Thursday, June 30, 2011

Tahniah K.Nor Secubitgaram

Tahniah tahniah tahniah...sekalung tahniah utk K.Nor Secubitgaram kerna telah mencecah sejuta hits malah dah terlebih sudahhhh dari sejuta....fuhhhhh...lieza amat berbangga sekali walaupun hanya baru 2 tahun 3 bulan lahirnya Secubitgaram tapi sudah amat dikenali dikalagan bloggers yg lain dan yg bukan ahli bloggers juga...
Beginilah bila mana Tuan Rumah Secubitgaram yg tak pernah jemu melayan kerenah teman2nya alam mayanya...sentiasa berkongsi ilmu2 yg ada lebih2 lagi dunia masakan.....sentiasa menghulurkan talian persahabatan walaupun tak pernah jumpa...jadi mmg patut dan sepatutnya lah dgn pecapaian sejuta hits itu...

TAHNIAH K.NOR
DI ATAS
CECAHAN
SEJUTA HITS BERSAMA

@@SECUBITGARAM@@

Psstttt...K.Nor terima kasih hadiah bunge nih...

Wednesday, June 29, 2011

Jom Baca Novel...




Jeng jeng jeng...beralih arah sekejap ke dunia bacaan yer...sudah sekian lama lieza tak membeli novel novel ni...entah mcm mana tergerak nak beli bila lieza beli Majalah Jelita keluaran Jun..ada artikel tentang novelis Siti Rosmizah nih...yg mana novel terbarunya 7 hari mencintaiku..baca sinopsis jer...ishhh tak leh jadi nih...mesti gak nak memilikinya utk koleksi lieza yg seterusnya..novel pertama beliau Andai itu takdirnya pun lieza beli gak...best seller woooo...mmg best la pada lieza cerita nih..dah abih baca pun...skrg ni tgh ambik mood nak baca 7 hari mencintaiku pulak....
Satu lagi novel tu...Cinta yg Kurasa dari Anis Ayuni....ini pun novel terbaru dari Anis Ayuni..wahhh ada masa ke lieza nih yer.....nak baca novel bagaiii....hmmm ada masa mmg ada cuma perlu bahagi2 ler kan...maklum ler anak2 masih kecil mana boleh nak hadap 24 jam kan..biasanya lieza curi masa pada ketika lieza tgh menyusukan Muaz..masa tu ler yg agak free sgt..biarpun sambil baring..lieza rela...bila menjelang malam adakalanya kalau sempat pergi la menyibuk kat dapur org..blogwalking la apa lagi kan...mcm mana pun kena pepandai ler bahagi2 masa tu...janji kita rasa puas hati dan memuaskan hati anak2 dan suami...hehehehe..
Apalagi jom ler membaca...


Puding Roti Karamel Lagiiiii...

Semalam lieza buat lagi puding nih...sedapppppp...kali ni lieza tambah sikit gula hangusnya...fuhhh..panas2 ni sedap tul membelai tekak...gulllppppp...nak resepi klik SINI yer utk N3 yg sebelum nih...

Thursday, June 23, 2011

Telur Masak Taucu

Hari ni masak 2 menu yg berlauk...Telur Masak Taucu...hasil penyelongkaran lieza kat Dapur Kak Anymz yg baru jer lieza kenali...macam2 ada juga tau kat dapur K.Anymz nih..ok lah jom lieza copy resepi ni dari dapur k.anymz yer.

Telor Masak Taucu
by
anymz mykitchen
Source:KJEE

BAHAN2NYA:

5 biji telor (digoreng mata kerbau)
1 labu bawang besar (dihiris bulat)
2 ulas bawang putih dimayang
cili padi (ikut suka banyak mana nak letak. Ditoreh sikit atau ketuk)
2 sudu besar taucu
sedikit ikan bilis (sejemput jer)
Cili merah (optional)
1 asam keping
1 inci halia (dihiris)


CARA:

Tumis bawang putih dan bawang merah hingga layu. Masukkan kira2 satu cawan air, taucu dan cili padi/api, halia serta cili merah dan juga ikan bilis. Didihkan. Jangan bubuh garam. Bubuh sedikit gula dan asam keping. Biarkan didih kemudian masukkan telor. Bila sudah siap masak dan hendak padam api, rasa dulu cukup ke tidak masinnya. kalau perlu bubuh sedikit sahaja garam.

