Monday, August 30, 2010

Telur Bistik



Mimpi apakah di hari ni...buat 2 jenis lauk pula...selain ikan bakar portugis tu..buat juga telur bistik ni haaa...mengada2 mulut nih...jumpa resepi kat MyR oleh love2530 . minta izin nak copy yer love...masakan yg simple tp menyelerakan.

Bahan-bahan ( 4 org makan )

  • 3 biji telur - di kocok
  • sedikit daging ayam - dipotong dadu- lieza guna daging hancur
  • 1 labu bawang besar - dihiris besar
  • carrot - dipotong memanjang
  • 1 biji cili besar (merah) - buang biji dan potong memanjang.
  • sedikit kiub nenas - dalam tin
  • 2 s/b sos cili
  • 1 s/b sos tomato
  • secukup rasa
  • garam
  • sedikit tepung jagung - dibancuh dengan air.


Cara-cara

  1. gaul ayam dengan sedikit secukup rasa dah goreng separuh masak. satukan dengan telur yang telah dikocok dan dadar telur hingga masak. ketepikan.
  2. untuk kuah. panaskan minyak lbh goreng telur, masukkan bawang, sos cili, sos tomato dan sedikit air.biarkan sedikit mendidih.
  3. setelah mendidih, masukkan carrot, lada merah dan kiub nenas. perasakan dengan garam dan secukup rasa.
  4. setelah masak.masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.tutup api dan sedia untuk dihidangkan.
## lieza tambah cili beberapa cili padi dan 1 biji tomato.

Ikan Bakar Portugis

Wahhhh...hari ni kita ke Portugis pulak yer....ikan bakar portugis..tu ler nama resepinya..oleh kerana aku laki bini masih tekak jawa..jd masakan ni kira sedap ler juga..bukannya tak sedap...sedapppp...tp anak tekak aku ni lain sikit...lain tekak lain rasa kankankan tak gitu..sapa nak cuba jom tgk resepinya...minta izin dari Noreen nak salin semula yer...


Bahan-bahan (hidangan 4-6 orang): Sumber Chef Wan, Noreen

1 ekor ikan bawal/siakap atau ikan apa2 yg disukai - seberat dalam 600gm - lieza guna ikan kembong
1 helai daun pisang - kalau tiada boleh guna aluminium foil
1/2 biji limau nipis - ambil jusnya
1/2 sudu besar kicap pekat
60ml atau 1/4 cawan minyak
garam dan gula secukup rasa

bahan2 kisar halus:
4 tangkai cili merah
4 biji buah keras
8 biji bawang merah
1 batang serai
1/2 sudu teh belacan
1 sudu besar serbuk cili
2 helai daun limau purut

cara:

  • layurkan daun pisang di atas api kecil sehingga lembut
  • ketepikan
  • panaskan minyak di dalam kuali
  • tumiskan bahan2 kisar di atas api yang kecil sehingga wangi
  • tambahkan jus limau, kicap, garam dan gula secukup rasa
  • kacaukan rata
  • lumurkan seluruh bahagian ikan dengan sambal yang dimasak dan bungkuskan ikan dengan daun pisang atau aluminium foil
  • bakar pada suhu 180C selama 20 min atau panggang di atas bara api

Saturday, August 28, 2010

Kerabu Kobis dan Suhun


Hari tu kerabu taugeh...la ni kerabu kobis campur suhun pulak yer...resepinya sama jer dgn resepi kerabu taugeh tu..cuma kali ni kobis campur suhun.......sedap juga la..makan berlaukan ayam masak sos tu...perghhh...nasi pula panas2 tu...malatopppp beb...tak yah ler letak resepi..sbb sama jer resepinya dgn kerabu taugeh tu yer..

Ayam Masak Sos

Kali ni nak tayang Ayam masak sos..mmg sedap..bole diterima anak tekak kami...sampai bersahur pun masih sedap dan sungguh menyelerakan tatkala mata tersgt ngantuknya...uishhh Nak resepi??? hmmmm...ok la resepi ni ambik kat Blog K.Nor jd K.Nor seperti biasa lieza skrg ni sedia kan sudu n garfu nak ceduk resepi yer....kalau terdgr ketang ketung tu lieza ler tu dok geledah2..yerrr..


AYAM MASAK SOS sumber - Nina SL

Bahan-bahan:
Dada ayam - potong kecil - goreng terlebih dahulu pun sedap
2 biji bawang merah - hiris halus
3 ulas bawang putih - ketuk dan cincang
1" halia - hiris halus
2 biji tomato
4 tangkai lada kering
sedikit lada hitam
1 batang lobak merah - potong bulat
sos tiram
sos cili
sos tomato
soya sos - lieza letak kicap manis jer
sedikit kicap pekat
1/2 cawan air
sedikit gula + garam

Cara membuatnya:
- Panaskan minyak dalam kuali. tumis semua bawang, halia dan lada kering hingga garing.
- Kemudian masuk 1/2 cawan air. gaul rata.
- Masuk ayam dan semua jenis sos + lada hitam. masuk lobak.
- Biar hingga mendidih dan masak hingga kuah agak pekat.
- Akhir sekali masukkan tomato dan perasakan dengan garam + sedikit gula.
- Angkat dan tabur dengan daun sup. hidangkan..

