Wednesday, November 18, 2009

Rojak Sotong


Petang tadi buat Rojak Sotong...dah lama kepingin nak makan..resepi asal dari Resepi.net tp aku amik kat FP Mamasya..dan kopipes pun dari FP Mamasya..thanks Mamasya..dgn itu saya pun panjangkan resepinya kat sini...


Bahan-Bahan

  • 2 ekor sotong yang telah kembang
  • 1 biji timun
  • 1 ikat kangkung
  • ½ mangkuk kecil kacang tanah yang telah ditumbuk halus
  • ½ mangkuk sos tomato
  • 2 sudu besar petis- ganti dgn 2 sudu kuah rojak buah
  • 2 sudu besar bijan goreng
  • 2 keping tauhu
  • ½ mangkuk cili boh-guna cili kering kisar
  • 1 cawan air
  • Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
  • *saya tambah sebiji mangga muda yg diracik - saya tak letak pun
Cara-cara
  1. Sotong dan kangkung dicelur hingga empuk.
  2. Kemudian diangkat, toskan airnya dan dipotong-potong.
  3. Tauhu digoreng kemudian dipotong kecil.
  4. Tomato sos, cili boh dan petis disatukan dalam periuk kemudian tambah air 1 cawan dan biarkan mendidih.
  5. Bila mendidih masukkan separuh dari kacang tumbuk dan bijan kemudian dikacau hingga rata dan mendidih.
  6. Masukkan sotong, kangkung, tauhu dan timun di dalam pinggan sesudah itu tuangkan kuah di atasnya dan hidangkan.

Monday, November 16, 2009

Bahulu Rose atau Bahulu Pandan???

Mengikut nama resepi asalnya adalah Bahulu Rose..tetapi disebabkan esen rose takder..yg ada hanyalah pandan paste..jd ler Bahulu Pandan...resepinya aku ceduk kat MyR oleh Mama_Myvi thanks utk Mama_Myvi sbb sudi share resepi yg mudah nih...dan kerna itu saya nak kopipes yer resepinya..dan satu lagi saya gantikan tepung gandum serba guna kepada tepung naik sendiri..apapun tetap jadi dan sedap..(saja nak abiskan stok tepung)


Bahan-bahan ( Saiz 20cm )

  • 4 biji telur
  • 1 1/2 cwn gula pasir (boleh kurangkan jika suka) - saya guna 1 cwn gula jer
  • 1 sdt esen rose- saya guna pandan paste
  • 1 3/4 cawan tepung gandum - saya guna tepung naik sendiri
  • Sedikit pewarna merah

Cara-cara

  1. Pukul telur bersama gula hingga kembang
  2. Masukkan esen rose
  3. Masukkan tepung gandum, pukul lagi sehingga sebati.
  4. Asingkan sesenduk daripada adunan tadi, campurkan dengan pewarna. Kacau rata.
  5. Sapu acuan dengan minyak masak. Masukkan sedikit adunan asal, kemudian letakkan adunan berwarna dan adunan asal semula. (3 lapisan)
  6. Masak pada suhu 180darjah selama (+-)1jam.
p/s oleh kerana kemalasan jadi ler sume warna hijau jer...maleh den nak marblekan.

Acar Rebung

Menu ni pula Acar Rebung, dimana ini adalah salah satu masakan orang Sarawak....menu ni pernah dihidang masa aku pergi bertandang ke rumah kawan di sini..Sarawak ler...mmg sedap..sbb lain dari yg lain sikit...tekak aku kata sedap...maka mmg sedap dan pernah buat satu ketika tp lupa akan resepinya...selak punya selak MyR terjumpa juga kat sini resepi oleh Tintacyber MyR...dan juga ada kat Dapur Tintacyber...thanks sebab sudi share resepi yg marbeles ni..n saya minta izin kat tuan empunya resepi nak CnP juga..bagi yg tak pernah buat..cuba la resepi ni...sedap.

Jom layan resepi dulu yer...

