Friday, February 25, 2011

Selamat Hari Lahir K.Nor Secubit Garam

Picture Captions

Di kesempatan ini Lieza nak ucapkan Selamat Hari Ulangtahun kelahiran buat K.Nor, semoga K.Nor sentiasa sihat2 selalu...berbahagia selalu...dipanjangkan umur sehingga ke ulangtahun seterus terusnya...aminnnn.
Disamping itu juga semoga K.Nor teruskan perjuangan bersama Secubit Garam tanpa jemu dan putus asa.

Thursday, February 24, 2011

Sticky Caramel Chicken

Tak tahu dah nak masak apa dgn ayam ni...teringat hari tu k.nor ada letak post Sticky Caramel Chicken nih..skrg...taraaaaaa...dah siap ayamnya nih....mmg sticky...thanks k.nor..resepi asal sticky caramel chicken wing tp lieza ikut cara k.nor juga..apa2 jer ler janji ayam yg ada isikan....jgn paruh ayam udah...camner ler nak makan kan...huahuahua...oklah K.Nor lieza nak juga panjangkan resepinya kat sini yer...lieza copypes yer...nak tgk menu ni kat umah k.nor klik SINI yer..rajin2 ler klik...mesti berbaloi.


STICKY CARAMEL CHICKEN
resipi asal : MutiaraAzura MyResipi
sumber: CMGebu & K.Nor@SecubitGaram

BAHAN-BAHANNYA :-)
12 keping kepak ayam (kalau besar kerat dua), cuci bersih dan toskan
2 camca besar minyak masak
3 ulas bawang putih, dititik dengan kulit2nya, tak payah kupas
1 camca besar cincangan halia
1 camca besar sos ikan
1 camca besar kicap
1 camca besar sos cili
7 - 8 camca besar madu

CARA MEMBUATNYA :-)
Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih, halia dan kepak ayam, gaul rata dan masak dengan api sederhana selama 5 - 6 minit.
Masukkan semua sos dan madu, kacau sekejap dan tutup kuali. Kacau sekali sekala hingga kepak ayam kelihatan bersalut, masak kurang lebih 15 minit. Biar hingga pekat dan warnanya bertukar perang keemasan. Angkat dan hidangkan...

* K.Nor tambah 1 sudu besar serbuk lada hitam - Lieza pun letak

Tempe Goreng Rangup

Mari mari mari..pengemar tempe...pewittttt....hari ni lieza merajinkan diri goreng tempe dgn tepung....hasilnya mmg bagai dikata ler rangup beb....peh tu cicah samabl kicap...lieza makan sampai terkenyang dok mkn tempe jer..nasi tak lalu dah nak makan..thanks Cikgu Hana Jopun mmg sodap rupanya bila tempe digoreng dgn tepung nih...lieza suka benor nih..esok2 bole buat lg nih...Lieza nak tepek resepi ni yer Hana....bole kan..takpe nanti Hana balik dari Jopon lieza blanja makan tempe yer....hehehhe

Sumber : Hanamemories Japan

Bahan-bahan
  • 5 keping tempe
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung beras
  • 1 sudu besar ketumbar
  • 3 ulas bawang putih
  • serbuk kunyit
  • sedikit garam dan air
  • BHN UTK SAMBAL KICAP
  • segengam cili padi- leh tambah cili merah utk kurangkan pedas
  • 2 ulas bawang putih
  • gula
  • kicap - hana gune jalen manis
Cara-cara
  1. Potong nipis tempe. Serongkan sedikit.
  2. Tumbuk bwg putih dan ketumbar.
  3. Campurkan tepung dengan bhn tumbuk dan serbuk kunyit. Letak garam skit. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga macam batter nak goreng pisang.
  4. Panaskan minyak, renjiskan sedikit adunan tepung.
  5. Celupkan tempe ke dalam adunan tepung. kemudian goreng hingga kekuningan.
  6. Utk sambal kicap - tumbuk chili,bwg putih, dan gula. Masukkan dlm mangkuk dan buh kicap. Cicah dengan tempe goreng tadi.

Tuesday, February 22, 2011

Ikan Kembung 3 Rasa


Kalau ikan keli dibakar..ikan kembung ni lieza masak 3 rasa pulak..menu yg pedas dan sgt sedap..tp dari ikan siakap lieza buar magic jadi ikan kembung...dari kukus..lieza pula goreng ikut k.nor...aci tak K.Nor...? hehehe...resepi ni lieza dapat bila lieza punggah2 dapur K.Nor Secubit Garam yg resepi asalnya dari Chef selebriti Chef Norzailina..