** utk peringatan K.Nor dikemudian hari:
tambahkan sedikit cili mesin atau cili serbuk ~ nk kasi lebih pedas sket :)

Thursday, August 26, 2010

Sotong Goreng Belacan


Sotong niiiiii...uishhh..masak sambal dah sudah masak singgang dah sudah...masak asam pun dah sudah...kali ni Sotong goreng belacan ler pulak..resepi asalnya dari MatGebu, resepinya yg ni lieza copipes ajer ler dari Dapur Hana tu..hehhee..ko halalkan lah yer Hana..

Bahan-bahan
  • 5 ekor sotong saiz besar
  • 2 biji cili hijau, hiris serong
  • 1/4 camca teh serbuk kunyit
  • 1 biji bawang besar, hiris
  • 2 ulas bawang putih, hiris halus
  • 1 camca besar sos tiram
  • 1/2 inci belacan + 2 camca besar air = larutkan
  • Sedikit air, untuk kuah
  • Garam dan gula secukup rasa
Cara-cara
  1. Sotong dibersihkan, asingkan kepala dari badan, buang mata dan paruh sotong, manakala badan sotong potong gegelang, cuci sekali lagi dan toskan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang besar, bawang putih, serbuk kunyit dan cili hijau, kacau rata hingga layu. Masukkan sos tiram dan belacan tadi. Kacau rata.
  3. Masukkan sotong, masak hingga sotong berubah warna, tuang air dan perasakan dengan garam dan secubit gula. Kacau dan biar mendidih sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan segeran bersama nasi hangat.

Kerabu Taugeh


Kerabu Taugeh..hari ni kita makan kerabu pulak...tak yah tumis2 sayur pulakkan...sempoi jer juadah berbuka hari ni...sedap dimakan hingga menjilat pinggan..aishhh..buroknya pangai yer...ok la jom tgk resepi Kerabu Taugeh dari Sherry MyR ni mmg sedap sedap, lieza minta izin nakCNP resepi utk rujukan lieza yer.

  • Sebungkus taugeh (dlm 50sen kalau kat msia)
  • 3 ulas bawang merah (dihiris)
  • 7 biji cili padi (dihiris)
  • Seinci belacan (dibakar)
  • Sedikit udang kering (rendam dulu)
  • 1 sudu teh lada hitam biji
  • 2 sudu makan air perahan lemon/limau
  • 1 sudu makan kerisik
  • Garam & gula secukup rasa

Cara-cara

  1. Taugeh/pucuk paku hendaklah dicelur terlebih dahulu. Jgn lama sgt, nanti lembik pulak.
  2. Kemudian toskan airnya. Ketepikan dulu.
  3. Hiris halus bawang merah & cili padi.
  4. Tumbuk udang kering, belacan, lada hitam dan kalau nak pedas tambah sedikit cili padi. Tumbuk sampai lumat.
  5. Masukkan bahan2 yg telah ditumbuk tadi ke dalam taugeh/pucuk paku. Gaul rata.
  6. Masukkan kerisik. Gaul rata lagi, jgn biarkan kerisik berketul.
  7. Akhir sekali masukkan air perahan lemon/limau, garam & gula. Sedia untuk dimakan dgn nasi panas.
### lieza ada derhaka sikit pada resepi ni, utk taugeh tu lieza tak celur pun cuci dgn air masak, jer pas tu bahan2 campuran tu lieza tambah 2 s/b sos ikan serta hirisan daun limau purut.

Wednesday, August 25, 2010

Soto Ayam - Resepi Diana


Hari ni kan buat soto ayam lagi....dah lama nak buat tp asik tertangguh2 jer..hari ni terlaksana juga akhirnya nak buat soto Resepi Diana ni lagi dan lagi..dah byk kali buat dan dah jatuh cinta pun dgn resepi yg mmg sedap di anak tekak kami nih...tanya Mr. Hubby pun, die nak soto yg cam gini.tak mau yg kuah cair mair...nak tgk resepi bole klik SINI yer N3 yg pernah lieza buat soto ayam tu yg lieza copy dari MyR resepi DIANA..


Tuesday, August 24, 2010

Daging Kandar

Buat lagi Daging Kandar...ni masuk kali yg ke 3 aku buat..mmg sedap..resepi KAKASMA ni..makan dgn apa2 nasi pun bole jalan jer...uishh cecah roti pun sodap weiii...ok ler jom ler tgk resepi DISINI malas sungguh nak copy byk kali...hmmm tak pelah lieza CNP lg ler utk menyenangkan kengkawan nak refer kot2 ada sesapa yg nak try kan...jom tgk yer jgn malu2.

