Thursday, April 30, 2009
Aksi berkuda
Tuesday, April 28, 2009
Ta-Koh Sa-Ku
- 1/2 cawan sagu
- 1/4 cawan tepung ubi/tepung jagung ~ k.nor guna tepung jagung
- 3 cawan air
- 1/4 cawan air pandan pekat atau esen vanila ~ k.nor ganti dgn 1 sudu teh pandan paste
- 1 1/2 cawan gula pasir ~ k.nor guna 9 sudu besar gula (2/3 cawan)
Cara:
- Basuh sagu dan rendamkan lebih kurang 1/2 jam dan toskan
- Masukkan sagu, air, tepung ubi/tepung jagung dan air pandan ke dalam periuk
- Kacau atas api sederhana sehingga masak
- Apabila campuran menjadi pekat, masukkan gula dan kacau hingga gula larut dan bancuhan bertukar menjadi jernih
- Sudukan ke dalam bekas dan ketepikan
Bahan utk Pati Santan
- 2 cawan santan ~ k.nor guna 1 cawan santan pekat dan 1 cawan air
- 1/2 cawan tepung beras
- 1 sudu besar gula pasir
- 1/2 sudu teh garam
- Campurkan kesemua bahan ke dalam periuk dan kacau atas api kecil sehingga masak dan pekat
- Sudukan keatas Puding Sagu
- Sejukkan dulu baru la dihidangkan...
Kuey Teow Goreng
Monday, April 27, 2009
My Pet - Mr. Tortoise
Gambar ni waktu baru beli bertarikh 14 April 09 (Dulu)Bingka Labu CMG


Ni baru kuar dari Oven ni...dah lama aku tingin nak mkn...sedap youuuuu...ni second time aku buat nih..nak detail resepi p sini yer...ni resepi dari Mat Gebu..malas nak klik tgk jer resepi ni yg aku CNP jer yer...
Bahan-bahan ( Acuan bulat berlubang tengah berukuran 35cm ) -Aku guna loyang biasa jer sbb takder.
- 5 biji telur Gred A
- 200 ml air
- 300 ml pati santan (mat guna santan kotak)
- 200 g tepung gandum
- 180 g gula halus
- 1/2 camca teh garam
- 1 camca teh esen vanilla - tak letak sbb takder
- 450 g labu manis, dikukus hingga lembut dan dilecek halus
Cara-cara
- Satukan kesemua bahan dalam satu bekas kecuali labu lecek. Kacau menggunakan wisk hingga sebati dan gula hancur. Tapis adunan.
- Masukkan labu manis yg telah dilecek halus tadi. Gaul hingga rata.
- Tuang adunan tadi ke dalam tin bulat berlubang tengah yg telah di sapu mentega dan dialas dasarnya dgn kertas. Sapu juga mentega pada permukaan kertas tadi.
- Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 40 minit. Biarkan sejuk sebelum dipotong.
p/s Resepi ni tak manis sgt mmg sedap..aku buat guna santan fresh..tp kalau susah nak cari bole ganti santan kotak mcm resepi asal...sedap juga..
Singgang Sotong
- 500gm sotong
- 3 biji cili merah (kalau nak pedas boleh tambah cili api) - Aku tak blend sekali sbb nak bagi anak2 mkn..aku just campak sebiji2 jer cili tu.
- 1 biji bawang besar
- 1 in kunyit hidup
- 1/2 in lengkuas
- 2 btg serai - diketuk
- 3 kpg asam gelugur
- daun kesum
- secubit belacan
- garam dan gula
- 500 ml air - terpulang, jika nak lebih kuah boleh tambah
Cara2
- Bersihkan sotong, potong ikut citarasa anda dan toskan airnya.
- Blend cili, bawang dan kunyit hingga halus.
- Masukkan air dan bahan2 yg telah diblend kedalam periuk (kalau guna periuk tanah lg umph..) dan masukkan juga lengkuas, serai, asam gelugur dan belacan.
- Masaklah hingga mendidih dan biarkan lebih kurang 5 minit barulah masukkan sotong, daun kesum serta garam dan gula secukup rasa. (Masakan sy memang letak gula sbb sy tak gunakan pak aji ya..)
- Biarkan mendidih seketika dan padamkan api. Sotong tak sedap dimasak lama2 sbb nanti isinya liat dan keras.
- Bolehlah dihidangkan dan lauk ni sedap dimakan dgn ikan goreng dan sambal belacan..
p/s Lauk ni aku mkn bersama ulam-ulaman..sambal belacan..tempe goreng..ikan masin..perghhhh..mmg sedap weeiiii...
Hadiah dari Mamaqaypo

