Friday, July 22, 2011

Roti Sardin

Roti yg ada hampir kehujung nyawa jadi lieza merajinkan juga kederat nih buat roti sardin cam CK (Norma Cendana Kasih) pernah ternampak kat dapur die ada roti sardin yg di frozenkan dan dijual juga...siapa2 ler kan yg rasa nak segera maleh nak buat tu pergi ler tinjau2 dapur CK tu pas tu bole order....yg berada di sekitar Puchong...
Ok lah lieza nak copy resepi ni pulak dari dapur CK...Terima kasih Norma..

Bahan-bahan
Roti sandwich secukupnya
Sardine (satu tin diasingkan sos dan isinya)
Bawang besar (dipotong bulat)
Bawang putih
Bawang merah
Lada kering
Lada kecil (jika suka pedas)
Asam jawa – perah bersama air dan buang bijinya
Cara-cara
1. Untuk mengelakkan minyak meresap ke dalam roti sewaktu digoreng, roti sandwitch hendaklah dilenyekkan dengan gelas atau penguli…
2. Kisar lada kering, bawang merah (2-3), bawang putih (2-3) dengan sedikit air hingga hancur…
3. Kemudian tumiskan bahan yang dikisar. Setelah pecah minyak masukkan isi sardine tersebut serta bawang besar dan lada kecil (jika perlu). Masukkan sedikit sos sardine serta sedikit air asam jawa. Pastikan kuah tidak terlalu cair.
4. Kemudian, letakkan sardine ke atas roti dan digulung. Pastikan kedua-dua hujung roti tersebut dilenyek supaya inti tidak terkeluar
5. Kemudian gorengkan dengan minyak yang banyak (deep fry). Boleh juga disalut telur dan golek dalam breadcrumb/cornflakes/oat sebelum menggoreng.


Apam Tepung Gandum


Hari ni lieza buat Apam gini lagi....hari tu mkn cam tak puas jer...bila call mak katanya nak buat apam tepung gandum lantas itu lieza pun rasa nak buat juga ler...nak abihkan stok mauripan yg masih berbaki sebelum puasa nih...nak buat roti ada sikit kemalasan dan bahan2 ada yg tak mencukupi...jadi buat apam jer....pun sedapppp...resepi pernah liza tepek hari tu..baru jer...scroll jer kat bawah nih...yer...


Stylish Award dari Tun Telani

Hari ni lieza nak gantung award sebagai penyeri blog nih...terima kasih tak terhingga buat Tun Telani yg sudi beri akak award ni yer....haaa akak dah gantung dah nih...hitam itu menawannnnn...jgn lupa nanti balik kampung buat kejer skolah yer...jgn maleh maleh...terima kasih Tun...muahhhhh...

Wednesday, July 20, 2011

Ayam Panggang Ala Kenny Rogers

Hari ni lieza buat ayam panggang ala kenny rogers ni...mmg sedappppppp...ratah eatah camgitu pun lazatttttt....ayam ni lieza makan dgn nasi ayam segera..maksudnya...buat nasi ayam dgn menggunakan rempah nasi ayam yg dah tersedia ada kat kedai...maleh punya pasal camtu ler jdnya...sesekali kan takper lah...resepi ni dah lama lieza perap lebih lama lg kadar perapan resepi nih dari nak perap ayam nih tau....haaa harini lieza buat gak sbb tetiba terlintas nak buat..jom layan resepi yg lieza ambil dari K.Ummi punya Dapur Home Sweet Home

AYAM PANGGANG ALA KENNY ROGERS
Sumber: Che Mid
Sumber: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan-bahan:-
  • 1 ekor ayam (bersihkan dan tidak perlu dipotong kecil)- lieza guna bahagian peha ayam jer 2 ketul