Bahan-bahan ( 6 orang )

  • 1/2 kg daging
  • 6 ulas bawang putih/1 inci halia(tumbuk/blend)
  • 2 sudu besar kicap pekat maggi
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 pkt serbuk kari daging babas(1 1/2 pun boleh)
  • 1 labu bawang besar(dimayang)
  • 1 ulas bawang putih (dimayang)
  • KUlit kayu manis dan bunga lawang
  • sedikit daun kari
  • garam dan perasa

Cara-cara

  1. daging dibersihkan hiris dan direbus(simpan air rebusan)
  2. Tumiskan bawang besar,bawang putih,kulit kayu manis dan bunga lawang hingga naik bau.
  3. Masukkan bawang putih dan halia yang ditumbuk halus dan juga daun kari.
  4. Kemudian masukkan campuran rempah tadi(kicap pekat,sos dan serbuk kari).kacau sebati.
  5. bila dah sebati kuah masukkan daging dan air rebusan daging.
  6. Masukkan garam dan perasa.kacau lagi
  7. Perasakan dan masak lah sehingga kuah menjadi pekat.
  8. sesuai dimakan dengan nasi dan roti
### lieza letak cili padi sebiji2 dan cili besar kerat 2.

Acar Timun Nenas Mentah

Acar ni kawan pada nasi tomato juga...resepi dari Choppy MyR utk menyenangkan sesapa yg nak buat..takpelah lieza CNP resepinya letak sini yer...

Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 1 batang timun
  • 1/6 nenas- dihiris kecil-kecil
  • 1 batang lada merah- dihiris
  • 1/2 biji bawang besar- mayang
  • cuka secukupnya
  • garam dan gula secukupnya

Cara-cara

  1. Kupas kulit timun dan hiris nipis-nipis
  2. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mangkuk dan gaul rata.
  3. Lada merah tu kalau time terdesak boleh juga diganti dengan cili kering

Nasi Tomato


Menu paling utama Nasi Tomato...permintaan Mr. Hubby...kali ni berlaukkan Daging Kandar..memandangkan semalam dah masak ayam merah so hari ni kita makan daging pulakkk...dah byk kali lieza buat nasi tomato ni kalau nak tgk resepi klik SINI yer..resepi ni dulu lieza mbil kat Dapur K.Nor, asalnya sumber dari Che De sam gitu...panjang kan...dah merata resepi ni bergerak pun..layannnnnnn.


Apam Pisang Kukus


Oklah...perut dah kenyang anak2 semua dah tido jd boleh ler bergumbira ngadap blog ni...yehahahaahahha....hari ni la terajin lg sikit buat apam pisang kukus, tgk pisang mcm tak berganjak jer..jd buat ler apam pisang yg mudah dan sedap nih...resepi ni lieza ambil dari blog Jintan Manis Ros nama diberi...resepi asal dari Diana..dah merata juga resepi ni merantau ke blog CMG..Blog Mak Lang pun ada....terima kasih buat mereka2 semua ini...utk itu Ros, akak CNP dari blog Ros yer..akak panjangkan pulak kat sini...mmg sedap gebus..uishhh..jom kita try...

Bahan-Bahannya ( resepi asal dari Diana)
  • 1 cawan tepung gandum*
  • 1/2 camca teh baking powder*(*digaul dan diayak)
  • 2 biji telur gred A
  • 100 ml minyak jagung (atau mentega cair) - ros cuma letak 80ml minyak masak.
  • 1/4 cawan gula (mat guna gula perang)
  • 4 biji pisang emas, sederhana besar*
  • 1/2 camca teh soda bicarbonate*
  • Secubit garam*(*disatukan dan lecek hingga halus)

Cara membuatnya :-)

  1. Pukul minyak, gula dan telur hingga sebati menggunakan whisk. Masukkan pisang lecek, gaul rata. Masukkan pula tepung, kacau hingga sebati. Ketepikan.
  2. Panaskan kukusan, sediakan acuan kegemaran (mat guna acuan kecil2), sapu dengan sedikit minyak pada acuan, panaskan 2 minit. Tuang adunan apam 3/4 penuh dan kukus 12 - 15 minit. Buat hingga siap.


Sosej Cheese Roll


Buat ni utk anak2 makan mmg dorang suka apa saja yg berkaitan dgn sosej tapi kan...ada tapi pula...si Eryna makan buang rotinya dan makan sosejnya saja...adooiiiii....takpelah janji makan..
Jom ler tgk cara buat dan bahan2nya...asalnya tgk kat blog Nurindah thanks yer Nur share resepinya...sumber asal dari Norzulaili, majalah Rasa Jan 07. Akak CNP sebahagian resepinya yer Nur.

