Friday, February 26, 2010

Tauhu Goreng Singapore


Salam Maulidur Rasul semua...cuti yer hari ni.....sambung esok lusa dah 3 hari bercuti..seronok benor ler bagi org2 yg berkerja tu kan...aku pun tumpang seronok juga...seronok sgt bila Mr. Hubby cuti..huahuahua...

Ok ler..hari ni aku buat Tauhu Goreng Singapore...tauhu ni mmg sedap dimakan begitu saja...ada rasa2 taugeh yg tak dicelur..usihhhh terangkat beb...taugeh ni kalau tak dicelur lg sedap dimakan..rangup2 gitu...resepi ni amik kat umah Hana, resepi asal katanya dari brader CMG tul tak Hana...hmmm inilah hasilnya bila dah geledah Dapur Hana.....berikan ler keizinan utk den copy yer Hana..dari Japan ke Kota Samarahan Sarawak..huissshhhh jauh tu weiiii...resepi ni dok merantau...jom la layan.....nak merapu mmg tak abih nanti..

Bahan-bahan
  • 4 keping tahu biasa
  • 1 biji timun, dihiris nipis dan dimayang
  • 100 g taugeh, buang ekor dan celur sekejap - aku ngan mat tk celur
  • 1/2 biji sengkuang, kupas, hiris nipis dan dimayang
  • 4 ulas bawang putih*
  • 5 - 6 biji cili padi*
  • 200 g kacang tanah*
  • 3 - 4 camca besar gula melaka*
  • 3 camca besar kicap pekat*
  • 1 1/2 - 2 camca besar cuka makan @ jus asam jawa*
  • Sedikit air*(*bahan sos kacang)
Cara-cara
  1. Kacang tanah digoreng tanpa minyak hingga perang, buang kulit dan tumbuk separuh halus. Kisar cili padi dan bawang putih. Campurkan semua bahan2 sos kacang dan kacau hingga rata. Tambah sedikit air jika perlu, jangan terlalu cair atau pekat, sesuaikan rasa dan tambah gula@garam@asam jika perlu. Ketepikan.
  2. Tauhu dilumur dengan sedikit garam, goreng terendam hingga kuning keemasan, jangan goreng lama sangat. Keluarkan dan tos.
  3. Ambil sekeping tauhu goreng tadi. Potong kepada 9 bahagian (bergantung pada saiz tauhu masing2), alihkan ke dalam pinggan, tabur atas tauhu tadi dengan hirisan timun, sengkuang dan taugeh. Tuang sos kacang secukupnya dan hidangkan segera...Makan macam tu pun sedap!!!!!


Thursday, February 25, 2010

Apam Balik

Pagi td buat bekpes utk Eryna..si Apam Balik ni....ternyata resepi nih mmg sedap dan menjadi ler apam baliknya mcm yg slalu ada jual kat pasar malam tu..kalu tak caya cuba ler buat yer..tp kena gunakan kuali non stick tu yer...kalu sesapa yg tingin benor nak mkn apam balik tp tak der dijual di tempat berhampiran...atau yg merantau jauh bole ler cuba resepi nih yer..resepinya aku cedok mencedok kat MyR..resepi Ms. Oreo...dah ramai org cuba buat guna resepinya..cuma aku yg baru la ni nak try..(ketinggalan sungguh aku ni) hasilnya perghhh...tgk ler sendiri kan....Buat Ms Oreo thanks byk2 yer dan dgn ini aku CnP resepinya utk rujukan aku dimasa depan..

Bahan-bahan ( 4-5 orang )
  • 2 cawan tepung gandum
  • ½ cawan gula
  • 1 sudu teh soda bicarbonate
  • 1 sudu teh baking powder
  • Sedikit pewarna kuning- aku tak letak pun takde stok
  • 1 biji telur
  • 1½ cawan air
  • Sedikit mentega/planta untuk mengoles
  • Bahan tabur : Kacang tanah yang sudah dikisar

Cara-cara

  1. Mesin gula bersama telur hingga kembang,
  2. Masukkan soda, bicarbonate, air dan pewarna kuning. Mesin lagi hingga sebati.
  3. Masukkan tepung dan mesin lagi sehingga sebati. (ADUNAN SIAP)
  4. Oleskan planta di permukaan kuali & tuangkan 1 senduk adunan tadi, kemudian nipiskan.
  5. Biarkan seketika & sementara menunggu masak, taburkan bahan tabur di atas.
  6. Apabila cukup masak, angkat dan dilipat DUA sebelum dipotong. Selamat Mencuba

Wednesday, February 24, 2010

Nasi Lemak Berserai

Nasi lemak pulak ari ni yer....nak tambah lemak badan Mr. Hubby aku nihhhh..huahuahua...kali ni ikut resepi dari Kak Fida MyR, mmg ada kelainan rasanya dan baunya...sedapppp..kalu tak caya jom ler cuba buat yer...kat sini aku minta izin kat kak fida utk cnp jer resepinya yer...cuma aku derhaka sikit guna beras basmathi..