Betik Muda Tumis
- 1/2 Biji Betik yg besar disagat
- Segenggam ikan bilis}
- 20 tangkai Cili padi} 4 bahan ni ditumbuk halus
- 4 biji Bawang merah}
- 1 biji bawang putih}
Cara2
- Tumis kan bahan2 yg ditumbuk.
- Masukan garam, gula n serbuk perasa jika suka..
- Setelah naik bau..masukkan betik td..biarkan sampai lembut.
- Sedia di hidang
Ikan Sela Kuning Masak Lemak
- 3 ekor Ikan Sela/kembung

- 1 helai Daun Kunyit - dihiris halus
- Segenggam Terung Pipit
- 3 Biji Bawang Merah - di blend
- 1 Biji Bawang Putih - di blend
- Sedikit halia - di blend
- Cili padi (ikut tahap kepedasan) - di blend
- 1 s/k Serbuk kunyit/1 inci Kunyit Hidup - diblend
- 1 1/2 Cawan Santan
- Garam, gula n serbuk perasa
- Bersih kan Ikan
- Masukkan santan dlm periuk serta bahan2 yg di blend tadi, daun kunyit..masak hingga mendidih.
- Masukkan garam, gula serbuk perasa.
- Masukkan ikan hingga masak.
- Sedia dihidang.
Wednesday, April 22, 2009
Kek Pisang Sempoi
Bahan-bahan ( sekeluarga )
- 150g pisang emas - dilecek
- 180g tpg gandum
- 180g gula halus /gula icing
- 3 biji telor
- 120ml minyak masak
- 1 sudu teh ovelate
- 1 sudu teh soda bikabonat
- 1 sudu teh baking powder
- secubit garam
- campur semua bahan di atas dan putar dengan mixer hingga sebati dan adunan nampak putih
- masukkan kedalam loyang yang digris dengan minyak masak, bakar 180 darjah selama 40 - 50 minit
- pastikan adunan separuh loyang kerana kek biasanya naik sekali ganda
p/s...Cara2 tu aku masukkan sume bahan2 tu dlm blender jer..kisar sume sampai putih...pas tu masukkan dlm bekas2 muffin/paper cup then campak2 kan chocolate chip..n aku bakar dlm 25 minit jer..suhu 180 celcius...kan senang..tak caya cuba lahhhh..
Tuesday, April 21, 2009
Ikan Siakap Kukus
- 1 ekor ikan siakap (ikan merah/kerapu atau ikan bawal putih pun ok)
- 1/2 camca teh garam
- 1/2 camca teh tepung jagung
- 1/2 camca teh lada sulah
- 3 camca besar jus limau kasturi*
- 1 1/2 camca besar minyak masak*
- 1 1/2 camca teh gula*
- 1/2 camca teh garam*
- 5 - 10 biji cili padi, dihiris*
- 2 batang serai, dihiris halus*
- 1/2 kuntum bunga kantan, dihiris*
- 1 helai daun limau purut, dihiris halus*
- 1/2 inci halia muda. dihiris halus*
- 2 ulas bawang putih, dihiris halus*
- 1/2 camca teh tepung jagung*
- 1/2 camca teh serbuk pati ikan bilis atau 1/2 kiub pati ikan bilis maggi*.
- Ikan dicuci bersih dan lumurkan dgn garam, tepung jagung dan serbuk lada sulah. Ketepikan sementara membuat sosnya.
- Dalam satu bekas satukan kesemua bahan sos (yang bertanda '*") hingga sebati. Ketepikan.
- Panaskan kukusan dan sediakan bekas tahan panas. Letak ikan tadi ke dalam bekas tahan panas dan tuangkan sosnya rata termasuk bahagian dalam belahan perutnya. Kukus kurang lebih 10 minit bergantung pada saiz ikan atau apa bila daging ikan bertukar menjadi putih. Siap untuk dihidangkan dgn nasi hangat.
- Selok-eloknya dimakan segera selepas proses mengukus.
p/s aku kukus ikan ni bersama btg saderi..n tepung jagung aku tak letak sbb takder stok tp aku gantikan dgn tepung gandum jer...btw resepi ni mmg marvelousssss...sedap n nyaman gituuuu..
Baby Kailan Bersos Tiram
Friday, April 17, 2009
Hadiah dari Redynne
![[lili.gif]](http://4.bp.blogspot.com/_NF_IOCeWMwE/SeLZoygUI9I/AAAAAAAABpU/2Gw3nKIGwro/s1600/lili.gif)
Taraaaaa....Redynne...thanks for this present...muahhh...I lav uuu...
1.The winner can put the logo on his/her awesome blog
2. Link the person you received your award from
3. Nominate at least 7 other blogs (byknya...sikit udah ler yer)
4. Put link of those blogs on yours. Done..
5. Leave message on the blogs that you've nominated
Roti Arab

