Friday, July 30, 2010

I Love This Blog..Hanamemories

Tanda sokongan dari Lieza yg teramat menyukai Hanamemories.blogspot.com semoga Hana teruskan perjuangan di jalur lebar bersama Hanamemories...muahhhh...(sambut hana yer)..thanks Hana diatas semua perkongsian di Hanamemories dan sekali lagi Hepy 2nd Besday.

Chicken Finger Masak 3 Rasa


Uishhh...apalah nak masak nih utk arini...haaaa..terpk kat esbok ada chicken finger yg sudah jemu dimakan begitu saja...sekaligus terpk yg K.Nor pernah masak Bebola Sotong 3 rasa..dimana resepi asal CMG Udang 3 rasa..sampai kat aku jadi Chicken Finger 3 Rasa..hahahha....rasanya mmg bole diterima...makan sepinggan nasi pun dah habis...maknanya sedap ler tu kan..ishh panajang pulak celoteh aku yg tak berbayar ni...huhhh...gini ler K.Nor...Lieza nak cetak resepi ni kat dapur lieza yer K.Nor...nak share kat sini pula khas utk sesapa yg rasa2 tak ada idea nak masak apa...bole ler try nih.

Resepi asal CMG - Udang 3 Rasa..sampai Dapur K.Nor Bebola Sotong 3 Rasa..sampai kat dapur aku jadi Chicken Finger 3 Rasa..

Bahan:-
  • 10 - 15 bj bebola sotong/Chicken Finger
  • 1/2 biji capsicum merah - potong berbaji - Tak letak takder stok - cuma letak cili besar
  • 1/2 biji capsicum hijau - potong berbaji - Tak letak takder stok
  • 1/2 biji capsicum kuning - potong berbaji - Tak letak takder stok
  • 1 biji bawang besar - hiris bulat
  • 2 ulas bawang putih - hiris
  • 1 camca besar cili kisar
  • 1/2 cawan sos cili (akak pun guna sos cili thai)
  • 1 camca besar sos tiram
  • 2 camca besar sos tomato
  • 1 camca besar kicap cair
  • garam dan gula (optional)
  • 1/3 cawan air
Cara Memasak:-
  1. Goreng sekejap bebola sotong dlm minyak panas. Goreng2kan hingga bahagian luar keperangan. Angkat dan toskan. tak nak goreng pun tak per, terpulang la..
  2. Tinggalkan kurang lebih 3 camca besar minyak dalam kuali tadi.
  3. Tumis bawang putih,bawang besar dan cili kisar hingga harum.
  4. Masukkan kesemua jenis sos dan gaul rata.
  5. Masukkan semua jenis capsicum dan air. Gaul rata.
  6. Masukkan bebola sotong, kacau hingga semua rata dan tambah garam dan sedikit gula jika perlu. Masak untuk 1 - 2 minit hingga kuah pekat sikit. Angkat dan hidangkan.

Kacang Buncis Goreng Telur

Kacang Buncis Goreng Telur...hmmm...hari jalan punya jalan..jenguk punya jenguk jumpa ler resepi utk menu Kacang Buncis...di dapur Love2cook .....maka jadi ler menu sayur Kacang Buncis Goreng Telur utk aku arini..rasanya sedap sbb ada daun kari kat sayur ni..ni ler pestime aku masak sayur letak daun kari peh tu letak serbuk kunyit...hmmm lazat..so...to Love2cook..lieza copy resepi yg marbeles ni kat sini ok...thanks 4 sharing.