Bahan2 untuk perap ayam : -

  • 3 biji bawang besar
  • 4 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 atau 3 sudu besar sos lada hitam- lieza takder nih..lieza guna sos tiram dan serbuk lada hitam
  • 2 sudu besar madu
  • 1 ketul kiub ayam Knorr
  • 2 sudu besar gula pasir- (*akak guna gula perang)
  • 2 sudu besar herba campuran/mix herb mccormick (akak xda ni, letak campuran dried parsley, oregano + basil)
  • 1 1/2 sudu teh garam halus
  • Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan make-up.
  • Sedikit mentega
Cara-cara:-
  1. Campur kesemua bahan make-up dengan sedikit air dan kisar.
  2. Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan dalam ayam yang telah dibersihkan.
  3. Perap selama 1 1/2 jam.- Hana perap semalaman (*akak perap 3 jam)
  4. Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang.
  5. Bakar selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak. (Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, sapukan ayam dengan minyak n campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering. Hidangkan bersama kentang goreng, coleslaw dan kentang putar. ) Kali ni akak makan dengan nasi Mandhi...hehehe


Saturday, July 16, 2011

Nak Juga Novel Nih....






Hahahahah....lieza tak der keje dah...sebenarnya ni la diantara novel2 yg lieza tgh mabuk nak cari..hehehehe...jgn marah ekkkk sajer letak sini nak suruh Mr. Hubby carikan...senang nak refer....

Happy Belated Birthday Chik Mimi & Tun Telani


Buat Chik Mimi ...dan Tun Telani...

Buat akak dan cik adik manis Tun telani yg dingati selalu..selamat menyambut hari lahir...walau pun terlambat sehari tapi masih sempat utk memberi ucapan dan kad yg tak seberapa ini...semoga kalian berbahagia selalu disamping orang yg tersayang..sentiasa sihat utk meneruskan kerja2 seharian...terutama Tun yg masih lagi bergelumang dgn buku2 dan thesis demi mencapai satu kejayaan.moga2 beroleh kejayaan itu yer Tun..sekali lagi Happy Belated Birthday to my lovely bloggers friends Chik Mimi with aku dan kehidupan ku..dan Tun Telani with Life is a constant battle...on 15 July 2011....muaaaahhhh

Sudi sudikan lah ambil kad yg tak seberapa ini...

Apam Tepung Gandum

Dah lama lieza nak buat apam tepung gandum ni....tp asyik2 terlupa pastukan takut tak jd...at last lieza buat gak...dan hasilnya jadi....seronoknya...dah lama tak makan apam kampung camni..puas makan bila buat sendiri..tapi kan anak dara 2 org ni tak layan...hanya hero the only one lieza ni ajer yg suka makan...heran sungguh....bagi kek cekelat die tgk hitam terus taknak..si muaz nih...bagi apam camni makan pulak...huhhhh....mcm mcm tekak ada..resepi ni lieza amik kat dapur tanpa sempadan
Utk resepi ni lieza hanya buat separuh dari adunan asal..

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 g tepung gandum - lieza buat 2 cawan
3/4 cawan gula perang (brown sugar) - lieza guna 1/2 cawan gula pasir
2 cawan air - lieza guna 1 cawan dan 1/2 cawan lg utk larutkan yis
11 g yis + 1/2 cawan air, larutkan - 1 sudu teh
Kelapa parut putih + sedikit garam

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Gaul rata tepung dengan gula perang hingga rata. Tuang bancuhan yis dan kacau rata. Tambah air sedikit demi sedikit sambil digaul hingga rata dan tidak berbintil2.
  2. Lenser loyang bulat berukuran 10 inci dengan sedikit minyak masak. Tuang no. 1 dalam loyang tadi dan biar 1 jam atau hingga naik memenuhi loyang tadi.
  3. Kukus atas air mendidih selama 40 - 45 minit (mat balut penutup kukus dengan kitchen towel). Sejukkan apam sepenuhnya sebelum dipotong. Hidangkan bersama kelapa parut tadi....
Lieza kukus 20 minit jer..sbb separuh adunan tak tebal mana pun