Bahan2

  • 4 keping Roti - dipotong tepi
  • 4 btg sosej
  • 1 biji Telur
  • Breadcrumb/serbuk roti
  • 2 Slice Cheese dipotong 2
  • minyak utk menggoreng
Cara2

  1. Pukul telur hingga rata.
  2. Lenyekkan roti dengan penggelek.
  3. Kemudian letak sosej, dan slice cheese tadi di atas roti. Gulung kemas.
  4. Sapu sikit telur tadi pada roti supaya gulungan melekat.
  5. Potong hujung sosej supaya nampak cantik. (Nurindah:sosej lebih jgn dibuang)
  6. Celupkan pula keseluruhan roti gulung tadi ke dalam bancuhan telur.
  7. Kemudian salut dengan breadcrumbs.
  8. Panaskan minyak dan goreng hingga keemasan. (nurindah:api perlahan sikit, supaya sosej di dalam masak dan salutan tidak hangus)

Ayam Masak Merah



Lauk smlm juga..dah abih doh...tinggal saki baki bawang jer kat pinggan...huahuahua..ayam masak merah gini dah acap kali buat senang jer...kalau selalu letak sos tomato n cili..tp kali ni letak tomato puree sbb masih ada stok lebihan buat nasi daging ari tu...tp kan mmg ada kelainan pada rasanya...lagi sedap kata Mr. Hubby...uishhh...

Petola


Menu berbuka semalam petola ke pelota??? hentam sajer ler dah abih dah pon...sempoi jer campak2 cili bawang ikan bilis....tuang ayor...garam udah siap....pekena dgn telor masin peh tu ayam masak merah....laki bini mkn senyap terussss...menikmati...hahahha...dah lapor kan...apa nak buat...

Monday, August 23, 2010

Secubit Garam

zwani.com myspace graphic comments

Buat K.Nor Secubit Garam tahniah, tahniah..kerana kesungguhan dlm berblogger, keikhlasan utk berkongsi resepi , kemesraan dan layanan yg sentiasa diberi kepada kawan2 blogger yg lain, tak sombong itu lah K.Nor yg lieza kenali, walaupun kita tak pernah bersua muka....oleh kerana itu lah pengunjung2 tidak pernah jemu mengunjung, menjenguk dan skodeng umah K.Nor ni
termasuklah Lieza....sehinggakan mencapai 300,000 org tuuu..TAHNIAH sekali lg dari Lieza yer K.Nor..harapan Lieza semoga blog K.Nor takkan terkubur, biar la forever n ever...muahh..
Dengan itu sesiapa yg tak pernah melawat ke Rumah K.Nor silalah berbuat demikian..mmg berbaloi...apalagi JOM SINGGAH KE RUMAH K.NOR SECUBIT GARAM
YANG SEMEMANGNYA DABOMB!!!!!
Akhir sekali utk K.Nor sila lah ambil award ni yer...ikhlas dari lieza.

Kuih Cara Berlauk


Kuih Cara Berlauk diantara kuih yg dibuat smlm, this is my pestime ler buat kuih cara nih..alhamdulillah jadi dan sedap...eeee perasan ke aku nih...hahahhah..ehh sedap ler betoi nih tak tipu..resepi ni amik kat Dapur Resepi Raidah..tp resepi asalnya Kuih Cara Manis tp aku buat cara berlauk mengunakan resepinya..mari jom kita tgk resepinya itu yer...seperti biasa lah kan CNP jer resepi nih..oooppps lupa pula..utk pengetahuan ler kan..lieza buat 1 adunan jer..tu pun jenuh nak ngabihkan dpt byk weiiii...sampai sahur pun bole mkn lg...almaklumler penduduk kat dlm umah ni brape kerat jer kan...

Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum - lieza buat 1 cawan
3 cawan santan - lieza buat 11/2 cawan
2 biji telur - lieza guna 1 biji
sedikit air daun pandan/pewarna hijau - lieza guna pewarna kuning
secubit garam
gula secukupnya
Cara membuat:
~ Panaskan acuan khas utk kuih cara diatas dapur.
~ Daun pandan di blander dengan santan, tapis. - lieza skip
~ Kemudian campurkan dengan gandum, telur & garam. Tapis utk memastikan adunan tidak berketul. - lieza terus letak warna kuning
~ Bila adunan siap masukkan kedalam acuan yang telah dipanaskan, perlu disapu sedikit minyak dahulu supaya mudah ditanggalkan nanti.
~ Isikan gula/lauk daging ditengahnya. Tutup acuan dgn tudung periuk,tunggulah hingga masak. Gunakan api yg perlahan supaya kuih tu tak mudah hangit bawahnya.
~ Angkat dan boleh lah lekatkan sepasang2.

### utk cara berlauk selepas masuk lauk, tabur cili merah dan daun sup, kemudian baru ditutup

Bahan2 utk Lauk
1 Cawan Daging Hancur
1 biji bawang besar dipotong dadu
2 biji bawang putih dipotong dadu
2 s/b serbuk kari.
Cili merah utk hiasan
Daun Sup utk hiasan

Cara2
  1. Tumis bawang besar dan putih, kemudian masuk rempah kari.biarkan sampai keluar minyak
  2. Masuk daging biar sampai masak dan perasakan garam gula.

Sunday, August 22, 2010

Nasi Goreng Ayam



Yehaaaaa...Nasi GorenG Ayam jangitan dari Dapur K.Nor..hahahha...sedap dilihat dan sedap sekali bila dimakan...tak caya????? kena cuba tauuuu...baru ler tau keenakan rasanya...walau camner pun lain tekak lain rasa...tp bagi tekak aku ni...mmg ler sedap..aku suker..aku suker..aku suker....nasi goreng ayam ni pekena dgn sup...mmg sepadan...resepi ni dah jauh berjalan dari dapur Tummy ker Dapur Cik Manggis pas tu ker Dapur Ika dan terus lak ker dapur K.Nor..tp rasanya mungkin dah melencong ke lain juga resepi ni..cuma aku yg tak tau kot...

