Friday, October 29, 2010

Ayam Penyet+Nasi Putih+Ulam+Sambal+Sup



Yahooooooo.....first tryer buat Ayam Penyet...menjadi..sedapppppp..mmg berbaloi recommendation dari K.Nor tu...mmg sedap...nak naknya diperap semalaman pergghhh masa goreng semerbak bebbbbbb....bole buat selalu masak ayam gini...sebut betul betul Ayam Penyet..mmg tak rugi sesapa yg nak cuba resepi ayam penyet ni..terima kasih K.Nor for the recommendation mu itewwww dan tak lupa juga penyumbang asal resepi ini...buat teman2 Lieza share resepi ni kat sini dgn menyalin semula resepi yg marbelesss ni dari dapur K.Nor Secubit Garam.

Psssttttt.....resepi sambal belacan nih mmg lain dari yg lain...tp fuhhhh malatoppppp...memenuhi citarasa Lieza n Mr.Hubby yg mmg suka kepedasan yg melampauuuu.


Sumber : Resepi4U.Com nak tgk kat SINI pun ada juga. klik jer kat link tu yer.


***** utk ayam ni Lieza guna 2 ketul paha yg macam dlm gambar tu, utk nasi lieza makan dgn nasi putih jer...yg lain semua lieza follow cuma kuantiti utk sambal tu lieza kurangkan sbb byk sgt tuh.

Untuk Ayam
1 ekor ayam – potong 8 bahagian, rebus selama 10 minit dan toskan
(simpan air rebusan ayam untuk buat sup)-kite guna air nie jgk utk masak nasik

  • ½ sudu besar Jintan Manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • ½ sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • 3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • 1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
  • 1 sudu besar Serbuk Kunyit
  • ½ sudu besar Serbuk Lada Putih
  • 3 ulas Bawang putih
  • 1cm Halia
  • Sedikit Air
  • 1 sudu kecil Garam
  • Minyak masak untuk menggoreng.
  1. Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus.
  2. Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman.-perap lama2 cenggini best.
  3. (Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tahu.)-
  4. Setelah perap semalaman, golek-golekkann pada tepung beras.
  5. Panaskan minyak dan goreng hingga garing.
Untuk Sambal.-kite suke! tp hati2 dgn cili tue. Edit ikut selera ye :)
  • Sedikit minyak masak
  • 20 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
  • 10 biji Cili padi
  • 10 biji Bawang kecil/merah, hiris
  • 3 biji Bawang putih, hiris
  • 5 biji Tomato, potong 4
  • 5 cm Belacan
  • 2 sudu Ikan Bilis-kite lebihkan cikit
  • 3 sudu gula merah/secukup rasa
  1. Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
  2. Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan.
  3. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.
  4. Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
  5. Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
  6. Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan.
  7. Masukkan gula merah dan gaul rata.
  8. Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.* Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan.

Untuk Sup.

  1. Masukkan garam secukup rasa pada air rebusan ayam.-kite tambah ayu manis, bunga lawang, pelaga dan ketumbar (boleh masukkan terus sup bunjut kalo ade).
  2. Panaskan sebelum dihidangkan. Tabur hirisan daun sup dan daun bawang pada sup semasa disajikan.

Untuk Nasi-yg nie resipi sendirik. kite buat ikut resipi ala2 nasi ayam. utk 2 org makan je nie.

  • 1 cawan beras dibasuh dan ditoskan
  • 3 ulas bawang putih
  • satu btg kayu manis
  • dua biji buah pelaga
  • satu kelopak (kelopak ke? hehe) bunga lawang
  • sedikit butter
  • garam
  • separuh kiub pati ayam/daging
  • 2 cawan air rebusan ayam (yg disimpan td)
  1. Panaskan butter. Tumis 3 ulas bawang putih, kayu manis, bunge lawang dan buah pelaga sehingga wangi.
  2. Masukkan beras yg dah ditoskan. Kacau lebih kurang 3-5 minit.
  3. Masukkan air rebusan ayam, garam dan kiub ayam/daging. Tunggu sehingga menggelegak sedikit.
  4. Pindah ke periuk nasi letrik dan masak cam biasa.

Cara hidangan-
Hidangkan ayam penyet,tahu, tempe, sambal dan sup bersama ulam seperti daun salad, tomato dan timun dengan nasi.
*Boleh juga perahkan sedikit asam limau pada sambal jika suka masam.



Wednesday, October 27, 2010

Kuih Talam Gula Merah



Akhirnya...kini buat juga talam gula merah yang dah sekian lama terpendam hasrat nak membuatnya...suka kuih ni..suka suka dan suka...tp minta maaf ler yer...gambar tu comot2 sikit gatai tangan nak cepat2 potong...dah org kata bila sejuk baru potong tp degeiii...potong juga tak kira...tak sabo nak ngapppppp...

