Suka bebenor petola tumis nih...gandingan dgn colek ikan kembong....adehhh dehh...jgn ler jemu yer...lieza mmg suka petola..harap maap yer..asik asik askik petola...bahan biasa ler...basic tumisan cili, segala bawang dan kalau nak letak seafood pun ok..nak letak ikan bilis pun ok...camgitu jer...sempoiiii...
Thursday, September 30, 2010
Colek Ikan Kembong Lagi
Aisey...tak mau ngebro ngebro ngomong ngomong byk byk ler...ari ni masak Colek Ikan Kembong lagi dan lagi...sbb apa buat lg...jawapannya dah tentu ler sedappppppp...nak tgk resepi boleh tekan SINI sbb dulu lieza dah pernah buat resepi Zaliana MyR ni.
Wednesday, September 29, 2010
Sardin Tumis Berkentang
Bahan2
- 1 tin Sardin yg Besar
- 1 labu bawang besar - dihiris
- 2 ulas bawang putih - dihiris
- Cili Api secukupnya - dihiris
- 1 biji kentang yg besar - Dipotong nipis dan goreng dahulu sampai empuk
- 2 s/b sos tomato
- Garam
- 1/2 cawan air
Cara2
Seperti biasa ler kan tumis bawang2 serta cili sampai naik bau , kemudian masukkan setin sardin, air serta sos tomato perasakan dgn garam dan akhir sekali masuk kan kentang yg telah digoreng tadi...kacau sampai bercampur semua, biar mendidih...sedia dihidang.

Tuesday, September 28, 2010
Ayam Masak Paprik - Love2Cook
Wowowo....ini ayam paprik ker...atau bunga kobis paprik nih...hukhukhuk...yg nampak byk terjulurnya bunga kobis jer..mana pegi ayamnya...senang jer..aku sorok2 ckit..maap ler yer...kalau nak tgk ayamnya..ambik kanta peh tu tgk ler satu2 yekkk..selak2..jgn terlebih sudahhhh...gini ler biasanya buat ayam paprik nih ikut sesedap hati takpun sesedap rasa jer...tp kali nih lieza buat ikut law ler sikit..hahahhah..
Bahan-bahannya :-
300gm ayam (Hubby guna bahagian keel ayam) ~ dipotong dadu
5 biji bawang merah ~ dihiris
3 ulas bawang putih ~ dicincang
1/2 inci halia ~ dicincang
1 biji tomato ~ dipotong
1 biji carrot ~ dihiris
30gm bunga kubis ~ dipotong
3 helai daun limau purut
2 sb cili kering kisar
1 sb sos tiram
1 sb kicap manis
1 sb sos cili
1 sk sos ikan
garam secukup rasa
Cara-cara memasaknya :-
Gaulkan ayam bersama sedikit garam. Panaskan minyak dlm kuali dan gorengkan ayam hingga separuh masak. Angkat dan ketepikan.
Kurangkan minyak, tumis bawang putih, bawang merah dan halia hingga naik bau. Masukkan cili kering kisar dan tumis hingga pecah minyak.
Masukkan bunga kubis dan carrot. Gaul rata, biar sayur masak.
Masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Tambahkan sos tiram, kicap manis, sos cili, sos ikan dan sedikit garam. Gaul sebati, biarkan sebentar.
Masukkan tomato dan daun limau purut, kacau rata dan padamkan api.
Sedia dihidang bersama nasi putih panas2! ;)
Tomyam
Maka hari ni tinjau punya tinjau...jumpa ler menu Tomyam tanpa Perencah..dari Haniaz MyR
ok la jom ler kengkawan tgk resepinya...
- 2 keping dada ayam
- *2 biji tomato masak
- *2 ulas bawang putih
- *1/2 labu bawang besar
- *2-3 hiris lengkuas
- *3-5 biji cili padi
- (bahan2 bertanda * dikisar)
- 2 helai daun limau purut
- 2 batang serai
- 1 biji limau nipis (diperah airnya)
- 2 keping asam keping
- Sayur-sayuran : bunga kobis, tomato hijau, batang seleri, carrot dan sebiji bawang besar di mayang kasar). Ikut suka nak banyak mana, kalau suka sayur letak le byk sket
- Lebih kurang seliter air,serta gula dan garam secukup rasa.