BAHAN-BAHAN ACAR REBUNG

  • Rebung(telah direbus)..kadang2 dipanggil juga rebung jeruk..(Rm2.00)
  • Udang kering(dalam rm3)..Separuh ditumbuk, separuh dibiar mcm tu je
  • Serbuk kari (ayam/daging)..saya biasa guna Adabi dalam 5 sudu besar
  • Sedikit halia (diketuk)
  • serai (diketuk)
  • 2 biji Cili hidup(di belah dua)
  • Sedikit Rempah tiga jenis iaitu (2 biji bunga cengkih, 2 biji bunga lawang, setengah batang kulit kayu manis)
  • 5 Ulas bawang merah(dikisar)
  • 4 Ulas bawang putih (dikisar)
  • Minyak utk menumis secukupnya
  • Gula secukupnya
  • Garam secukupnya
  • Cuka atau (air asam jawa) secukupnya


CARA-CARA MEMBUAT;

  • Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bahan-bahan yang telah dikisar dan juga serai serta halia tadi sehingga naik baunya.
  • Masukkan bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis dan kacau.
  • Masukkan pula rempah kari dan kacau hingga sebati. Setelah rempah kari naik baunya, masukkan pula air asam jawa dan biarkan seketika.
  • Masukkan Udang kering tadi
  • Selepas itu, masukkan rebung, kacau dan biarkan sehingga mendidih.
  • Apabila telah mendidih, masukkan gula dan garam. Kemudian kacau sehingga sebati.
  • Masak api perlahan dan biarkan seketika sehingga kuah acar rebung pekat.
  • Angkat setelah masak dan hidangkan.

Kembung Masak Kuali

Kembung Masak Kuali...ni la nama yg diberi oleh tuan empunya resepi Che'Iza...menu ni dah byk kali juga buat sedap sehingga menjilat pinggan lagi...siapa rajin nak tgk resepi ni boleh rujuk kat Che Iza MyR ni...dan utk kesekian kali nya minta juga nak CnP kat sini..senang utk buat rujukan sendiri dan utk org yg maleh nak selak2 MyR.

Apalagi jom tengok resepinya....

Bahan-bahan ( 3-4 org )

  • 1/2 kg ikan kembung (ikan cencaru, selar @ tongkol pun sedap).
  • 4 sudu besar lada boh / cili giling
  • * 3 biji bwg merah
  • * 3 ulas bawang putih
  • * 1/2 inci halia
  • * 1/2 inci kunyit
  • * 1/2 inci lengkuas
  • * 2 btg serai
  • 1 sk halba
  • 1/3 cwn santan pekat
  • 2 sb air asam jawa
  • garam, gula and perasa

Cara-cara

  1. Ikan dibersihkan dan digoreng. Ketepikan ikan yg telah siap digoreng.
  2. Kisar bahan bertanda *. Dgn menggunakan lebihan minyak goreng ikan tadi (keluarkan sikit minyak kalau byk) tumis bahan kisar hingga naik bau.
  3. Masukkan lada boh tumis hingga garing. Masukkan air asam jawa n halba. Jika tumisan agak kering boleh masukkan sedikit air.
  4. Masukkan ikan yg telah digoreng tadi juga santan. Akhir sekali masukkan garam, gula n pak aji.
  5. Siap utk dihidang. Selalunya saya suka mkn lauk ni keesokan hari, lagi sedap

Saturday, November 14, 2009

Petai oh Petai...

Jangan terkejut yer...saje ler tepek gambo petai yg baru dibeli tadi kat pasar satok...murah sgt satu ikat Rm 2.00...dan 1 ikat tu ada ler dlm 10 papan...so Mr. Hubby rembat ler 2 ikat...pilih yg masak2....mmg sedap...mlm td mkn kerang rebus berulam kan PETAIIIIII.....perghhhh...

Sunday, November 8, 2009

Peria Kacau Goreng

Sudah sekelian lama tak masak Si Peria Pahit...semalam pergi pasar, teringin pula...beli ler sebiji..kebiasaannya peria ni aku masak tumis cili kering jer....tp hari ni dok klik klik klik kat MyResepi teruja la dgn resepi dari Lina_Pg nih..maka jadi la..Peria Kacau Goreng..seperti biasa la yer...CnP jer resepi ni..maleh nak taip2 ni.