Talam Gula Merah ni asalnya Lieza ternampak kat Dapur Izah tu..sapa lagi ler kan salah sorang Ibu yg rajin juga main masak2 kat dapur tu...Izah akak nak copypes resepi ni dari dapur izah yer...resepi asal dari kak Yatie katanya..apapun sedap..sedap..sedap..pssstttt Izah akak buat satu adunan koooo....byk tu seloyang...habis ler kali ni lemak berlemak makin berlemak ler tuan punya badan nih...hukhukhuk



TALAM GULA MERAH

Bahan utk lapisan bawah
* 200gm gula merah
* 2 sudu gula pasir
* 2 1/2 cwn air biasa
* 1 cwn tepung gandum
* 1 sudu besar tepung ubi
* 1 sudu besar air kapur
Cara-cara
1. Masak gula merah dan gula pasir bersama2 dngn air. Sejukkan.
2. Sementara itu panaskan pengukus dan balut dngn kain penutupnya.
3. Satukan semua bahan, kacau sehingga semuanya larut dan tapiskan. Masak sebentar di atas api sederhana dan sentiasa kacau.
4. Tuangkan dalam loyang yang telah disapu sedikit minyak.
5. Kukus selama 20 minit. Setelah masak,cakar2 sedikit di atas permukaannya dan tuang adunan lapisan atas.
Lapisan Atas
* 3 cwn santan pekat
* 1 cwn tepung beras
* Sedikt garam
Cara-cara
1. Satukan semua bahan, kacau sehingga sebati dan tapiskan.
2. Kacau atas api sederhana sehingga adunan hampir pekat.
3. Tuang atas adunan bawah dan kukus sehingga masak (selama 20 minit)
4. Sejukkan dahulu sebelum di potong

Sotong & Udang Goreng Tepung



Menu utk hari ni...Sotong dan Udang goreng tepung.....olalalalalalallaaa..dah agak lama tak buat ala2 gini nih...cicah dgn sos cili...uishhh...hmmmm...mkn tak hengat kooooo...pada asal nya udang ni nak goreng dgn version lain...tp bila dah Muaz ngok ngek ngok ngek kat atas walker dia dan mula meraung raung suruh diangkat makanya guna jer ler version sotong goreng tepung resepi Che Iza juga nih...Lieza cedok resepi dari MyR dan salin semula juga dari MyR Che Iza nih..kalau2 rasa nak cuba jom kita jenguk2 resepinya yer..byk kali juga la Lieza buat sotong goreng tepung dgn menggunakan resepi nih..mmg masyuk dgn anak tekak nih..

Bahan-bahan ( 3-4 orang )

  • 300 gm sotong- lieza guna udang juga
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sk baking powder
  • 1 biji telur
  • sedikit garam
  • lada sulah

Cara-cara

  1. Potong sotong kecil2, bersihkan dan toskan airnya biar sampai kering.
  2. Gaul sotong dgn sedikit garam dan lada sulah.
  3. Pukul telur setakat nak satukan yg kuning dgn yg putih jer. Masukkan sotong ke dalam telur. Ketepikan
  4. Gaul tepung dgn bp. Masukkan sotong yg telah digaul dgn telur dalam tepung, salutkan habis sotong dgn tepung. Kalu nak pedas boleh letak sikit serbuk kari dalam tepung.
  5. Goreng deep fry sampai golden brown. Goreng sotong kejap jer dalam 4-5 min kalau tak nanti sotong keras and liat pulak.

Tuesday, October 26, 2010

Taugeh Celur a.k.a Bean Sprout



Hari ni punya menu Taugeh Celur atau lebih dikenali Bean Sprout di Chinken Rice Shop...rasa yg mmg sedap, rangup rangup krap krup krap....kalau tak caya buat ler sendiri yer...lieza tak celur lama benar..cukup jirus2 dgn ayor paneh jer...nak cuber jom tgk resepi yer...sumber dari MyR Che Iza...Lieza CnP yer resepinya.