Bahan2nya:-
  • 2 genggam kacang buncis (dibersihkan dan potong 1cm panjang)
  • 3 biji bawang merah (hiris halus)
  • 2 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 cm halia (dicincang)
  • 1 biji cili hijau (dihiris)
  • 1 biji cili merah (dihiris)
  • 2 biji telur
  • sedikit daun kari
  • 1/2 sk serbuk kunyit
  • 1/2 sk rempah '5 spice' - nak lebih pun okey...ikut citarasa - tak letak sbb tak der stok
  • garam dan aji secukup rasa
  • minyak
Cara-cara :-
  1. Panaskan minyak dlm kuali. Tumis bawang putih, halia, bawang merah, cili hijau, cili merah dan daun kari.
  2. Masukkan kacang buncis, kacau dan biarkan sebentar. Tambahkan serbuk kunyit, garam dan aji. Kacau sebati.
  3. Pecahkan telur di tgh2 kacang buncis, kacau2 kuning telur sedikit dan cover telur ngan kacang buncis. Tutupkan kuali ngan penutup selama 3 minit.
  4. Selepas tuh, kacau sebati semua bahan dan campurkan rempah 5 spices...kacau lagi. Padamkan api. Sedia dihidang!

Thursday, July 29, 2010

Kway Teow Goreng


Jemu makan nasi, hari ni masak Kway teow pulak...siapa tak tau masak menu ni kan..pasti semua org tau...kan..so hari ni jamu mata yer...(psssttt daun sup tu bukan yg semalam punya tau)




Wednesday, July 28, 2010

Nasi Goreng Simple



Menu hari nasi goreng yg paling sempoi sekali..tak banyak bahan nak letak tp aku anak beranak mmg suka stail camni...tak suke letak mcm2.....cuma ada lauk2 sampingan seperti telor mata ker...telur dadar ker...keropok ikan ker...apa2 ler yg seangkatannya....Nasi goreng ni aku masak 2 version...version letak cili dgn tak letak(utk anak2 ler)..ok ler kalau sesapa yg tak reti langsung nak buat nasi goreng or sesapa yg baru nak blaja masak..aku letak resepi yg simple nih yer...nak ikut...ikut ler..tak mau sudahhhh..hehehhehe..

Bahan2

  • Nasi Putih secukupnya
  • 6 biji bawang merah
  • Cili Api secukupnya - kalau tak mau pedas tak payah letak
  • 2 ulas bawang putih
  • Segenggam ikan bilis
  • 2biji telur(dikacau goreng terlebih dahulu)
Cara2
  1. Tumbuk segala bawang, cili dan ikan bilis
  2. Tumis dgn minyak yg secukupnya hingga agak garing
  3. Tambah garam dan serbuk perasa (jika suka)
  4. Masukkan nasi dan telur yg telah dikacau goreng tadi dan kacau rata.
  5. Siappp
  6. Bole dihidang bersama telur mata tau telur dadar

Tuesday, July 27, 2010

Ikan Goreng Bersambal Istimewa

Semalam dah ikan..hari ni pun ikan lg...tp hari ni Ikan kembong goreng bersambal istimewa..panjang tu tajuknya yer....panjang pun panjang ler..peduli apa kan...yg penting simple dan sedap....selongkar punya selongkar kat dapurK.Nor..haaaa ni ler hasilnya...bak kata K.Nor resepi asal dari AlongRoz tp aku nak cetak semula resepi ni dari umah K.Nor ke umah aku lak..kiranya photostate ler tp guna mouse jer...harap maklum.

IKAN GORENG BERSAMBAL ISTIMEWA by AlongRoz

  • 3 ekor ikan
  • garam
  • serbuk kunyit
  • utk sambal:
  • 4 bj cili hijau
  • 1 bj cili merah
  • beberapa bj cili padi
  • 1 btg serai
  • 1/2 kuntum bunga kantan ~ k.nor ganti dgn daun limau purut - lieza pun letak daun limau
  • 5 bj bawah merah
  • 4 ulas bawang putih
  • daun ketumbar ~ dihiris halusgaram
  • tambahan oleh k.nor: -
  • 2 sudu besar sos ikan - yg ni tak letak sbb takder
  • sedikit gula
  • 1 sudu besar perahan limau nipis
cara2

  1. Lumurkan ikan dgn garam dan serbuk kunyit.
  2. Goreng hingga garing dan ketepikan.
  3. Blend kesemua bahan2 utk sambal kecuali daun ketumbar dan garam.
  4. Panaskan minyak dan masukkan bahan2 yg diblend.
  5. Goreng hingga garing dan pecah minyak.
  6. Masukkan daun limau purut dan daun ketumbar.
  7. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  8. Padamkan api dan masukkan jus limau nipis.
  9. Kacau rata dan tuangkan sambal atas ikan yg dah siap digoreng.

