

Bahan-Bahan

  • 2 ekor ikan pari-di potong, bersihkan dan toskan
  • 2 ulas bwng putih*
  • 3 biji bwng merah*
  • 1/2 inci halia*
  • 4 btng cili merah*
  • 4 btng cili padi merah*
  • sedikit belacan *(* di tumbuk/ di kisar halus)
  • 1 tangkai daun kari
  • 3 batang cili hijau- di potong serong
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • garam & sedikit gula
  • 1 cawan air atau lebih.
  • 2 biji limau kasturi- ambil jusnya je
Cara-Cara
  1. Ikan di potong, bersihkan dan toskan, gaulkan dngn sedikit garam dan serbuk kunyit. Gorengkan ikan hingga separuh masak dan ketepikan.
  2. Kisar atau tumbuk bahan2 yg bertanda *.
  3. Panaskan minyak di kuali dan tumiskan bahan2 yg di tumbuk sehingga terbit minyak. Masukkan sedikit air.
  4. Masukkan serbuk lada hitam, daun kari dan lada hijau yg di potong serong.
  5. Masukkan ikan yg telah di goreng tadi, dan gaul sebati. Masukkan garam dan sedikit gula. Masukkan perahan jus limau kasturi.
  6. Biarkan hingga mendidih, perasakan. Sekiranya dah cukup rasa, bolehlah di angkat dan di hidangkan bersama nasi putih hangat.


Rendang Sotong

Rendang Sotong ni menu semalam yg tak sempat nak hapdate...entah tetiba internet mcm siput geraknya....potong mood jer...wah sedap gak yer sotong ni dimasak rendang takpernah terpk pulak nak masak camni padahal sedap jer rasanya...kiranya ni pestime ler lieza cuba sotong rendang nih..ternyata tak rugi mencuba....tp kan nextime kalau buat lg lieza nak tambah cilipadi kasi kepedasan yg ppower...fuhh...ok la apa kata jom tgk resepi dari Dapur Tanpa Sempadan CMG..


BAHAN-BAHANNYA :-)
10 ekor sotong saiz besar (mat guna kurang lebih 600 gram)
1 cawan santan pekat
1 helai daun kunyit, hiris halus
3 helai daun limau purut
1 biji cili hijau, hiris
1 biji cili merah, hiris
1 biji bawang besar, belah 6
4 camca besar cili kisar
1 keping asam gelugor
1 1/2 camca besar kerisik
1 camca besar gula melaka (mat tambah)
Garam secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar (saiz sederhana)
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
2 batang serai, hiris halus

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak kelapa (minyak biasa pun ok), tumis bahan kisar bersama cili kisar hingga harum. Masukkan sotong, masak hingga pekat, tuang santan dan masukkan garam secukup rasa, gula melaka, daun limau purut dan asam gelugor.
  2. Masak hingga pekat dan akhir sekali masukkan hirisan cili merah, cili hijau dan belahan bawang besar, kacau rata dan masak sekejap lagi, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi atau ketupat..
CATATAN MAT GEBU :- Kalau nak guna satu kaedah lain pun ok juga, yelah kan takut sotong jadi liat. Ok buat macam ni, sotong tadi celur dalam air panas mendidih bergaram selama 30 saat, angkat dan toskan. Masak bahan2 rendang seperti biasa, hingga kering dan terbit minyak, masukkan sotong tadi bersama hirisan daun kunyit, gaul rata dan masak 1 -2 minit, matikan api..

Thursday, August 11, 2011

Biru Roti Jala ku


Dah lama lieza tak buat roti jala nih...hari cam tingin nak makan...tgk Kak Zana menjala...kak Sofea pun ada menjala...jd lieza pun nak menjala juga ler....jadi awal ler sikit lieza masuk dapur hari ni nak menjala...kali ni jala lieza berwarna biru...haaaaa amikkk kooo...cantik juga tgk...sajer maain kaler maler hari ni..bagi jala ni biru pulak...rasanya sama jer kan..cuma kaler jer tul tak....resepi ni lieza guna resepi Kak Ummi Kuantan dan lieza copy dari dapur K.Zana...seperti biasa la kan roti jala ni dimakan dgn kari ayam tp lupa ler pulak nak interframe kan gambo karinya...hehehe


ROTI JALA 2
(sumber : Kak Ummi Home Sweet Home)

Bahan2
2 cawan tepung gandum
2 cawan air (*ummi guna 1 cawan air dan 1 cawan susu segar)
1 bij telor
1 sudu kecil garam halus
beberapa titik pewarna kuning

Cara Menyediakan:-
Masukkan semua bahan dalam blender. Blend hingga semua sebati. Perapkan selama 1/2 jam. Sediakan kuali leper non-stick dan ceduk adunan dengan acuan roti jala dan tebar/kirai adunan atas kuali. Gunakan api perlahan. Masak lebih kurang 1 minit. Angkat dan gulung atau lipat ikut suka.