Wednesday, June 22, 2011

Hot & Spicy Mayonnaise Prawn Fry

Hari tu lieza nampak tayangan menu udang ni kat rumah K.Nor Secubitgaram..kalau dah ternampak biasa ler kan..intai2 tgk mudah..bahan2 dah ada..pastu K.Nor kata sedappppp...makanya lah kan hari ni lieza masak ler menu udang nih....hmmmmm mmg lazattttt...terima kasih K.Nor dan love for sharing...lieza nak share resepinya pulak yer...

HOT & SPICY MAYONNAISE PRAWN FRY
recipe : Love2cook
source : K.Nor@SecubitGaram

Ingredients :~
(A)
1 kg large prawn ~ skinned & veined, leave the tail intact
1 egg ~ beaten
1 tbsp oyster sauce
2 tbsp cornstarch
1 tsp salt

(B)
2 cm ginger ~ chopped
5 lemongrass stalks ~ sliced lengthwise
10 - 15 nos bird's eye chilli ~ chopped ( reduce or add as you wish )
3 - 4 tbsp chilli sauce / Thai chilli sauce
1 tsp sweet soy sauce
1/2 cup water
salt
1 1/2 tbsp mayonnaise
cooking oil

Method :~
In a bowl, mix together ingredients (A) and let to marinate for 15 minutes.
Fry the marinated prawn in oil until golden. Strain on a separate plate.
Reduce oil, stir fry ginger and lemongrass until fragrant. Add bird's eye chilli and mix.
Add chilli sauce and sweet soy sauce, stir. Add water and salt, let the gravy boil.
Mix in the fried prawns.
Quickly add mayonnaise and mix thoroughly. Ready to serve. ;)

* K.Nor tambah sedikit capsicum merah dan hijau - lieza pun sama

Banana Banana Bread

Wahhh...berpisang lak kali ni yer...sebelum buat ni sempat lg risik madam Izah PENCINTA MUFFIN...bukan pencinta wanita yooo...tu irwansyah punyo lagu...dlm byk2 kek pisang yg mana satu yg paling disukai anak2..nahhh niler salah satunya kek yg sedap...kena tanya gitu..sbb kalau anak2 tak layan jenuh pulak si ibu membedal sesorang..sampai kembang..huahuahuahua..pssttt izah akak copy yer resepi nih...terima kasih izah kerna melayan pertanyaan akak hari tu yer...muahhh credit utk kek nih..mmg sedap terasa pisangnya menusuk qolbu..

BANANA BANANA BREAD

source: allrecipes

Copy from : Izah Daut


Bahannya:

  • 2 cwn tepung serbaguna * saya guna gandum
  • 1 teaspoon baking soda
  • 1/4 teaspoon garam
  • 1/2 cwn butter
  • 3/4 cwn gula perang
  • 2 telur
  • 2 1/3 cawan pisang lecek masak ranum *saya guna pisang verangan

Caranya:

  1. Panaskan oven ke 175 C. * saya guna suhu 170 C.
  2. Dalam mangkuk yag besar, satukan tepung, soda dan garam. Dalam mangkuk yang lain pukul butter dengan gula hingga berkrim dan ringan. Kemudian masukkan telur dan pisang lecek dan aduk hingga sebati. Masukkan adunan pisang tadi ke dalam mangkuk tepung. Aduk hingga sebati dan sekadar rata. Tuang ke dalam loyang yang disapu butter atau alas dengan kertas minyak.
  3. Bakar dalam oven hingga 60 ke 65 minit. *saya bakar 55 minit je.

Sambal Tempoyak Petai

Sapa nak makan petaiiiiiiiiiiiii....tp tgk jer la yer...resepi lieza ambik kat SINI Resepidaria..rajin2 ler pegi kat situ yer...lieza tak leh nak copy sbbnya resepinya sekali dgn gambo2..pun lieza maleh lak nak taip.