Terima kasih K.Nor kerna sudi berkongsi apa saja menu yg K.Nor dah try...muahhhh...hmmm lieza copy yer yer yer....

SIAKAP STIM 3 RASA by Norzailina Nordin
sumber: Ummi Kuantan

Bahan:-
1 ekor ikan siakap - dalam 600 gm - lieza tukar ikan kembung
100 ml air - boleh tambahkan air kalau nk kuah lebih
2 camb minyak - untuk menumis
garam secukupnya

Bahan Cincang Halus:-
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia muda
2 biji cili merah

Bahan Dihiris Halus:-
1/2 kuntum bunga kantan ~ tak ada stok, ganti dgn 2 btg serai (hiris nipis) lieza guna bunga kantan
2 helai daun limau purut
4 - 5 biji cili padi

Bahan-Bahan Sos:-
2 camb cili kisar
1 camb sos tomato
2 camb sos plum - kalau takder bole ganti sos ikan cam k.nor
2 camb gula pasir
2 camb sos cili
1 camb jus limau nipis
1 camt kicap manis

Cara Memasak:-
Sediakan kukusan. Lumurkan ikan dengan garam dan biarkan selama 10 minit.
Letakkan ikan di dalam pinggan yang dilengser dengan sedikit minyak dan air.
Kukus hinga ikan masak.(lieza goreng ikan kembung)
Sementara itu, dalam kuali lain, panaskan minyak. Tumiskan bahan2 cincang selama 1 minit.
Masukkan bahan-bahan sos dan kacau rata.
Bila mendidih, masukkan bahan-bahan hiris, air kukusan ikan dan garam.
Masak hinga kuah pekat sedikit dan tuangkan ke atas ikan tadi.
Makanlah bersama nasi putih dan ulam-ulaman.

## K.Nor skip bab mengukus tu sbb kali ni K.Nor buat versi goreng. Jadi lumurkan garam dan serbuk kunyit jer pada ikan dan goreng hingga - sama ler dgn lieza

Ikan Keli Bakar + Air Asam

Akhirnya abih juga stok ikan keli dlm freeze..sampai tak tau nak dimasak apa..at last semalam nampak Nieza Finland dok bakar ikan ni...dtg ler idea nak bakar ikan keli nih...rasa ikan keli ni sedap juga ler bila dibakar dan dimakan dgn air asam...almaklum ler lieza ni bukan makan ikan keli ni tp skrg dah bole makan sikit..ni semua gara2 Mr. Hubby yg suka makan...jom makan dan cuci jer ler mata yer...resepi ni mudah benor semua org tau bakar ikan kan kan kan...tapi kot kot kot ler yg tak tau kan bole pegi umah Nieza yer..klik SINI. cara2 nak buat air asam pun ada..ok..layannnn.


Monday, February 21, 2011

Tempe Goreng Belacan Berapi Kakbesah

Salah satu menu lieza hari ni resepi sumbangan KakBesah MyR...mmg berasap weiii...sampai la ni perut ku masih terasa paneh didalam...terima kasih kak besah..lieza nak tepek resepi ni yer kakbesah..lieza suka sgt..lebih2 lg yg pedas berapi peh tu tempe...perghhh..

Bahan-bahan ( 1 hidangan )

  • 3 bungkus tempe( jika dibungkus daun 5 kpg)
  • 7 biji bawang merah, *
  • 5 ulas bawang putih,*
  • 1 cm halia muda, *
  • segenggam cili api kampung,(ikut selera masing2) *
  • 2cm persegi belacan, *
  • segenggam ikan bilis - * kesemuanya di tumbuk kasar.
  • minyak utk menggoreng,
  • 1 sudu makan air asam jawa, garam & gula secukup rasa.
  • 2 biji kentang dipotong nipis - yg ni ieza tambah..kiranya derhaka sikit ler

Cara-cara

  1. tempe dipotong dadu 1.5 cm persegi. panaskan 2 senduk minyak & goreng tempe hingga garing -dan juga kentang -ketepikan.
  2. kurangkan minyak menjadi 1 senduk & tumis bahan2 yg ditumbuk, masukkan belacan tumis hingga wangi & garing. masukkan air asam,gula & garam.suaikan rasanya sambil dikacau sebati hingga kering.boleh lh diangkat.
  3. sedap dimakan bersama nasi putih, digulung dlm roti,lempeng, capati...