Monday, July 26, 2010

Pecal Jawa


Sebenarnya dah lama aku dok tingin nak mkn pecal nih...aku tak pernah pun buat sediri biasanya MIL atau Mak aku yg buat...sbb tu jarang dapat mkn pecal nih...oleh kerana aku maleh nak calling2....so smlm aku pun buat ler blog walking kat umah CMG..sbb sebelum ni pernah ternampak ada resepi pecal ni kat dapur die..maka hari ni aku pun buat ler sambal pecal mengikut resepi yg diberi..selalunya mak aku buat cuma letak cili api tp kali nih aku ikut stail CMG letak juga cili kering..perghh pedas gitu donggg...oleh yg demikian juga aku nak buat cetak semula kat sini utk rujukan di kemudian hari..ni kira minta ijin dari CMG tau.

Sambil aku nak berN3 pasal pecal ni kan..aku ternampak menu aku hari ni sama dengan Hana nun jauh beribu ribu batu tu...tak sangka kebetulan menunya sama pulakk...mungkin sesama tekak Jawa kot..hahahha..aishhh..merepek panjang lak..jom la tgk resepi CMG tu...

BAHAN-BAHAN PECAL (ANGGARAN SAHAJA) :-)
Pucuk ubi, dicelur lembut, tos dan bila sejuk perah airnya
Kacang panjang, kerat2 1inci dan celur sekejap, toskan
Timun, hiris memanjang
Senkuang, hiris memanjang- lieza tak letak
Tauhu, goreng dan hiris
Tempe, goreng dan hiris
Taugeh, buang ekor dan celur sekejap, toskan - lieza tak letak

BAHAN KUAH :-)
150 g kacang tanah
8 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 inci isi cekur
1 inci belacan, dibakar
1 1/2 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan
10 tangaki cili kering, kerat dan cuci, toskan
10 - 15 biji cili padi (optional)
Jus asam jawa secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK KUAH :- Kacang tanah, disangai hingga rangup, buang kulit dan kisar separuh halus. Udang kering digoreng, angkat dan toskan, bawang merah dan bawang putih, digoreng, angkat dan toskan. Goreng juga cili kering dan cili padi, angkat dan toskan. Kemudian kisar bahan untuk kuah kecuali jus asam jawa, kacang tanah, garam dan gula. Kemudian gaul bahan kisar tadi dengan kacang tanah, tambah air asam secukupnya, tabah garam dan gula secukup rasa, jika perlu tambah air. Kuah perlu sederhana cair dan perlu ada rasa pedas, masam, masin dan manis (manis kena lebih sikit). Kacau rata dan ketepikan.
  2. UNTUK PECAL :- Susun semua bahan2 sayur untuk pecal dalam bekas sesuai, tuang kuah secukupnya dan gaul rata. Hidangkan segera sebagai pembuka selera.

Sunday, July 25, 2010

Kenwood Smoothie Concert

Yahoooo....semalam kan....Mr. Hubby bellikan aku benda alah ni...seronok bebenor...terloncat2 kesukaan..huahuahuahua...(loncat kat dalam hati jer) buruk benor kalau aku loncat betoi2...memandang aku suka minum smoothie..nahh amik ko...buat sendiri yer...puasa dan raya dah nak dekat nanti bole ler berbuka pose dgn smoothie tak pun ice blended...sesapa dtg raya bole ler aku hidang kan smoothie yer...huahuahua...Ini model SB 255 RM 220 jer..sesapa berminat bole ler cari yer...jom layan...