- 2 sudu besar mentega
- 2 sudu besar minyak masak
- 2 sudu besar gula
- 300 ml air suam
- 6 g yis
- 500g tpg gandum
Cara-cara
- mentega, minyak dan gula dibancuh dengan air suam
- tepung di gaul dengan yis
- Kemudian campur semua bahan dan uli hingga licin dan kental
- perap selama 1jam dalam beg plastik yang tertutup atau bekas yang tertutup
- Uli semula dan buat bulat2 dalam 18 biji
- Canai nipis lebih kurang 0.4 cm
- panaskan minyak dan goreng sebiji2, tunggu hingga roti kembung dulu baru terbalikkan.
- Sedap dimakan bersama kari ayam dan daging
Pipi Eryna yg dicubit oleh Enas

Thursday, April 16, 2009
Udang Galah Masam Manis
Roti Benggali
Tuesday, April 14, 2009
Vitagen


Keletihan..kepenatan
Gambar ni ku snap tanpa sesapa pun sedari..termasuk ler Mr. Hubby...huahuahua...mana tidaknya sume dah nyenyak tido dek kepenatan...Ahad tu pegi beli pasu lagi...pegi Indian Street..bila balik tanam pula pokok2 yg baru beli masa pegi satok pada hari sabtu tu...nak tau pokok apa?..aku beli poko cili besar pula...pokok tomato...pokok terung...dok sibuk buat tu sume tu yg Mr.Hubby pun penat lalu tertido la dgn anak2 nya sekali...akuu??? byk mende aku bole buat kalau anak2 tido nih...apa pun sampai la ni..Mr. Hubby tak tau yg aku ada snap gambo masa tu..hehhehe....saje je nak surpriseeee...My Pet - Part 2

Keh..keh.keh...ari tu p cari lobster lagi..pas tu dok terjebak pula dgn si torties nii...apa lagi Mr. Hubby pun beli ler 2 ekor...so cuteeee...gambar tu si torties tgh tido...if kita bagi makan walu tgh tido nyenyak pun si torties ni akan terjun terus ke makanan tu...tau pula die org bagi mkn...waduhh....tp kan penjagaannya amat ler mudah..sbb tak yah letak oksigen n air pun tak yah dok ganti selalu...apalagi jommmmm...layan.Udang Bakar???
Macaroni n Cheese