Sambal Sayur Goreng My Mom Style

Menu ni bukan siarang langsung tp n3 menu tertunda..sbb lieza bagi laluan kat Makaroni hari tu..sayur goreng atau sambal goreng ni lieza buat ikut style Mak lieza buat cumanya mak lieza guna kobis tp lieza letak kacang panjang..sbb itu yg ada tp bole jer pun..

Bahan bahan
  • Kobis dihiris/kacang panjang
  • Tempe dipotong kecil dan digoreng
  • Tauhu dipotong kecil dan digoreng (jgn terlalu garing)
  • Kentang dipotong kecil dan digoreng
  • Suhun di goreng dahulu
  • Cili Api dihiris
  • 5 ulas Bawang Merah dihiris
  • 2 ulas Bawang Puith dihiris
  • Sedikit Udang Kering
  • sedikit kicap manis
Cara cara
  1. Tumis kedua dua bawang sampai naik bau.
  2. Masukkan cili api, udang kering dan sedikit kicap
  3. Masukkan Sayur Kobis atau kacang panjang bila separuh layu masukkan tempe, tauhu, kentang dan suhun.
  4. tambah garam dan gula secukup rasa, kacau goreng hingga sebati
  5. Sedia dihidang

Monday, June 20, 2011

Makaroni Goreng Pedas Berempah

Hari ni lieza lunch dgn Makaroni Goreng Pedas Berempah resepi K.Nor Secubit Garam..lama tak lunch food yg mcm gini...asik2 nasi jer..jemu ler juga...sekali lieza uji test dan try resepi yg menggunakan rempah cajun....bukan makjun yer...mmgggggg sedap bagai dikata K.Nor...wooooo.....mmg ada kelainan ler bila menggunakan rempah CAJUN nih...kalau nak tau apa itu rempah cajun jom ler ziarah dapur K.Nor Secubit Garam nih..siap ada gambo rempah cajun tu..nak tgk klik ni ha CAJUN

Pstttttt..K.nor lieza copy respi ni yer...terima kasih manyak2 k.nor...sudi share resepi nya nih...

MAKARONI GORENG PEDAS BEREMPAH
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
2 cawan makaroni ~ k.nor guna jenis shell
1 kpg dada ayam ~ dipotong kecil
3 ulas bawang putih ~ diketuk dan dicincang
1 labu bawang besar *
1 biji tomato (besar) *
1/2 batang carrot *
1/3 biji capsicum merah *
1/3 biji capsicum hijau * (* dipotong dadu)
1/2 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu besar serbuk cili kasar
1/2 sudu besar cajun
2 sudu besar sos cili
1 cawan air rebusan makaroni
1 biji telur ~ dipukul sedikit
garam
sedikit gula
daun sup ~ dihiris
minyak

Cara:
Rebus makaroni sehingga lembut dan toskan. (Asingkan 1 cawan air rebusan)
Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi.
Masukkan ayam dan masak hingga isi ayam bertukar warna putih.
Masukkan tomato, carrot, capsicum merah dan hijau dan goreng seketika.
Masukkan pula serbuk lada hitam, serbuk cili kasar, cajun, sos cili, garam dan sedikit gula jika suka.
Masak hingga tumisan berbau wangi dan alihkan bahan2 ketepi kuali dan masukkan telur.
Biarkan telur masak sedikit lepas tu kacau hingga menjadi seperti scramble egg.
Masukkan makaroni dan juga air rebusan tadi (tujuan dimasukkan air adalah utk menghasilkan makaroni yg sedikit basah dan tidak terlalu kering.. boleh skip jika lebih suka makaroni yg kering)
Kacau goreng lagi sekejap dan bolehlah dihidangkan dlm pinggan.
Taburkan daun saderi sebelum dihidangkan.

* Isi ayam boleh digantikan kepada hirisan daging atau daging cincang.