Friday, July 23, 2010

Singgang Aye/Ikan Tongkol


Meh semua...haaaa tengok tu ikan aku dah terapung2 tgh tunggu masa aku nak ngappppp....hari ni gian nak mkn ikan singgang..mmg gian dah lama tp tak terbuat bukannya susoh benor tp acapkalinya terlupa nak beli lengkuas...bila tanam lengkuas tak sempat besar dah ambik...pas tu terus mati...masakan yg simple tp sedap...kali ni aku godek resepi kat umah Kak Hanieliza..seperti biasa nak juga cetak semula utk aku tepek pula kat dapur nih...

Bahan
1 ekor ikan tongkol/aye..potong kecil/nipis dan bersihkan
3 ulas bawang putih dimayang
2 cm lengkuas ] hiris nipis
2 cm kunyit hidup ]
5 keping asam keping [gelugor]
4 cawan air
garam
ciliapi..ikut suka [buangkan tangkai]

Cara membuat dalam microwave
1. masukkan semua bahan dalam mangkuk kaca tahan panas dan tutup mangkuk itu.
2. Masukkan dalam microwave dan setkan HIGH selama 20 minit.
3. Keluarkan dan masukkan ciliapi.

Cara memasak biasa
1. Masukkan semua bahan dalam periuk dan biarkan sehingga mendideh.
2. Rasakan garam dan masukkan ciliapi.
3. Hidangkan.

Tumisan Bayam

Sayur untuk harini Bayam tumis tumisan...seperti biasa ler campak2..bhan tumisan tp kali ni aku campak juga secukup rasa...maggi..

Thursday, July 22, 2010

Butter Prawn


.
Alahaiiiiii...lama sungguh nak buat Butter Prawn nih..baru hari ni terlaksana....uissshh berpoloh2 den nak menguraikan tolor tuh...perghhh tp hasilnya mmg sedap...aku sukeeee....

Hmmm..nak kira tak aci atau aci..resepi ni aku korek2 kat umah K.Nor lagi..ya ampun yer K.Nor..asik2 selongkar dapur K.Nor jer...resepi asal dari NITA tapi aku nak cetak semula resepi ni dari umah K.Nor yer....jgn marah K.Nor..lieza dah kemas balik dah..hehehhe...jom layan resepinya dan petua2 dari K.Nor utk membuat juraian tolor tu.

Bahan2:

12 ekor udang saiz besar
2 sudu butter
3 biji kuning telur ~ K.Nor guna 2 bj sahaja - Lieza guna 3 juga
sedikit daun kari
sedikit cili padi
serbuk kunyit & garam
minyak utk menggoreng

Cara2:
Lumur serbuk kunyit & garam kat udang. Goreng sehingga masak.Bila udang hampir masak tu, masukkan daun kari & cili padi.Gaul seketika sebelom diangkat. Bila dah msak,ketepikan. Dengan menggunakan minyak yg sama, biarkan minyak dikuali anggaran dlm 1/2 cawan cenggitu. Panaskan minyak dan masukkan butter. Biarkan butter cair & minyak betul2 panas.Sementara tu,kacau2 telur bagi rata dan masukkan telur kuning dalam bekas roti jala.

Matikan api bila minyak tu panas2. Dengan menggunakan 2 tangan, tgn kiri pegang telur kuning ..tgn kanan pegang garfu...tuang perlahan2 telur sambil tgn kanan mengacau dlm bentuk pusingan. Biar dia bertali2. Kemudian bila dah selesai, angkat telur tu dah buh dlm tapis utk membuang minyak berlebihan.