Vietnamese Spicy Lemongrass Chicken

Sesambil melayan anak2 jom ler mengupdate bloggg....ni menu semalm baru sempat nak post N3..apa ke namanya...Vietnamese Spicy Lemongrass Chicken..haaa amikkk kak limahhhh oiii panjang beno namanya...haaaa??? kak limahhh sapa tuuu???? ni semua gara2 Hantu kak limah balik rumahhh..hehehehe..
Sekali tgk ayam ni macam letak kicap...tp sebenarnya keperangan dek gula yg dimasak dulu sehingga gelap...mcm2 idea org memasak ni kan..tak pernah terpk pun cara mcm ni..mmg berbaloi2 mengenali teman di MyR dan bloggers yg suka memasaak ni....walaupun kekadang kenal di alam maya tp byk ilmu memasak yg kita tak tau bole jadi tau...sbb ramai diantaranya tak pernah lokek berkongsi ilmu..semuanya di kongsi bersama...terima kasih yg tak terhingga...utk semua rakan2 bloggers...

Berbalik semula pada menu ni yer..resepi yg lieza ambik kat MyR sumbangan dari
Ms Tulip77 ni mmg bole dikatakan sedap sedap sedap sgt...resepi yg mudah dan sedap...ramai juga teman2 alam maya sudah menikmati menu ni...anda semua bila lg?? cuba la...jom kita tgk resepi yg lieza copy ni yer...ready 1...2....3....

Bahan-bahan ( 5 org )

  • 3 keping isi ayam, potong saiz kecil2
  • 3sb gula
  • 2sb minyak masak
  • 3sb sos ikan
  • 3btg serai - ketuk
  • 1sb cuka
  • 1sb sos tiram
  • 1bj bawang besar - potong dadu
  • lada merah & lada hijau - potong menyerong

Cara-cara

  1. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan gula dan biarkan sebentar hingga bertukar warna gelap. Masukkan ayam & bawang.
  2. Lepas 5minit masukkan serai & lada. Perlahankan api & masuk bahan2 lain & gaul biar sekata. Jika kering masukkan sedikit air.
  3. Rasa & adjust apa2 yg terkurang. Hidang panas2 dgn nasi putih.

Friday, February 18, 2011

Nasi Air Siam


Alhamdulillah hari ni selesai la sudah tugas menghantar dan mengambil Enas pergi dan balik dari tadika...bukan apa..dah lama benor tak memandu..almaklum ler anak2 breastfeed ni susah sikit..mana idaknya kete baru gerak tak sampai 5 minit dah nak bergayut..kan parah tu..dah jadi kebiasaan Muaz dok kat riba tp bila Ibu yg memandu die kena dok pulak kat carseat tu...haaa rasakan....bising juga ler die, nasib tak jauh sgt jarak rumah dgn tadika Enas...kalau tidak maunya Muaz melolong lolong...
Hmmm hari ni masih lg bertemankan anak2 jer...lieza masak menu yg simple yg boleh dimakan bersama anak2..Nasi Air Siam yg lieza tgk resepi kat MyR resepi sumbangan Siti Azma tekan mouse anda di SINI yer kalau nak tgk resepi asalnya di MyR, ramai yg dah mencuba cuma lieza baru nak try...btw sedap sampai berasap telinga nih...dgn itu lieza nak copy juga resepi nih...jom layan.

Bahan-bahan ( 4-5 orang )

  • Nasi - dimasak sedikit lembik
  • Daging - 1/2 kilo
  • halia - 5 inch -ditumbuk lumat
  • cili padi (hijau atau merah) - segenggam
  • cuka makan - 3 atau 4 sudu besar
  • garam,gula sesedap rasa
  • BAHAN TAMBAH
  • ikan bilis - digoreng garing
  • bawang goreng
  • bihun - 1/4 dari plastik. Dibasuh dan sejat. Digoreng dalam minyak
  • air lada (cili) - sila rujuk cara membuat
  • daun sup - dihiris halus-halus
  • limau nipis/limau kasturi - di potong (utk diperah semasa makan)
  • **bahan tambah ini-perlu dihidangkan dalam bekas berasingan. Memudahkan anda untuk menambah apa yang anda suka ketika makan.