Wednesday, June 15, 2011

Yee Mee Kantonis

Menu mlm ni buat Yee Mee Kantonis pulak ..slalu buat sizzling mee kan...sesekali ubah pulak...memandang Mr. Hubby takder jadi lieza buat sikit jer, anak2 makan bubur nasi ayam..tapi Enas nih akalu nampak mee yg berkuah gini mula ler dia nak juga..ingatkan dah kenyang sbb die makan bubur nasi tu bykkkk...tp berminat lak nak makan yee mee kantonis..sekali suap pas tu 2 kali suap lelama lieza pun tak sampai hati nak makan..suap jer ler die...sampai habis...sedap katanya yee mee kantonis nih...Enas enas..
Resepi ni lieza rujuk kat Dapur K.Madiha Fotopages .
Jadi lieza copy juga utk simpanan dan rujukan kemudian hari..thanks k.madiha...opppss lupa pulak sayur syaurran tu lieza letak apa yg ada jer begitu juga bahan2 lain..janji bahan utama ada.

Bahan-bahan


4 keping yee mee (pastikan yg halal )
200 gm udang basah ~ kopek kulit (aku bubuh lebih sebab ayam takde)
250 gm isi ayam ~ dihiris (takde stok.. so tak bubuh)
3 keping fish cake ~ hiris
5 ulas bwg putih ~ diketuk lalu dicincang halus
1 cm halia muda ~ hiris halus memanjang
2 pokok sawi ~ (aku ganti dgn sayur kangkung, kobis & jagung muda )
½ cawan tepung jagung ~ bancuh dengan air
4 biji telur
2 sudu besar minyak bijan
2 sudu besar minyak masak
minyak utk goreng yee mee
garam secukup rasa
lada sulah secukupnya
1 cawan air rebusan ayam (aku ganti dengan 1 sudu kecil serbuk pati ayam) - sama ler dgn lieza
2 biji cili hijau / cili jeruk secukupnya
air secukupnya untuk mendapatkan kuahnya. (agak2 je ni.. tak sukat pun.. tengok pekat kuah yg kita nak)

Cara membuatnya
1. Panaskan minyak dalam kuali (sederhana byk) dan gorengkan yee mee hingga garing kedua2 belah lalu ditos & angkat. Goreng ke semua 4 keping tadi satu persatu. Ketepikan.
2. Panaskan 2 sudu minyak biasa & 2 sudu minyak bijan dlm kuali yg lain. Tumiskan bawang putih & halia hingga agak garing (jgn sampai jd coklat tua) lalu masukkan isi ayam, udang & fish cake. Masukkan air rebusan ayam (aku masukkan air biasa & serbuk pati ayam).
3. Masukkan air tepung jagung, lada sulah dan garam secukup rasa sambil dikacau2 agar tepung tak bergentel. Biarkan mendidih.
4. Masukkan sayuran2 tadi dan biar seketika hingga sayur layu. Kalau rasa kuah terlalu pekat boleh tambah air lagi. Biar mendidih.
5. Akhir sekali masukkan telur dlm seminit tutupkan api lalu dikacau2 sedikit.
6. Tuang kuah ke atas yee mee yg digoreng tadi lalu taburkan dengan cili jeruk atau cili hijau dan nikmati hidangan ini panas2.


Kuih Kaswi Gandum

Taraaaaaaa....suka suka suka..mkn kuih muih melayu nih...mmg goyang goyang gitu kaswi nih bak kata si izah mapin tu...tp kan Izah akak maleh nak p cari kelapa parut..akak guna kelapa inti sikit..almaklumler kelapa inti tu dah maneh kan..sajer ler try..tp makan gitu jer ponnnn sodappp....ehhh akak nak copy resepi yer....nak telan telan air liur jom singgah dapur Izah Mapin Lover ni..utk kuih ni lieza buat separuh adunan jer..mmg puas giler...seswai utk penduduk isi rumah yg tak ramai yer...