Bahan-bahan ( 3-4 orang makan ) - Sumber Lina_Pg MyR

  • 1 biji peria panjang
  • 1 biji cili merah (dipotong serong)
  • 1 biji telur
  • 3 ulas bawang putih (ditumbuk/dikisar)
  • 2 biji cili merah (ditumbuk/dikisar)
  • 2 sudu makan udang kering (ditumbuk/dikisar)
  • 1/2 kiub ikan bilis
  • Minyak untuk menumis

Cara-cara

  1. Peria dibelah dua, buang biji dan dihiris nipis. Rendam peria dengan air garam. (Saya masukkan 3-4 sudu kecil garam ke dalam air dan rendam selama 20minit).
  2. Tumis bahan-bahan tumbuk hingga wangi dan garing.
  3. Bilas peria dengan air dan toskan.Kemudian masukkan peria ke dalam kuali.Kacau sebentar
  4. Masukkan telur (yang telah dipukul sedikit dengan garfu).Kacau lagi.
  5. Masukkan kiub ikan bilis.Kacau sebentar sehingga peria sedikit layu.Akhir sekali masukkan cili merah sebagai hiasan.
  6. SELAMAT MENCUBA

p/s menu ni aku saja tambah tauhu yg kebetulannya ada sekeping..nak abihkan stok.

Bilis Siam

Bilis Siam...nape namanya camner...kena tanya tuan empunya resepi...ternampak juga menu ni kat umah K.Nor yg awet muda tu...resepi asal dari Ainaibu MyR...lauk yg simple tp sedap.. terasa masam si limau kasturi...kena pula nasi panas..wowwww..terangkat bebbbb...jadi meh ler tgk resepi yg aku CnP dari tuan asal resepi ni..halal yer...

Bahan-bahan ( 2 org makan )
  • 2 genggam ikan bilis
  • minyak ..untuk goreng bilis
  • 1 biji bawang besar
  • 8 batang cili padi..boleh dikurang/lebih..ikut selera
  • 4 biji limau kasturi..boleh lebih/kurang ikut kemasaman

Cara-cara

  1. bersihkan bilis dan goreng garing
  2. mayang bawang jgn halus sgt..bg rangup sikit
  3. potong cili dan limau.perah limau dan ambik jusnya
  4. campur semua bahan dan rasa ikut selera..makan dgn nasik panas...sedappp..

Saturday, November 7, 2009

Popiah Basah



Hari ni nak bagi pengunjung2 blog ini makan popiah basah...dah lama benar kepingin nak buat sendiri popiah basah tapi kemalasan mengatasi segala-galanya...dan akhirnya hari ini aku telah gagahkan juga diri ini utk membuatnya...satu persatu..lama kelamaan siap dan ngappppp ler apalagi...rasanya..perghhhh...mmg sedap ler..puas hati buat sendiri....kalau beli kadang tu mcm dah terbasi jer intinya....terima kasih buat Kak Umi-E yg share resepi ni....

kulit popiah yg sudah diletak inti

kulit popiah yg sudah disapu sambal

kulit popiah dlm kuali non stick

Resepi ni aku selak2 kat MyR bagi sesapa nak buat klik kat sebelah ni..Resepi dari Kak Umi-E...sbb kat situ ada gambar step by step nak buat kulit popiahnya..apa pun aku minta izin juga nak CnP resepinnya utk rujukan sendiri...

Bahan-bahan ( 12 keping )