Uishh malas ler nak merapu panjang2 straight to the point la..gini ler resepi ni dicetak dari Dapur K.Nor...aci tak? aci ler...bole jer kan K.Nor...muahhh..kalau sesapa nak tgk resepi ni kat Dapur K.Nor pegi SINI dan SINI..Tgk ler mmg terliuk weiiiii...

NASI GORENG AYAM
sumber
Ika

Bahan-bahannya:

* 1 ekor ayam- di potong 12 ketul
* 2 sudu kecil garam*
* 1 sudu besar serbuk kunyit*
* 1 sudu besar rempah kari*
* Caranya=> ayam di potong 12, bersihkan dan toskan....gaulkan bersama garam, serbuk kunyit dan serbuk kari....perap sebentar dan goreng seperti biasa...(jngn garing sangat)
* Setelah siap, angkat ayam dan ketepikan dahulu.

Bahan Utk Masak Nasi
  • 1 sudu rempah kari
  • 1 inci halia-tumbuk kasar
  • 4 ulas bawang merah-tumbuk kasar
  • 2 ulas bawang putih-tumbuk kasar
  • 1/2 labu bawang besar-potong dadu
  • 2 inci kulit kayu manis
  • 2 biji buah pelaga
  • 3 kuntum bunga lawang
  • sedikit kiub ayam
  • sedikit garam dan sedikit serbuk lada hitam
  • 2 bay leaves/ daun ketumbar
  • 4 cawan beras basmathi-cuci toskan
  • 4 1/2 cwn air
  • 1/2 cwn susu cair
Cara-Caranya:
  1. Panaskan minyak tumiskan bunga lawang,kayu manis dan buah pelaga serta bahan bahan yang ditumbuk, serbuk lada hitam dan rempah kari hingga wangi.
  2. Masukkan beras dan kacau hingga sebati atau mesra rempah2 tadi.
  3. Tuangkan 1/2 susu cair dan 4 1/2 cawan air.
  4. Susunkan ayam goreng diatasnya dan masukkan garam, kiub ayam dan daun ketumbar. Masak nasi hingga masak.
* Setelah siap, bolehlah di hidangkan bersama sos pedas dan salad. >> Dan sup :D yg ni versi siam :D ~ K.Nor juga buat sup :)

Saturday, August 21, 2010

Resepi Ikan Bakar Dan Sambal Kicap

Lauk semalam juga nih...kali ni cuba resepi dari Kak Nannie pula sambal kicapnya...hari tu ternampak ler kat umah hana..apa lg cpt masuk list kalau masakan yg simple nih..bukan apa senang nak buat dan cepat..kuikuikui..apa pun thank Kak Nannie yg sudi sharekan resepinya itu..dan Hana aku copypes dari umah ko yer...

RESEPI IKAN BAKAR DAN SAMBAL KICAP
Bahan-bahan
  • 2 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih- dititik bagi hancur
  • 8-10 biji cili api-dititik bagi hancur
  • Sedikit belacan yang dibakar
  • Kicap manis secukupnya
  • Sedikit jus limau nipis-secukup rasa
  • Ikan bakar
Cara-cara
  • Kupas semua bawang merah dan dimayang nipis-nipis . Titikkan semua bawang putih dan cili api . Masukkan semua bahan-bahan ini dalam mangkuk dan satukan bahan-bahan lain macam belacan serta kicap akhir sekali masukkan jus limau nipis secukup rasa . Gaul dan kacau semua bahan-bahan sehingga cukup mesra.
  • Hidangkan dengan ikan bakar.

Sayur Masak Lodeh

Semalam masak Sayur Lodeh...ini stail mak dan kerabat2nya..huahuahua...masak lodeh ni mmg biasa dibuat ler kalau kat kg...selain tu kalau nak raya pun mmg buat sebagai sayur sampingan utk dimakan dgn nasi impit, rendang ddan sebagainya..kali ni lieza buat cuma letak kubis, tempe dan suhun jer...yg sayur lain2 tak letak, malas nak pegi beli..mcm ni pun dah ok.