KUEH KASWI GANDUM

Bahan Sirap
5 cawan air
1 cawan gula merah
1 cawan gula pasir
*saya tambah beberapa helai daun pandan

Masakkan semua dan sejukkan

2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung kanji/ubi/jagung
1 sudu kecil kapur kueh [optional]
Kelapa parut ( yang muda)
Sedikit garam

Cara:
1.Panaskan kukusan.
2. Ratakan sedikit minyak dalam loyang yang nak digunakan. [Lapikkan pelastik saiz loyang]
3. Bancuh semua bahan dan tapiskan. Tuangkan dalam loyang.
4. Masakkan sehingga masak [30 minit]
5. Tunggu sehingga sejuk baru bolih potong dengan pisau pelastik.
6. Kelapa muda digaulkan sedikit garam.
7. Lumurkan kueh yang dipotong bersama dengan kelapa tadi

Tuesday, June 14, 2011

Keledek Goreng Adunan HaSue lagi..

Keledek Goreng ni buat utk Enas...sbb anak dara sorang ni suker makan makanan gini2 nih...pisang goreng..apa2 jer ler yg goreng2..tak makan nasi pun takper Enas nih..suker benor dia bila bila ibunya goreng keledek nih...ucap terima kasih berkali2 tu ler perangai die..sikit2 terima kasih..apa2 pun mesti die ucap terima kasih..dan adik2nya pun terikut sama..termasuk la si muaz..apa yg muaz minta dan kita bagi dia akan ckp "acihhh"....terhibur jer tgk kerenah anak2 nih....
Alahaii melalut panjang pulak...ok ler..adunan tepung utk keledek goreng ni lieza guna resepi HaSue juga..ranguppppp tu yg lieza sukerrrr....dah pernah lieza buat tp sebelum ni lieza buat pisang goreng..klik ler SINI yer...btw thaks HaSue, akak gam resepi ni kat kepala dah...gam cap gajah lg..hehehe

Kerabu Mangga Ala CRS

Hari ni lieza buat kerabu mangga ala ala Chicken rice shop...resepi dari K.Nor Secubit Garam...aduhhh disaat lieza menaip ni masih terasa rasa mannga nih...perghhh sedap..betul ler k.nor mmg ada rasa mcm kat CRS tu...dpt lak mangga yg sebiji mcm yg kat CRS lak tu lagi ler besttttt....masa lieza buat cair air liur dibuatnya..lieza mmg suker benor kerabu mangga gini nih...dulu masa pregnant kan Muaz suka pegi CRS semata2 nak makan kerabu mangga ni jer...sedap wooo...jom tgk resepi k.nor ni yer..


KERABU MANGGA Ala CRS

resipi : K.Nor@SecubitGaram
Bahan:
5 bj buah mangga muda
sedikit kapur makan
3 bj bawang merah ~ dihiris halus
3 - 5 bj cili padi hijau dan merah ~ dihiris halus
2 - 3 helai daun limau purut ~ dihiris halus
1 sudu besar gula
1 sudu besar sos ikan

Cara2

Sagat halus mangga yg dah dibuang kulit dan rendam dalam sedikit air kapur utk merangupkannya.
Bilas bersih dan toskan.
Masukkan kedalam sebuah mangkuk dan masukkan kesemua bahan2 lain.
Gaul hingga sebati dan biarkan sebentar supaya semua bahan2 mesra.
Boleh lah dihidangkan.

@@@ Pstttt K.Norrr..ni kalau makan dgn nasi kuning ni sedap ni kan...hushhh..

Monday, June 13, 2011

Lepat Pisang

Dah lama tekak ni nak makan lepat pisang hasil air tangan sendiri....ni gara2 Mdam Anna Qawinna yg dok buat sampai dah 2 kali..lepat pisang nih...sedap katanya...lagi ler meleleh air liur..sbb lieza ni mmg penggemar pak lepat..tak kira ler...labu ker..pisang ker ubi ke..asalnya namanya pak lepat..oppps bukan pak lebai yer...baca betul betul..hehehhe...terima kasih kat Anna sbb berkongsikan resepi lepat pisang yg sedap nih...resepi asal dari Ms Jintan tu..sapa lagi kalu bukan Ros JintanManis..Anna akak copy letak sini lak yer....sedap sungguh lepat bertepung beras nih...