Pulut Serawa Durian

Disaat lieza meletakkan N3 menu ni takder dah pun dah lenyap pun...tinggal bau jer yg tinggal...sebelum Mr. Hubby balik KL last week sempat la dia belikan buah durian....bukannya tak leh beli sendiri tp biasa la kan org yg menjual nih dok tepi jalan jadi sgt lah payahnya bila nak angkut anak2 semata2 nak beli durian....jadinya sebelum Mr. Hubby pegi..lebih baik suruh die belikan siap2..senang...tinggal makan jer...dan dgn itu sempat ler juga lieza buat serawa durian..buat tak byk pun hanya lieza dan Enas jer yg makan..guna 4 ulas durian yg tebal isinya...huhhh cam terbau2 durian pulak dah nih...

Thursday, July 14, 2011

Pulut Tanak Berkelapa + Ikan Masin

Pulut tanak makan dgn kelapa pas tu makan pulak dgn lauk ikan masin takpun ikan goreng...fuhhh mmg lieza gemar makan...dulu kalau kat kg...mak slalu buat sbb abah lieza pun suka makan....dan masa tu juga lieza tau makan jer skrg buat ler sendiri pastu makan ler sendiri...lama betul lieza tak makan hari ni terlintas nak makan pergi juga cari kelapa..sesambil ambil enas dari sekolah singgah menyinggah ler kat kedai alhamdulillah ada la jumpa kelapa parut..nak sikit???? bolehhhhh...jom laaaa makan...

Ikan Kembung Bakar Berempah Harum

Resepi Asal dari Dayang Jack ni ikan Siakap Bakar Berempah Harum ...tapi lieza nampak menu nih ada kat umah K.Nor yg menggunakan ikan pari....memandang stok kat umah ni ada ikan kembung jadi lieza guna la ikan kembung jer...mmg sedap dan harum weiiiii...next time lieza nak juga try dgn ikan siakap..kalau ikan pari cam payah tul nak jumpa kat sini....apa pun thanks Dayang n K.Nor kerna mengongsikan resepi nih..

SIAKAP BAKAR BEREMPAH HARUM - lieza guna ikan kembung
resipi : DayangJack
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan-bahan :
1 ekor ikan siakap (dibersihkan) ~ k.nor guna ikan pari
1 helai daun kunyit (diracik/dihiris halus)
2 helai daun limau purut (diracik halus)
bahan-bahan dikisar bersama :
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 batang serai
1 helai daun limau purut
3 kelopak bunga kantan (dihiris terlebih dahulu)
1 sudu makan cili giling (boleh ganti dengan cili api jika suka)
1 sudu besar rempah kari ikan
3 sudu makan air asam jawa
1 sudu besar kicap pekat
sedikit belacan bakar
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
gula dan garam secukupnya
sedikit air

Cara-cara :
Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga terbit bau. Tutupkan api.
Sementara itu, sediakan kertas foil dan dulang pembakar. Letakkan ikan di tengah-tengah kertas foil. Tuangkan kesemua perencah tadi di atasnya. Taburkan hirisan daun limau purut dan daun kunyit dan balut dengan kemas. Perapkan sebentar lebih kurang 15 minit.
Kemudian bakar ikan sehingga masak.

Tuesday, July 12, 2011

Award dari Cik Adik Manis Tun Telani

Selamat Malam teman2 semuaaa.......wehoooooo...mlm ni dgn rasa gumbira dan berbesar hati lieza angkut dan tayang award ni..dari siapa kah itew...tentulah dari Cik Adik Manis ni ha...Tun Telani Life is constant battle...
Terima kasih Tun...cantik lak bila akak gantung nih...ampun yer Tun agak terlewat akak nak gantung...biasalakan Tun weekend biasanya sibuk dgn berbagai2 acara...heheheh....disamping award ni kan ada homework sikit..tak byk 7 jer...apa tu yer...haaaa ni diaaaaa...