Bahan2 - utk 2 kali makan jer
  • 2 genggam kubis yg dah dihiris kecil
  • 5 btg kacang panjang dipotong serong
  • 1 bungkus tempe - dipotong kecil
  • 1 keping tauhu - dipotong kecil
  • Suhun - direndam dahulu sampai lembut
  • Fucuk - direndam dahulu sampai lembut
  • 10 biji cili padi - hiris
  • 1 btg cili merah- hiris
  • 5 biji bawang merah - hiris
  • 2 ulas bawang putih - hiris
  • 10 ekor udang basah - nak letak udang kering or ikan bilis pun dah ok
  • 2 cawan santan - nak byk bole tambah
  • Garam dan gula
  • Minyak utk menumis
Cara2
  1. Tumis Bahan2 yg dihiris, segala bawang, cili sampai naik bau.
  2. Masukkan udang biarkan udang masak.
  3. Masukkan tempe
  4. Masukkan kacang panjang, kobis, fucuk dan suhun
  5. Biar kan sayur agak lembut, kemudian masukkan santan.
  6. Perasakan garam dan gula
  7. akhir sekali masukkan tauhu, biarkan kuah mendidih.
  8. Dah bole hidang


### Masakan ni terpulang pada selera masing2 samaada nak kuah byk atau sikit. sbb stgh org suka yg kering..sesetgh org suka berkuah..terpulang cuma perlu tambah dan kurangkan santan.

Friday, August 20, 2010

Sizzling Mee


Adoiiiiiyaiii...apa kena la pulak celcom broadband kali ni...payah bebenor la pula 2 3 menjak nih...nak post pun N3 pun lambat nak keluar.....huhhhhh...sabar sabar...

Ok la..berbalik pada menu diatas..iaitu Sizzling Mee...juadah utk berbuka semalam..utk makluman yer...ini adalah kali ke 3 buat sizzling mee dan kali ni meriah dgn cendawan dan sawi yg sebelum ni lieza tak letak pun...yg kali ke 2 tu tak sempat nak snap gambo terlupa..bole dikata mmg sedap resepi ni mcm kita makan kat food court2 JJ gitu..hehehhe..kalau tak caya cuba ler try uji test yer...Klik SINI utk resepi yg pernah lieza post dulu tak pun lieza salin semula yer....nak lebih Info pegi SINI dapur Kak Nor Secubit Garam..thanks K.Nor & Lilydvalley MyR kerna sudi kongsi resepi...

SIZZLING YEE MEE by Lilydvalley MyR

2-3 sanggul (gulung) yee mee ~ k.nor guna mee segera cintan - Lieza guna Mamee dan rebus dahulu sekejap
5 ulas bawang putih
5 biji cendawan shitake ( cendawan kering)- rendam sehingga agak lembut dan potong 4 -
1 keping dada ayam- potong mengikut citarasa
1 sudu besar cili mesin ~ yg ni K.Nor sj tambah, biasa la anak tekak melayu :) - Lieza tak letak
3 biji cili kering- potong 2
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap cair
1 sudu besar kicap pekat
1/2 in halia- hiris nipis
Serbuk lada hitam
garam- secukup rasa
Beberapa titik Minyak bijan
1 sudu besar Tepung jagung- dibancuh dgn sedikit air
sedikit minyak utk menumis

Cara2

  1. Tumis bawang putih, cili kering dan halia sehingga naik baunya.
  2. Masukkan ayam yg telah potong sehingga agak empuk.
  3. Masukkan 2 cawan air.
  4. Masukkan pula sos tiram, kicap cair dan kicap pekat. Masukkan pula serbuk lada hitam.
  5. Biarkan mendidih.
  6. masukkan cendawan serta sayur2 lain- tunggu 2-3 min.
  7. Masukkan campuran tepung jagung dan kacau.
  8. Titikkan minyak bijan beberapa titik-jgn banyak2...
Akhir sekali, masukkan yee mee- biarkan sebentar & hidangkan panas2.


MAMEE ni ler lieza guna utk buat Sizzling Mee, Last time beli 1 pek yg ada 30 bungkus..biasa ler kan makanan ringan Mamee ni sapa yg tak pernah makan..tp yg keluaran terbarunya nih dah tak berapa sedap di anak tekak, dah tak mcam dulu lagi..keluaran terbaru ni lebih kepada menjaga kesihatan...kira bagus lah camtu kan...jadi dgn itu cara nak mengabiskan nya lieza guna la buat sizzling mee...ternyata MAMEE ni kalau di buat sizzling jadi sedap..hehehe sekian.

Thursday, August 19, 2010

Nasi Lemak Sri Pandan



Salam di pagi Khamis...Hari ni dah 9 hari kita berpuasa bermakna dah 9 Ramadhan ye tak..cepat betul masa itu berlalu kan....tau tau esok dah nak raya...

Nasi Lemak Sri Pandan?? ni ler menu berbuka semalam...masa jalan jalan cari menu semalam singgah jap kat umah Nurindah, tgk die buat nasi lemak ni mcm terbau2 pulak...terus keinginan tu membuak2 lemak pun lemak ler kan Nur...tanya Mr. Hubby menu hari ni nasi lemak dan Mr. Hubby pun setuju dgn cadangan itu..maka jadi ler nasi lemaknya yg digandingkan dgn sambal sotong.

Tapi kan Nasi lemak yg lieza buat ni tak nampak ler sgt hijaunya..mungkin sbb pinggan tu dah hijau kot hehehhehe..pudar sikit kalernya tp kalau nengok live ada ler hijau sikit2, yg beshnya masa nasi ni di masak semerbak bau seluruh umah ni..sampai Enas pun tak sabar nak makan, mmg harum betul bau pandan...walau apa pun nasi ni mmg sedap thank yer Nur sudi share resepi ni...akak nak CNP dari blog Nur yer...