Cara-cara

  1. Masak Nasi seperti biasa cuma lebihkan air sedikit.
  2. Daging tersebut -dipotong besar-besar dan direbus dlm air yang banyak. Setelah masak - Air daging tersebut dipanaskan semula dan ditambah garam dan gula sesedap rasa. Kalau rasa tak cukup utk seisi keluarga (bagi yg suka kuah byk) boleh tambah air lagi.
  3. Daging yang direbus tadi - dipotong/disiat kecil-kecil dan digaul dengan halia. Seterusnya digoreng hingga garing.
  4. Air lada - Cili padi ditumbuk lumat. Masukkan ke dalam mangkuk kecil-tambah cuka, gula dan garam sesedap rasa.
  5. Semua sudah siap. Bolehlah ambik satu senduk-masukkan air daging-masukkan semua bahan tambah-gaul2kan semuanya-MAKAN-kalau tak cukup pedas-tambah air lada :).
  6. TIP- bahan yang perlu digoreng ialah - bihun, ikan bilis, daging. Anda perlu menggoreng ikut aturan bihun-ikan bilis-daging. Kalau goreng daging dulu nanti-serdak dari halia tersebut akan bercampur dgn bihun atau ikan bilis.
  7. CARA MAKAN- ambik nasi sesenduk-masukkan air daging yang tengah panas tu-kemudian di masukkan segala bahan tambah. Sedap dimakan panas-panas apalagi kalau semakin pedas. Jaminan 100% sedap!
##Lieza tambah telur masin dan kcang tanah...nikmat lagi terasa..sambil lupa diri jap makan

Thursday, February 17, 2011

Fettuccine Seafood Marinara

Hari ni tak mau makan nasi ler...sbbnya Mr. Hubby berada di luar kawasan liputan..maknanya tak berselera sgt ler lieza nak makan nasi sesorang nih...terpk nak masak apa..last2 terpana dgn Spagetti Seafood Marinara dari K.Ayu nun di S'pore...
Inilah pestime lieza buat berseafood bagai...kebiasaannya dan selalunya lieza buat bolognise(tul ke spelling tu).sesekali buat camgini memang enak sekali...alhamdulillah Enas pun suka makan sbb Enas ni teramatlah susah nak makan kalau makan nasi 3 4 suap dah kenyang berbanding pula dgn Eryna yg suka mkn nasi tapi bila masak camni dia makan udangnya jer...Eryna ni mmg tekak melayu..mcm mana pun nak makan nasi...makan roti pun nak cicah air jer..huhhh mcm2 kerenah anak2 ni...belum Muaz besar lagi..
Aiseyyy jauh lak melalut ni..buat K.Ayu..lieza nak copy resepi ni yer...next time bole lieza buat lagi...mmg sedapppp...

ngredients:-
1 packet spaghetti
some olive oil
salt
water
Boil all the above till al dente and drained.

Sauce:-
1 small bottle PREGO' tomatoes sauce + 1 bottle water(same bottle) or more
1-2 tomato diced/chopped
1 carrot shredded
1 big onion diced
2 garlics diced/chopped
1 capsicum diced-(optional)
1 small can button mushrooms slice
some medium prawns
some squids
$2 lala-(or mussels,optional)
1 tbsp chili powder-(optional kalau nak pedas)
2 tsp Italian herbs
1 tbsp pepper
1 tbsp black pepper
1 cube chicken stock
salt to taste
oil

mozzarella cheese shredded sprinkle on top
cheddar cheese shredded sprinkle on to
parmesan cheese sprinkle on top

Method:-
Heat oil and saute garlics, add in onions and stir till soft. Add in carrots,capsicum, and stir well. Add in chili powder,pepper,black pepper, Italian herbs,chicken cube and stir. Add Prego sauce, mushrooms,prawns, squids and lala and stir well. Add in water to estimate how much runny preferred, if wants thick then less water. Add salt let simmer for a while and turn off heat.
Pour onto boiled spaghetti and sprinkle with mozzarella, parmesan and cheddar cheese. Ready and serve hot

##Lieza hanya letak cheddar cheese jer


Tuesday, February 15, 2011

Sizzling Mee

Jom layan menu kami utk lunch hari ni...Sizzling Mee.....sebenarnya dah berpuluh2 kali dah lieza buat sizzling mee ni...tapi sekali 2 jer berposing kat dlm blog ni...bukan apa nanti kengkawan loya tekak pula bila slalu n3 menu yg sama jer kan...jadi hari ni lieza terpanggil juga nak ber N3 kan seizzling mee ni sbb kali ni lieza guna mee yg sepatutnya iaitu mee sanggul/yee mee bukan lagi guna mee maggi dll...Mee utk sizzling ni lieza bawa dari KL..masa lieza balik hari tu...sbb kat sini mcm tak pernah jumpa pula.
Oleh kerana lieza dah pernah tepek resepi kat sini...apakata kalau kengkawan klik jer SINI utk tgk resepi yer...boleh kannnnnnkannnnn...