Cara-cara
- Tumis bahan kisar
- Masukkan air, ikut nak berapa banyak kuah, agak-agak satu family makan le
- Masukkan daun limau purut, serai dan asam keping
- Bila mendidih masukkan gula dan garam secukup rasa, kemudian masukkan perahan air limau nipis. Sesudah itu masukkan hirisan bawang besar
- Masukkan semua sayuran. Biar seketika.Bolehlah dihidangkan bersama nasi panas
Thursday, September 23, 2010
Tertunailah Hasrat Di Hati - Contest
Sebagai memberi sokongan yang tak terhingga dengan rasminya Lieza turut serta dalam peraduan Gambar Kenangan Open House 2010(Rumah Terbuka) yang telah dianjurkan oleh Kak Ina KL atau lebih dikenali Tertunailah Hasrat Di Hati.
Kak Ina KL atau nama blognya Tertunailah Hasrat Di Hati bagi lieza adalah salah seorang blogger yg bukan sahaja berkongsi resepi resepi masakan malah berkongsi apa jua pun termasuklah berita2 terkini, sinopsis cerita2 di TV, cerita hibura artis2 sana sini dan byk lagi lah..boleh dikatakan macam macam adaaaa...dulu lieza tak pernah tgk cerita Drama slot legenda Ular Emas yg pernah ditayang di TV3 tp bila Kak Ina berkongsi sebahagian cerita ni di salah satu N3 di blognya langsung selepas itu lieza pun ikuti drama tersebut sampai habis...(ni tak tipu tau..mmg benar2 kejadian) begitulah Kak Ina KL..seorang bloggers yg rajin berkongsi segala cerita di blognya...mmg berbaloi lah sehingga pengunjung2nya mencecah 400,000 org walaupun baru 2 tahun berjinak2 dgn dunia blog...ehh panjang ler pulak yer...bosan pulak nanti Kak Ina baca...begini ler kalau sesapa nak tahu lebih lanjut sila lah ke laman web beliau ni mmg berbalo baloi....Tertunailah Hasrat Di Hati

## Contest- Gambar Kenangan Open House Aidil Fitri 2010 (Rumah Terbuka) adalah anjuran bersama eyriqazz.
Tuesday, September 21, 2010
Muaz 8 Bulan
Muaz dah 8 Bulan...masih mencuba cuba utk merangkak dan mencuba utk duduk...tp masih fail lg...masih lesen L lagi...huahuahua...yg dah pas lesen golek2 jer...Gigi??? uishh dah kluar 2 batang kat bawah dah gigi atasnya baru nak keluar sikit...cam malu2 gitu nak keluarnya...bulan ke 8 masih lg takder check-up..sehinggalah usia Muaz 9 Bulan nanti baru lah ada appointment utk injection..tunggu yer Muaz, 9 bulan nanti siap ler kena inject...itulah citennya alkisah Muaz..
Sunday, September 19, 2010
Assalammualaikum.....
Waduhhh....dah 2 minggu tak jenguk sana sini...almaklumler kesibukan di bulan syawal ni kan...alhamdulillah bertemu lagi kita di sini kan...semoga rakan2 semua sentiasa sihat2 walafiat hendaknya....
Aidilfitri kali ni kami sekeluarga beraya di sini sahaja..kat mana tu???? Kuching Sarawak ler....tahun ni adalah kali ke 4 kami beraya disini dari anak sorang hinggalah skrg...anak pun dah 3...ishhhh.apa rasanya yer beraya tanpa keluarga dan sedara mara yer??? hhmm...ok jer...beraya dimana2 pun sama jer as long as anak2 dan suami ada disisi...tak gitu?? begitulah...
ok la jom ler layan2 gambar kami beraya disini yer...
ok la jom ler layan2 gambar kami beraya disini yer...
Berada di rumah di pagi raya pertama diantara tetamu iaitu kawan2 Mr. Hubby yg turut memeriahkan suasana hari lebaran....menu lontong..rendang daging dan kuah kacang sebagai hidangan di pagi raya...terima kasih buat Mr. Amran dan keluarga, Mr. Rohaizad dan keluarga, Muzani kerana sudi bertandang ke teratak kami yer..
Subscribe to:
Posts (Atom)