Oreo Milk Shake

Oreo Milk Shake ni semalam lieza buat....sedapppp terima kasih buat Ha Sue!!!! i likeeee..cuma akak nih telupa ler pulak nak letak eskrim satu scoop...walau bagaimanapun slurrppppp sampai habis gakkkk....
### peringatan utk diri sendiri lenkali takmau campur krim kat biskut tu..sbb ada manis sikit...tp sesapa suka manis2 silakan masukkan sekali krim kat biskut tu yer..
Sue akak kopipes jer yer...


Oreo Milkshake

By:HaSue

Bahan2:
10 keping biskut oreo
250ml susu segar
7-8 scoop aiskrim perisa vanilla
Coklat chips secukupnya sebagai hiasan - tak letak
Whipped cream/aiskrim vanilla sebagai hiasan

Cara2:
Masukkan biskut oreo,susu segar dan aiskrim vanila ke dalam blender dan kisar sehingga halus.
Tuangkan ke dalam gelas/bekas sesuai dan hiaskan dengan aiskrim/whipped cream dan coklat chips secukupnya. Selamat mencuba!

Kuih Bongkol


Kuih Bongkol ni masa bulan puasa jer baru di jumpai di merata rata pasar ramadhan kalu tidak lieza tak pernah jumpa pun...kuih ni mmg lieza gemar beli kalau jumpa kat pasar ramadhan..sedappppp...kuih ni seakan atau sama juga ler dgn tepung pelita..cumanya tepung pelita guna gula putih tp kuih bongkol ni guna gula apong aka gula melaka dan dibungkus mcm tapai tu...sedap betul dimakan lebih2 lagi kalau sejuk..nyamaaaannnn jer....hmm yg hijau2 tu pati santanya yg lemak2 gitu...huhhh...slurrpppp..

Tuesday, August 9, 2011

Angel Hair Lemak Pedas

Salam Ramadhan buat semua teman2....wah hari ni dah masuk hari yg ke 9 kita berpuasa kan..dan baru hari ni juga lieza baru berkesempatan utk mengupdate blog dan juga baru membuka dan membelek lappy nih..bukanya tak memasak sepanjang 8 hari berpuasa ni tp selama 8 hari ni masak yg biasa2 jer dan campak2 jer...
Hari ni menu berbuka lieza Angel Hair Lemak Pedas jer..tp sungguh menyelerakan dan mengenyangkan...sedap sedap sedap...terima kasih kasih buat CMG dan juga K.Nor yg mengongsikan resepi ni..lieza tgk dah terlalu ramai teman2 bloggersdah cuba menu nih..rata2 mmg berpuashati dgn rasa kesedapannya...tak caya?? jom try yer....resepi ni lieza amik dari rumah K.Nor Secubitgaram yg sekarang rumahnya sudah diubah suai..nampak lebih menarik dan ceria....tahniah buat K.Nor..(lieza dah ketinggalan ketapi nih..skrg baru tau)

SPAGHETTI LEMAK PEDAS
resipi : CMGebu
sumber: K.Nor @ SecubitGaram


BAHAN-BAHANNYA :-)
1/2 cekak spaghetti ~ k.nor guna angel hair
2 biji tomato ceri tomato, hiris bulat
1/4 bahagian red capsicum, dadu
1/4 bahagian green capsicum, dadu
1/4 bahagian yellow capsicum, dadu
1 helai bay leaf - lieza guna herba campur
3 biji cii padi, hiris halus (optional)
1/2 camca teh lada hitam yang baru dikisar
2 ulas bawang putih, cincang halus
1/3 cawan susu cair IDEAL - lieza guna susu segar
1 keping meat loaf "ayamas", didadu ~ k.nor gantikan dgn sosej dan udang
1/2 kiub pati ayam "Maggi"
Sedikit air ~ k.nor guna air rebusan pasta tu

### yg lain semua lieza ikut cara k.nor


CARA MEMBUATNYA :-)
Rebus spaghetti tadi hingga lembut mengikut arahan pada paket atau citarasa masing2. Toskan dan gaul dengan sedikit minyak zaitun. Ketepikan.
Panaskan minyak zaitun dalam kuali tak melekat. Tumis bawang putih hingga layu, masukkan bay leaf dan meat loaf tadi, kacau sekejap dan tuang susu + air, biar mendidih. Tambah serbuk lada hitam dan kuib ayam, kacau dan biar masak perlahan.
Masukkan red/green/yellow capsicum bersama cili padi. Tambah spaghetti dan gaul rata. Masak hingga pekat, dan rasa jika perlu tambah sedikit garam. Bila dah ok boleh matikan api.
Alih ke dalam pinggan yang sesuai, hias dengan hirisan tomato dan taburkan sedikit lagi serbuk lada hitam. Hidangkan segera.