RESEPI LEPAT PISANG
Sumber : AnnaQawina

bahan-bahannya - *Ana gandakan bahan2
  • 3 biji pisang ranum - dilenyek (kalau pisang emas 6 biji)
  • 1/2 cawan tepung beras
  • 2 sudu besar gula *Ana campurkan sedikit gula merah
  • 1 senduk santan pekat
  • secubit garam *Ana tambah
  • daun pisang secukupnye

Cara-caranya
  • Panaskan pengukus,
  • Kemudian di dalam bekas adunan, satukan pisang yang telah dilenyek tadi bersama tapung beras, gula dan santan, kacau sebati,
  • Adunan lepat pisang ni seakan-akan adunan jemput-jemput, tak terlalu cair, tak terlalu pekat.
  • Layur daun pisang dan potong beberapa bahagian, (Ana celur je daun pisang & kemudian lap kering) letakkan 2 atau 3 sudu adunan di atas daun pisang dan lipat kemas,
  • Kukus selama 15 ke 20 minit, angkat dan sedia untuk dihidangkan selamat mencuba.

Gulai Lemak Pucuk Paku Telur Asin

Semalam lieza masak pucuk paku bertolor asin..kiranya ini ler pertama kali masak lemak pucuk paku..biasanya lieza tumis2 goreng belacan jer..tp tgk kat dapur Norma Cendana Kasih ni nampak..teringin pulak...lalu lieza pun main ler masak2 utk menyiapkan lemak pucuk paku..alhamdulillah siap dan kenyang..yg penting sedappp...tak gitu..jom intai resepi norma nih...

Bahan
1 ikat pucuk paku
1 cawan santan cair
2 cawan santan pekat
sedikit udang kering

1 bijik telur asin

bahan mesin
15 biji cili api
2 ulas bawang merah
1/2 inci kunyit hidup
garam

Cara.
1. Asingkan pucuk paku dari tangkainya dan bersihkan. Toskan.
2. Masukkan semua bahan kecuali telur asin, santan pekat dan masakkan sehingga mendidih.
3. Bila dah mendidih, masukkan santan pekat dan rasakan garam. Sentiasa kacau supaya kuah tidak naik minyak.
4. Bila dah nampak mendidih, perlahankan api dan pecahkan telur asin ke dalam kuah. Tunggu sekejap hingga telur masak. Tutup api dan hidangkan bersama nasi putih

Thursday, June 9, 2011

Kuih Bom Kentang

Semalam lieza buat kuih bom berkentang ni resepi dari Kak Besah MyR...jom tgk resepi yer..oppps lupa nak cite..kejadian kuih ni lembut walupun semalaman..pestime buat menjadi alhamdulillah...kenyangggg..

Bahan-bahan ( sepinggan penuh )

  • 2 cawan padat kentang lecek
  • 11/2 cawan tepung pulut
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 sudu garam
  • inti kelapa secukupnya
  • bijan utk menggolek
  • minyak utk menggoreng terendam

Cara-cara

  1. gaul & uli sebati kentang lecek bersama garam & tepung2 segingga mnjadi doh yg bleh dibentuk. tambah sesudu dua santan @ air jika perlu. jgn sampai terlembik ya..
  2. mcm biasa, bulat2kan inti dengan menggenggamnya dgn kuat spaya padat.
  3. ambil sejemput doh, leperkan, isi inti dan kelim kemas. bentukkan bulat.
  4. golekkan pd bijan. lalu dimasukkan kedalam kuali berisi minyak.
  5. pasang api dapur dan gorenglah hingga perang..
  6. . onde2 kentang ni ada beza gak rasa dia.. ia lbih lembut tau.. hihihi..