# K.Nor guna acu jala gak, tp kuning telur ni kan dia pekat skit dan acu jala K.Nor tu yg stail lama (tembaga) dan lubang dia kecik jd K.Nor tambahkan sedikit putih telur utk mencairkannya cuba tuang dulu dlm bekas lain, kalau boleh keluar dgn elok tak perlu tambah lg putih telur tu, tp kalau masih payah nak keluar, tambah skit lg putih telur.

# boleh aje nak kacau telur tu dgn garfu atau chopstick, terpulang, tp kena sentiasa mengacau sehingga telur habis dituangkan

# buangkan tali pusat telur, kalau tak lubang acu roti jala mudah tersumbat yg menyebabkan telur payah nak turun

# jgn menggoreng telur dlm minyak yg sedikit, nanti tak jd cantik jurai2 dia

Wednesday, July 21, 2010

Sizzling Mee


Sebenarnya Sizzling Mee ni dah habis aku mkn anak beranak...buat bekpes baru jap tadi ..perghhh sedap betul..mmg dah lama tak makan Sizzling Mee ni..dari aku ngandungkan Muaz sampai Muaz pun dah nak 6 bulan, baru ler aku dpt mkn sizzling mee nih.

Kejadian Sizzling Mee ni terjadi adalah gara2 asyik bertandang kat umah K.Nor Ganu tu haaa...juadah yg dihidangkan sentiasa menambat hati aku nih...memandangkan ari tu aku ada beli Mamee makanan ringan perisa satay tu dgn byknya tp tak sedap di anak tekak anak2 dan juga aku...pas tu K.Nor kata lagi Sizzling Mee nya menggunakan mee cintan maka idea tu dtg ler utk aku menggunakan Mamee sebagai Sizzling Mee..alamak terpanjang sudah aku cerita asal usul Sizzling Mee ni...huahuahua..ehh tapi kan sizzling mee aku ni aku letak apa yg ada jer..takder cendawan bagai..hehhehe...camner pun korang sume kalau nak try bole ler tgk resepinya nih..jd dgn rajin nya aku CnP dari Dapur K.Nor..yg resepi asalnya dari Lily MyR.
Cepat2 sediakan semua bahan2 yer..mmg sedap mcm kita mkn kat food court.

SIZZLING YEE MEE by Lilydvalley MyR

2-3 sanggul (gulung) yee mee ~ k.nor guna mee segera cintan - Lieza guna Mamee
5 ulas bawang putih
5 biji cendawan shitake ( cendawan kering)- rendam sehingga agak lembut dan potong 4 - Lieza tak letak
1 keping dada ayam- potong mengikut citarasa
1 sudu besar cili mesin ~ yg ni K.Nor sj tambah, biasa la anak tekak melayu :) - Lieza tak letak
3 biji cili kering- potong 2
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap cair
1 sudu besar kicap pekat
1/2 in halia- hiris nipis
Serbuk lada hitam
garam- secukup rasa
Beberapa titik Minyak bijan
1 sudu besar Tepung jagung- dibancuh dgn sedikit air
sedikit minyak utk menumis

Cara2

  1. Tumis bawang putih, cili kering dan halia sehingga naik baunya.
  2. Masukkan ayam yg telah potong sehingga agak empuk.
  3. Masukkan 2 cawan air.
  4. Masukkan pula sos tiram, kicap cair dan kicap pekat. Masukkan pula serbuk lada hitam.
  5. Biarkan mendidih.
  6. masukkan cendawan serta sayur2 lain- tunggu 2-3 min.
  7. Masukkan campuran tepung jagung dan kacau.
  8. Titikkan minyak bijan beberapa titik-jgn banyak2...
Akhir sekali, masukkan yee mee- biarkan sebentar & hidangkan panas2.

Monday, July 19, 2010

Hati Goreng Kunyit Pedas

Hati ni aku buat khas utk Mr. Hubby jer...sbb aku tak makan segala jenis organ dalaman baik ayam atau pun lembu...mmg tak suka...tak tau ler nape tp mmg tak leh masuk..tp kalau suruh aku masak bole jer...so hari ni aku masak ler utk Mr. Hubby, tak byk cuma segenggam hati jer.

