Alkisahnya...masa nak balik Kuching flight MH2530 KL - Kuching delay dari jam 7.00pm sampai ler 8.30pm baru berlepas...1 jam setengah tu...aduhhh...sepatutnya dah bole sampai awal...ni kul 11 mlm baru nak sampai umah...mungkin disebabkan ujan kot tu yg flight delay...sbb sesampainya di Kuching Airport hujan ala2 lebat ler juga...sampaikan masa pesawat nak mendarat tu terasa mcm langgar batu jer...terhentak kuat....terkejut badak makcik wooooo...tersentap jantung bagai nak gugur...suspen weiiii...mungkin landasan licin dek ujan lebat...tapi alhamdulillah selamat sampai...tp kan kalau di beri pilihan tak mau rasanya nak naik kapal tobang ni weiii...
Friday, December 31, 2010
Back to Kuching
Alkisahnya...masa nak balik Kuching flight MH2530 KL - Kuching delay dari jam 7.00pm sampai ler 8.30pm baru berlepas...1 jam setengah tu...aduhhh...sepatutnya dah bole sampai awal...ni kul 11 mlm baru nak sampai umah...mungkin disebabkan ujan kot tu yg flight delay...sbb sesampainya di Kuching Airport hujan ala2 lebat ler juga...sampaikan masa pesawat nak mendarat tu terasa mcm langgar batu jer...terhentak kuat....terkejut badak makcik wooooo...tersentap jantung bagai nak gugur...suspen weiiii...mungkin landasan licin dek ujan lebat...tapi alhamdulillah selamat sampai...tp kan kalau di beri pilihan tak mau rasanya nak naik kapal tobang ni weiii...
Thursday, December 30, 2010
Wednesday, December 29, 2010
Pau Kacang Merah CMG
Resepi ni lieza copy dari blog teruna yg femes tu...yg rajin masak sapa lagi kalau bukan CMG a.k.a Mat Gebu tu...jom klik SINI utk lihat resepi asal dari tuan punya dapur yer atau pun bole tinjau juga kat MyR pun ada juga bole tgk komen2 teman2 yg dah cuba buat.
Bahan-Bahannya :-)
240 g tepung Hong Kong/Tepung halus/tepung waterlily/tepung pau
1 camca teh Double-Acting baking powder
1 camca teh instant yeast
1/2 camca teh garam
25 g lemak sayur (shortening)
100 ml air suam*
30 g gula halus*
1/2 camca teh cuka*(*disatukan, kacau hingga sebati)
Inti kacang merah secukupnya atau pun ikut kegemaran masing2
Cara membuatnya :-)
- Satukan tepung, yeast, garam dan double-acting baking powder dalam satu bekas, gaul hingga rata. Tuang bahan yang disatukan sedikit demi sedikit hingga habis dalam adunan tadi sambil digaul hingga menjadi doh.
- Masukkan lemak sayur dan terus menguli hingga menjadi doh yang lembut dan kenyal (lebih kurang 15 minit). Masukkan dalam bekas lain, tutup permukaannya dengan plastik cling dan biar 45 minit hingga doh naik sekali ganda.
- KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan di atas kecuali "inti" ke dalam bread maker, pilih setting for dough dan tekan. Biar hingga siap.
- Keluarkan doh, uli sekejap dan bagi kepada 10 bahagian (kurang lebih 40 g setiap bahagian) dan bulat2kan. Ambil satu, leperkan dan isi inti, tutup kemas dan bukat2kan, letak atas kertas minyak yg telah dipotong 2 inci x 2 inci dan sapu dgn sedikit lemak sayur. Buat hingga siap.
- Rehatkan 25 minit dan kukus atas air mendidih selama 15 minit. Angkat dan boleh dihidangkan panas atau pun suam...Selamat mencuba
*** utk resepi ni kami gandakan sampai sekilo tepung...jadi bahan2 lain pun digandakan juga...dan uli pun menggunakan BM.
Monday, December 27, 2010
Roti Kelapa
Bahan A
440 gram tepung roti/ high protein flour - Lieza guna 500gm tepung roti jer
60 gram tepung superfine - tak letak
100 gram gula
1 sudu teh garam halus
30 gram (2 sudu besar) susu tepung - tak letak
1 sudu teh bread improver super tex (rotitex)
4 sudu teh (1 paket) yis kering
Lieza tambah 1 sudu teh bread softener
Bahan B
250 ml air
1 biji telur (pukul sikit)
Bahan C
80 gram shortening
Cara-caranya
1) Masukkan bahan B dalam A. Uli hingga adunan agak licin.
2) Masukkan bahan C dalam adunan dan uli hingga adunan jadi licin dan tak melekat di tangan dan bekas.
3) Biarkan doh selama 30 - 40 minit.
4) Tumbuk2 doh dan uli untuk keluarkan angin. Ini penting untuk hasilkan roti yang tidak berongga besar di dalam.
5) Bahagikan doh ikut berat yang dikehendaki. Bulat2kan doh. Rehatkan 10 minit.
6) Keluarkan angin dari doh dengan cara memicit dan bulatkan sekali lagi.
7) Bolehlah dibentuk ikut suka. atau di isi intinya
8) Biarkan hingga naik 40 minit - 1 jam.
9) Bakar hingga masak. - lieza bakar dlm 20 minit
Lieza guna kaedah Bread Maker..masukkan bahan2 cecair terdahulu diikuti dgn garam, tepung dan lain2...pilih menu utk DOH.