Sunday, June 5, 2011

Puding Roti Karamel

Alhamdulillah hari ni lieza sempat ler buat puding ni...waduhhhhhh sedap bebenorrrr tak tau nak kabo bagaimana kesedapannya...dari lieza ni kurang minat makan puding puding nih tetiba sedap jer bila lalu kat dlm anak tekak nih...begitu juga ler Mr. Hubby pun kurang gemar puding2 ni tp bila makan jer puding ni...Mr. Hubby kata sedap...itu petanda baik tu...

Alkisahnya si puding nih...dah ramai yg mencubanya...tp tak tgk betul2 bahan2 nya..lepas tu yg terkini lieza tgk kat dapur K.Nor Secubitgaram ada ler buat puding nih...ehhhh sekali tgk senang jer bahan nya..mmg dah ada pun kat umah tak yah nak p beli lagi...apa lagi gerak pantas ler buat...bahan2 yg senang dan cara buat yg cepat dan mudah...tp kan mmg sedap ler puding nih..lembut mungkin sbb letak roti kot..hmm tak yah ler cite byk lagi jom tgk resepi yer...lieza minta izin copy yer k.nor...terima kasih ler k.nor buat lieza teruja nak cuba..hasilnya mmg sedap....

RESEPI PUDING ROTI KARAMEL
resepi asal : rosaliza@embunkasih
sumber : Lina.pg & Hana
Copy dari Dapur K.Nor

Bahan-bahan

3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
4 keping roti gardenia
3 biji telur A @ 4 biji gred B - di pukul manja dan di tapis
2 cawan air suam @ (1cwn susu cair+1cwn air suam) - Lieza letak air suam jer
1/2 cawan susu pekat - resepi asal 1 cawan - lieza letak 1/2 cawan juga
esen vanilla (1sk)

Cara-cara
Cara membuat gula hangus , masukkan gula ke dalam kuali, masak hingga gula jd perang (guna api kecil takut hangit). Kemudian masukkan 1 sudu besar air, (berhati2 gula panas). kacau hingga sebati dan matikan api. Tuang terus dalam loyang. Ketepikan.
Panaskan pengukus.Carik2kan roti kemudian blender bersama air suam dan susu.
Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla. Blend sekejap agar sebati. Tuang adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak.(40min-1jam) - hana kukus 30min je(lieza kukus 40 minit jer)

### rasa manis puding nih sedang elok jer dgn 1/2 cawan susu pekat.

Kerabu Epal Hijau



Haaaaaa...kan dah kata kalau dah sedap tu...mmg lieza akan buat lagi ler menu tu...hari ni lieza buat lg kerabu epal nih....mcm tak puas2 lak makan jumaat hari tu....Mr. Hubby pun suker...jadi seterusnya akan ada lg ler kehadiran menu ini yer...tungguuuu..oleh kerana baru jer lieza buat..resepi tak yah ler lieza letak yer...klik SINI yer..tp kalau scroll jer mouse tu kebawah pun lagi cpt nak tgk..sbb baru selang sehari jer lieza buat...walau apapun terima kasih buat Kak CT Delima for sharing.

Ayam Masak Paprik Special Lagiiiiii

Buat lagi menu nih yg entah keberapa kalinya..klik SINI la yer utk tgk resepi....sbb dah byk kali lieza buat...yg pasti mmg bestttttt.....

Friday, June 3, 2011

Kerabu Epal Hijau

Hari ni kan salah satu menu lieza Kerabu Epal Hijau resepi dari Kak CT Delima...aduhaiiii mmmggg sedapppppp..kecur airliur dikala lieza menaip sambil melihat gambo ni haaaa...kalau tak makan dgn nasi makan begitu sajer pun enak sihhhh....mmg betul bagai dikata kak CT sentiasa kecur bila tgh menyediakannya...ini lah kali pertama lieza buat kerabu epal..sekali buat dah jatuh cinta..uhhhhh...akan ada lg hidangan kerabu epal ni nanti...Ohhh kak CT izinkan lieza copy resepi utk dikongsi kat sini pulak yer...terima kasih kak CT.