Bahan-bahan ( 2-3 org )

  • 150 gm taugeh
  • * 2 sb air panas
  • * 1/2 sk serbuk pati ayam
  • 1/2 sk kicap pekat
  • 1 sb kicap manis
  • 1 1/2 sb sos tiram
  • 1 sk minyak bijan / minyak bawang putih
  • sedikit lada sulah
  • secubit garam (sekiranya sos tiram yg digunakan tak masin)

Cara-cara

  1. Celur taugeh, jgn lama takat 1 min jer. Toskan airnya dan ketepikan
  2. Satukan bahan bertanda *. Sekiranya buat nasi ayam lg sedap gunakan kuah sup. Ambil 2sb sebagai ganti air panas.
  3. Satukan bahan bertanda * dan bahan yg lain, siap sos. Tuang sos keatas taugeh celur tadi.
  4. Sebelum dihidang taburlah dgn hirisan daun bawang, lada merah dan bawang goreng.

Thursday, October 14, 2010

Blackpepper Fetuchini/Spaghetti


Tgh hari ni masa Blackpepper Fetuchini..haaaa..resepi asalnya guna spaghetti tp lieza dah terbeli fetuchini...fetuchini pun fetuchini laaahh...janji pasta kan...tp kan dah mmg tekak org melayu kalau tak dak nasi mcm tak sah...so lieza buat juga nasi goreng sbg sampingan...tp yg benornya fetuchini buat utk anak2...suka juga ler si Enas ni mkn..kalau Eryna..hmmmm sosej jer yg die korek2.

Resepi Blackpepper Fetuchini/spaghetti ni lieza ternampak kat dapur K.Nor Secubit Garam dan sumber asalnya dari Mokwo..hasilnya mmg sedap..bole diterima tekak...mmg ada kelainan sbb ada sos lada hitam dan juga lieza ikut cara K.Nor campak serbuk lada hitam juga...tak letak sayur bagai..nanti tak di makan oelh bebudak ni kang...ok la tiba masanya pula lieza nak copy resepinya dari dapur k.nor..next time bole buat lagi utk jamu org ke ...dgn cara masakan camni kan kan..

BLACK PEPPER SPAGHETTI by Mokwo

bahan2:
1/2 peket spaghetti-- rebus dan toskan
150gm daging cincang
3 batang sosej-- hiris
1/2 cawan mixed veggie
4 ulas bawang putih-- tumbuk
4 ulas bawang merah--tumbuk
sehiris halia--tumbuk
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos lada hitam ~ k.nor tambah 1 sk lada hitam yg ditumbuk
kicap manis secukupnye
garam gula secukup nye
minyak utk menumis


cara2nye:
-tumis bahan2 tumbuk
- masukkan daging cincang dan tambah air skit..masak daging sampai empuk.
-tambah mixed veggie. sosej dan segala sos2, kicap
-akhir sekali masukkan spaghetti dan kacau sebati
-perisakan dgn garam dan gula
-hidangkan..biasanye mokwo suka di hidang dgn daun pudina ..tapi ari tuh x dek lah pullook! (k.nor tak letak sbb tak ada stok)



Roti John Version Hana


Pagi tadi buat roti john utk bekalan Enas bawa gi sekolah..sekaligus utk aku laki bini bekpes..kebetulan dah ada daging hancur..laju jer nak buatnya...sebelum ni kalu buat guna sardin..tp kali ni guna daging hancur...mmg cedap..mcm kat kedai2 tu...resepi nya lieza amik kat dapur Hana, so seperti biasa ler hana nak juga copypes yer...mana ler tau kot kot nak berniaga roti john kat kaw perumahan lieza ni kan...bole rujuk jer..hehehhe.

Bahan-bahan
  • 150g daging cincang
  • 1/2 biji bawang besar - potong dadu kecil
  • 1 sudu kecil serbuk kari
  • Carrot@kentang - (optional) - potong dadu kecil
  • garam
  • 2 biji telur
  • daun sup - cincang halus
  • minyak@butter
  • Roti Hotdog (roti putih boleh juga)
  • Sos Cili@Tomato dan mayonis
Cara-cara
  • Tumis bawang besar hingga naik bau. Masukkan daging dan carrot@kentang. Masukkan skali kari yang dibancuh dengan sedikit air. Perasakan dengan garam. Masak hingga agak kering.
  • Mangkuk lain, kocok2kan telur, masukkan daging tadi dan juga daun sup. Kacau.
  • Panaskan butter@minyak sedikit ke dalam kuali. Tuang telur dan daging tadi. Belah roti tak putus dan letak di atas telur. Jika menggunakan kuali besar leh wat banyak sekaligus. Tak perlu balik2kan. Bila telur dah masak, angkat terus roti dari kuali.
  • Paipkan sos dan juga mayonis. Bleh juga jika ingin buh salad atau sebagainya. Kemudian katup smula roti tuh. Potong dan siap dihidang.