NASI LEMAK SRI PANDAN

Sumber : Buku Senangnya memasak Nasi Chef Hanieliza
Servings: 7-8 orang. (dgn kiraan seorang dewasa: 130gm beras)

bahan2
  • 1 kg beras AAA [basuh n toskan] - Lieza buat 4 cawan beras
  • 4 cawan santan
  • 10 helai daun pandan - dikisar (Nurindah: boleh kisar dgn 1-2 cawan air) - 3 cawan air pandan
  • 2 inci halia -dihiris
  • 3 biji bawang merah -dimayang
  • garam secukup rasa
  • sedikit gula - sekiranya suka - lieza tak letak
  • 1 helai daun pandan - disimpul

Cara
  1. Daun pandan dikisar dan ditapiskan.
  2. Masukan semua bahan ke dalam periuk dan masak sehingga beras sebati dengan santan.
  3. Apabila nasi sudah kering, kacau rata dan tutup semula tudung. Biarkan ia sentiasa panas dalam periuk rice cooker.
  4. Bila sudah masak boleh hidangkan.
## resepi ni lieza buat mengikut sukatan keluarga lieza..


Wednesday, August 18, 2010

Bebola Roti Goreng

Ada lebihan roti yg dah hampir ujung nyawa...adaler dlm 8 keping..smlm ternampak kat dapur Pn. Ayu Singapore...so pagi td buat lah utk anak2 soru..alhamdulillah anak2 suka mkn...sedap ler tu kan..bukan senang tgk anak2 makan..kalau dorang suka...maka sedap la tu..mcm jemput2 biasa rupa bentuknya...ok lah Pn. Ayu lieza nak copy resepi nya utk rujukan kemudian hari..

Ingredients:-



  • 14 keping roti ( plain white bread)-POTONG menjadi kepingan kecil
  • 3 batang cili merah (potong kecil2)
  • 1 biji bawang besar (dadu halus2)
  • sedikit daun sup/bawang (hiris)
  • 2 sudu teh serbuk lada putih
  • garam secukup rasa
  • perasa ikan bilis -(Ayu used kiub ikan bilis dilenyek2 sikit) - lieza letak tumix ikan bilis
  • minyak utk menumis

Method:-

  1. Masukkan roti ke dalam mangkuk yg besar.
  2. Kemudian masukkan telur, cili merah, bawang,perasa ikan bilis dan daun sup/bawang.
  3. Gaul rata-rata. Akhir sekali, masukkan garam dan lada putih serbuk .
  4. Gaul rata2 dan kepal2kan menjadi bebola. Buat bebola roti hingga habis.
  5. Gorenglah seperti anda menggoreng jemput-jemput biasa.
  6. Hidangkan bersama sos cili yg anda gemari.


Sources:-From lizahanum.blogspot.com

Tuesday, August 17, 2010

Dadar Lauk Samarinda


Uishh tajuk mcm nama lagu Samarinda tu..ingat tak??? tp ni nak cite bukan pasal lagu tp pasal Dadar Lauk Samarinda..buat kuih ni td utk berbuka..dah lama nak buat tp baru la ni terlaksana, bukannya susah benor..tp ada nyakit M tu..pas tu dok tangguh2..ramai teman blogger dah cuba buat dari umah Hana ada...K.Nor pun ada, umah Cikgu Zana pun ada...resepi sumber dari Buku Aneka Hidangan Sarapan dan pada pertama kalinya di hidang di dapur Izah Muffin Lover..mmg sedap ler..next time bole buat lg...thanks Izah for sharing dan lieza nak copy dari dapur Izah yer...

Dadar Lauk Samarinda
Source: Buku aneka Hidangan SARAPAN

Bahan-bahan:
610 gm air
300 gm tepung gandum
1 biji telur
1 sudu makan tepung jagung
1 sudu makan minyak jagung (saya guna minyak masak biasa je)
1 sudu teh garam
Sedikit pewarna kuning (saya letak 1/2 susu kecil kunyit serbuk)

Bahan inti:
20 gm rempah kari ikan
1 tin sardin - dihancurkan (saya guna tin kecil)
1/2 biji kentang- yang ni saya tambah
100 ml air
4 biji cili merah hiris (saya tumbuk cili padi)
2 biji bawang besar
5 sudu makan minyak masak
5 ulas bawang putih cincang
garam dan gula secukup rasa


Catni Nenas


Catni Nenas mcm acar juga ler tp ni simple jer nak buat...dah jemu buat pajeri cuba stail ni pulak...mmg kena juga makan dgn nasi putih...kena pula hari ni masak kari ikan..mmg masyuk ler dgn Catni nih...resepi dari Dapur Dayang Jack, tp belum dpt izin dah nak copy nih...takpelah halal kan yer Dayang..