  • Bahan untuk kulit*
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 biji putih telor
  • 3/4 cawan air
  • 2 sudu makan cuka
  • secubit garam
  • Bahan untuk inti** (boleh buat inti ikut suka atau cara tersendiri)
  • 1/2 biji kobis - diricih halus
  • 3 biji sederhana besar carrot - disagat halus
  • 1 biji sederhana bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu makan udang kering
  • garam secukupnya
  • minyak untuk menumis
  • **Blend bawang besar+bawang putih+udang kering. Panaskan sedikit minyak dan masukkan bahan blend tadi. Kemudian masukkan sos tiram + garam. Kemudian masukkan sayuran dan masak hingga layu.
  • Bahan untuk sambal***
  • 15 tangkai cili kering
  • 1 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar gula perang
  • 2 sudu besar kicap manis
  • minyak untuk menumis
  • garam, perasa dan bawang goreng secukupnya
  • *** blend cili kering+bawang besar +bawang putih. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan blend hingga garing. Masukkan kicap dan gula perang + garam dan perasa.
cara2 utk kulit popiah
  1. campurkan kesemua bahan dalam mangkok adunan
  2. gaulkan (macam buat cokodok) kemudian tutup dan biarkan sebentar sekurang-kurangnya 1/2jam
  3. ambil sejemput dan lenserkan ke atas kuali leper
  4. buat dari arah jam
  5. mulakan dari tepi dulu
  6. kemudian sapukan bahagian tengah dengan sisa tepung yang masih ada di tangan
  7. setelah rata - bulat >>> biarkan sampai tepung masak sebentar
  8. angkat tepung yang telah masak dan letakkan dalam pinggan . Boleh disusun berlapis2 (tak lekat)
  9. ambil sekeping kulit popia dan sapukan dengan sedikit sambal
  10. Letak satu sudu besar inti dan taburan bawang goreng
  11. lipat macam biasa dan gulung
  12. sedia untuk dimakan :)

Wednesday, November 4, 2009

Sayur Midin Goreng Belacan

Semalam pegi pasar yg berhampiran...beli ler Sayur Midin ni...ni spesis Pucuk Paku juga ler..tp ni yg muda2 gitu..bila mkn mmg sedap crunchy...krup krap krup krap jer ...

Midin ni di masak Goreng Belacan...resepinya???..hmmm..rasanya sume org tahu basic atau bab2 tumis menumis ni kan....so tak yah ler letak resepi kan...sama jer style nya.


Dua gambar yg kat bawah ni... ini ler rupa sayur Midin tu yg belum di masak...ala2 pucuk paku juga kan..bagi sesiapa yg belum tgk camni ler rupanya...jom belekk..


Seikat gini harganya RM2.OO jer...byk sgtttt....

Monday, November 2, 2009

Daging Merah Ala Thai


Ekkkkk....kenyang mkn angin pas tu kenyang mkn nasi...alkisahnya pepagi lg aku dah jejalan pegi umah K.Nor Ganu tu...sbbnya nak cari resepi daging ala thainya yg aku pernah terpandang sewaktu waktu dahulu.....ni ler hasil air tangan aku yg tak seberapa nih...


Tapi kan K.Nor...Ya Ampunnnnnn....lieza terlupa nak goreng dulu daging tu...camner pongggg....sedap sehingga menjilat kuku.....jd dengan kesedapan itu saya nak share ler resepi dari umah K.Nor (resepi asal dari Jeezy Myr) utk tatapan kengkawan yg lain.....saya CnP yer Kak.Nor......muahhhh...bagi sesapa yg rajin boleh ler g sendiri Dapur K.Nor ni yer...klik SINI.. meh tgk resepinya..jommmm..apa pun thanks utk Jeezy sbb share resepi...

Daging Merah Ala Thai
  • 1/2 kg daging lembu (direbus sampai empuk)
  • 2 ulas bawang putih diketuk
  • 1 labu bawang besar dipotong bulat
  • 1 sudu besar cili giling
  • Sedikit sos tiram
  • Sedikit sos ikan (thailand mari)
  • Sedikit sos tomato
  • hana tmbh halia ketuk
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Daun ketumbar/daun sup/daun bawang untuk hiasan (mana2 pun boleh)
Cara-cara
  1. Daging yang dah siap direbus tu potong nipis2 ya.
  2. Panaskan minyak sikit, goreng daging dulu sampai kuning2 sikit, ketepikan.
  3. Tumis bawang putih n halia sampai naik bau, masukkan cili giling.
  4. Goreng2 sikit agak2 garing tu bolehlah masukkan sos tiram, sos ikan dan sos tomato.
  5. Masukkan daging tadi dan bawang besar yg dihiris kacau2 dan rasa garam dan gula.
  6. Kalau nak kuah lebih bubuh air sikit dan tambah sos tomato.
  7. Dah masak bolehlah diangkat dan hidangkan. Taburlah daun ketumbar yg dihiris tadi biar lawo sket.
p/s resepi ni aku tambah cili api yg dihiris utk mengasapkan sikit tinga...