Monday, February 14, 2011

Kari Ikan style Chik Mimi


Asyik cite menu yg dah lepas jer..hari ni masak apa lieza weiiiii.....hmmmm...wokey hari ni kan lieza masak Kari Ikan Senangin....seperti biasalah kan kalau lieza masak kari ni masuk bahan2 asas jer...tapi nak kelainan lieza godek2 dapur Chik Mimi yg kat utara tu...tokey periuk tu...nak order periuk bole gi punggah umah cik kak sorang ni namanya Chik Mimi alahhhh..yg Aku dan Kehidupanku tu....jom jom tgk cpttttt..
Akak lieza nak letak resepi ni kat sini pulak yer...supaya lieza bole rujuk lagi tak yah ketuk2 pintu umah akak jer kan..heheheh

Bahan Tumis
Bwg merah*
Bwg putih*
*dihiris
Halba campur - terdiri dari halba, biji sawi, jintan manis dan putih..tul tak kak?
Daun kari

Rempah Kari selalunya chik guna cap Babas**
Air Asam jawa~pekat**
Santan pekat **~sllnya chik guna dlm 100ml (chik sllnya guna santan frozen)kes malas nak beli selalu so mmg buat stok
garam**
** Rempah di bancuh dgn air panas dijadikan pes kemudian masukkan santan & garam
Air

Bahan sampingan
Bendi / terung
Cabai muda
Tomato buah

Cara-cara
Tumiskan bahan2 tumis sehingga naik bau,kemudian masukkan campuran rempah tadi,kena kacau selalu takut nnti hangit,masak sehingga garing dan hilang bau rempahnya.Setelah garing masukkan sedikit air ,jgn masukkan terlalu banyak air nnti cair tak sedap,biarkan mendidih sebentar,masukkan ikan @ kepala ikan bersama tomato buah,biarkan mendidih lagi apabila dah mengelegak masukkan pula bendi/terung.Apabila bendi agak lembut masukkan cabai muda yg dibelah di bahagian bawahnya.Masak sebentar ,bolehlah ditutup api jika suka taburkan daun bawang yg potong,tarraaaa siap utk dingap.


Soto Ayam Diana lagi dan lagi


Soto ni lieza buat semalam...dah lama tak makan soto...biasanya lieza buat ikut resepi Diana dah byk kali lieza buat kat SINI...jom kita layan jer lah yer...

Bahan-bahan ( 12 orang )

  • 6 bungkus lontong ADABI yang telah dimasak
  • 2 ekor ayam, dibelah empat Align Center
  • 3 - 4 liter air
  • 1 cawan santan pekat
  • 1/2 cawan serbuk ketumbar}
  • 2 sudu teh serbuk jintan halus} Lieza gantikan sebungkus perencah sup adabi serbuk tu
  • 2 sudu teh serbuk lada putih
  • 3 batang serai, dititik
  • lengkuas sebesar ibu jari, dititik
  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 4 biji buah pelaga
  • 5 tangkai bunga cengkih
  • garam secukup rasa
  • 1 cawan minyak untuk menumis
  • Bahan untuk Dikisar
  • 3 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup
  • Bahan untuk Sambal Kicap
  • 5 batang lada merah
  • 20 biji lada padi merah thai
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 cawan kicap lemak manis
  • Bahan Hiasan
  • bergedil
  • taugeh yang telah dicelur
  • daun sup, dipotong halus
  • bawang goreng
  • sambal kicap
  • ayam, yang telah disiat-siat

Cara-cara

  1. Panaskan minyak didalam periuk. Masukkan rempah tumis (kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih) bersama serai dan lengkusa yang telah dititik. Tumis rempah yang telah dikisar sehingga naik bau. Masukkan serbuk ketumbar, jintan halus dan lada putih, gaul hingga sebati. Masukkan santan gaul sebati dan tuangkan air dan masukkan ayam. Masak sehingga kuahnya mendidih dan ayam masak.
  2. Cara membuat Sambal Kicap - Kesemua bahan itu masukkan kedalam alat pengisar dan kisar halus. Sedia untuk digunakan.
  3. Cara menghidang - Potong lontong dadu besar dan letakkan daging ayam yang telah disiat bersama taugeh dan tuang kuahnya. Hiaskan dengan daun sup, bawang goreng, bergedil dan sambal kicap.

