Monday, May 24, 2010

Ikan Kembung Pindang

Wah lama tak letak menu harian...kekadang ada masa nak snap gambo kekadang makcik lupooooo.. dan kekadang tu tak sempat terus ngap joooo..ari ni masak pindang ikan kembong jer...sempoi2 jer...lawan tempe n sambal kicap..slalunya masak menu ulangan...ikan pindang ni kalau guna ikan kerisi lagi besh...uishhh....menyelerakan..tak hengat dunia kalau mkn..

Bahan2
  • 4 ekor Ikan Kembong/Ikan Kerisi/Ikan selayang
  • 1 in Kunyit hidup - blend
  • 2 btg serai - diketuk
  • 5 Biji Bawang merah - blend
  • 1 biji bawang besar - blend
  • 1 biji bawang putih- blend
  • sedikit halia - diblend
  • Cili api - nak blend sekali pun bole nak letak sebiji2 jer pun boleh
  • pati asam jawa
  • garam dan gula secukup rasa
  • 2 cawan air
cara2
  • Masukkan bahan2 yg diblend bersama 2 cawan air, serai, asam jawa dan perasakan dgn garam gula biar kan mendidih.
  • Masukkan bendi hingga lembut kemudian masukkan ikan.
  • akhir sekali letak ler tomato kalu nak letak yer.

Lontong

Weekend ari tu sempat ler buat lontong...laki bini dok tingin nak makan...apa lagi..pepagi buta dah rebus ketupat nasi...huahuahua...resepi ni sumber dari internet masa zaman2 aku bekerja dulu..kalau tak silap ni hasil skodeng2 kat dapur Kak Hanieliza masa tahun2 terakhir aku nak benti kerja tahun 2004...dah banyak kali buat lontong guna resepi ni..mmg besh...5 star utk resepi ni...

Kalau ada sesapa nak buat aku tepek kan resepinya kat sini...resepi nih mmg sedap aku tak tipu punya...hahaha Kak Hanieliza dgn itu saya nak CNP resepi ni kat dapur saya yer...

LONTONG atau KUAH LODEH


Bahan sayuran
  • 1/2 biji kobis [potong kecil]
  • 5 batang kacang panjang [potong pendek]
  • 2 biji terung bulat/panjang [potong kecil]
  • 3 biji kentang [potong kecil] - tak letak pun
  • 1 biji carrot [potong kecil dan pendek]
  • Tahu [gorengkan dan potong dadu]
  • Tempe [potong kecil dan gorengkan]
  • sengkuang [potong pendek dan kecil] - tak letak juga
  • cili merah [hiriskan]
  • bawang besar [mayangkan]
  • suhun dan fucuk [rendamkan supaya lembut]

bahan dimesinkan
  • 5 biji cili merah + ciliapi sikit - yg ni aku guna cili kering
  • 5 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 tangkai serai
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci kunyit hidup

bahan lain
  • 1 biji kelapa [amik 5 cawan santan]
  • 250 gm udang basah
  • minyak [tumis]
  • garam

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga wangi.
2. Masukkan udang, santan dan sayuran yg keras dan biarkan sehingga lembut.
3. Bila dah lembut masukkan sayuran lain dan gram.
4. Bila dah lembut dan rasakan garamnya.
5. Hidangkan dengan serunding daging atau rendang ayam dan juga sambal kuah kacang.



Wednesday, May 19, 2010

Kacang Panjang Berkerisik


Kacang Panjang Berkerisik???...Meh tgk camner nak buatnya yer...sempoi jer.

Bahan2

  • Secekak Kacang Panjang
  • Cili Kering - ikut ler tahap kepedasan memasin - diblend
  • 1 s/b udang kering - diblend
  • 1/2 inci lengkuas - dblend
  • 5 biji bawang merah - diblend
  • 1 ulas bawang putih - diblend
  • 11/2 s/b kerisik
Cara2
  1. Tumis bahan2 yg diblend tadi sehingga naik bau.
  2. Masuk kan kacang panjang dan kerisik..
  3. Akhir sekali garam dan gula secukup rasa..

Thursday, May 13, 2010

Award dari Chik Mimi

Award ni di beri dari Chik Mimi in de house..heheheh...baru kesempatan nak gantung dan buat homeworknya...maaf yer Chik Mimi..bukan tak sudi cuma kekurangan masa yg terluang...skrg lieza berbesar hati menerima award ini..terima kasih Chik Mimi kerana kesudian memberi award mesra mata ni kat lieza...muahhh.

1) Siapakah kawan baik anda?
Kawan baik...hmmm...ramai ler nanti kalau letak senarai nama kat sini tak muat pulakkk...

2) 3 kenangan manis & 3 kenangan pahit
KENANGAN MANIS
- Masa sekolah2 dulu di SMDZM Slim River Perak...byk betul kenangan manis.
- Masa bekerja di MACC Shah Alam dan UEM Builders Sdn Bhd.

KENANGAN PAHIT
- Luka di lukai...jiwang ler pulak..

3) Kalau anda hanya diberi 1 minit untuk bersama kawan anda, apakah yang anda akan katakan padanya??
- Jom ler kita buat lg apa yg pernah kita buat dulu tu...hahahha

4) Tag 3 rakan anda yang anda rasa mampu menjadi sahabat anda di alam blogger
Hehehe...bab ni takder paksa rela yer...kalau sudi dan berkesempatan buat jer..

Tuesday, May 11, 2010

Mak Dan Abah@ Kota Samarahan

Lama sungguh tak ber N3 baru kan....begitu ler kalau ada New HandBag(Muaz)..kehulur kehilir asik2 dgn die...baru je letak...ooeeekkkk ooeeekkkk...biasa ler tu kan..dah semakin membesar semakin tak mau ditinggal bersendirian...lotihhh makcik...masak pun ala2 kadar janji kenyang dan pedas...kuih muih patah lagi..mmg tak sempat...nanti2 ler tunggu die besar lagi sikit...skrg ni buat mana yg sempat jer dulu...

Hmmm..minggu lepas mmg ler tak berTENET langsung..bukan lupa, bukan maleh, bukan takder masa sgt tp...tapi masa yg ada aku luangkan utk Mak dan Abah yang dtg ke sini...uishhh mmg seronok sgt sbb ini ler pertama kalinya abah jejak umah aku kat sini..sebelum ni hanya mak jer..tu pun jaga aku dlm pantang masa Enas dan Eryna..kali ni mereka dtg berdua-duaan...tak lama sgt Mak n Abah kat sini cuma ada ler dlm semimggu jer...dari 1st Mei - 9 Mei..ok la tu kan, bukan senang nak pujuk Abah tu dtg sini utk tinggalkan teratak tmn desanya tuh...tetiba terbuka hatinya nak dtg...

Takder apa lg yg nak diceritakan..jom ler layan gambo Mak n Abah semasa kat Kuching nih..






Nak balik dahhhhhhhh...