- 500 gram daging cincang
- 2 – 3 tin Campbell’s Prego Traditional Pasta Sauce
- 1 tin cendawan butang, dihiris
- 2 biji bawang besar, didadu
- 2 ulas bawang putih, dicincang7
- tangkai cili padi thailand, dihiris nipis
- air secukupnya
- minyak untuk menumis
- garam secukup rasa
- gula secukup rasa
- serbuk perasa jika suka
Bahan untuk Sos Cheese
- 1 buku (250 gram) keju cheddar jenama kraft, diparut
- 600ml susu segar
- 250 ml air
- 3 sudu makan mentega
- 4 sudu besar tepung gandum
- sedikit serbuk lada hitam
Cara-cara
Didihkan air secukupnya didalam periuk. Masukkan 2 sudu makan minyak (ini agar macaroninya tidak melekat). Rebus sehingga macaroninya lembut. Angkat, toskan dan ketepikan
Cara untuk Sos Pasta:
- Panaskan kuali dan tuangkan sedikit minyak. Tumis bawang putih sehingga naik bau, masukkan cili padi thailand dan juga bawang besar dan tumis sehingga naik bau dan layu.
- Masukkan pula daging cincang dan bila ia telah bertukar warna, masukkan pula cendawan butang.
- Masukkan pula Campbell’s Prego Traditional Pasta Sauce dan lebihan sos yang didalam tin dimasukkan sedikit air dan dimasukkan sekali. Setiap tin sos yang di gunakan saya tambahkan 1 tin air. Ini agar sosnya banyak dan bila digaul dengan macaroni ia lembab dan tidak terlalu kering.
- Masukkan garam dan gula secukup rasa dan juga serbuk perasa jika suka. Masak sehingga kuahnya mendidih dan rasa lagi kuahnya jika kurang perasanya tambah sepatutnya. Ketepikan.
Cara untuk Sos Cheese:
- Panaskan periuk. Masukkan mentega dan gunakan api yang sederhana kecil. Bila mentega telah cair. Masukkan tepung dan menggunakan whisk kacau tepung tersebut sehingga ia sebati dengan mentega. Dikacau selalu untuk mengelakkan tepung dari hangus.
- Kemudian masukkan pula susu segar sedikit dan larutkan adunan tepung bersama mentega tadi dengan menggunakan whisk (ini untuk mengelakkan tepung dari bergentil-gentil). Bila tepung telah sebati dengan susu tadi masukkan lebihan susu segar dan juga air. Dikacau dengan whisk selalu agar tepungnya tidak melekat pada dasar periuk dan hangus nanti sos cheese jadi tak sedap.
- Bila sosnya mula mendidih sikit. Masukkan keju cheddar yang telah diparut dan kacau sehingga ia larut. Masukkan juga serbuk lada hitam. Dan bila ia mendidih sepenuhnya, padamkan api dan sos cheese telah pun sedia. Ketepikan.
Cara menyediakan Macaroni and Cheese:
- Sos pasta yang telah disediakan tadi dimasukkan macaroni yang telah direbus dan gaul rata. Ia hendaklah tidak terlalu kering. Macaroni yang disalut dengan sos pasta haruslah lembab-lembab sedikit.
- Sendukkan macaroni kedalam loyang aluminium. Kemudian tutup permukaan macaroni dengan sos cheese secukupnya. Kemudian taburkan dengan mozarella cheese yang telah diparut.(yg ni aku tak letak sbb maleh nak pegi cari)
- Bakar dalam ketuhar pada suhu 180’C sehingga permukaannya kekuningan. Angkat dan enak dihidangkan panas.
Nota D: Macaroni ini boleh disediakan terlebih dahulu. Tuang sos cheese dan topping mozarella. Kemudian anda boleh tutup dengan plastik cling wrap dan simpan dalam peti sejuk. Bila hendak hidangkan, keluarkan dan biarkan pada suhu bilik dan bakar dalam ketuhar. Tapi sebaiknya buat fresh dan bakar lagi sedap…..
Saturday, April 11, 2009
Aku yang Down
Thursday, April 9, 2009
Sambal Jowo
7-Eleven Enas
Semalam pegi beli jajan utk Enas...sbb stok minuman segeranya dah abih...sekali beli naahhhhh amik ko..aku bole buka kedai 7 eleven kat umah aku nih...sapa2 yg emergency nak beli apa2 n kedai tutup bole ler singgah umah aku yer....hahahahhaha..freeze aku???..haaa dah penuh membuak2....tp seronok gak bila tgk penuh jer..kekadang ibu n ayahnya pun tumpang ler sekaki juga kan...hehehehe..
Monday, April 6, 2009
Jeruan
- 4 ketul hati ayam
- 3 ketul pedal ayam - tak letak pun sama jer rasa
- 1 keping tauhu
- 1 keping tempe - nak letak lebih pun ok..jd ler byk lauk tu nanti
- 1 - 2 biji kentang
- 4 ulas bawang merah
- 1 ulas bawang putih
- 1 inci Halia
- 1 cawan santan pekat
- 1/2 cawan air
- 20 tangkai cili padi
- minyak utk menumis
Cara2
- Hati ayam n pedal direbus sekejap supaya senang nak dipotong kecil2.
- Tempe, tauhu, kentang dipotong kecil dan di goreng dahulu.
- Bawang, halia, cili dihiris nipis.
- Tumis bawang, halia n cili sehingga naik bau.
- Masukkan hati n pedal, tutupkan dgn periuk sehingga hati n pedal tu lembut.
- Masukan santan n air.
- Kemudian masukan tempe, tauhu, dan kentang.
- MAsukkan sedikit garam, gula n serbuk perasa jika suka..biarkan mendidih..baru tutup api.
p/s Sila lah cuba..kot kot sesapa dah bosan asyik2 goreng hati berlada jer..bole try resepi ni lak..resepi ni bole ditambah atau dikurangkan bahan2nya..bergantung byk mana nak dibuat dan dimakan.