7 PERKARA YANG ORG BELUM TAHU TENTANG DIRI KITA
(khas utk yg masih tak kenal siapa lieza terutama buat Tun Telani ni haaaa)

1) Ok la yg pertamanya k.lieza ni dok jer kat kuching tp sebenarnya berasal dari selangor...kiranya org malaya laaa...dah 6 tahun merantau kat sini...sebenarnya ikut Mr. Hubby yg me volunteer kan diri utk berkhidmat kat Uitm Kota Samarahan pulak..sebelum ni kat Uitm Perak..jadi k.lieza dgn rela hati ikut ler ke sini.

2) Keduanya pulakkan....k.lieza ni skrg suri rumah sepenuh masa ler...dulu pernah bekerja 10 tahun lamanya..berhenti sbb ikut Mr. Hubby.

3) Ketiganya....hmmmm...apa yer..camni ler...sedia maklum kan nama penuh k.lieza kan...tp dari kecik k.lieza dipanggil dgn nama "Ija"..jer...masa sekolah2 kengkawan kebanyakkannya memanggil dgn nama Wati...pas tu bila lieza start keje org panggil "lieza"...gitu ler..

4) Ke empatnya pulak...dulu lieza dibesarkan di Sungkai Perak...tahun 93 family berpindah di Tmn Desa Jenderam Dengkil ..pulak sampai ler skrg.....Mak k.lieza asal Dengkil Selangor..Abah pulak Terengganu...pastu parents in law k.lieza lak dok kat Kinrara Puchong...so kalau balik kampung tak gaduh mana pun sbb dekat jer..bebila masa bole check in dan check out.

5) K.Lieza ni kan...agak sensitif ler juga...asal cite sedih jer mengalir airmata berduyun2..baca novel pun boleh sedih giler...apa2 jer la yg sedih mmg nak nangis.mudah benor nak tersentuh...kalau berita gumbira pun bole nak nangis...ishhh mudah benor airmata nih nak kuar tau...tp walau pun sensitif tp mudah nak ketawa dan tersenyum otak pun gila2...suka buat lawak bodoh...huahuahuahua

6) Ke Enamnya pulak kan...sebenarnya k.lieza tak pernah terpk dan tak terjangka bole dok kat sarawak nih...dulu2 pernah ler plan2 dgn best fren nak gi jejalan ke kuching ni tp tak kesampaian...tup tup tup k.lieza bukan berjalan atau makan angin tp terus berhijrah ke sini..tak sangka kan..

7) Ke Tujuh..ehhh apa lagi yer...gini ler...k.lieza ni umur dah 36..tp kan anak sulong baru jer 6 tahun...sbb umur k.lieza umur 29 baru mendirikan rumahtangga...dulu2 org kata...kita enjoyyyyy...ngehnghengeh....tp kan k.lieza masa tu org kata bunting pelamin..terus lekat...tp takder rezeki genap 3 bulan jer k.lieza keguguran...4 bulan pastu k.lieza pregnant semula..lahir la anak pertama pada oktober 2005..

Haaaaa amacam puas hati tak...ok la tuh kan.....buat Tun..terima kasih yer Tun...semoga perkenalan ini akan berkekalan yer..alahhhh tp sapa nak tag yer..kalau akak skip bole tak...sbb akak tgk dah byk org dapat...heheheh bole yer Tunnnnnn....bole laaaaa...

Friday, July 8, 2011

Nasi Kuning Nasi Kuning


Nasi Kuning lagiii..yer...tak salah lieza ni kali yg ke 5 dah buat nih..hehehehe...nasi kuning ni menu hari selasa baru nih...sehari pas balik dari Lundu hari tu...seronok dpt masak pas balik bercuti..biasa la kan kalau makan kat kedai..susah nak memenuhi citarasa kita sendiri..sekali dpt masak uishhhh..buat lak nasi kuning ni...fuhhhh...Nasi Kuning ni lieza gandingkan pulak dgn kurma telur dan ayam masak merah jer...alhamdulillah sedapppppp...credit lagi sekali utk K.Nor Secubit Garam...utk resepi nasi nih..muahhhhh....oppss lupa lak resepi klik SINI yer..dah byk kali lieza buat pun...