### utk ayam tu lieza dah potong kecil2 dan terus campak jer...nak ayam ambik jer seketoi seketoi jer....maleh sungguh nak siat menyiat.

Sambal Telur Mata Kerbau



Menu biasa2 jer bergandingan dgn peria...bila dah jemu mkn ikan..ayam..sotong atau udang...masak ler telur pulak...kali ni sambal telur mata kerbau...bukan mata kucen yer...biasa lieza buat main campak jer buat sambal nih...tanpa letak belacan ke..serai ke..sos ke...tapi kali ni lieza dok godek kat rumah CMG...adalah terjumpa menu nih...jadi lieza pun masak ler style gini dan copy sekali..hmmm pendek jer citenya kan...jom try.thanks to CMG...utk masakan yg simple dan sedap..

BAHAN-BAHANNYA :-)
6 biji telur
3/4 cawan cili kisar
2 camca besar sos tomato - Lieza guna tomato puri
1/3 cawan jus asam jawa
1 batang serai, dititik
1 biji bawang holland, hiris kasar (guna bawang besar biasa pun ok)
Garam dan gula secukup rasa
5 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1/2 inci belacan*(*ditumbuk halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Telur dicuci bersih dan keringkan. Kemudian, goreng mata kerbau sebiji demi sebiji hingga kuning keemasan pada dua2 bahagian dan merahnya mengeras. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk halus dan serai hingga harum, masukkan cili kisar dan sos tomato, kacau dan tumis hingga terbit minyak. Masukkan air asam, gula dan garam secukup rasa.
  3. Bila kelihatan sedikit pekat, masukkan bawang besar hiris dan juga telur mata kerbau tadi, berhati2, gaul kan telur dengan sambal hingga rata. Kecikan api dan masak hingga sambal pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api, angkat dan hidangkan.

Peria Telur Asin Berlada lagiiiii....



Aduhh...suka peria nih...masak pedas2..perghhh..ni menu yg tertunggak tak sempat nak ber N3..ini kali ke2 lieza buat peria camgini...resepi dari K.ayu s'pore ni...sedap sedap sedap...ada telur masin pecah didalam...nak tgk resepi klik SINI lah yer, dah pernah lieza tayang sebelum ni...kiranya ni siaran ulangan jer..

Thursday, February 10, 2011

Apam Snow White


Apam ni mmg lama dah tingin nak buat...sbb mudah jer bila tgk resepinya...memandangkan lieza ni mmg penggemar apam...bila yg mudah2 camni mmg ler nak juga buat...lieza tgk sana sini org dah cuba dari MyR...dapur ke dapur pastu terus ke Japan...kat Dapur Cikgu Hana...resepi asal ni dari qnq0910 MyR
Resepi ni lieza buat separuh adunan juga...byk wooo kedapatannya..puas makannnnnn...mmg sedappppppppp....lagi ler lieza ni gemar makan apam..muka pun dah macam apam...hehehhe...sesapa yg penggemar apam beras ni bole la cuba tau..tak rugi...wokey jom kita tgk resepinya yg lieza copy dari dapur Hana...
terimah kasih buat semua yg berkongsi resepi ni.


RESEPI APAM SNOW WHITE
Sumber dari bdaria@jurnalresepi/Hanamemories

Bahan-bahan
  • 3 cawan tepung beras
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 cawan gula pasir
  • 1 paket mauripan @ ibu roti (11gm)
  • 2 cawan nasi
  • 3 cawan air
  • 1/2 biji kelapa parut putih + sedikit garam
Cara-cara
  • Masukkan semua bahan diatas kecuali nasi dan air kedalam bekas. Gaul rata dan ketepikan sebentar
  • Kisar nasi dengan air sehingga ia betul-betul hancur.
  • Masukkan campuran kisaran nasi dan air tadi kedalam bekas tepung dan sebatikan.
  • Perapkan adunan selama sejam. Tutup bekas adunan anda dengan kain bersih/tuala bersih.
  • Panaskan periuk kukus. Sapukan sedikit minyak pada acuan lompang dan susun dalam pengukus. Kukus dalam 3-5 minit.
  • Angkat bekas kukusan yang mengandungi acuan lompang kosong dan masukkan bancuhan tadi sehingga penuh acuan. Anda boleh letakkan pewarna kesukaan anda. saya letakkan sirap ros so bau apam jadi harum saja.Kukus selama 10-15 minit dengan api yang sederhana .