Kerabu Epal Hijau
  • Sumber : Majalah lama/Dari Dapur CT

    Bahan-Bahan :
    1 biji epal hijau
    1 biji bwg besar - potong dadu
    1 biji tomato - potong dadu (CT tambah)-Lieza tak letak takder stok
    4 biji cili padi - hiris bulat
    1 tangkai cili merah - hiris bulat (CT tambah)
    lemon juice/ limau nipis / sedikit cuka masak
    1/2 sudu teh kerisik
    Sedikit nampla (sos ikan) - (CT tambah)
    Garam dan gula secukup rasa
    Udang kering digoreng - tumbuk kasar

    Cara-cara :
    1. Hiris buah epal nipis2 dengan kulit2 sekali (jangan sagat) dan rendam dalam air garam untuk mengelakkan dari menjadi lebam.
    2. Satukan epal hiris, bawang besar, tomato, cili padi, cili merah, kerisik dalam mangkuk.
    3. Masukkan lemon juice / limau nipis / sedikit cuka (jika tiada juice lemon) gaul semua bahan2 dan tabur udang kering.
    4. Bubuh sedikit garam dan gula, gaul sebati dan hidang segera.

Thursday, June 2, 2011

Terung Telur


Bagi penggemar terung boleh lah cuba menu nih...sedappppp...lieza makan dgn sambal kicap..perggghh...mmg sedap kat tekak kami...laju jer makan dgn nasi panas2 uishhh...resepi yg mudah dan sedap....menu ni lieza ternampak kat dapur K.Jun Yummylicious..terus masuk list..sbb lieza dan Mr. Hubby mmg suka terung dari terung pipit dan semua yg ber nama terung org kata suku sakat terung...sepupu sepapat bagai ler...mmg kami suka...resepi asal dari Fizammar MyR..

Bahan-bahan ( 2 org )

  • 1 biji terung panjang
  • 1 biji telur ayam
  • garam dan lada sulah (secukup rasa)
  • minyak utk menggoreng

Cara-cara

  1. potong terung bulat2 (ikut keratan rentas)..ketebalan ikut citarasa masing2 lor.ketepikan dulu
  2. panaskan minyak di dalam kuali
  3. sementara menunggu minyak panas, pukul telur bersama garam dan lada sulah, pukul sket2 je, jgn kembang sgt kayh!
  4. celupkan terung ke dlm telur dan goreng (celup satu persatu seperti nak wat pisang goreng supaya salutan telur jd cantik)...angkat bila warna bertukar menjd keemasan
  5. Good Luck!

Nasi Ketumbar + Ayam Masak Merah


Pertama kalinya ternampak menu Nasi Ketumbar kat Dapur K.Ayu Curlybabe's...hmm dah terpk nak cuba..tapi tak terbuat buat lagi....pas tu bebaru ni nampak Kakasma buat gak nasi nih...aishhh tak leh jadi nih...kena buat gak nih...maka itu semalam..semalam yer...Mr. Hubby pun baru balik dari KL..lieza masak ler nasi ketumbar nih bersama ayam masak merah...dpt ler Mr. Hubby kita pun merasa..hasilnya mmg sedap nasi nih...anak2 pun suka juga..resepi asal dari Q'ein MyR dan lieza copy dari dapur K.ayu...terima kasih semua.

Nasi Ketumbar
Sources:-From Q'ein@myresipi.com

Bahan2
  • 500g beras
  • 3 s/b mentega-(Ayu guankan minyak sapi)
  • sedikit minyak
  • 1 biji bawang merah (dimayang halus)
  • 3 batang daun ketumbar (blender halus)-(Ayu tapis)
  • sedikit garam
  • pewarna hijau
  • 1 kiub ayam

Cara-cara

  1. basuh beras dan toskan
  2. cairkan mentega bersama sedikit minyak
  3. Masukkan bawang goreng sehingga wangi dan masukkan kiub ayam
  4. Kemudian masukkan beras, daun ketumbar yang telah blender tadi dan secubit garam
  5. Masukkan air dan masak seperti nasi biasa
  6. bila nasi dah kering buat beberapa lubang dan titiskan pewarna hijau
  7. tunggu sehingga nasi betul-betul masak dan gemburkan sebelum dihidang.