Black Beauty Chocolate Cake


Fuhhh nama kek ni glamer koooo....ala ala beaty n the beast lak tajuknya...ngehngehngeh...kek ni kan cara nak buatnya pun senang...bahan2 mudah didapati..yg pentingnya lagi sedapppppp n moisttttt.....rata2 kek cekelat yg lieza cuba semuanya sedap2....yg ni versi org lain yg dulu2 versi org lain...yg takder letak telur pun ada...macam2 resepi syiokkkk mencuba...
Tapi kan kek ni lieza buat masa nak pergi Lundu hari tu...tak letak topping pun...pun rasa sedap...aishhh disaat lieza tgh dok taip ni lidah dan gigi ni terasa rasa kecoklatan kek nih...ishh ttak leh jd nih...jom kita tgk resepi yg lieza copy dari dapur kat Yatiememories aka Sinar kehidupanku.

Bahan A
  • 2 cwn tepung gandum/superfine
  • ¾ cwn serbuk koko
  • 2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 2 sudu kecil b.powder
Bahan B
  • 2 cwn gula castor
  • 1 cwn susu cair
  • 1 cwn myk masak @ butter dicairkan (saya guna butter)
  • 1 cwn air panas suam
  • 1 sudu besar coklat emulco
  • 3 biji telur
Cara-Cara
  1. Ayak Bhn A, ketepikan
  2. Campur semua Bhn B dan kacau sebati (guna whisker aje)
  3. Masukkan Bhn A ke dlm bahan B dan gaul rata
  4. Bakar 50’-1 jam, suhu 150C, api atas bawah atau sehingga masak.
  5. Guna loyang 8x8
Topping mudah tapi sedap
  • 1/2 cwn serbuk koko
  • 1 cwn gula
  • 2 1/2 cwn air (saya guna susu cair)
  • 1/2 cwn tpg jagung
  • 2 sudu besar majerin/ butter
Cara- Cara
  1. Masuk semua bhn dlm bekas dan masakkan atas dapur dngan menggunakan api kecil, sentiasa dikacau. Bila dah siap, sejukkan sebentar dan sapu terus disekeliling kek. Hias ikut kreativiti masing2.

Nasi Goreng Ladna K.Nor

Nasi Goreng Ladna....lama sungguh lieza tak makan...uishhhh...seronok dapat buat sendiri...puas hati..tp kan sayur sayuran tu lieza letak jer apa yg ada...kiranya ni pestime laa lieza buat sendiri nasi goreng ladna nih...makan bersama sos cili bermadu tuh...tp lupa pulak nak amik gambo sos nya tu skali...terima kasih yer K.Nor share resepi nih....

Nasi Goreng Ladna Simple
Sumber : K.Nor Secubitgaram

3 mangkuk nasi putih
2 sudu besar minyak
1 sudu besar kicap

Panaskan minyak dan masukkan kicap, bila kicap dah berbuih masukkah nasi dan kacau goreng hingga rata. Ketepikan.

udang
isi ayam
sotong
kailan
carrot
putik jagung
tomato
brokoli/bunga kobis
cili merah ~ dipotong serong
1 sudu teh serbuk lada hitam
sedikit serbuk/kuib pati ayam
2 sudu besar sos tiram
2 ulas bawang putih ~ diketuk/cincang
garam dan gula secukup rasa
tepung jagung (dibancuh dgn sedikit air)
air secukupnya

Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih hingga wangi dan masukkan isi ayam, goreng sekejap dan masukkan udang atau sotong jika suka. Masukkan air mengikut kehendak masing2 nak kuah banyak2 mana. Nak lagi cepat, guna air panas yg baru mendidih. Bila kuah dah mendidih, masukkan serbuk lada hitam, sos tiram, serbuk/kuib pati ayam, sayur2 mengikut kesukaan masing2 juga gula dan garam secukup rasa. Masak lagi hingga mendidih baru la dimasukkan bancuhan tepung jagung. Kuah jgn terlalu pekat, nanti muak. Hidangkan bersama nasi yg dah digoreng dgn kicap td.