Bahan-bahan ( 6 - 8 orang )

  • 500 g beras
  • santan secukupnya - drpd 1 biji kelapa
  • 2 biji bawang besar *
  • 4 ulas bawang putih *
  • 2 hiris halia *
  • 2 helai daun pandan - disimpul
  • 2 batang serai - dititik
  • garam secukup rasa
  • Lauk sampingan yg dimakan bersama nasi lemak :-
  • sambal tumis
  • ikan goreng,ayam goreng,ikan bilis goreng
  • telur dadar,telur rebus,telur mata lembu
  • timun yg dihiris
  • kacang tanah goreng
  • kangkung goreng dan lain2 ikut selera

Cara-cara

  1. Kisar bahan2 yg bertanda *.
  2. Beras dicuci bersih dan masukkan ke dlm periuk nasi(saya guna periuk eletrik)bersama bahan2 kisar,daun pandan dan serai.
  3. Tuang secukup santan dan garam secukup rasa ke dlm periuk nasi tadi dan gaul hingga rata.Masak nasi hingga hampir kering dan serih nasi perlahan2 hingga rata dan masak terus hingga nasi benar2 masak.
  4. Siap dihidangkan bersama lauk2 sampingan ikut selera masing2.


*Aku guna beras basmathi..sukatan 4 cawan beras dan 5 cawan santan

Tuesday, February 23, 2010

Teh C Peng



Biasa kalau aku p makan kat luar mesti nak order air Teh C Peng Special....ada yg guna gula merah....takpun guna air gula berperisa pandan....mmg sedap ayor nih..kalau perisa pandan rasanya ala2 air cendul gitu...so satu hari selak2..geledah MyR jumpa ler resepi dan cara2 nak buat ayor ni..dari 14Sept...dgn rajinnya aku pun mencuba ler..perghhh menjadi tuhhh...pas ni bole buat sendiri ler..thanks buat 14Sept coz sharing cara2 nak buat Teh C ni...apalagi jom tgk resepi 14Sept yg nak aku CnP nih.

Bahan-bahan ( - )

  • Teh Pekat
  • Susu Cair
  • Gula melaka pekat- yg ni aku buat air gula kemudian campur dgn pandan paste
  • ketulan ais

Cara-cara

  1. Masukkan gula melaka pekat ke dalam gelas, ikut citarasa memasing. Kalo nak manis letaklah bebanyak. Hehehe!
  2. Kemudian masukkan ketulan ais. Penuhkan satu gelas... Baru masukkan susu cair.
  3. Akhir sekali baru masukkan teh pekat pelan²...
  4. Bismillahirrahmanirrahimmmmm... Kita minommm duluuuu!!

Monday, February 22, 2010

Selingannnnn....Iklan

Eryna

Enas

Ni kan...gambo terbaru puteri2 ku..

Pokok Limau Kasturi

Ni pulak...pokok limau kasturi...dah besar dah pokok nih...bila berbuah byk tul..sampai tak termakan....nak kurangkan buahnya senang jer..aku kena rajin buat sambal belacan, baru ler luak limau nih..peh tu sedekah kat org tu ler caranya...

Kalu korang perasan kat blakang tu....belah kanan ada sepasu sayur kailan yg Mr. Hubby tanam..tp kan yg tu aku nak wat hiasan jer..bukan apa cam tak lalu jer nak makan..tak tau le nape..so Mr. Hubby kata biar jer ler..kan.kan.kan..

Sebelum ni ada ler juga tanam Pokok terung asam...tp kan tumbuh pokok lain...bak kata org " Tanam padi tumbuhnya lalang" cam tu ler..tak tau ler benih apa sebenarnya yg dijual tu..benih lalang kot...huahuahua.

Pokok Daun Sup




Lama dah tak buat tayangan gambo pokok yg ditanam....nihaaaaa daun sup yg ditanam...ni kira 2nd batch ni..yg first ari tu kureng menjadi tak tau ler ngaper...maybe dok campur sekali dgn pokok ketumbar kot..daun sup ni Mr. Hubby yg tanam, ada 2 pasu jer, tanam dari benihnya bukan dari pokoknya, kalu tanam guna pokoknya susah nak subur cam gini...kiranya skrg main petik jer kalu nak guna... uishhhh senang lak rasa...sesapa nak daun sup meh ler dtg umah aku ni yer...yg pasti aku bagi free...mari..mari...mariiiiiiiiiiiiii..