NOTA dari kak.bdaria:
  • Saya buat separuh sukatan resepi diatas so gula pasir saya gantikan dengan gula kastor sebanyak 1 cawan ( kemudian buang 1 sudu besar gula) supaya ia tak terlalu manis. Bagi saya manis gula yang dikurangkan dan ditukar kepada gula kastor dah ok. Saya tak suka manis sangat so manis nie....just nice 4 me.
  • Jika adan nak buat belang2 macam saya buat tu....bahagikan adunan kepada warna kesukaan anda kemudian masukkan kedalam pipping bag supaya senang nak dimasukkan kedalam acuan. Picit sahaja sebelah warna putih dan sebelah lagi warna merah so jadilah 2 warna dalam satu acuan.
  • Saya akan tambah tempoh masa perapan kepada 1 1/2 - 2 jam jika buat lain kali supaya teksturnya lebih gebu lagi. Jika anda buat apam dan dapati bahagian bawah apam separuh keras dan atasnya gebu. Solusi bagi masalah ini adalah panaskan bekas lompang atau bekas lain yg hendak digunakan terlebih dahulu sebelum memasukkan bancuhan apam. Ini sebelum kukusan yg pertama.

Wednesday, February 9, 2011

Jong Crocodile Farm Serian


















Cuti CNY baru ni pegi jejalan kat Crocodile Farm bawa anak2 mengenali mana satu buaya darat mana satu buaya ayor...hehehehe...biasa la kan budak2 mmg teruja tgk binatang2....saje ler dtg sini..tak jauh juga dari rumah dlm 35 minit dah sampai....bayaran masuk adalah RM 16 ADULT RM10 bagi kanak bawah 12 tahun...tapi kalau sarawakian utk ADULT RM10 dan kanak2 RM5..jadi kami dapat harga sarawakian memandangkan Mr. Hubby lahir di Sarawak..masa beli tiket mesti kena tunjukkan pengenalan diri mcm kat sunway juga ler...
Kat sini kebanyakannya ada Buaya jer ler...yg lain2 ada juga tp tak byk mmg fokus pada Buaya jer..kirannya sangkar buaya la..pada sesiapa yg dtg Kuching bole la pergi sini..pandai2 ler bajet masa sbb dalam pukul 11am dan pukul 3pm buaya2 ni akan diberi makan..dan pada masa tu ler org nak tgk buaya terlompat nak ambil makanan yg digantung...gitu ler citenya...

Salad Terung Gril


Salad terung gril ni dah pernah lieza buat sebelum ni..mmg sedappp kalau dulu lieza terlupa nak letak telur rebus tp kali ni dah ada telur rebus...aduhhhaaaaii sedap sedap...suker suker....terima kasih sekali lagi buat K.Nor kerna mengongsikan resepinya itewwww..sesiapa nak tgk N3 yg sebelum ni bole tgk SINI ...utk resepinya takpelah lieza copykan semula yer.....


SALAD TERUNG GRIL

2 batang terung panjang
1 biji telur ~ direbus
2 sudu besar udang kering ~ digoreng sekejap dan toskan
2 ulas bawang putih ~ dihiris atau dicincang
2 bj bawang merah ~ dihiris halus - lieza ganti dgn bawang besor sbb bawang kecil takder di pasaran lagi.
5 bj cili padi ~ dihiris
3 sudu besar sos ikan
3 1/2 sudu air limau nipis
1 - 2 sudu besar gula
daun pudina ~ k.nor guna daun ketumbar, lagi wangi - lieza tak letak yg nih

Gril atau celur terung hingga lembut. Pd K.Nor lebih baik gril sbb bau terung lebih wangi kalau kita gril. (boleh gril atas frying pan)
Buang kulit (K.Nor tak buang pun) dan potong. Letak atas piring.
Campurkan bawang merah, bawang putih, cili padi, sos ikan, air limau nipis, gula dan daun pudina/ketumbar dlm sebuah bekas. (ejjas la rasa dia biar ada masam, manis, pedas dan masin)
Tuangkan campuran ni ke atas terung dan taburkan dgn udang kering.
Hias dgn telur rebus.