Utk sos cili bermadu
5 bj cili padi ~ dihiris halus atau ditumbuk
2 sudu besar madu
2 sudu besar air
1 sudu besar cuka/jus limau nipis

Satukan kesemua bahan dan boleh la dimakan dgn nasi goreng ladna atau boleh dijadikan cicahan utk udang celup tepung.


Maggie Goreng Bersosej Kari HSHome

Menu ni last week lg lieza dah buat tp bila nak update blog demam pulak....luluh tau semangat nak update masa tu..asik2 demam jer blogger.com nih...huhhhh takpelah nak buat mcm mana kan...resepi dan idea masakan ni lieza amik dari Kak Ummi Kuantan HSH tak pernah terpk nak buat gini...punya ler tak kretip dan tak reti kan...walauapa pun terima kasih kat kak ummi yer...mmg sedappp...anak2 lieza pun suka...

MAGGIE GORENG BERSOSEJ KARI
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:- (untuk 6 - 8 orang)
  • 6 paket maggie kosong (dipatah-patahkan kecil)
  • 5 batang sosej ayam - dipotong kecil menyerong
  • 2 sudu besar cili kering kisar
  • 2 labu bawang besar - didadu
  • 5 ulas bawang putih - dicincang
  • 1 batang lobak merah - dihiris halus
  • secekak sawi - dikerat-kerat
  • 1 kiub pati ayam
  • 2 sudu besar kicap pekat manis ABC
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar rempah daging
  • 2 1/2 cawan air atau secukupnya
  • garam secukup rasa
  • 1/4 cawan minyak masak untuk menumis
Cara Memasak:-
  1. Panaskan minyak dalam kuali, dan tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.
  2. Masukkan cili kisar dan rempah, kacau sebentar.
  3. Masukkan kicap, sos cili dan sosej ayam dan gaul sebati.
  4. Masukkan lobak merah dan air secukupnya.
  5. Bila mendidih, masukkan maggie yang dipatah-patahkan tadi dan kiub pati ayam. Gaul rata hingga maggie nampak sudah kembang masak dan mengering.
  6. Masukkan sawi dan garam secukup rasa. Gaul rata hingga maggie benar-benar masak.
  7. Angkat dan hidangkan.

Thursday, July 7, 2011

Lundu - Retreat Resort

Apa khabar semua....lama lieza tak bersiaran...nak kata bz sgt tak juga..tp kemalasan sering bertandang kat jiwa ni tau...mood tak stabil betul...malas dan takder mood tu menguasai betul la gitu...lebih2 lagi pas pegi ber jalan2..rileks rileks..huhhhh...
Hmmm hujung minggu yg lepas bersuka suki kami sekeluarga pergi ke Retreat Resort Lundu..3 hari 2 malam juga ler kat sana...seronok melayan anak2 main pasir...mandi laut..mandi kolam..saat yg membahagiakan bila tgk anak2 happy dan enjoy...seronok betul bila masa dihabiskan bersama2 dgn anak2 sepanjang berada di sana..yg paling seronok of course la kan anak2..sbb ibu dan ayah dpt layan dari pagi tghari ptg hingga ke malam..full time dok hadap dorangkan....
Hmmm jom la layan kenangan2 terindah seketika di The Story will never end nih...esok esok lieza post menu2 yg tertunggak pulak yer...dan melawat kengkawan sekalian bloggers..insyaallah.