Cucur Badak

Semalam aku curi masa sikit buat cucur badak ni....hmmm..ni ler pestime aku buat sendiri cucur badak ni..sebelum ni asik2 beli jer tu pun masa bulan puasa beli kat bazar ramadhan pas tu tak pernah lak jumpa...sian kannnn...memandang kan kuih ni favourite aku..jd gagah ler nak buat .. tak ler payah benor nak buatnya..cuma masa jer....tp kan kuih ni tang mana ghuper badak pun aku tak tau..nak kata pas goreng kuar sumbu tak juga....nak kata gempal cam badak tak juga...hmmm kenapa yerrrrrr....bole buat research nihhhh...udah lerrrr..meh layan resepi ni...yg aku copy paste dari MyR..... resepi asal dari Princessharyati..thank yer princess...resepi u mmg sedap dan menjadiiiiii....


Bahan-bahan ( 28-30 biji sedang kecil )

  • utk kulit
  • 2 biji keledek saiz besar- aku guna keledek kuning
  • 1 cawan tepung gandum
  • Garam
  • utk inti
  • 1/2 biji kelapa parut
  • 1 cawan udang kering
  • 2 biji bawang besar
  • 5 batang serai
  • 1 sudu kecil kunyit serbuk
  • 5 tangkai cili kering (ikut kepedasan masing2)
  • 1 sudu besar minyak masak
  • Garam dan gula

Cara-cara

  1. untuk inti: blender cili kering+serai+udang kering dan bawang dgn sedikit air. Setelah halus masukkan kelapa parut, blender sekali. Blend sekejap jek. Setelah itu masukkan semua kedalam kuali. Masukkan juga kunyit + minyak + garam + gula dan serbuk perasa. Kacau sehingga inti tu masak, ia akan kelihatan kering sedikit.
  2. utk kulit: rebus keledek dengan air dan sedikit garam sehingga lembut. Setelah masak , buang air tinggalkan sedikit dan campurkan dgn tepung. Buat masa panas panas, senang nak lenyek. Jika adunan lembik lagi tambahkan sedikit demi sedikit tepung. Jgn terlalu byk nanti tak sedap.
  3. Selepas itu buat doh kecil2 . Ambil satu buat melengung. tip: semasa hendak membuat doh ni guna sedikit minyak masak di tangan agar tepung tak melekat , keje pun cepat dan senang.
  4. letakkan inti dan tutup kembali.
  5. Goreng dengan api yang sederhana. Siap untuk di santap

Friday, February 19, 2010

Nasi Tomato


o
Taraaaaaa....tu diaaaaaa ehhhh...Nasi Tomato menu utama hari ni....ada kelaratan tenaga sikit...aku godek2 ler kat dapur nak buat menu utk hari ni...specel sikit lg pun Mr.Hubby cuti..memandangkan student pun bercuti..Mr. Hubby pun amik kesempatan bercuti sambung dari CNY ari tu...seminggu tu beb..saje ler main masak2 nak test power ni haaaa...tak ler masak byk sekadar cukup ler kami anak beranak yg makan...hmm ok ler tak mau ler merapu panjang...ni tgh sambil meriba Muaz ni haaa...kang bangun tak sempat lak nak copy resepi...resepi ni hasil rempitan aku kat Dapur K.Nor...dah merata resepi ni ber copy paste dan kali ni aku nak CnP lak utk rujukan aku nanti...bole yer K.Nor, walaupun resepi asal ni bukan dari K.Nor..(resepi asal dari Che De Sam) tp kira halal je ye kak ooooiiiii...uishh panjang ler pulokkk..meh le layan resepi...

NASI TOMATO by Che De Sam

Bahan:-
5 cawan beras basmathi - cuci dan toskan.
1/2 cawan susu cair
4 biji tomato - cincang
1/2 cawan sos tomato
2 sudu besar marjerin/minyak sapi
5 sudu besar minyak
garam
air (ikut sukatan - 5 cawan jugak)
daun pandan/daun sup

Bahan Tumis:-
3 ulas bawang putih - hiris
5 ulas bawang merah - hiris
1 inci halia - hiris
3 biji buah pelaga
3 kuntum cengkih
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang

Cara Memasak:
Gunakan periuk nasi elektrik dan tumis bawang merah, bawang putih, halia dan rempah tumis ke dalam minyak hingga naik bau.
Masukkan susu cair , tomato, garam dan gaul rata. Tambahkan air dan biarkan mendidih.
Masukkan beras dan daun pandan.
Alihkan periuk ke dalam rice cooker dan biarkan nasi masak seperti biasa. Bila telah masak, kacau rata perlahan2.
Hiaslah dgn bawang goreng dan daun sup.