Tuesday, October 12, 2010

Kerabu Sotong - K.Nor Style


Wahhh...hari ni sgt2 teruja nak makan kerabu sotong...dah lama dok terpendam hasrat ni...tapi hari ni naaahhhh amikkk...buat juga kerabu sotong style K.Nor ni...sumber asal dari K. Hanieliza tp lieza buat nih ikut style K.Nor juga..hehehhe takpo kan K.Nor...lieza nak copy dan share kan resepinya kat sini yer...

KERABU SOTONG & SUHUN - K.Nor SecubitGaram

Bahan2:
400gm sotong
suhun
3 ulas bawang putih ~ diketuk dan dicincang
2 sudu besar sos ikan
1 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
4 - 5 bj limau kasturi ~ boleh ganti dgn limau nipis/lemon
kacang tanah ~ digoreng tanpa minyak dan buangkan kulit

bahan2 yg dihiris:
1 labu bawang besar
5 bj cili api
1 bj cili merah/hijau
kacang panjang
daun ketumbar

carrot ~ dipotong spt mancis
1 bj tomato ~ dibuang bahagian dlm dan dihiris pjng

Cara2:
Rendam suhun dlm air panas hingga lembut dan toskan.
Bersihkan sotong dan potong bulat. Toskan
Panaskan kuali dan goreng sotong hingga keluar air dan sotong masak (jgn terlalu lama nanti sotong liat)
Jgn sesekali dimasukkan air sbb nanti sotong akan keluarkan airnya sendiri.
Toskan sotong yg dah siap dimasak.

Masukkan kesemua bahan2 kedalam mangkuk.
Perahkan jus limau kasturi dan gaul hingga sebati.
Rasakan biar ada rasa masam secukupnya.
Sedia untuk dihidangkan.


Friday, October 1, 2010

Acar Timun - AlongRoz


Ni la rupa acar timun yg lieza buat kali nih...bila terpk nak buat ternampak N3 ni kat dapur AlongRoz..apa lagi terus ler buat ikut resepinya yg simple nih...jom lieza share resepi nya yg lieza copy dari dapur AlongRoz yer.

Source: HomeKreation
INGREDIENTS:
1 Cucumber - cut into 4 lengthwise & sliced 1/4" thick
2 cloves Garlic
1 Big Onion - cubed
1 tbsp Chili Paste
5 tbsp Chili Sauce
Sugar

METHOD:
Heat up 2 tbsp oil & fry chopped garlic until fragrant.
Add in chili paste & cook until fragrant.
Add in big onion, cucumber, chili sauce & a bit of water.
Cook for 5 minutes or more until sauce is well absorbed by the cucumbe

Nasi Jagung

Hari Jumaat kan....hmm...mmg ler kan..esok sabtu...aishhh...cpt benor masa berlalu kan....takpelah berbalik kepada tajuk N3 diatas tu kan...hari ni lieza buat nasi jagung yg baru bersiaran kat dapur K.Nor semalam....tgk mmg tergoda sungguh...lantas bahan2 semua dah ada..cuma mlm tadi start enjin kete pegi cari dan beli rempah briyani tak jauh dekat jer...jgn risau yer...hehehhe.

Pertama kalinya buat nasi jagung nih..mmg sedap....lieza buat nasi jagung bergandingan dgn acar timun dan ayam masak merah...uishhh sedap woooooo....terima kasih utk K. Nor sudi share resepi ni...yg mana resepi asalnya dari Kak Hanieliza..kenal tak? musti kenal punya kan...ok la..jom tgk resepi Nasi Jagung ni yer...K.Nor, lieza minta ijin nak copy yer....


NASI JAGUNG by K.Hanieliza
Copy dari K.Nor Secubit Garam
Pernah dicuba oleh Ummi Kuantan

BahanA:-
6 cawan beras basmathi - cuci dan toskan ~ k.nor guna beras siam jer
2 cawan isi jagung (*ummi guna jagung frozen)
1/2 cawan susu cair (*ummi guna fresh milk)
8 cawan air
2 biji buah tomato (potong dadu)
2 sudu besar rempah beriani
garam secukup rasa
sedikit gula (*untuk separuh dr bahan ni, ummi letak 1 sk. je) ~ k.nor skip yg ni sbb jagung dah manis

Bahan B: (untuk tumis)
5 ulas bawang merah (dimayang nipis)
3 ulas bawang putih (dimayang nipis)
2 cm halia (dimayang halus)
3 sudu besar minyak sapi
2 cm kulit kayu manis
3 kuntum bungan lawang
5 biji bunga cengkih
3 biji buah pelaga
3 tangkai daun kari
2 helai daun pandan (disimpul)

Ayam masak merah di gandingkan dgn Nasi Jagung