Untuk kelainan rasa pada hati nih, aku pepagi buta dah geledah dapur K.Nor ..mudah jer nak cari resepi kat umah K.Nor nih..tersusun rapi menu2 yg ada..jadi dgn itu K.Nor saya nak CnP resepinya dari dapur K.Nor pulak yer...mengikut kata K.Nor resepi asal dari Dapur Dayang Jack dan saya nak panjangkan resepi ni kat dapur saya pula yer.

HATI GORENG KUNYIT PEDAS by Dayang Jack

Bahan-bahan :
  • 300 g hati lembu (dibersihkan, dipotong ikut suka dan direbus 1/2 masak. Toskan) - saya guna hati ayam
  • 2 ulas bwg putih(ditumbuk lumat)
  • 10-15 biji cili padi (ditumbuk lumat) - boleh tambah atau kurang (k.nor tumbuk kasar2 jer) - saya pulak tumbuk ikut sempat jer
  • air asam jawa secukupnya
  • serbuk kunyit secukupnya
  • 1 labu bawang besar (dimayang dan digoreng sedikit)
  • garam secukup rasa
  • hirisan kacang panjang jika suka ~ tak letak sbb tak ada stok - saya tak letak juga
Cara-cara :
  1. Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang dan cili padi sehingga garing.
  2. Masukkan hati dan sedikit air. Gaulkan rata2.
  3. Kemudian masukkan serbuk kunyit, kacang panjang, garam dan air asam jawa. Kacau lagi. (tak perlu dimasak terlalu lama)
  4. Setelah masak, gaul2kan dgn bawang yg sudah digoreng.
  5. Hidangkan panas2.

Sambal Udang


Terliur tak tgk??..takpelah simpan jer ler air liur tu yer...jgn membazir...ni ler salah satu menu untuk hari..sambal udang yg ku letak beberapa biji petai...sikit jer letak petai tu..jimat..sbb kami laki bini nih suka buat ulam jer petai nih, baru terasa shaydunya...huahuahua..buat semua meh jemput makan yer...

Gulai Nangka

N3 tertunggak juga ni..Gulai Nangka muda...uishhh kalu lama tak mkn mmg laju jer abih nasi sepinggan...kena pulak dgn sambal belacan..aduhhhh...Muaz nangis pun aku buat tak tau jer...hukhukhuk..

Gulai nangka ni aku masak cam nak masak gulai gulai biasa tu., tak tumis pun cuma campak2 jer....cuma letak cili padi byk2..serai dan letak hirisan daun kunyit...dan tak lupa kunyit idup yg diblend sekali dgn bawang merah dan cili...mudah jer..mesti sume org dah tahu kan...so tak yah ler letak resepi yg detail yer..


Tuesday, July 13, 2010

Puding Batik Marie



Puding Batik Marie ni sapa yg tak kenal kan...semua org tau...dan berbagai cara atau resepi nak membuatnya...memandang kan aku dah lama tak buat...hampir lupa resepi yg dulu dulu...jadi satu hari aku teruja tgk Kuih ni kat umah Hana yg glemer tu...sapa lg kan..jd dgn selamba aku pun petik jari jer dan dan terus siap....hehehehhe..mcm ler aku nih bewitched..main petik2 jari jer dah siap...huahuahua...godek punya godek kat dapur mlm2 buta...siap..senang jer nak buat...kata Hana resepi asal dari Dapur Ayu Singapore...tapi aku dgn tanpa rasa segan silu aku nak Copy resepi ni dari dapur mu Hana.."Izinkan aku Hanaaaaa...mengopy paste resepinya"...hehehhe..btw..rasanya kuih ni mmg sedap,, ada sedikit kelainannya..sbb letak nestum..apalg jom cuba yer...tak rugi pun.

