Wednesday, September 16, 2009

Gantung Kad Raya..yeeehaaaa

Daripada Mamaqaypo...muahhh thanks yer saya dah amik nih

Daripada Hana Jepun...terima kasih daun keladi...


Daripada Kak Nor..Trengganu...terima kasih tak terhingga..

Saturday, September 12, 2009

Telur Bungkus


Juga menu berbuka semalam...jom layan apa yg aku letak..mmg sempoi jer...tp sedap ditekak aku laki bini...

Bahan2
  • 3 biji Telur - didadarkan
  • 1/2 labu bawang besar
  • sayur campur secukupnya
  • bunga kubis - nak letak sayur lain pun ok
  • 1 biji bawang putih
  • 1 s/b Sos Cili
  • 1 s/b Sos tomato
  • Cili api - ikut tahap kepedasan (cili boh pun ok)
  • 1 s/b Sos tiram
  • Segenggam daging hancur
Cara2
  1. Tumis segala bawang,cili api, masukkan sume jenis sos.
  2. Masukkan daging
  3. Masuk kan sayur campur
  4. Masukkan sedikit garam dan serbuk perasa.
  5. Biarkan kuah kering sedikit..kemudian letak diatas telur yg telah didadarkan dan bungkus laa...

Udang Masak Lemak Kuning


Udang masak lemak kuning menu semalam...meriah dgn kuah lg tu....udangnya dlm 12 ekoq..maklum ler 2 org jer mkn..buat byk2 slalu nya tak abih...resepinya main campak2 apa yg ada jer...cuma nak kelainan rasa den letak daun kunyit..yg lain sama jer..

Thursday, September 10, 2009

Roti Jala



Roti Jala ni pas berbuka tadi baru aku buat...berpeluh juga den nak ngabihkan menjala tadi..ni la salah makanan kegemaran aku...tak tahan tgk kat umah Hana Japang ada..kat umah KakNor
Ganu pun ada..ni tak leh jadi ni..maka aku pun nak menjala juga la.....resepi asal ni dari umah Kak Umi Kuantan ...memandangkan resepi tak byk bahannya aku dgn rela menaipkan resepinya yer..senang jer..meh tgkkkkk.

Bahan2
  • 2 Cawan Tepung Gandum
  • 2 Cawan Air
  • 1 biji telur
  • 1 sudu kecil garam
  • beberapa titik pewarna kuning
Cara2
  1. Masukkan semua bahan kedalam blender. Pastu tapiskan dan biarkan selama 1/2 jam baru la dijalakan..

Sayur Campur


Ni pula sayur campur salah satu menu utk hari ni juga...buat nya senang jer...campak2 joo..cuci mata yer...

Daging Kandar lagiiiii.....

Antara lauk utk berbuka ari ni..Daging Kandar..resepi asal dari Kakasma..ni kali kedua aku buat. Nak tgk resepi klik N3 yg sebelum ni kat SINI yer.

Sayang Anakku Sayang




Dah besar dah..anak2 daraku...cepat betul masa berlalu...

Wednesday, September 9, 2009

Bubur Jagung



Bubur ni semalam ler aku buat...bila buka terlupa nak mkn sbb kekenyangan..oleh kerana biji sagu takder stok maka aku adun ler tepung gandum sikit..dan gentel bulat2 pas tu masukkan ler kat bubur jagung...dah siapppp...jom cuci mata je la yer...kalau kepingin buat ler yer...

Sambal Udang Petai n Sawi Bening



Ni la lauk utk berbuka hari ni...sambal udang campur petai. (favourite Mr. Hubby nih)..sayur sawi masak bening..lawan dengan ikan masin tenggiri..(gambar terlupa lak nak amik)..hari ni ler baru sempat dan ingat nak berphoto dgn lauk2 yg ku masak sejak ari tu...slalunya terlupa jer...bila ingat masa tu tgh berbuka...lupakan sajaaaa...perut pun tgh lapor...rasanya ta yah ler letak resepi kan..sume org tau masak sambal n sayur bening nih...jamu mata jer..wokeyyy..

Puding Karamel



Taraaaa...tghhari ni rajin ada mai sikit...maka termasak ler Puding Karamel yg mudah ni..sedap sekali....cehhh..puji sendiri lak....bukan apa resepi dari Alia MyR ni mmg sedap..tak manis sgt..sedang2 jer rasanya...anak2 pun suka...soooo meh tgk resepinya yerr...den CnP joo.

Bahan-bahan ( saiz:16 cm )

  • 400cc(400ml) susu segar/susu cair
  • 5 sudu besar gula halus
  • 3 biji telur- pada suhu bilik
  • 2 biji telur kuning-pada suhu bilik
  • 2-3 titik esen vanila
  • [ KARaMEL ]
  • 5 sudu besar gula
  • 2 sudu besar air

Cara-cara

  1. Sediakan karamel: Masukkan gula ke dalam periuk dengan 1 sudu besar air. Masak di atas api sederhana. Bila nampak sedikit perang, masukkan 1 sudu lagi air. Masaklah sehingga perang. Tuang ke dalam loyang. Ketepikan.
  2. Masukkan telur dan kuning telur ke dalam mangkuk. Sambil dikacau masukkan gula sedikit demi sedikit. Kacau dengan perlahan sehingga sebati. Jangan biarkan berbuih.
  3. Dalam periuk lain masukkan susu dan esen vanila. Panaskan sehingga 60 degree. Jangan sampai mendidih.
  4. Dengan susu yang masih panas lagi, masukkan sikit demi sedikit susu ke dalam telur tadi. Kacau sehingga sebati. Tuang ke dalam loyang yang ada karamel tadi.
  5. Tutupkan loyang dengan 2 lapis aluminium foil. Kukus dengan api sederhana selama 30 minit
  6. Atau boleh juga dibakar di dalam oven. Tapi perlulah diletakkkan air suam ke dalam dulang pembakar. Bakar selama 40-45 minit pada suhu 150 degree.
  7. Bila dah masak. Jangan buka aluminium foil. Biarkan 5 minit. Kemudian bolehlah dibuka.
  8. Bila sejuk bolehlah disimpan dalam peti ais