Saturday, December 25, 2010
Muaz 11 Bulan
Wednesday, December 15, 2010
Sunway Lagoon RM60 daaaa...
Thursday, December 9, 2010
Zoo Negara Entry Fee RM 25
...tetap mahaiiii dah...pas tu kalau nak bagi makan Gajah tu kena beli tebu RM3 sebatang...nak bagi zirafah pun RM3 seikat...aishhh murah lagi kalau beli kangkung kat pasar malam 3 ikat RM2 jer...tak gituuu???yelah barang2 pun semua naik...jadi semuanya naikkkkkkk....teringat masa bercinta2 dulu tahun 2002 masuk Zoo ni baru jer RM 9 jer..tp tu cite 8 tahun yg lalu lah kan....sekarang bila bawa anak2 harga dah berganda...hehehhe...org kata dulu lain skrg lain..kankankan...takpelah janji anak2 enjoyyyyyy....
Saturday, December 4, 2010
Kuching - KL
Wednesday, December 1, 2010
Nasi Ayam Ipoh
Resepi Nasi Ayam Ipoh ni lieza rujuk kat Dapur K.Nor Secubit Garam..dan juga lieza salin dari dapur k.nor juga...hehehehhe...jgn mare yer k.nor..nanti lieza anto sepinggan yer.....rasanya nasi ayam nih mmg ler sedap..wangi betoiiii masa nasi tu tgh masak. dan seperti kata k.nor juga pestime masak nasi ayam guna sos tiram...pekena pulak dgn sos kicap specelnya...uikkkk...terangkat beb...sapa nak cuba bole layan ler resepi nak tgk hidangan yg mengiurkan bole klik jer kat umah k.nor tu yer...
NASI AYAM IPOH
Bahan Utk Nasi:-
4 mug beras4 1/2 mug air rebusan ayam
2 inci halia*
3 biji bawang putih*
3 helai batang daun bawang (ambik bhgn bawah dia...yg ada buah dia tu sekali)
1 sudu besar minyak bijan
2 sudu besar sos tiram
2 helai daun pandan
4 sudu mentega ~ k.nor guna minyak bunga - lieza guna planta jer
Bahan Untuk Ayam:-
1 ekor ayam3 biji bawang putih*
1 inci halia*
3 sudu besar kicap lemak manis
2 sudu besar sos tiram dan 1 sudu besar cuka
1 sudu besar madu ( kalau tak dek pun tak pe)
Bahan Untuk Sup:-
air secukupnya
4 bawang putih diketuk
3 inci halia di hiris
3 helai batang bawang
1 biji sengkuang dipotong dadu
1 sudu besar serbuk lada sulah
Bahan Untuk Cili
10/15 biji cili burung6 biji cili merah
sedikit halia (ambik dari rebusan)
5/6 biji bawang putih
1 biji limau kasturi/nipis
sedikit air dari air rebusan ayam
garam dan gula secukupnya
(Masukkan semua bahan didalam blender dan blend hingga hancur)
Bahan Untuk Kicap:-
5 biji cili burungsedikit halia (ambik dari rebusan)
4/5 biji bawang putih
kicap secukupnya
air rebusan ayam secukupnya
tepung jagung di campur dgn air secukupnya (utk pekatkan)
(Blend semua bahan kecuali tepung jagung. selepas blend isi dalam periuk dan panas kan atas dapur. agak2 dah panas..boleh la di masukkan tepung jagung dicampur air secukupnya utk memekatkan kuah)
Bahan Hiasan
tomato, salad, daun sup dan bawang, timun
Cara2:-
Mula2 buat air rebusan ayam...(bahan2 dalam sup) masukkan semua bahan...kecuali sengkuang dan serbuk lada sulah. tutup periuk dan masak hingga didih.Selepas air mendidih, masukkan ayam. biar ia masak selama 20 minit. selepas 20 minit, angkat ayam tadi dan toskan.
Method Untuk Nasi
Mula2 masukkan majerin dalam periuk elektrik, biar ia mencair, kemudian masukkan bahan* yg telah di blend. biar naik bau. kemudian masukkan batang bawang dan daun pandan. bila dah layu sikit masukkan sos tiram dan minyak bijan. kacau2 sekejap,kemudian masukkan beras, sedikit garam dan air rebusan ayam. biarkan hingga nasik masak.
Method Untuk Ayam
Ayam yg telah di toskan tadi di masukkan kedalam satu magkok besar. masukkan bahan* yg telah di blend dan semua bahan2 lain...kacau2 rata dan biarkan 1/2 jam. selepas ayam diperap, boleh lah digoring atau di bakar dalam oven. kalau nak goring jgn goring terlalu lama...agak2 kaler dia dah bertukar kehitaman boleh diangkat terus.(Untuk ayam nih...lieza goreng jer)
Method Untuk Sup:-
Baki air rebusan tadi didihkan kembali bersama sengkuang dan serbuk lada sulah. kalau air rebusan dah berkurangan boleh lah di campur dengan air biasa. masak hingga didih. perasakan sup. (Saya masukkan 1 kuib ayam, garam dan serbuk perasa untuk ini)
selepas semua dah masak, boleh la di makan...cara penyediaan...timun, tomato dipotong nipis2. daun sup dan bawang di potong halus dan di masukkan kedalam sup tadi.