Bahan-bahan :
  • 1/2 biji nanas sederhana (dihiris kecil2)
  • 4-5 sb gula pasir
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga cengkih
  • 1/4 sk serbuk kunyit
  • 1 sudu makan cuka
Cara-cara : Satukan kesemuanya di dlm periuk dan masak hingga kuahnya pekat.(tak perlu masukkan air). Barulah ditaburkan dgn sedikit kismis jika suka.



Monday, August 16, 2010

Cucur Udang K.Nor



Tak tahu ler kenapa hari ni bertambah rajin sikit buat cucur udang lagi tp kali ni guna pakai resepi K.Nor pula..yg mengunakan Yis dalam campuran bahan adunan...ramai org dah buat guna resepi K.Nor ni...org JepunJawa pun dah try resepi ni sapa lg kalau bukan Hanamemories..
Wokey la..kali ni lieza nak copy resepi Cucur ni dari dapur K.Nor yer...dan buat Hana lak lieza nak copy resepi sos dari dapur Hana...buleh yer.

Cucur Udang

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan air
  • 1 bj telur
  • 1 sudu teh yis (mjauripan)
  • 1 bj bawang besar ~ didadukan
  • daun saderi/daun bawang/kucai
  • taugeh
  • sedikit kunyit ~ nak kasi cucur kaler kuning
  • 1 sudu teh garam
  • minyak utk menggoreng
# udang ~ mengikut bilangan berapa bj cucur yg dihasilkan

Cara2

  1. Campurkan kesemua bahan kecuali minyak. Perap sehingga adunan naik sket (dlm 1/2 jam).
  2. Panaskan minyak dlm kuali. Minyak kena lebih ya..
  3. Letak senduk bulat dlm minyak hingga minyak dan senduk panas.
  4. Ceduk sedikit adunan cucur kedalam senduk dan letak udang seekor sambil tekan2 sket.
  5. Masukkan dlm minyak panas dan goreng la hingga bahagian bawah cucur tu dah tak melekat kat senduk.
  6. Goyang2kan sedikit senduk atau kuis jer dgn sudu atau lidi/chopstick supaya ia lekang dr senduk.
  7. Goreng cucur hingga masak dan angkat serta toskan.
  8. Bolehlah dipotong 4 sebelum dihidangkan.

UNTUK SOS (RESIPI ASAL DARI "CHEF WAN")
Bahan-bahan
  • 8 biji cili merah
  • 2-3 ulas bawang putih
  • 1 cawan gula - hana buh 3/4cwn
  • 1/4 cawan air
  • 1/4 cawan cuka makan
  • 4 camca besar sos ikan
  • Sedikit kacang tumbuk (hana dan mat guna bijan) - Lieza guna kacang
  • >> hana tambah sos cili thai.
Cara-cara
  • Kisar cili dan bawang putih hingga hancur, masukkan bahan2 lain kecuali bijan. Masak atas api perlahan sambil dikacau hingga sos memekat. Matikan api dan taburkan bijan/kacang sebelum dihidangkan bersama cucur udang tadi...

Bendi Goreng


Selain salad terung lieza buat juga sayur bendi goreng nih..tp kali ni sayur bendi ni bertelur....opppps bukannya bendi nih udoh bertelur tp dicampur telur yer puan puan...hehehe resepi ni ambil kat dapur Hana hmmm jauh tu kat japang lg tu..menurutnya resepi ni dari K.Yatiezaini...so dgn segala hormatnya Hana den nak copy resepi ni dari dapur mu itewww yooo.

Bahan-bahan
  • 15 biji bendi - dipotong nipis secara serong
  • 2 biji telor - dipukul
  • Bahan kisar
  • 2 - 3 cili merah dibuang biji- Lieza guna cili kering
  • 2 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • * sedikit garam & perasa
  • minyak utk menumis
Cara-cara
  1. Panaskan minyak & tumis bahan kisar sehingga naik bau.
  2. Masukkn bendi & dikacau .. Masukkn garam dan perasa . Agak2 bendi dah separuh masak boleh lah dicurahkan telur keatasnya.
  3. Biarkan telur 1/2 masak barulah di dikacau..biarkan sekejap & boleh lah ditutup api.

Sambal Telur Rebus - Telur Puyuh

Menu Hari ni lagi...Sambal Telur Rebus - Telur Puyuh..haaaa...ini tolor puyuh ni Mr Hubby beli suruh masak sambal...sesapa yg masih tak tahu nak buat sambal ...jom tgk resepinya yg lieza copy dari Kak Hanieliza fotopages .


SAMBAL TELUR

Bahan


  • 10 biji telur rebus - Lieza guna telur puyuh
  • 1 labu bawang besar [mayangkan]
  • 3 s/b sos tomato
  • 1 s/k gula garam
  • minyak
  • Bahan Kisar
  • 20 tangkai cili kering
  • 2 ulas bawang putih 10 ulas bawang merah
  • belacan [jika suka]

Cara


  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar sehingga garing.
  2. Masukkan sos tomato, gula dan garam. Kacau rata.
  3. Masukkan telur dalam sambal dan biarkan sebentar.
  4. Masukkan bawang besar dan kacau sikit.
  5. Bila nampak bawang layu boleh masukkan sambal dalam pinggan dan hidangkan.