##Tips dr pengarang buku: Telur rebus dan udang kering boleh diganti dgn isi ayam rebus yg dicarik2 atau daging.

Ikan Keli Berlada


Hari ni lieza masak ikan keli berlada...ikan keli ni ikan kesukaan Mr. Hubby...bila Mr. Hubby suker kita pun masak kan ler kan..walaupun lieza ni bukan ler makan ikan keli tp lama kelamaan makan juga ler..tp..hmmm ada tapinya...baru sikit2 jer lieza makan tak ler sampai sekor tu abih...cuma cubit2 sikit jer...try2...
Resepi ikan keli berlada ni lieza tgk dari blog CMG Dapur Tanpa Sempadan.
Jadi utk rujukan akan datang lieza minta izin utk copy semula yer..


BAHAN-BAHANNYA :-)
5 ekor ikan keli sederhana besar
1 keping asam gelugor
2 - 3 biji limau kasturi
1/4 cawan air
Garam dan sedikit gula
7 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1/2 inci kunyit hidup*
1/2 inci belacan*
6 biji cili merah*
5 - 6 biji cili padi*(*ditumbuk hingga hancur, tak perlu terlalu lumat)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan keli dicuci bersih, siang dan kelar2 ikan tadi, perap dengan garam dan jus limau 10 - 15 minit, kemudian cuci kembali hingga hilang lendir dan hanyirnya. Lumur dengan 3/4 camca teh serbuk kunyit dan 1/2 camca teh garam, gaul rata.
  2. Goreng ikan tadi hingga kuning keemasan dan garing, angkat dan toskan. Tumis bahan2 tumbuk hingga garing, tuang air dan masukkan asam gelugor, tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Biar mendidih.
  3. Bila hampir kering, masukkan ikan dan gaul rata. Perahkan jus limau kasturi dan rasa, jika perlu tambah lagi jus limau kasturi. Gaul rata dan angkat. Hidangkan segera....

Tuesday, February 8, 2011

Ikan Kembung Bersos Asam Jawa

Arghhhhh..nak masak apa yer hari ni...buat BW....jumpa resepi nih...Ikan Siakap Bersos Asam Jawa..tapi memandang lieza ada ikan kembung....maka bertukar ler ia jadi Ikan Kembong Bersos Asam Jawa...

Resepi ni lieza dapat hasil dari blog walking kat dapur Kak Ummi Kuantan...resepi asalnya dari Leen Cetusan Selera..Sedappppppp...so Kak Ummi lieza nak copy resepi ni semula utk lieza share dgn kengkawan yg lain.



SIAKAP BERSOS ASAM JAWA
Sumber: Leen Cetusan Selera

Bahan-bahan:-
  • 1 ekor Ikan Siakap - Lieza guna ikan kembung
  • 1-2 labu Bawang Besar **
  • 4-5 ulas Bawang Putih **
  • Setengah / Sebiji Lada Benggala 3 warna - hijau, merah dan kuning - bergantung saiz **
  • (tapi leen belasah semua sebiji)
  • 7-8 biji Cili Padi ** (kalau nak pedas tambah lagi yaa)
** - Bahan dicincang kasar.
  • 1/2 biji Gula Melaka (leen guna 2 sudu makan Gula merah)
  • 125ml Air Asam jawa (pekat ke tak bergantung ler, jgn pekat sangat,sederhana saja)
  • Tepung jagung secukupnya (untuk goreng ikan dan memekatkan kuah)
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng
Cara-cara:-
  1. kan salut dgn garam dan tepung jagung goreng garing....angkat ketepikan.
  2. Tumis bahan yang dicincang kasar tadi hingga naik bau (Leen goreng separuh saja dulu dari semua jumlah bahan cincang)
  3. Masukkan air asam jawa, gula melaka/merah, perasakan garam.
  4. Bila dah didih dan cukup semua rasa, (Leen masuk lagi separuh bahan cincang supaya tak semua layu), dan air tepung jagung untuk memekatkan kuah.
  5. Tuang atas ikan tadi. Sedia dihidang...
## lieza tambah beberapa biji tomato