Acar


Acar ni kerap kali aku buat..memenuhi selera anak tekak aku laki bini...setelah merempit kat dapur Kak Hanieliza aku jumpa ler resepi ni utk di copy paste...minta halal yer kak...almaklum ler tak dan nak taip bebanyak...


ACAR RAMPAI [masak]


Bahan
1 batang timun
1 batang carrot
2 labu bawang besar
3 tangkai cili merah
3 tangkai cili hijau
1/2 cawan cuka tiruan
1 s/b gula
1 s/b biji sawi
garam
kunyit
1 s/k kapur [dibancuh ngan 1 liter air]

Bahan tumis [mayang]
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
3 cm halia
minyak

Cara
1. Semua sayur dipotong kecil dan panjang.
2. Rendamkan dlam air kapur [supaya rangup].
3. Toskan sayuran supaya kering
4. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis dan biji sawi sehingga layu.
5. Masukkan cuka tiruan, garam, serbuk kunyit dan gula.
6. Bila mendideh masukkan sayuran dan kacau rata.
7. Bila nampak pekat boleh angkat dan hidangkan.

Ayam Masak Merah



Lauk Ayam Masak Merah ni pun kengkawan nasi tomato juga...layan ler dulu gambo yer..nanti-nanti ada masa aku letak resepi....lgpun sume org tau kan masak masakan ni.

Kurna Telur



Salah satu menu yg digandingkan bersama nasi tomato...kurma telur...

Wednesday, February 10, 2010

Muffin Chocolate Kukus

Muffin ni aku buat malam tadi resepinya amik kat umah Mak Lang....tp maaf la yer tinggai sebiji jer sempat berposing yg lain Enas dah bawa pegi sekolah...entah apa angin rajin aku datang...tgk bahan2 dah ada jadi masa Muaz tido2 ayam aku pun godek ler zap zup zap...siappppp...saje buat nak bawakan bekal untuk Enas ke sekolah...Muffin ni senang sangat nak dibuat..penyediaannya pun tak sampai ler 20 minit..Ok ler jom layan resepi Muffin ni...minta izin juga kat Mak Lang Corner utk CnP resepinya yerrr....

MUFFIN CHOC. KUKUS

Bhn A
  • 2 cwn susu cair
  • 1 cwn myk @ 250g butter cair
  • 1 3/4 cwn gula castor
  • 1 biji telur
Bhn B - ayak
  • 250g tepung superfine @ gandum - guna tepung gandum
  • 50g serbuk koko
  • 1st bpowder
  • 1st sbikarbonat
  • 1sb emulco - aku tak letak pun takder stok

Cara-Cara
  • Satukan A dan kacau sebati, guna whisker saje
  • Masukkan B dan gaul rata
  • Kukus 10'

Tips dari Mak lang
Utk dptkan muffin pecah 4 ni, air kukusan hendaklah dipanaskan hingga mendidih dengan api besar dan jarakkan ruang muffin antara satu sama lain supaya kesemua muffin masak dgn elok.

Thursday, February 4, 2010

Muaz Arman B. Mohamad Ezad Hafez - 11 hari




Pejam celik dah 11 hari umur Muaz nih...cpt jer rasanya masa berlalu...pusat Muaz pun dah tertanggal masa genap 10 hari...uishhh nyilu lak bila tgk tali pusatnya tertanggal tuh...apa pun baby Muaz sihat sihat jer cuma sejak die lahir baru 3 kali jer die buang air besar...kat sepital 2 kali, pas tu selang 4 hari dan skrg masih tak buang2 juga...ada ler sedikit risau yg bertandang di hati ni.... tp camner pun Muaz tak ler meragam..elok jer..asik2 buang angin jer Muaz ni..nak kata ada campur susu formula takder pun..Muaz ni full Breastfeeding jer..pagi petang siang malam susu cap gantung jer Muaz minum...tp takpelah so far Muaz pun tak meragam siang malam..mungkin belum lg kot nak buang..susu yg Muaz minum mungkin nak simpan utk membesar..hehehhe..moga2 baby Muaz sentiasa sihat2 selalu hendaknya.