Bahan-bahan
  • 300g biskut marie-dipatahkan 4
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 2 cawan milo
  • 3 sudu besar serbuk koko
  • 1 cawan bijiran nestum untuk baby - hana gune nestum keluarga
  • 1 cawan butter
  • 3 biji telur
  • 1 sudu kecil vanilla essence
Cara-cara
Pukul telur sedikit dan campurkan semua bahan2 melainkan biskut. Masak diatas api yang sederhana. Bila mentega sudah cair, dan adunan agak memekat, masukkan biskut dan gaul rata. Tuang adunan kedalam loyang yang telah di alas dengan plastic(untuk memudahkan memotong) dan tekan2kan hingga padat. Bila semua dah selesai, masukkan kedalam fridge dan biarkan hingga sejuk dan menggeras

My New Station

Hahahahha...mesti kengkawan heran kan...station apa ler pulak kan......hmmm...gini ler citenya...oleh kerana asyik tiada kesempatan nak berblog ataupun nak mentenet jadi aku dgn bangganya mempersembahkan "New Station" untuk aku mentenet dgn jayanya...

MARI..JOM..MEH..COME ON..


1 2 3


TARAAAAAAA



Huahuahuahua....ni ler tempat baru aku nak mentenet...senang gituuu..sambil mentenet sambil meriba atau menidorkan atau menyusukan My Hero Malaya..Si Muaz ni...tak ler lenguh seluruh badan...kalau dok kat atas kerusi mmg ler jenuh sikit...skrg aku dok jer kat lantai...kalau Muaz tido bole lg aku dok letak kat lantai...kalu terjaga bole tepuk2..sambil mentenet or berblog...begini ler caranya...sbb Muaz ni susu badan, kena ler ubah sikit cara aku nak mentenet..nak tgk photo terbaru hero malaya aku??? jom lg sekali kebawah nihh...


Hai Semuaaaa......!!!!!!

Haaaa...ni ler rupa terbaru hero malaya aku nih...dah 5 bulan dah..kejap jer kan...see yaaaa...muahhh.


Ikan Masak Asam


N3 tertunggak juga...dah lama buat tp baru ada mood nak tepek kat dapur nih...rasa mmg sedap sbb ikan tu digoreng terlebih dahulu..resepi ni amik kat umah Chef yg dikenali ramai..Kak Hanieliza.
Untuk rujukan aku...minta izin nak CnP kat sini yer kak liza..

IKAN MASAK ASAM

Bahan

2 keping ikan tenggiri
[boleh gunakan ikan lain saperti selar/kembung/bawal]

Bahan Hiris
3 ulas bawang kecil
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 biji cili hijau
1 biji cili merah
1 labu bawang besar

Bahan Sos
1 cawan air asam jawa
[boleh gunakan cuka..2 s/b cuka + 1/2 cawan air]
1/2 s/k kunyit serbuk [sebagai warna masakan tu]
1 biji tomato buah [belah 4]
minyak
garam

Cara
1. Ikan dibersihkan dan gaulkan dngan kunyit & garam
2. Goreng sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
3. Tumiskan semua bahan yg dihiriskan.
4. Bila dah nampak layu sikit masukkan air asam jawa atau air cuka, tomato buah dan kunyit.
5. Bila dah mendideh masukkan ikan dan tutupkan api.
6. Sedap dimakan ngan nasi putih.

Sayur Pak Choy Tumis



Salam semuaaaa.......ye haaaa...jgn ler terkezut yer.. ni ler salahsatu N3 yg tertangguh...Sayur Pak Choy(betul ke namanya camgitu) sayur ni meriah dgn udang udangan...uishhhh...layan gambo jer ler yer...sbb sume mesti dah tau camner cara nak masak or tumis sayur2 ni kan...ikut ler kreativiti memasing janji sedap dimakan..kankankan...